View: 2075|Reply: 6
|
[Tempatan]
Otai dadah tak sempat lari (warga emas)
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
JEMPOL - Seorang warga emas yang dikenali sebagai ‘Uncle’ dalam kalangan penagih dadah tidak sempat melarikan diri apabila dia dicekup ketika sibuk menjual dadah, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, warga emas berusia 64 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pasar borong di Pekan Bahau sekitar jam 7.30 malam.
“Ketika serbuan dilakukan, suspek sedang menjual dadah kepada seorang pembeli, namun pembeli itu berjaya meloloskan diri.
"Hasil pemeriksaan di badan suspek, kita menjumpai tujuh paket dadah dipercayai jenis heroin seberat kira-kira 11.47 gram.
“Kita juga turut menjumpai tiga lagi paket dadah jenis yang sama dengan berat lebih kurang 4.7 gram ketika pemeriksaan di kediamannya dekat Kampung Baru Cina," katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.
Hamzah berkata, berdasarkan rekod jenayah lampau, suspek pernah ditahan dalam kes sama dan dia merupakan pengedar dadah tegar secara kecil-kecilan di sekitar Bahau dan Mahsan.
“Suspek direman bermula hari ini sehingga 23 Mac bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 39A (2) dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Nilai rampasan berjumlah RM1,000 yang mana sepeket suspek mampu menjualnya kira-kira RM100. Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis heroin,” k atanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Umur dah 64 tahun, tak insaf2 lagi. Itupun Allah dah bagi bonus panjang umur setahun lebih daripada Rasulullah yang wafat pada usia 63 tahun.
Dunia, dunia ... |
|
|
|
|
|
|
|
64 thn dh nie mmg susah la nk blik ke pangkal jalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kene penjara t, mereput la lam penjara bang unclw |
|
|
|
|
|
|
|
Harap cepat2 mampus la...masuk pusat serenti nanti dok habiskan duit kerajaan je..duit kita la tu sbg pembayar cukai |
|
|
|
|
|
|
|
Kebal pakcik ni.64 thn msh berdadah. |
|
|
|
|
|
|
|
ni la dia perosak generasi muda. edar la yassin ke, kan bagus? |
|
|
|
|
|
|
| |
|