CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17100|Reply: 92

Menyelami hati seorang isteri yang punya sejarah hitam.

[Copy link]
Post time 20-3-2014 01:28 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua..

Sorry ya tak tahu nak letak tajuk apa. Dah lama sebenarnya nak kongsikan/luahkan kat sini tapi takde masa dan mood nak menaip. Ni pun puas fikir nak letak kat bod mana..harap2 ok kat sini.

Ok lah,aku nak cerita sikit tentang kisah seorang isteri ni.. Bukan kisah aku. Tapi seseorang yang rapat sangat dengan aku. Kalau ku inhat2 rasa dalam 7tahun dah kami akrab macam sahabat lama sangat kenal.. Dan dah setahun kami tinggal serumah.

Dia ni kakak ipar aku.. Aku tahu kisah hidup dia setahun yg lalu. Masatu aku tengah jadi isu dalam keluarga aku..tapi Alhamdulillah kakak ipar aku ni la yang tolong bagi nasihat aku ketika ramainya adik beradik menjauhi aku. Masatu aku nyaris jadi isteri no3. Diringkaskan cerita,dari sini lah aku tahu perihal kehidupan dia yang lepas(tentang sejarah hitam dia). Mesti korang hairan,takkanlah dia senang2 je nak bagitahu aku benda ni kan. Masatu dia tengah bagi nasihat aku utk fikir2 lagi jika benar aku nak nikah dgn kekasih aku yg sudah beristeri ni. Masatu keadaan aku mcm tak waras.. Ku masih ingat dia tanya aku..-kenapa aku sanggup jadi isteri ke3.. Padahal selamani dalam 11tahun kami bercinta,kekasih aku ni boleh kahwin 2x senyap2. Kak ipar aku tanya,adakah kami dah pernah tidur sama2. Aku masatu jawab dgn sejujurnya. Kat sini lah aku tahu tentang dia.. Bgaimana dia pernah menjadi mangsa sumbang mahram abang dan pakciknya. Sedih sangat bila ku tahu.. Terutama dia cerrita part kena ugut dengan parang. Dia bagitahu aku,masatu dia sempat fikir nak bunuh diri.. Kalau tak silap umur dia 14tahun ketika kejadian tu. tapi sempat diselamatkan oleh pihak sekolahnya(nak bunuh diri selepas waktu balik sekolah). Dan kat situ la dia kenal suami dia(abang ku)

Dia cerita semua tu sebab dia kata.. Dia tahu aku nak kahwin dan setuju jadi isteri no 3 sebab dah terlanjur dan fikir takkan ada jodoh lain lagi utkku. Sejujurnya apa yang dikatakannya memang itu lah sebabnya aku nak kahwin. Tapi Ahamdulillah semua itu telah berlalu dan disaat akhir aku menguah fikiran. Keluarga semua lega. Ketika kejadian inilah kami semakin rapat.. Aku takkan lupa bagaimana dia menangjs meminta ku berfikir dan berfikir. Bagaimana ketika aku katakan malu untuk berjumpa pakcik2 ku yang  pada hari itu menyambut keluarga kekasihku yang datang merisik.. Kak iparku ini lah yang membantu ku menjaga pintu bilik ku dan memujuk keluargakuyang lain supaya jgn menemuiku dahulu atas permintaank(aku anak yatim piatu, jadi segala urusan kahwin dlm adik beradik kami pakcik makcik yang turut serta)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
First

Sakai bang nara
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk komen
Tp tak tau nk komen apa
Sebab mslh ko pon dah berlalu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 01:58 AM | Show all posts
Laa hilang la pulak yg aku taip panjang2 tadi.insyaallah esok la aku sambung lagi k. Aku just nak share mcmna kisah hitam seorang perempuan ni boleh effect kat hidup dia skrg. Mcm kak ipar aku ni.. Dulu aku tak fhm dengan cara dan sikap dia.. Ye la.. Aku pun masatu belum tau psl kisah hidup dia. Kdg ada rasa mcm menyampah pun ada huhu. Mcm jahat la pulakkan. Bukan apa.. Kitorang slalu kongsi msalah di whatsapp.. Dari situ la aku rasa prangai dia ni mcm pelik. Contohnya kalau gaduh dgn abg aku,dia akan luahkn mcm2..dia ak citer la kenapa dia gaduh dgn details.. Cuma dia luahkan rasa tak puas hati. Esoknya dia akan minta maaf sebab semalam emosi sgt.. Dan dia suruh aku jgn percaya ckp dia time marah sebab dia kata dia tak sengaja. Dia kata dia takut aku fikir suamid ia aka abg aku tu jahat. Adoi.. Kadang pening nak layan. Dia mcm tak konsisten gitu. Ok la,nak tido dulu. Sorry ya. Selamat malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 02:02 AM | Show all posts
burque posted on 20-3-2014 01:57 AM
Aku nk komen
Tp tak tau nk komen apa
Sebab mslh ko pon dah berlalu

Sorry2.. Tak,aku bukan citer psl masalah aku,aku just nak citer dan luahkan tentang kak ipar aku. Aku pun tak tahu kenapa aku terfikir2 pasal kak ipar aku... Mungkin sebab kami ada persamaan sikit psl kisah hidup dulu cuma tak lah sama.. Rasa dia lagi teruk sebab bukan kemahuan dia pun. Mungkin sebab aku dah nak berkahwin,sebab tu aku terfikir2 mcm ni.. Apapun semua ini ku jadikan pengajaran dlm hidupku satu masa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 02:07 AM | Show all posts
Satu je saya nak cakap, perempuan selalu dijadikan objek seks oleh lelaki. Jangan terlalu sedih atas kisah silam.

Dulu saya pernah jatuh hati kepada seorang gadis kat tempat kerja saya ni, saya namakan dia A. Walaupun kami berbangsa berlainan, saya Cina dia Melayu tetapi atas nama cinta, saya sanggup nak bersama dengannya. Sewaktu saya dalam proses memikatnya, saya diberitahu oleh rakan sekerja yang lain tentang sejarah hitam gadis kesukaan saya tu. Bekas pakwenya dah membuntingkan adik pompuan gadis kesukaan saya tu dan akhirnya terpaksa berkahwin dengan adiknya walaupun A dah 10 tahun berpacaran dengan lelaki bangsat tersebut. Malah, saya diberitahu A pun pernah ditiduri lelaki tersebut.

Oleh sebab saya sangat sayangkannya, saya masih sanggup memikatnya dengan ikhlas dan saya anggap tidak pernah mendengar benda-benda tersebut. Namun, semakin saya berkenalan dengan A, semakin banyak benda pasal dia dah kantoi. Ada sekali seorang lelaki SMS kat saya supaya jangan kacau A sebab A aweknya. Dia kata dia ngan A sedang bermalam di sebuah resort di PD.

Lepas tu, saya ambil keputusan untuk menjauhi pompuan tu.. Sehingga ke hari ini, saya masih ada dengar kes dia. Terbaru, dia kerap bersama seorang rakan sekerja yang dah menjadi suami orang. Lelaki tu bukan saya tak kenal, buaya daratan bertopengkan seorang yang kuat agama.

Sorry, saya tumpangkan thread TT, saya cuma rasa geram nak ceritakan sikit kisah saya. Bagi saya, lelaki cuma nak mempermainkan wanita (bukan semua, saya masih sayangkan A, cuma saya tahu dia bukan gadis baik). Perempuan pulak, jangan mudah serahkan segala-galanya kepada kekasih yang belum tentu menjadi suami korang. Bila dah clash nanti, dara korang dah hilang. Maruah dah hilang. Kalau lah korang berjumpa dengan seorang lelaki yang baik nanti, bukan kah korang dah mengkhianatinya?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 02:23 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-3-2014 02:07 AM
Satu je saya nak cakap, perempuan selalu dijadikan objek seks oleh lelaki. Jangan terlalu sedih atas ...

kalau perempuan tu nak berubah go on terima..

kalau tak nak berubah jgn terima dont waste ur time..

spiderman sejak bila kau jd cina??

baru jumpa thread awek terus tukar jadi cina?

lain lah adam mmg kpop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 02:39 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 02:23 AM
kalau perempuan tu nak berubah go on terima..

kalau tak nak berubah jgn terima don ...

Bukan senang untuk menerima seseorang aymg ada sejarah hitam dgn erti kata TERIMA APA ADANYA.

Ini lah yang akan aku kongsikan.. Bgaimana kehidupan kak ipar aku yang pernah jadi mangsa rogol dlm keluarga dia sendiri.

Abg aku boleh aku katakan seorang yang warak.. Tahu banyak ttg agama dan sentiasa belajar dan belajar. Tapi sikit lagi rumahtangga tu nak runtuh.. Nauzubillah. Ee takut la pulak nak membayangkan. Kk ipar sy ni orgnya okey.. Selepas kahwin dengan abg ku,banyak sangat perubahannya. Cuma tu lah.. Sy kata bukan senang. Emosi mudah terganggu. Kmi tinggal serumah.. Kadang takde sebab yang pasti tiba2 je tak keluar makan sama2. Kadang keluang bilik muka sembab semua. Dulu aku tak faham..ada rasa menyampah.. Rasa dia macam manja sangat. Ye la.. Aku kan rapat dengan abg aku. Mesti ada jeles2 sikit. Lagipun aku dah takde ayah ibu..  Tiap kali ada ada menyampah tu,tak pernah pula nak rasa lama2, satu yang aku puji tentang kak ipar aku ni.. Dia sangat caring walau aku ni dah besar panjang. Contohnya kAlau keta aku rosak ape.. Dia lah yang susah hati minta abg aku temankan aku semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 03:56 AM | Show all posts
Sudah tentu kakak ipar tt mengalami tekanan perasaan dan trauma dari insiden hitam itu masih menghantuinya. Itu sebab emosinya tak stabil. Demi kebaikan diri dan hubungan beliau dgn org lain terutama keluarga, bawa lah dia pergi rawatan therapy/kaunselling. tanya kat hospital dan dari kaunselor yg pakar kes ini. kakak ipar tt perlu pertolongan utk lepaskan dirinya dari belenggu masa silam. berilah dia kasih sayang dan sokongan moral sentiasa. dia perlukan tt sebagimana tt dulu perlukan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:25 AM | Show all posts
Kak iparku ini boleh dikatakan seorang yang ada rupa. Dalam family kami rupa biasa2 je ( termasuk ipar2 aku yg lain). Muka dia ada ala hillary duf.. dulu la. Skrg mungkin mcm tizz zakyah hehe. Tapi tizz tu takde la aku nak agungkan cantik haha tak minat sgt pun. Badan dah naik sikit. Dulu solid molid je. Sebab tu takdelah saudara hairan bila abg ku kahwin dgn perempuan muda sgt! Umur kak iparku masatu belum 17tahun masa nikah tu. Masa abg kahwin ramai la saudara speku macam2 pasal kak ipar ku ini, ya la org ada rupa. Kami dulu (adik beradik) tertanya2 juga bagaimana mudahnya parents kak ipar ni lepaskan dia berkahwin awal.. padahal kak ipar ni seorang yg cemerlang dlm pelajaran. Kami tinggal sbelahan kampung, dekat sgt. Sekolah ditempat yang sama. Adik aku yang bongsu senior dia, beza 1tahun je diorang ni. So adik ipar aku memang kenal lah dia ni. Sebab boleh katakan kat sekolah dia jadi sebutan juga.

Korang mesti rasa mcm over plak kami selidik pasal kak ipar ni.. haha. Bukan apa, abg ku yg ni memang pendiam dan takde khabar mnapun dia  bercinta dgn sesiapa.. tiba2 akan berkahwin. Dgn gadis muda sgt pulak tu. Mestilah kita kepochi kan. Lagipun aku dan adik2 slepas aku sangat rapat dengan abg yang ni.

Masa diorang kahwin, saudara dekat jauh pun beriya nak tgok isteri abg sy kat majlis tu. Slepas kahwin.. timbul cerita2 kurang enak tentang kak ipar sy. Saudara2 ada yg cakap dia ni sombong etc. Dalam setahun diorang tinggal serumah dgn kami.. memang kami tak banyak bercakap bertegur sapa. Jadi korang bayangkanlah mcmna lagi dgn saudara2 yang jarang jumpa dia. Tapi dia jenis selamba je, tak jadi hal pun. Lagipun dia suka buat hal sendiri, kalau org dah tak nak kawan, malas kot nak amik pusing.

Dulu aku fikir dia pun sama mcm tu.. dia agak selektif. Sebab dengan kakak2 ipar aku boleh pulak dia mesra berbual2. Tapi rasanya dia jenis kurang bab komunikasi ni.. umur pun muda kan. Hubungan kami makin okey slepas setahun..

1) sebab diotang pindah kat bandar, so aku slalu lah tumpang rumah diorang kalau aku ke bandar
2) sebab dia dah ada baby.. aku suka anak2..

Itu je kot intro aku psl kak ipar aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 09:33 AM | Show all posts
bungapeony posted on 20-3-2014 03:56 AM
Sudah tentu kakak ipar tt mengalami tekanan perasaan dan trauma dari insiden hitam itu masih menghan ...

Tak berani aku nak campur pasal tu. Sebab aku rasa tak banyak yang tahu pasal diri dia.. ye la mungkin dia hanya cakap pada someone yg dia trust je.

Tapi rasanya dia dah pernah kot.. sebab dari cerita dia pernah nak bunuh diri tu, pastu dia selamat dan kenal abg aku. Abg aku guru di sekolah dia, slalunya hal kaunselor atau pelajar itu dlm sesi kaunseling memang guru sekolah akan dimaklumkan (bagi guru yg incharge)

Lagi pun dulu slepas melahirkan yang kedua ni dia pernah ada kemurungan, abg aku ada bawa dia berubat cara Islam. Aku ingat masatu abg selalu tinggal anak2 dia dgn aku. Tapi takde la abg nak bgtau isteri dia sakit. Cuma aku ada selalu berwhatsapp dengan kak ipar aku..dia luahkan tentang sedih2 dan sakit dia kesan dari melahirkan (komplikasi leads her to depression )etc
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:15 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 02:23 AM
kalau perempuan tu nak berubah go on terima..

kalau tak nak berubah jgn terima don ...

Saya memang Cina lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 10:46 AM | Show all posts
aku nk komen apa pun x thu...tp ni la byk berlaku...
laki ni kdng mmg nk try permpuan...tp bila dah dpt kira nk la...
sama2 la salah....gatal p bagi bt apa..
jgn ingt dia bt dgn kau nk kawen dgn kau...ckp smua orng bleh ckp..
nnti mcm alsan bg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 10:50 AM | Show all posts
Sejak dari mula kahwin lg rasanya hubungan diorang dah bermasalah. Aku tak tahulah sgt.. tapi kalau aku kaitkan dgn luahan dia bula kami dah rapat.. rasanya betul la bermasalah.
Adalah sekali masa aku kat rumah dikampung dulu.. sebelum diorang pindah ke bandar..abg aku mengamuk hempas2kan barang. Masatu aku berlari amik anak dia, rasanya msatu dia baru habis pantang. Dan sekali aku tengok tangan abg aku patah. Huhu. Tapi aku tengok abg aku ni tetap loving dgn isteri dia. Ok la.. kak ipar aku ni kira kalau luaran org takkan tahu gaduh sampai mcm tu.. memang lembut jenis dia. Manja pun nampak manja.. tak tau la kot sebab dia muda sgt dgn abg aku.. so aku nampak dia manja.

Dulu waktu abg aku mengamuk tu.. semua nampak abg yg salah. Kakak aku siap ckp, abg aku baran mcm arwah ayah kami. Memang abg aku baran dulu tapi dia slowly berubah sgt2. Dia jadi abg yang penyayang utk kami. Kakak dan abg2 aku yg lain takkan faham punya. Aku dulu pernah gaduh sebab berebut kereta dgn abg.. Abg aku marah tapi dia just tinggalkan aku mcm tu je tanpa tengking2. Kecuali kalau aku provoke memang dia akan balas lah.. so aku rasa kak ipar aku yg provoke. Tapi manala aku peduli kan.. sebab takkan nak campur. Cuma lepas kami akrab.. selalu la juga dia luahkan rasa sedih dia.. kdg dia rasa berdosa sgt.. dia rasa menyusahkan etc. Rasa bersalah sebab abg aku tetap layan dia dgn baik. Tak pernah berdendam (sebelum diorang hampir berpisah haritu)
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:09 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 20-3-2014 02:23 AM
kalau perempuan tu nak berubah go on terima..

kalau tak nak berubah jgn terima don ...

Adam ada dimana-mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 11:13 AM | Show all posts
nizam49 posted on 20-3-2014 10:46 AM
aku nk komen apa pun x thu...tp ni la byk berlaku...
laki ni kdng mmg nk try permpuan...tp bila dah ...

Aku bukan nak citer psl aku.. aku nak kongsi psl kak ipar aku. Aku dah nak kahwin.. dgn pilihan keluarga. Pak cik aku yg aturkan. Dan kebetulan lelaki ni sma sekolah dgn aku. Memang aku rasa berdebar.. aku tak tahu nak lalui mcmna nanti. Tp semua ni juga atas sokongan kak ipar aku.. dia slalu ckp dia bahagia dgn perkahwinan yg tidak bercinta sbelumnya.. walau dia slalu bermasalah.. tp dia kata dia bahagia.slalu dia ckp.. bercinta lepas nikah lah lagi bermakna insyaallah. Aku berdebar tunggu giliran aku sbgai isteri..rasa takut pun ada.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 11:25 AM | Show all posts
mawarni07 posted on 20-3-2014 11:13 AM
Aku bukan nak citer psl aku.. aku nak kongsi psl kak ipar aku. Aku dah nak kahwin.. dgn pilihan ke ...

owh dah nk kawen...klau pihilan pak cik kau baik terima ja..
semoga bahagia yerk...tu la bercinta selepas nikah ni orng kata lg bgus..
tp klau dpt yg hampep abis la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:36 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-3-2014 10:15 AM
Saya memang Cina lah.

Cina Indon ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:41 AM | Show all posts
bidacool posted on 20-3-2014 11:36 AM
Cina Indon ke ?

Saya Cina Malaysia lah!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:44 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 20-3-2014 11:41 AM
Saya Cina Malaysia lah!!

Ooooo ok.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.084403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list