CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12799|Reply: 14

Sejarah Ray-Ban USA

[Copy link]
Post time 14-3-2014 10:49 AM | Show all posts |Read mode











Sejarah Ray-Ban USA
Ray-Ban adalah brand kacamata Amerika yang mula dicipta pada tahun 1936 oleh Bausch & Lomb. Idea Ray-Ban bermula beberapa tahun yang lalu apabila Leftenan John A. Macready kembali dari pengembaraan belon dan mengadu bahawa matahari telah merosakkan matanya. Dia menghubungi Bausch & Lomb meminta mereka untuk membuat cermin mata hitam yang dapat memberi perlindungan dan juga kelihatan elegan.

Pada 7 Mei 1937, Bausch & Lomb telah mencipta satu patent kacamata yang dikenali sebagai Aviators. Prototaip tersebut adalah kacamata Anti-Silauan yang mempunyai rangka yang sangat ringan seberat 150 gram.

Mereka diperbuat daripada logam emas bersalut dengan kanta hijau yang diperbuat daripada kaca mineral untuk menapis sinar inframerah dan ultraungu. Juruterbang  Kor Tentera Udara Amerika Syarikat dengan serta-merta menerima pakai cermin mata hitam tersebut.

The Aviator Ray-Ban menjadi gaya terkenal cermin mata hitam apabila Jeneral Douglas MacArthur mendarat di pantai di Filipina dalam Perang Dunia II, dan jurugambar mengambil gambar beliau memakainya. Ray-Ban dengan cepat mendapatkan populariti melalui peperangan yang lain dan juga terkenal di dalam filem seperti Top Gun, yang dipakai oleh Tom Cruise, Val Kilmer, and Anthony Edwards.

Pada tahun 1952, Ray Ban mencipta satu lagi gaya iaitu Ray Ban Wayfarer. Perbezaannya ialah Wayfarer adalah cermin mata hitam berbingkai plastik. Reka bentuk cermin mata wayfarer ini menjadi sangat popular dikalangan golongan yang berpendapatn sederhana.

Cermin mata hitam wayfarer juga dilihat digayakan oleh bintang-bintang filem, bintang TV, dan pemuzik seperti The Blues Brothers dan Michael Jackson.

Ray Ban masih menjadi pereka terkemuka dalam industri cermin mata hitam dengan sentiasa berubah warna, bingkai dan kanta.

Pada tahun 1999, produksi Ray-Ban menjadi semakin merosot dan syarikat Bausch & Lomb telah mengalami beberapa kerugian di atas kemunculan persaingan dalam penghasilan kacamata seperti Oakley Inc yang mempunyai kepakaran mencipta design kacamata yang lebih moden dan sesuai untuk golongan muda.

Saham mereka juga telah jatuh daripada $1 kepada $78 US Dollar. Ini menyebabkan mereka terpaksa menjual paten Ray Ban itu sendiri kepada sebuah syarikat kaca mata di Itali iaitu Luxottica dengan nilai $640 million (The New York Times).

Namun, Syarikat Bausch & Lomb tidak menjual teknologi dan kepakaran mereka dalam menghasilkan cermin mata hitam kepada syarikat Luxottica tersebut.

Syarikat Bausch & Lomb ditubuhkan oleh dua orang warga GERMAN iaitu John Jacob Bausch dan Henry Lomb pada tahun 1853 dan merupakan syarikat pengeluar lens yang terkemuka dunia.

Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis lenses yang berteknologi tinggi sebelum terciptanya Ray Ban seperti "photographic lenses, spectacle lenses, microtomes, camera lenses, binocular telescopes lenses, searchlight mirrors, torpedo tube sights, periscopes, dan contact lenses".

Bausch & Lomb juga telah berkerjasama dengan sebuah lagi syarikat lenses terkemuka dunia dari GERMAN iaitu Syarikat Zeiss pada tahun 1892 dalam menghasilkan optical lenses.

Ini menunjukkan bahawa lenses keluaran Bausch & Lomb ini berkualiti tinggi dan tiada tandingan dengan lenses daripada syarikat lain. Maklumat penting yang anda juga perlu tahu ialah Syarikat Luxottica ini bukanlah daripada syarikat pembuatan lenses tetapi adalah sebuah syarikat  pereka frame yang terkenal dengan design yang lebih moden. Pada pandangan anda yang manakah lebih utama? Design @ Kualiti? Tepuk dada tanyalah selera.

Semua ini adalah fakta dan bukan andaian semata-mata. Oleh itu, kenapa anda perlu pilih Ray Ban USA?? Because they're made by Bausch & Lomb!!! Peliharalah Mata Anda!!!                                                        

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2014 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mnat gak. Tp lbh mnat oakley.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2014 09:29 AM | Show all posts
aku suka oakley..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 04:47 PM | Show all posts
MADE IN U.S.A.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 04:24 PM | Show all posts
pakai ray ban musti feeling feeling tom cruise
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 05:11 PM | Show all posts
good info tq...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 09:59 AM | Show all posts
ray-ban skrg dah jadi rare-ban....

harga the general 2nd pun dah mencarut!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:17 AM | Show all posts
harga dia xmcm menganjing plak kan, klau kira kilo ok lgi la aku mmpu jgak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2014 12:54 PM | Show all posts
ray ban susah nak cari spare part... ai punye plastik yang penyedal hidung tu tertanggal tercicir tah ke mane, nak cari ganti payah tol, dah tiga kedai pegi tak ketemuan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 01:17 PM | Show all posts
oakley nampak moden dari rayban.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:43 AM | Show all posts
Dulu beli baru rege Rm 90.00 (1985). Ori punya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2014 06:31 PM | Show all posts

-1995-

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:20 AM | Show all posts
sekarang dah mahal.masa aku beli jenis aviator dulu harga rm400 tunggu promosi hari raya jadi RM200 baru dapat beli.Sekarang ushar ushar model yg sama tengok tengok harga dah 1k
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:22 AM | Show all posts
ayahlang replied at 21-3-2014 09:43 AM
Dulu beli baru rege Rm 90.00 (1985). Ori punya.

sekarang dah 1k lebih.Kalau jual yg 1985 tu mesti harga barang rare.ntah mtah 5k

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
HBA pun ok kan? salesman tu ckp hba ni lebih kurang mcm ray ban tapi hba made in korea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.101650 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list