View: 4582|Reply: 37
|
[Tempatan]
LIM GUAN ENG SUJUD SYUKUR SEBAB BUKAN LIOW TIONG LAI MENTERI PENGANGKUTAN
[Copy link]
|
|
Sewaktu pelbagai negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370, Lim Guan Eng dan MCA mengambil kesempatan bertikam lidah daripada insiden itu dengan ketua menteri Pulau Pinang melancarkan 'serangan' awal.
Lim dalam akhbar China Press dilaporkan berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bernasib baik beliau tidak memegang portfolio Kementerian Pengangkutan sebelum pesawat itu hilang.
Dakwa Lim, Liow tidak akan mampu mengendalikan media antarabangsa dengan penguasaan bahasa Inggerisnya yang lemah.
"Syukurlah Liow bukan menteri pengangkutan," Lim dilaporkanChina Press sebagai berkata demikian pada satu majlis.
Dalam respons yang juga kurang memberangsangkan, anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan setiausaha agung DAP itu sebagai "rosak otak".
Chai mendakwa Lim pernah mengaku tidak berani berbual dalam bahasa Inggeris dengan generasi tua yang menguasai bahasa tersebut dengan "sangat baik" namun, tetap tergamak mengkritik tahap penguasaan bahasa Inggeris Liow.
Chai mengaku ketuanya itu mungkin tidak sefasih Lim dalam menggunakan beberapa istilah seperti "You print, I sue" (Awak terbitkan, saya saman), satu rujukan sinis kepada saman-saman fitnah Lim terhadap beberapa akhbar.
Last edited by Presiden_Lanun on 22-3-2014 11:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370, dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwanya gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.
"Semalam CNN, selepas ini media UK, kemudian media China pula akan temuramah saya.
"Saya tanya kenapa temuramah saya, saya bukan perdana menteri. Mereka jawab, kami mahu jawapan," katanya.
Ketua umum PKR itu juga menempelak pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu tersebut, ketika berceramah di Taman Mewah, Kajang malam tadi.
"Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
"Di Australia, PM Tony Abbott dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia," kata beliau merujuk keengganan Parlimen membahas hal pesawat dan sesi taklimat isu ini yang hanya melibatkan ahli parlimen BN kelmarin.
Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.
"Saya menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)... Saya tahu radar di utara dan pantai timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang," kata beliau kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.
Last edited by Presiden_Lanun on 22-3-2014 11:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
baguih la cina sama cina bergasak,,, |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa sampai sekarang takde menteri pengangkutan? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya Hishsmudin tu ok asalkan lain kali beliau dan pihak kerajaan lebih bersedia menghadapi krisis supaya tidak berikan komen pelbagai cabang. |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tu tau ke tida radar military tu bagi maklumat macamana.. Cuma dot pada skrin.
Radar DCA pula baca dari transponder pada pesawat komersial. kalau transponder dimatikan apa maklumat pun tak ada pada radar penerbangan mana dunia pun..
Kalau radar military nak tau jenis pesawat kena buat analisa yang berhari2. Memang awal lagi radar dah kedan tapi tak pasti ianya MH370. Kalau terus akap MH370 dibuatnya bukan, melalak juga dia nanti.
Autralia pun ambil 4 hari analisa objek baru keluar statement itu pun masih tak pasti.
Tolong bagitau radar negara mana dalam dunia ni yang boleh tengok objek terbang tu berbentuk sperti imej kapalterbang siap dengan jenis kapal terbang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu ada 3 biji kapalterbang pada radar military. Boleh bagitau apa jenis kapal terbang? Radar cuma tembak beam pada objek terbang dan reflek balik ke radar wujud benda terbang. Kalau sekawan burung terbang pu akan dipaparkan diradar.
Radar DCA baca maklumat dari transponder. Kalau pesawat pejuang yang lalu radar DCA tak tau jenis apa. Takkan jet fighter ada transponder.
Atas kepala kita dalam sehari entah berapa biji penerbangan. Perkara biasa pada radar military kesan pesawat komersial.. Kalau kesan jet fighter lain lah cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi anwar ni.. relax aaa..
tp ape nk buat, perkara mcm ni lumrah bagi mana2 negara yg sedang alami krisis/bencana/tragedi.. pasti ada pihak/pembangkang yg akan criticise usaha yg gov negara berkenaan buat.. cuma tujuannya saja yg org xtau, ambik kesempatan political mileage atau nak bantu improve proses pencarian.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa jawapan yg Anuwart leh bg kat media luar tu?? curious gak I.. bukan dia terlibat directly dgn inx insiden ni pun.. jawapan syok sundiri kut.. |
|
|
|
|
|
|
|
cina sama cina bergasak.. melayu tepuk tangan lol |
|
|
|
|
|
|
|
Cina DAP gaduh ngan Ketuanan Cina. Ketuanan Melayu tepuk tangan |
|
|
|
|
|
|
|
Salam.
umNO kecut perut nak marah MCA.
Yelah, kalau MCA terima jawatan kabinet...takyah Hisham pening2 nak jawab.
Hidop Melayu!!!
PS: Lepas PRK Kajang boleh la marah2 MCA |
|
|
|
|
|
|
|
Tul ke Tiong Lai tak pandai english? |
|
|
|
|
|
|
|
so far aku tgk Hishamudin je yg nmpk berkaliber jwab soklan
yg lain tuh aduyaiiiii
awat media obersi p tanya anwart ?
depa tak yakin ka dgn muteri munteri dan pm kita
nmpk sgt anwar ni ada reputasi di mata antarabangsa
p la ligan najib or muhyidin ka
isk isk depa ni
|
|
|
|
|
|
|
|
shahx posted on 22-3-2014 12:05 PM
kenapa sampai sekarang takde menteri pengangkutan?
klu xslh fortfolio menteri pengangkutan ni direserve kpd parti komponen BN either MCA,MIC atau gerakan. tp smp skrg xjmp sapa yg layak atau xde yg berani calonkan. sbb pas ngundi baru ni kan x byk kerusi depa ni menang |
|
|
|
|
|
|
|
AdsMsia posted on 22-3-2014 11:33 PM
so far aku tgk Hishamudin je yg nmpk berkaliber jwab soklan
yg lain tuh aduyaiiiii
Die syok sendiri je tue, dah dulu dengan Kompas indon pun terhegeh2 cite keburukan malaysia tanpa ditanya..
Sekarang nie claim media luar nak pendapat die, tapi xnampak plak aku artikel mane2 tulis stetment die..
Yg aku nampak pun media luar speculate maybe anwar terlibat sebab die kene jel and capt zaharie penyokong kuat die.. Tue pun umpama angin lalu sendu je..
Cukuplah menipu bung nuar, pi la suruh wan jijah balik rumah main dgn cucu.. Nenek yg dah tua pun ke henyak suruh berkempen kehulu kehilir.. Sian tau kat die.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak aku tgk si banduan gile publisiti murahan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2..... ape yg dia tau smp semua media berebut rebut nak interview dia....nampak sangat media luar cari info tahap sampah sbb jmp sampah tu dijadikn artikel akhbar dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2..... ape yg dia tau smp semua media berebut rebut nak interview dia....nampak sangat media luar cari info tahap sampah sbb jmp sampah tu dijadikn artikel akhbar dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 22-3-2014 11:46 AM
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani i ...
eleh....jam omega pun masih misteri....tanya kang kono saman pulok.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|