View: 3727|Reply: 2
|
NISSAN X-GEAR baharu kini sudah tiba!
[Copy link]
|
|
NISSAN X-GEAR baharu kini sudah tiba!
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan Nissan X-GEAR baharu, crossover lima tempat duduk dengan penampilan yang lebih sporty yang bertemakan Jelajahi Kehidupan! Ia merupakan refleksi terhadap individualiti seseorang dan kebebasan untuk meluahkan serta meneroka kehidupan sepenuhnya.
“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka.Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal.” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.
Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bampar hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru.
Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya.
Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID). Keselamatan di atas jalan raya adalah sangat penting. Jadi, Nissan X-GEAR baharu dilengkapi tali pinggang keledar hadapan yang kini dilengkapi ciri pra-regangan dan pengehad beban yang mematuhi piawaian terkini ujian pelanggaran UNECE. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, SistemBrek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.
Nissan X-GEAR baharu dikuasakan oleh enjin aluminium sepenuhnya HRDE16 1.6 liter yang menjimatkan minyak. Enjin empat silinder kompak dan ringan yang mampu menghasilkan kuasa 105PS dan tork 150Nm itu dipadankan dengan transmisi empat kelajuan yang lancar dan dikawal secara elektronik. Dengan teknologi kawalan injap pemasaan, enjin tersebut menawarkan prestasi yang responsif dan penjimatan bahan api luar biasa.
Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL. Lima warna ditawarkan termasuklah tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, selain warna yang sedia ada putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver).
Harga yang ditawarkan untuk model ini ialah RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memilikinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
lawanya..................... |
|
|
|
|
|
|
| |
|