Sebenarnya terbaca pasal pelakon sendu Nina Iskandar (sumpah tak kenal siapa ) yg katanya bakal bertunang bulan 8 nnt. Sekali i tgk pic tunang dia.. terus hati berkata2 "laaaaaaaaa... mamat ni lagi"
Utk pengetahuan semua, heiqal benzema adalah ex kepada Hanis Zalikha, Yana Samsudin .. and now boyfriend to Nina Iskandar
With Hanis Zalikha
With Yana Samsudin
With Nina Iskandar
Bakal Bertunang, Nina Iskandar Sedia Untuk Berhenti Berlakon
Oleh RotiKaya Staff pada 26 March 2014, 8:03AM
Nina Iskandar who? Ya, kami tahu ada antara anda yang tidak kenal pun siapa pelakon baru ini namun beliau pernah digossipkan mempunyai hubungan cinta baru baru ini dengan anak lelaki Datuk K, Adib Khalid.
Pelakon ini juga sebenarnya baru sahaja setahun dalam dunia lakonan dan khabarnya beliau sudah bersedia untuk berhenti berlakon jika berkahwin kelak selepas mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya.
“Ternyata gosip yang mengatakan saya bakal bertunang dengan anak Datuk K itu tidak benar. Saya akan bertunang pada bulan Ogos ini dengan kekasih saya yang bernama Ahmad Heikal,” ujar Nina Iskandar kepada Kosmo! di tayangan perdana filem terbarunya.
Namun Nina Iskandar mengakui yang mereka masih belum mempunyai tarikh untuk berkahwin tetapi pelakon baru ini sudah bersedia untuk meninggalkan dunia lakonan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu kelak.
“Tarikh kahwin belum ada lagi tetapi kami merancang bertunang dalam minggu pertama Ogos, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” tambah pelakon ini yang mengakui mengenali kekasihnya itu menerusi aplikasi Instagram dan WeChat. Bercinta zaman telefon canggih ‘kan? Heh.
p/s : Yana samsudin sampai ke sudah ckp heiqal ni "kawan rapat"
|