CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NBM

Hotel-Hotel & Homestay Berhantu

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 09:24 PM | Show all posts
Dah alang alang aku ternampak thread ni aku pun nak cerita lah jugak pengalaman aku yang tak seberapa ni. (aku ambik dari komen aku dari thread lain pasal hotel jg)

Bulan 4 tahun 2016 dengan 3 family aku which are my sisters (2 orang ) dan makcik aku datang dari seberang ke Kuala Lumpur beberapa hari. Adik aku yang masa tu dah habis study dekat UM datang KL nak ambik beberapa barang yang dia tinggalkan dekat asrama untuk di bawa pulang. Makcik aku? Saja join dia nak membeli belah.  So kami pun stay kat hotel dekat area masjid India yang paling dekat dengan LRT. Lotus.

Nak dijadikan cerita, lepas aktiviti kami hari tu, kami pun pulang gi hotel tu. Waktu balik tu barulah terbaca dekat signboard tu 'since 1881'. Masuk bilik kami pun bercerita.  

"Ehhh lama jugak kan Lotus ni? Since 1881 dia tulis sana."

"Yahh kan, eee  scaryy"  (entah apa sebenarnya nak di-skeri kan padahal hotel ni antara cawangan2 dia sahaja )

"TIADAAAA HANTUUU PUNNNN?" - Adik cakap waktu dia join conversation. Terus kami tegur dia , next time jangan macam macam tu terutamanya di tempat orang.

So, aktiviti diteruskan dan malam tu kami tidur.

Aku yang tengah tidur dekat lantai depan pintu tetiba dikejutkan oleh adik aku.

"Kuriii!! Kuriii! bangun!!" Aku yang tengah lena dibuai mimpi terbangun sebaik sahaja adik aku membangunkan aku dengan cara yang kasar.

"Kau dengar tuuu!??"  Ahhhh sudahhhh.  

Pintu diketuk berkali-kali. Tapi pelan dan besar bunyinya. Tapi bila aku jenguk bawah pintu, guess what? No shadows at all. So siapa yang ketuk pintu?
Bila aku sedar situasi kami tu, aku mula menyalahkan adik aku.

" Tuhh la kauuu, cakap-cakap lagii !" (means pasal takda hantuu tu) Marah aku sambil sedaya upaya mendekatkan diri dekat adik aku. Lepas tu bunyi tu berhenti. Aku nak tidur sebelah adik aku, tapi dia tak suruh. pffffff Kau dah bangunkan aku lepas tu kau tidur tak hiraukan aku? Ciskek. Then aku pun sedaya upaya tidur lepas ketukan dipintu habis. Aku terlelap juga akhirnya.

Esok pagi aku pulak yang diketawakan time kejadian semalam, sebab aku tidur sambil pegang kaki adik aku. LOL. Sampai sekarang kami tak sure apa yang berlaku. Benarkah gangguan atau ada orang mabuk salah bilik? (manalah tahu kan) Tapi bayang bawah pintu takda pun.  Adik aku pun ada cerita part dia rupanya sebelum dia bangunkan aku tu, dia dah terbangun beberapa minit before that, sebab ketukan dekat pintu tu, then dia bangunkan aku..itu je tak lah berapa seram.

Moral of story : Jangan cakap besar, hahahahh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 12:14 PM | Show all posts
Sesiapa yang ada pengalaman kena kacau kat hotel K****g K****g Langkawi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:29 PM | Show all posts
Edited by mastika at 11-2-2022 09:48 PM

Akak ni dah kena..
Hotel/Apartment T***s S****E.. tingkat 31


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:55 PM | Show all posts
dulu ada yg share list bilik2 hotel yg 'keras'
tak ingat mana letak list tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x suka JJCM dlm Msia...x boleh tdo..last outing dgn kwn2 kat Merdeka Hotel Kuching n Damai Hotel..terkebil2 tgk siling..tunggu siang..pandang sana sini kwn2 semua syok berdengkur..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2022 09:12 PM | Show all posts
ok latest experience aku last week kt hotel di Melaka area riverside tu. Tapi tak teruk la cuma gangguan minor je. Masa aku pejam mata aku perasan bayangan lalu lalang depan muka aku sbb ada lampu tido so aku boleh nampak bayangan tu walaupun tgh tutup mata. Masa tu pukul 3 pagi. Aku ignore je terus pejam mata. Sekali dia hembus satu bau busuk kt muka aku. Busuk yakmat nak muntah aku. Lps tu aku tak diganggu lagi so dpt la tido. 2nd time masa aku bangun nak gi toilet time 2 pagi. Masa nak bukak pintu toilet tu aku dengar suara orang lelaki mengerang. tapi the moment aku bukak je pintu toilet terus suasana sunyi sepi. Hilang suara tu. Jadi selama 3 hari aku kt sana aku mmg takkan tinggal kt bilik sorang2, aku rela ddk kt lobby mengadap receptionist hotel tu yg suka menyanyi, sedap juga la suara dia hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2022 09:13 PM | Show all posts
monreyes replied at 20-3-2022 09:27 PM
Aku mmg x suka JJCM dlm Msia...x boleh tdo..last outing dgn kwn2 kat Merdeka Hotel Kuching n Damai H ...

sama la dgn aku. mmg tak lena. sakit badan pun boleh dpt sbb tak selesa berubah tempat tido
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2022 09:21 PM | Show all posts
NBM replied at 22-3-2022 09:13 PM
sama la dgn aku. mmg tak lena. sakit badan pun boleh dpt sbb tak selesa berubah tempat tido

bercuti tapi bila siang lesu...
sebab ko kenal segala hantu jembalang kat msia ni...
so terbayang2 je muka dorang....
kat obersi dorang xde....lena tdo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua hotel pun ada kisah seram so klu nk yg less scary amekla hotel baru yg design modern.. klu hotel lama design n ambiance dia tu yg buat rasa spooky
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:18 AM | Show all posts
Edited by ronin at 31-3-2022 12:34 AM

Okay, aku nak share pengalaman kawan aku iaitu Hj Zack...utk mudah aku panggil Zack jer..baru tadi sebelum maghrib Zack dtg ke rumah aku di Sbn, dia baru turun dari Gunung Angsi tapi sebelum itu dia singgah di rumah kawan dia di Paroi.

Kisahnya berlaku di sebuah hotel di Johor Baru tak lama selepas berlakunya Sept 11, 2001 di USA. Korang ingat kan Twin Tower keduanya dirempuh 2 pesawat? Zack ckp dekat hotel itu ada kubur. Dia tak ingat apa nama hotel tersebut...kalau korang tahu hotel yg berdekatan dgn kubur di JB boleh bagi info kot.

Pada malam dia tidur kat hotel tu, tiba2 dia terdengar riuh rendah kat luar bilik, dan nampak asap masuk di bawah pintu. Cepat2 dia basahkan towel dan sumbat kat celah2 bawah pintu. Dia pergi ke balkoni untuk cari jalan utk selamatkan diri tapi baru sedar dia di tingkat yg tinggi, tak mungkin boleh turun melalui balkoni...lalu dia bukak pintu dia nampak asap yg tebal, dia nampak byk orang berlari, semua dlm keadaan yg tak lengkap berpakaian..ada yg hanya pakai bra dan seluar dalam..kiranya ramai yg kelam kabut tidak sempat berpakaian sempurna.

Kemudian dia call di bhg receptionist tapi tidak berangkat..lalu dia berlari keluar mencari pintu kecemasan...dia berlari turun dan pada salah satu tingkat bawah dia cuba buka pintu tapi tak boleh buka. Kemudian dia rasa pelik tiada org yg mengikut dia berlari ikut tangga kecemasan itu. Dia turun lagi, akhirnya dia sampai ke lobby tapi di situ keadaan tenang seolah olah tiada apa2 berlaku. Dia bertanya kpd pekerja di sana semaada ada berlaku kebakaran di tingkatnya tapi mereka kata tiada sebab tiada bunyi kecemasan atau org lapur kebakaran. Dia pelik tapi dia tak ceritakan apa yg dia nampak sebelumnya.

Zack pun naik balik ke bilik dia dan apabila sampai di atas, keadaan sepi dan tenang, tiada kesan terbakar, tiada asap, tidak ada kebakaran atau kekecohan sebelum ini. Tiada perempuan berlari dgn hanya pakai bra dan bikini atau lelaki hanya pakai underwear spt yg dia nampak sebelum ini.

Seperti yg Zack bagitau aku, dia pun bingung dgn kejadian itu. Dia sendiri tidak ada jawapan tentang misteri kebakaran di hotel tersebut. Jadi korang rasa adakah Zak berhalusinasi atau apakah yg dia nampak itu satu kejadian paranormal?

Sori, aku tak pandai mengulang apa yg Zack sampaikan kat aku..lebih kurang mcm itu cerita dia. Aku jarang share dlm bod paranormal ni...tapi sebab ada mood dan sementara masih fresh cerita Zack ni maka aku rajinkan diri utk menulis di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2022 02:15 PM | Show all posts
ronin replied at 31-3-2022 12:18 AM
Okay, aku nak share pengalaman kawan aku iaitu Hj Zack...utk mudah aku panggil Zack jer..baru tadi s ...

menarik cerita Zack ni. Kalau nak tau alam sebelah ni  mmg expert memanipulasi kita punya minda. Maybe apa yg Zack nampak tu pernah berlaku kt hotel tu dulu. Tapi mcm biasa pihak hotel takkan war2kan apa yg jadi sbb nak jaga biz dorang. Kalau tersebar nnt ganggu biz dorang. Tau2 je la orang ramai kalau tau benda2 mcm ni akan naik takut nak check in kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 31-3-2022 12:18 AM
Okay, aku nak share pengalaman kawan aku iaitu Hj Zack...utk mudah aku panggil Zack jer..baru tadi s ...

iols rasa hyatt hotel tapi skrg dah tukar jadi thistle hotel.. iols x pasti la tu jer ke hotel yg dekat dgn kubur or maybe ada hotel lain jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mastika replied at 11-2-2022 09:29 PM
Akak ni dah kena..
Hotel/Apartment T***s S****E.. tingkat 31

Seramnya. Elak la tempat ni forever
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa raya cina haritu last min plan pegi PD so hotel semua fully booked sudahnya terpaksa la check in hotel lama yg dibarukan dulu nama la Costa mmg nampak seram sebelah building hotel yang iols stay tu kosong,buruk tapi alhamdulilah memang ok la dengan ada anak keciknya..dulu hotel ni mmg top dengan mcm2 cerita seram..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 04:18 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-1-2022 08:53 PM
Adakah hotel yg dh tukar nama yg ada taman tema air tu?

Btw tadi iols baru baca kt fb sumber dr t ...

meols baca gak pasal ni. kesian tgk parents tu sbb pagi sblm check out arwah sempat mandi-manda kan? sekali tu meninggal la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak berkongsi kisah,tapi bukan seram.cuma nak share so that korang seboleh-bolehnya avoid daripada check in hotel ni yang lebih teruk keadaannya dari hotel yang berhantu.

Kisahnya,minggu lepas aku last minute lah kan tetiba bangun terasa nak pergi PD,psl cuti sekolah pun dah nak habis.Jadi book ler dari Agoda.com, hotel G**** B**** R******.Pasal yang lain-lain dah penuh.Dah dekat 10 tahun lah last aku book hotel ni.Tapi memang location dengan seaview dia not bad.Jadi redah ajelah kan.

Sampai-sampai sana,ok lah...parking almost penuh.Aku cakap kat en.husband,ok apa,ada jugak orang tinggal.Luaran pun lawa,baru cat.Area reception pun ok,check-in pun takde isu.

Rupa-rupanya.........sebaik melangkah dalam lif uzur dia,aku dah regret x1000.Bau hapak,kepam menusuk dalam hiding weiiiii...carpet lusuh and ya ampunnnnn...kotor.Keadaan bilik dia jangan cakap lah.Carpet Kotor,dinding berlumut,cat kopek-kopek,pintu dah nak tercabut,balkoni kotor,langsir berhabuk,tv takde channel,cadar berkulat.Toilet berkarat wei...dengan tak boleh flushnya,shower macam kencing budak pressurenya.

Lepas tu aku mulut celupar,cakap hotel ni,kak ponti pun tak nak singgah pasal horror dari horror.Terus husband aku tarik tangan aku,cakap marilah cari hotel lain....aku lari tak cukup tanah weiii...checkout terus.

Mintak maaf tak seram sekali lagi.Tapi kalau ada yang plan nak book hotel ni,cancel lah ye.Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 02:29 PM | Show all posts
Mamagarik replied at 13-6-2022 11:35 AM
Aku nak berkongsi kisah,tapi bukan seram.cuma nak share so that korang seboleh-bolehnya avoid daripa ...

glory b***h resort eh ?.. penah kena dlu masa kursus.. dkt bngunan yg mcm apartment.. budak laki dapat bilik hotel..  msa nk tido dgr mcm bunyi cakar2 kat tingkap bilik kuat sgt (we all husnuzon mybe angin).. i & member memasing dh cuak tp cover la tnye eh dh tido ke.. member pn cakap x tido lg, dia pun kalih badan ke i n& we both just pandang each other x cakap pape... tp member bilik sebelah call kitorang cakap xleh tido rsa mcm ada orang asah gunting/pisau cmtu.. kitorg decide call budak laki dtang sini sbb tkut akak yg dgr bunyi mcm tu jd lain pulak.. so malam tu budak laki tido kt ruang tamu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nuerulcayang replied at 16-6-2022 02:29 PM
glory b***h resort eh ?.. penah kena dlu masa kursus.. dkt bngunan yg mcm apartment.. budak laki d ...

Bukan...gra** beach resort,yg sebelah dia regency tu.yang glory ni pernah baca kat forum ni dulu atau fiksyen syasha (x ingat lah mana satu).cerita dia,malam tu diaorg bbq kat bawah,dah siap kemas nak nak naik balik apartment,nampak benda bertenggek atas pokok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:10 AM | Show all posts
Mamagarik replied at 16-6-2022 07:55 PM
Bukan...gra** beach resort,yg sebelah dia regency tu.yang glory ni pernah baca kat forum ni dulu a ...

oo.. ok ok
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:01 PM | Show all posts
bila baca kisah kat sini, terpanggil untuk share kisah masa dekat homestay

Masa lepas pkp 2 haritu, we all satu family besar cadang la nak pergi family day, saje la kan sebab dah lama tak kelua rumah. So cadang punya cadang kitorang decide pergi Bangi. Situ ada waterpark, and kitorang cari homestay. Banyak homestay area sini yang dekat2 dengan waterpark ni. Jadinya kitorang ambik yang paling besar sesuai lah ramai-ramai kan..

Homestay rumah teres tapi kawasan dia sunyi je, memang tak nampak orang sangat, rumah teres 2 tingkat.. Ruang tamu besar, ada dapur, ada 1 bilik kecik kat bawah, 1 bilik air..

Then naik atas ada bilik besar 1, bilik biasa 2.. masing-masing pilih bilik sorang satu keluarga.. yg kak ipar n biras memasing dah berebut nak bilik yang paling besar, oh ye dalam bilik semua ada tandas cuma bilik master tu paling besar selesa lah

I ambik bilik depan master bedroom tu, ada tandas jugak sesuai lah untuk family kecik dgn anak2 kecik ni, dapat bilik ni pun dah seronok dah.. Then kitorang duduk macam biasa, masak-masak, sembang-sembang sebab esoknya baru pergi Waterpark..

Malam tu, macam takde apa sangat, i rasa biasa je.. Tetiba dengar anak buah dgn anak sulung i menjerit dari atas, berlari ke tangga.. katanya nampak benda warna hitam dari bilik, lepas tu ipar i marah la budak2 tu jangan nak mengada buat2 cerita, saje nak bagi orang takut.. Budak2 tu pun diam lah sbb dah kena marahkan, kesian dorang dah lah baru lepas terkejut, eh kena marah pulak lagi..

Then tido macam biasa, pastu sempit pulak.. Yg lelaki sibuk nak tengok tv, ok turun lah bawah kat ruang tamu tengok tv, pergi amik bantal dalam bilik kecik yg kat bawah tu.. Bukak je bilik tu, creepy betul.. Terus tak jadi nak masuk, so bilik tu kosong jelah tanpa penghuni..

Esoknya pulak masa check out, dah dalam perjalanan balik.. Barulah mak mertua cakap dia pun nampak benda hitam dalam bilik, sama macam anak sulung & anak buah i nampak tu, maksudnya budak-budak tu tak tipulah.. Bila cerita-cerita macam gitu baru masing-masing rasa seram, sebab homestay tu dah lama takde orang duduk, maklum lah PKP lama kan..

Ok, tamat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.151876 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list