CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7345|Reply: 17

Perjalanan Hanis Zalikha

[Copy link]
Post time 2-4-2014 10:45 AM | Show all posts |Read mode



HANIS Zalikha mula menjadi popular setelah namanya tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pada 2010.

Semenjak itu, ramai orang mula tercari-cari dan mengikuti perkembangan Hanis menerusi blog peribadinya, inibelogsaya.blogspot.com.

Dua tahun kemudian, penerbit dan juga pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzri membuka jalan buat Hanis ke dalam industri seni selepas ditawarkan watak utama dalam filem Gangster Celop.

Ujar Hanis, biarpun pernah memegang watak sebagai bunian dalam Momok The Movie, filem Gangster Celop memberi sedikit tekanan kerana watak dalam filem sebelum itu hanya kecil.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan penulisan blog, gadis yang memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor Bharu ini juga turut berbakat dalam bidang pengacaraan dan antara program yang pernah dikendalikannya adalah Mad Market musim pertama dan kedua, serta Raikan Cinta.

Biarpun bersih mengemudi karier seninya tanpa sebarang calitan kontroversi, namun nama Hanis tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikatakan merampas suami orang dan berimej seksi.

Justeru, ketika ditemui baru-baru ini, ramai media mengeruminya untuk bertanyakan perihal sebenar. Benarkah seperti yang didakwa?





Peminat keliru

“Sejujurnya baru-baru ini saya terkejut apabila apabila ada peminat tweet kepada saya dengan mesej: “Shame on you! (Awak ni memalukan!)” ketika kontroversi membabitkan Hanez Suraya. Namun individu tersebut akhirnya tampil memohon maaf dan berkata dia tersilap orang,” ujar Hanis apabila ada sesetengah pihak tersilap dan mengaitkan dia dengan kontroversi Hanez Suraya.

Ujar Hanis, dia menyedari ada beberapa peminat tersalah orang ketika mereka memarahi Hanis dan mendakwa dia memakai pakaian yang seksi dalam drama Love U Mr. Arrogant.

“Ada beberapa kali juga saya terbaca tweet yang mereka mahu bercakap mengenai Hanez tetapi tag nama saya.

"Ada juga yang marah-marah tetapi selepas dijelaskan baru mereka sedar tersalah orang.

“Bahkan tidak kurang juga ada yang mengatakan saya bakal menggantikan Hanez sebagai duta AuraWhite dan perkara itu tidak benar, apatah lagi saya kini sudah dilantik sebagai duta baharu Safi Balqis,” katanya ketika ditemui semasa pengumuman sebagai duta baru produk kecantikan itu di hotel Empire Subang, baru-baru ini.

Tambah gadis berusia 24 tahun ini, biarpun orang sering tersalah anggap dan keliru dengan dia dan Hanez, dia tidak merancang untuk menukar nama depannya.

“Bila hal ini terjadi, ada juga yang cadangkan saya supaya menggunakan saja nama Zalikha. Tapi saya tak mahu kerana hanya sebutan pangkal nama kami saja kedengaran sama. Dari segi ejaan dan wajah kami berbeza.

“Lagipun kontroversi membabitkan Hanez sudah semakin reda dan saya harap peminat tidak lagi keliru saya dengan Hanez Suraya,”  jelasnya.

Hanis berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hanez kerana hanya berjumpa aktres yang terkenal dengan watak-watak antagonis itu di majlis-majlis hiburan.

“Saya baik dengan Hanez Suraya, walaupun kami sangat jarang berjumpa. Hanya jumpa di acara hiburan,” ujarnya.





Ibu kawal karier?

Dalam pada itu, Hanis berkata, kekeliruan beberapa peminat mengenai namanya dengan Hanez tidak sedikit pun menganggu perjalannan kariernya, bahkan Hanis mengakui tawaran buatnya masih tidak putus.

“Alhamdulillah selepas menjadi duta Safi Balqis, saya juga baharu selesai menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh musim kedua dan penggambaran rancangan Raikan Cinta juga sudah hampir selesai.

“Selain itu ada saya juga ada terlibat dengan penggambaran beberapa telefilem yang akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya.

Ditebak mengenai dakwaan ibunya, Karshinah Rostam, 48, yang mengawal karier seninya dan turut didakwa ‘lebih sudu dari kuah’, Hanis berkata ia sama sekali tidak benar.

“Mustahil ibu mengawal karier saya bahkan dia tidak pernah masuk campur kerana jadual saya diuruskan Astro. Senang cerita, dakwaan itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Pengguna setia

Sementara itu, mengenai pemilihannya sebagai duta Safi Balqis, Hanis berkata dia memang telah lama menggunakan produk tersebut sekali gus yakin dengan keberkesanannya.

Justeru apabila dilamar sebagai duta, Hanis tidak berfikir panjang untuk menerimanya serta menyifatkan peluang keemasan ini sebagai satu penghargaan buat dirinya.

Apatah lagi dia boleh dikatakan masih baharu lagi dalam bidang seni berbanding duta-duta Safi Balqis sebelum ini yang sedia punya nama besar dalam dunia seni tanah air seperti Elly Mazlein, Dynas Mokhtar dan Shila Amzah.

“Masa zaman sekolah, saya pakai Safi Balqis dan saya yakin dengan produk ni. Selain itu, bila sebut Safi Balqis, ramai peminat yang bagi respons positif terhadap produk ni. Jadi saya tak fikir panjang, malah saya berbesar hati dipilih sebagai duta Safi Balqis sekali gus sebagai penyambung legasi duta-duta sebelum ini.

“Tidak dinafikan ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Lebih-lebih lagi Safi Balqis salah satu jenama produk kecantikan yang ternama dan tanggungjawab yang saya galas ini akan sentiasa buat saya beringat supaya saya perlu jaga imej saya.

“Saya kena lebih tahu cara nak bawa diri dan mengelak dari dikaitkan dengan sebarang kontroversi,” katanya mengikat kontrak selama dua tahun.

Dalam pada itu, sempena pemilihan Hanis sebagai duta baru, jenama itu telah melancarkan rangkaian baru kombinasi sistem 3 gen pencerahan iaitu Safi Balqis White Trilogy.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 11:04 AM | Show all posts
aku minat kekniss ni, sebaya. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 11:11 AM | Show all posts
-electrifying- posted on 2-4-2014 11:04 AM
aku minat kekniss ni, sebaya. hihi

awek ampang kan dia ni? 22 tahun ke 23
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 11:20 AM | Show all posts
WIFEY_KETIAK posted on 2-4-2014 11:11 AM
awek ampang kan dia ni? 22 tahun ke 23

yup 1 tmpt iols
24.tahun 90
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 02:07 PM | Show all posts
kira sebab nama la... Hanis vs Hanez. Tak fasal fasal kena marah--
"Kau la yg rampas suami orang tu ha? Pong-pang-pong-pang.".... "Eh...Saya Hanis"
"Oh, ye ke, key...bye...."

Ada kes orang lain sebeb rupa. Lufya dng Zarina
"kau la yang membogel tak tentu fasal tu? Ha...pong-pang-pong-pang"
"saya Lufya"
"amboi amboi tukar nama pula. Ingat muka kau pun tukar kah ha? *sambung pong-pang-pong-pang"
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 03:28 PM | Show all posts
bodohnya yang salah tag tu..

hanis zalikha ngan hanez soraya pun x tau beza..


memalukan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2014 09:34 AM | Show all posts
Blog mak dia tak boleh blah.... Cakap hal suami tak tolong kemas pinggan pas makan. Jaga la maruah suami tu sikit.... Siap tulis MODEL 80-an gitu!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 03:42 PM | Show all posts
BlackRed posted on 4-4-2014 07:34 AM
Blog mak dia tak boleh blah.... Cakap hal suami tak tolong kemas pinggan pas makan. Jaga la maruah s ...

poyo je kan...padahal bekas model je tu pon thn 80...tu pon nk kasi tau seantario donia...
dia ada buat kek...
ko order la...dappp katanyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2014 06:40 PM | Show all posts
nampak tua jer nek nah dlm pic ni..
wartawan x photoshop ke..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 01:01 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 4-4-2014 03:42 PM
poyo je kan...padahal bekas model je tu pon thn 80...tu pon nk kasi tau seantario donia...
dia ad ...

Hahaha, tak kuase nyahhhhh! Tak hengen nak rase, hahahaha.... Cer ko try order
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:35 AM | Show all posts
Sometimes mak die nie poyo....lebih sudu dari kuah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:35 AM | Show all posts
Sometimes mak die nie poyo....lebih sudu dari kuah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2014 12:21 PM | Show all posts
hai keknis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 06:07 PM | Show all posts
sorry... she needs improvement...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2014 06:28 PM | Show all posts
dulu 3, 4 tahun lepas suka baca blog mak dia... lepas tu dah malas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon tak best sgt..control
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 07:07 PM | Show all posts
dah selamat kawen perjalanan dia skg
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 01:37 PM | Show all posts
apa blog mak hanis ni eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.061972 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list