CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57449|Reply: 100

Lagenda dan Sejarah Perusahaan Kasut BATA -

[Copy link]
Post time 4-9-2008 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Lagenda perusahaan kasut Bata



Pengasas Bata, Tomas Bata bersama keluarganya.
Beliau meninggal pada 1932 kerana kemalangan pesawat.



SETIAP dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Penulis masih ingat lagi ketika melalui zaman persekolahan, memiliki kasut berjenama Bata, sudah dianggap sebagai anak orang berada dan pastinya pelajar wanita akan mengerling kepada penulis bukan kerana orangnya tetapi kerana kasut yang dipakai.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun kelmarin orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.

Sejarah


Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan 揃ekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2008 11:27 PM | Show all posts
Muzium kasut Bata pertama seumpamanya

Muzium kasut Bata dibuka kepada umum secara rasminya pada 6 Mei 1995 dan terletak di 327 Bloor Street West, Toronto, Kanada.

Bangunan muzium unik ini seluas 11,888 meter persegi ini direkebentuk oleh firma Moriyama dan Teshima. Ia seterusnya menjadi tumpuan pelancong dan peminat koleksi kasut seluruh dunia.

Isteri Thomas J. Bata, Sonja Bata adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan pengumpulan bahan dan koleksi kasut yang terdapat dalam muzium ini.

Penglibatan beliau dalam industri kasut global serta kekerapan mengembara ke serata dunia atas tujuan perniagaan membolehkan beliau membina sebuah muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi dan jenis kasut terbaik dunia.

Secara khususnya muzium ini beroperasi sebagai pusat kajian kasut antarabangsa di samping mengekalkan pameran koleksi kasut Bata selain daripada menjalankan kajian, membiayai kajian mengenai kasut serta mempromosikan pengajian dan pembelajaran.


Sejarah penubuhan muzium ini bermula pada 1979 apabila tempat simpanan kasut Sonja makin berkurangan. Beliau bersama-sama ahli keluarga Bata yang lain kemudiannya mengasaskan Yayasan Muzium Kasut Bata.

Yayasan ini bertanggung jawab membuat kajian dan pencarian mengenai kasut di kawasan dan negara-negara yang semakin mengalami perubahan berikutan kemajuan dalam bidang teknologi.

Antara kawasan kajian tersebut ialah kawasan orang asli di Amerika Utara, Siberia, Alaska, Greenland serta di beberapa negara di Eropah dan Asia.

Hasil kajian ini telah melahirkan banyak makalah akademik antaranya The Typology of Native Footwear, Feet and Footwear in Indian Culture dan Spirit of Siberia: Traditional Native Life.

Objektif utama yayasan ini adalah menjalankan satu pusat antarabangsa untuk kajian mengenai kasut.

Namun akhirnya muzium kasut Bata dibina bagi menyimpan semua kajian, khazanah dan koleksi kasut yang dikumpul.

Misi utama muzium kasut Bata ini selain menyimpan pelbagai koleksi unik mengenai kasut adalah untuk menyumbang dari segi ilmu dan pemahaman mengenai kasut kepada pembangunan sosiol dan budaya masyarakat di seluruh dunia.

Melalui kajian, pencarian, pemulihan serta proses komunikasi dan pameran yang dijalankan berdasarkan sejarah kasut dan pembuatannya, muzium ini menonjolkan kehidupan manusia melalui kebudayaan dan adat resam manusia.

Koleksi kasut di muzium ini kini mencecah 12,500 pasang yang didapati dari seluruh dunia dan berusia seawal 4,500 tahun.

Sehingga kini antara koleksi yang terdapat di muzium ini terdiri daripada pelbagai jenis kasut yang diperoleh dari seluruh dunia termasuk koleksi antik sejak dari awal kurun peradaban manusia lagi sehingga fesyen kasut terkini.

Antara koleksi yang terdapat di sini ialah kasut sutera sulaman Cina, kasut kulit beruang yang dipakai ahli samurai Jepun malah terdapat sepasang kasut yang diperbuat dari rambut manusia.

Malah kasut platform tinggi yang dilengkapi sutera buatan Venice yang diperoleh dari kurun ke 16 serta pelbagai koleksi kasut tumit tinggi lain boleh didapati di sini.

Dalam erti kata lain, pereka terkenal seperti Salvatorre Ferragamo bukanlah pereka pertama yang memikirkan tentang rekaan kasut platform sebegini, malah jika berdasarkan sejarah, mereka mungkin orang yang terakhir kerana sejarah telah mengajar segalanya tentang rekaan kasut.

Antara koleksi lain yang mendapat perhatian ialah kepelbagaian koleksi kasut golongan masyarakat asli Amerika dan Kanada. Kebanyakan kasut ini diperoleh ketika kajian mengenai sejarah pembuatan kasut di kawasan berkenaan.

Yang paling menarik perhatian pastinya koleksi kasut milik selebriti dari pelbagai zaman.

Antara koleksi menarik ialah kasut but Cowboy milik Robert Redford, but John Lennon Beatle, kasut kulit berwarna biru milik Elvis Presley dan pelbagai koleksi menarik lain.


Sudut arkeologi pula menampilkan pelbagai koleksi kasut sejak awal peradaban manusia. Antaranya sandal sarcophagi Mesir, lampu diperbuat dari gangsa berbentuk sandal dan pelbagai lagi.

Namun, apa yang lebih penting kasut sebenarnya mewakili gaya dan keperibadian seseorang. Malah ia menonjolkan gaya hidup seseorang melalui keadaan sekelilingnya, pekerjaannya, malah pemikiran dan agama yang dianuti.

Sama ada ia merupakan objek untuk kecantikan dan penderaan, sesungguhnya kasut merupakan petunjuk dalam sejarah kehidupan manusia.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


rasa2nya  mesti ada kasut imelda marcos gak...

tak tahu ada muzium kasut kat toronto sana... -

nak juga tengok - terutama collection kasut lennon.. mesti interesting
mcm2 kasut yang ada..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 12:09 AM | Show all posts
baru aku tau..rupenya bata ni satu dunia product dia....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 02:45 AM | Show all posts
bubble gummers pun keluaran bata gak...dulu masa kecik kecik anak org berada  skit laa pakai....sekarang ni semua org mampu beli kasut kanak kanak...sebab dah banyak brand....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 02:47 AM | Show all posts
Originally posted by yosh at 5-9-2008 12:09 AM
baru aku tau..rupenya bata ni satu dunia product dia....


kalau ko gi canada lagi banyak range kasut bata....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 12:43 PM | Show all posts
aku pun baru tau kasut bata ni satu dunia, igt kat asia jek.... TQ2 for the infos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2008 04:36 PM | Show all posts
Dulu ada satu iklan gambar kasut bata dimana bapa, ibu dan seorang anak menjinjing satu kasut bata yg besar smbil tersenyum.

Hmm...kenangan sungguh brand ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by abgboroi at 5-9-2008 02:47 AM


kalau ko gi canada lagi banyak range kasut bata....



tapi tak berapa popular brand tu kat canada -
biasanya sandal or walking shoes ramai yang pakai birkenstock
or even rockport and easy spirit...

kalau dress shoes lelaki pula ramai guna florshem (rasanya macam tu
spelling dia.. tapi memang popular la brand tu..)

memang ada bata franchise banyak kat sana - and various kind
and quite nice too -
tapi dari segi sales... rasanya tak la lebih dari jenama yang
saya sebutkan tadi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 09:13 AM | Show all posts
Kalau anda kata dexa bengap..anda 100x million lagi bengap!!

Back to topic.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 09:13 AM | Show all posts
Ramai antara kita yang nostalgia pakai kasut Batamasa sekolah, macam aku...tapi aku masih tetap pakai kasut Bata ke opis walaupun ada Clarks ada Bally...ada Jimmy Choo
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:23 PM | Show all posts
KASUT BATA MEMANG AKU SUKA.. TERUTAMA SANDAL YG LEMBUT BATA..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 01:02 PM | Show all posts
aku ingat bata ni produk dari malaysia..rupanya omputih sana..huhu

tak pernah pakai bata masa sekolah rendah..family tak mampu..pakai kasut biasa yang tapak warna hijau tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 01:45 PM | Show all posts
Sekolah = Kasut Warrior (Buatan China)

Main Bola = Kasut Boot Kling & Adidas Kampung

Main Sepak Takraw = Kasut Warrior (Buatan China)
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 03:54 PM | Show all posts
Dulu time sekolah i ade pernah pkai brand nih:-

Wira
BM 2000
Fung Keong
Bata
Pallas

Dulu my dad ade beli kasut putih Harlem Star mmg dr harlem. Quality and pattern sama macam converse. Mmg tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 03:58 AM | Show all posts
aku ari tu baru sambaq bata seketui...

masa kecik2 dulu mati2 aku ingat kasut bata ni dari kelantan...and don't ask me why...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 05:19 AM | Show all posts

Reply #15 Rayz_1's post

kelantan?

lol...... kelakar aje --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2008 05:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:09 PM | Show all posts
aku ingt bata ni org cine punye. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2009 01:00 PM | Show all posts
Lawat Bata Malaysia selepas 25 tahun





PETALING JAYA: Jenama kasut keluaran Bata Malaysia (M) Sdn Bhd (Bata) yang terunggul di negara ini sekali lagi menerima kunjungan isteri kepada pengasas dan pemilik Bata Shoe Organization (BSO), Sonja Bata, selepas kali pertama melawat negara ini, 25 tahun lalu.

Beliau hadir mengadakan lawatan secara rasmi selama dua hari bagi melihat sendiri perkembangan dan sekali gus mengenali lebih dekat kakitangan Bata Malaysia, terutama di Lembah Klang.

“Saya berbesar hati dapat mengadakan lawatan kali kedua ke negara ini untuk melihat sendiri perkembangan syarikat Bata dalam mengeluarkan produk kasut yang berkualiti selain mengekalkan harga berpatutan kepada masyarakat.

“Jika dulu Malaysia dikenali dengan nama Malaya dan kebanyakan kawasannya saya lihat penuh dengan pokok getah, kini saya sangat kagum melihat pembangunan pesat di negara ini.




“Melihat perkembangan kasut Bata sejak mula bertapak hingga kini, saya akui kami sentiasa cuba memberi produk berkualiti kepada pelanggan dengan harga berpatutan,” katanya di sidang media di One World Hotel, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusannya di Malaysia, Eugenio Olabe dan Marcello Pace, Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran Bata Marketing Sdn Bhd, Datuk James Selvaraj dan Pengurus Operasi Runcit Bata Marketing Sdn Bhd, Lee Sin Kee.

Menurutnya, biarpun zaman berubah menyaksikan jenama baru muncul di pasaran, Bata masih meneruskan tradisi dalam menyediakan pelbagai pilihan kepada pelanggan setia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 08:43 AM | Show all posts
sekarang orang takde duit plak pakai bata.. hehe
pasal anak orang berduit tak pandang bata, depa cari kasut sekolah converse
kasut sukan beli nike, adidas yg lebih selesa...lebih berteknologi ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.080397 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list