CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18632|Reply: 116

Boleh tak, nak bukak thread sebab nak bagitau yang aku sedih sangat2...

[Copy link]
Post time 2-4-2014 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Sedih giler...
Aku dah 24, taun depan 25...
Dulu masa kat U, aku bercinta dari tahun pertama sampai tahun empat dengan budak kelas...
Bila habis belajar, kami makin jauh, makin jauh...
Asyik gadoh, gadoh dan gadoh sampai aku menangis, aku hilang diri aku, asyik termenung, dan xde semangat hidup sedangkan aku tengok dia sangat gembira dengan kawan2 dia...
Beberapa bulan lepas tu aku kenal dengan orang lain, budak ni muda dari aku 4 tahun.
Aku suka kawan dengan dia sebab rasa senang dan lega hati aku tiap kali sembang dengan dia, aku memang suka dia tapi aku tengok dia macam playful, aku x yakin.. Dia memang ada kata sukakan aku, tapi aku pk, umur aku masa tu dah 23, kalau aku tunggu dia sedia nak kawen, bila aku akan kawen...
Ditakdirkan kawan sekelas dia add aku, di hari pertama kenal, dia terus tanya aku sudi x kawen dengan dia.
Masa tu aku terkejut, sbb selama ni kawan 4-5 tahun pun x pernah lelaki tanya aku ajak kawen, dia baru kenal sehari, jadi pada aku dia memang serius dan seorang lelaki yang baik, jadi aku cakap ye (macam ni kalau dalam Islam kira dah bertunang, kan) tapi kami x buat majlis tunang, cuma ada bagitau parents.. Budak ni belajar engineering aircraft, pastu dia ni jenis org yg bercita2.. ape2  hal mesti dia bawak bincang ngan aku, tanya pendapat aku. Aku suka, sbb yg dulu tu ego sangat, x boleh disentuh langsung hal dia dan kawan2, mesti melenting mengamuk2...
Cuma lepas beberapa bulan aku naik rimas sebab budak ni asyik ganggu waktu tidur aku.. aku jadi x cukup tidur, jadi rimas, jadi marah. Jadi aku amek keputusan nak putus...

Sebulan lepas tu ex aku ni dia dapat tau yang aku dah ada orang lain.. siang malam pagi petang merayu2 menangis menyesal lepaskan aku... janji nak berubah... masa tu aku nampak perubahan dia, aku pun bahagia dengan diri dia yang baru, jadi aku terima dia. masa tu aku kerja, dia praktikal sebab dia kena sambung satu semester gara2 eksiden... MAsa tu aku seronok sangat sebab dulu dia malu kalau kawan2 dia tau dia keluar dengan aku, tapi yang terbaru dia siap letak gambar aku kat screen handphone aku.  pastu masa ni hati aku dah keras, dah x sayang dia sangat macam dulu, jadi dia banyak menangis mintak aku terima dia, syg dia macam dulu, dan dia makin pentingkan aku.. dia mula cakap pasal kawen.. aku bahagia sangat, Allah je yang tau macam mana berbunganya hati aku masa tu.

tapi aku bahagia cuma sekejap...

Sekarang dia dah sebulan kerja... dia ada degree tapi dia mintak kerja pakai diploma dia... sekarang dia kerja sebagai technician dengan gaji rm950... Dia berubah ketara sangat sekarang.  Dia bergaul dengan kawan2 bujang technician lain, hanya fikir enjoy enjoy enjoy... siang waktu rehat pergi main snooker, malam pergi lepak kedai kopi dari pukul 8 sampai 1-2 pagi... Bila aku tegur, aku kena marah, kena tengking... Aku banyak menangis sekarang... Aku pk, kalau aku x putuskan hubungan dengan org tu dulu, tentu aku bahagia sekarang.... Masa dulu aku pilih untuk balik pada ex aku sebab mak ayah cakap aku dah 4 tahun berkawan dengan dia, semua org dah tau, aku patut jaga maruah mak ayah... dan ayah jugak suruh aku kenangkan pertolongan2 yg dia bg kat aku masa belajar dulu... Dia ada kereta, aku xde... so kadang2 bila aku susah, aku akan mintak tlg dia.. Pdhal ayah x tau macam mana dia layan aku dulu.. Aku demam teruk, x larat nak bangun dari katil, aku menangis2 telefon dia mintak tlg hantarkan aku pergi klinik, tapi dia tengking2 aku dan marah suruh aku jalan kaki pergi klinik yang dekat2 dengan rumah aku.. memangis aku macam mengemis, aku nak bgn pun x larat mcm mana aku nk jalan, macam mana kalau aku pengsan... tapi takpelah, mengenangkan mak ayah aku, aku turutkan jugak selain aku pun sayang jugak hubungan kami yang dah 5 tahun tu...

Tahun depan aku 25... mak ayah dah banyak kali cakap suruh aku kawen. aku anak bongsu, perempuan... kakak2 semua dah ada anak, ada suami. mak ayah nak lepaskan aku biar suami yang jaga... tapi ex aku tu diam, x nak cakap pasal kawen.. bila aku cakap, dia marah... mak ayah aku sampai cakap suruh nikah je dulu, majlis kemudian, sebab berkawan lama sangat, malu mak ayah dengan org sekeliling... nak menangis aku rasa...  skang ni masalah pada keluarga dia... mak dia tu terlalu queen control kan satu family... abg dengan kakak dia yg dah kawen beranak pinak pun kena duduk dekat dengan mak dia dan kena balik setiap minggu kalau x mak dia marah. skang ni dia cakap kat aku mak dia x suka aku sebab aku orang perak, mak dia nak org johor. lagi dia cakap mak dia kata dia anak bongsu lelaki, mak dia belum nak lepaskan dia. nak pegang dia lama2, lepas 30 lebih baru boleh kawen.  Lagi dia cakap mak dia mesti x bg sbb kalau nikah, kena buat majlis terus kalau x nanti mak dia malu.

Ntah la... aku dah buntu sangat........
aku ni jenis pompuan kampung.. aku x bercita2 tinggi pun sekarang.. aku cuma nak kawen, nak hidup sederhana, ada keluarga sendiri, jaga suami jaga anak... tapi kenapa semuanya macam susah sangat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyo dik

Semuanya susah sangat maybe sebab bukan jodoh kau la ..
Tu yg payah je drama bagai
Buatla istikharah
Kalau betul da ready nak kawen
Doa baik2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 09:25 PM | Show all posts
aku rasa 5 tahun ni aku dah sia2kan hidup aku dengan jadi orang bodoh kerana seorang lelaki
aku rasa menyesal sangat...
kalau boleh balik ke masa dulu, aku rasa macam nak lempang dia sebelum dia bukak mulut pada hari perkenalan kitorang
sedih giler aku sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2014 09:28 PM | Show all posts
Orang lain kalau couple masa belajar, pergi makan sama, pergi study sama..
tapi dia asyik dengan kawan2 dia yang single, kuar ngan aku pun jarang2 masa tu. dalam kelas pun x pernah nak sembang dengan aku, dia macam malu ego sangat nak tegur aku depan kawan2 dia.
aku ni makan hati je siang malam pagi petang dah nak gila dah aku rasa  tapi aku diam je

Bodoh lah aku x pergi cari kebahagiaan aku sendiri. masa tu aku muda, aku cantik, aku pandai.
tapi aku setia gila dengan dia sampai org lain msg aku aku x balas, laki2 yang minat aku sikit pun aku x pandang.  aku pk pompuan yg baik adalah yang setia, tapi skang entah kenapa aku rasa setia tu bodohhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 09:34 PM | Show all posts
entah la,nak kesian ka x,pompuan pantang x lama merayu cair abis,dah dapat balik,kena getah,padan muka la jawabnya..

yang terbaik,ang putus dan mita mak pak ang cari,cinta pas nikah,kalo nak buat pembetulan dalam cerita ang,dia ngan mak dia wire ada short,mau scrap masuk tong sampah ja.lg ang buat pembetulan belum tentu mau elok..

akhir kata ikut ang la,ngeyau kat sini bukan boleh nikah dan dapat anak seketui pun..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 09:51 PM | Show all posts
adik.

akak dengan suami kak bahagia je.

tunggu. biar lambat asal selamat.

akak umur 29 ada je orang lamar akak.

anak dah dua.

bahagia.

tak perlu dik nikah awal2.

biar lambat asal bahagia.

kawan akak nikah usia 33, dpt dato, lawyer.

loaded mereka duk rumah kaya kat kajang,

rumah negara tinggi ( country height)

fikir  fikir lah adik.

kawin dengan rakan sekelas walaupun ketua darjah tak jamin kebahagiaan.

biar jodoh hadir endiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2014 09:52 PM | Show all posts
Cepat2 putus balik ...belum terlambat utk kejar kebahgiaan sendiri..pikir masa yg ke depan..hal dulu dah jadi sejarah..kalau kuarga jenis besifat kenegerian tu lagi payah..pikir2 kan..jgn duk bepikir sampai lagi 2,3 taun plak..haisshhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 10:38 PM | Show all posts
Ala bru 4tahun couple, ada yg lagi lama couple putus gak

Lagipun ko perempuan nak desak lelaki, dh lelaki tu xnak xkn nk paksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
in life, problems come n go.the thing is how u deal wit ur problem.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 11:53 PM | Show all posts
daitechgroup posted on 2-4-2014 09:51 PM
adik.

akak dengan suami kak bahagia je.

terbaek lah komen kakak nie...

tq kak...

buat TT jgn sedih2.... take it easy, kadang kite kene bagi ruang utk diri kite sekejap...

jgn terlampau terbeban ngn masalah gini...merana diri akhir nye
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:00 AM | Show all posts
jangan la desak2 ajak kekasih kawin..nnt apa2 masalah dlm rumahtangga jd ungkit2 lak..lg makan ati....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam...
Sedih juga bila membaca masalah saudari ni... Saya sebagai lelaki juga rasa rendah diri apabila melihat ''lady'' dalam kesusasah dan kesedihan. Tetapi setiap masalah pasti ada penyelesaian. Apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang penting, banyakkan berdoa kepada Allah agar mendapat jodoh yan baik. Sentiasa positif dan berfikir kehadapan. Tak perlu kenang masa lalu yang pahit.. Jodoh tak kemana. Pasti ramai yang meminati saudari. Bercinta selepas kahwin lagi baik tau.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:34 AM | Show all posts
macit sila jgn teruskan pkahwinan/perhubungan itu...
sengsara nnti...teda guna mimpi-mimpian...
sila clash....mertua itu diktator..hehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2014 12:47 AM | Show all posts
tadi aku gaduh dengan dia lagi...
dia terlepas cakap...
dia kata mak dia letak syarat, salah sorang kena kerja government...





entah kenapa aku rasa penat.


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_bear posted on 3-4-2014 12:47 AM
tadi aku gaduh dengan dia lagi...
dia terlepas cakap...
dia kata mak dia letak syarat, salah soran ...


xperlu nak tagih die lg.. skrg ni tumpu phatian utk msa depan sendiri.. klu kahwin tp terkongkong dgn fmly die.lbih teruk airmata tu merembes nnt.skrg kita blum ada ikatan dgn die.masih blum terlewat utk pk diri kita sendiri.psgn kita akan tiba juga nnt.xsemestinya kita perlu bercinta smpai 5thun utk kenal hari budi.skali dating je dik... klu llaki itu utk kita... maka jodohnya akan tiba juga.psl mak ayah tu.. iya kan je dik.. xperlu skt tlinga nak pening kpala. tnm semangat baru.ramai lg llaki yg baik utk adik. bg pluang utk diri adik kenal org lain.... llaki yg baik, xkan sia2kan 5thun utk biar adik mnangis... xperlu lyn dia lg.. buat je hal sendiri... Last edited by mummyladybird on 3-4-2014 01:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 03:19 AM | Show all posts
Sian dengarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2014 04:22 AM | Show all posts
cita2 kau same je dengan aku.
nak kawen, berkhidmat dalam rumah or di kalangan pompuan2 ja.

aku pun penah kawan dengan beberapa orang, komited, setia, tapi deme senang2 ja tinggal.
ada sorang pun kawan 5 tahun, last2 tak jadi. walhal family masing2 menunggu hari ja nak langsung majlis.

last2 aku kawen dengan sorang budak lelaki yang aku kenal 10 tahun dulu, muda 2 tahun dari aku.
dia ni aku kenal dulu dari semua yang lain2.
aku beberapa kali nak tunang tak jadi, dan penah putus tunang.
so aku dah jumpa macam2 ragam bakal mak mertua.
ada yang control gilababas, ada yang baik ya rabbi, ada yang macam2.
tapi last2, aku decide kalau mak calon tu perangai macam2, aku takmau kawen dengan dia.
sebab nanti akan ganggu banyak benda dalam rumahtangga aku.

husband aku dulu, 10 tahun dulu aku anggap adik ja. dia pun panggil aku kakak.
dia pun ada kawan dengan 2 perempuan sebelum masuk minang aku.
kami on off. kadang kontek, kadang tak. aku ingat last year aku mintak tolong dia design banner program aku since design dia mantap2. tapi takat tu ja borak.
tengok2 hujung tahun lepas dia cakap suka aku. so aku suruh masuk minang, kalau lambat, orang lain cantas.
hujung tahun datang merisik, awal tahun ni terus nikah.
see... kalau dah memang jodoh, dan dah sampai masa, mudah ja Allah atur. semua dalam masa 4 bulan ja.
gitau suka, merisik, bertunang, then nikah.

sekarang alhamdulillah bahagia walaupun bese la gado kadang2.
and dia accept aku masa aku nothing, loser.
dengan tengah stuggle siapkan thesis degree yang tersangkut, dengan aku cakap aku takmau keja dengan orang, nak bisnes tapi makan masa untuk plan.
yes aku nothing sekarang tapi dia accept aku masa aku nothing. dulu2 aku best student, aktif, pengerusi itu ini. ahhh whatever dengan masa lalu.
walhal dia baru ja keja. baru setahun keja. dan muda lagi. baru 23.

doa la pada Allah. kalau kau nak hidup yang baik, tinggalkan la percintaan. tu yang aku buat dulu.
aku tinggalkan semua kejahilan tu, balik pada Allah. aku mahalkan diri.
aku pencilkan diri dari lelaki. last2 Allah bagi kat aku orang yang dah lama kenal aku, dari keluarga baik2, dan dia sendiri terima aku seadanya aku, dan tak demand aku untuk ubah diri ikut spesifikasi dia.
mertua pun baik. tak macam yang dengan sebelum2 ni.
doa lah. tu ja yang kau ada sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak rasa kn dik, baik jgn terburu2 wat keputusan, kita bkn nk kawen sehari dua.
Dia bkn jodoh adik, terima la kenyataan ni.

Sabar bykkn brdoa pd Allah agar beri petunjuk dan hidayah tuk kehidupan adik.

InsyaAllah dik Allah Mana mengetahui.
Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:04 AM | Show all posts
baru 25... da2 jangan sedih sangat. ada masa lagi. baik masa yg ko guna tuk bersedih tu plan untuk masa depan. 25 lagi kot..ramai lagi laki lain yg datang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 08:19 AM | Show all posts
Syukur TT belum kawin dengan bf tu...perbuatan yang seakan tidak menghargai TT dan sikap ibunya itu adalah petunjuk dia buka suami yang boleh membahagiakan TT dan rumahtangga TT pasti sentiasa bergolak dengan campur tangan ibunya.

TT semua parents sayangkan dan mahu rumahtangga anak2 nya bahagia...sila terus terang dengan ibubapa akan situasi TT dengan bf TT dan sikap bf TT terhadap TT,  kongsi kegelisahan TT kiranya TT berkawin lelaki itu.

Kalau TT teruskan dan walaupun ibunya bersetuju TT tidak akan bahagia. Dari sudut pandangan I bf TT bukan lelaki yang cekal dan punya pendirian untuk menjadi ketua rumahtangga.

Kata2 dan desakan orang dan tempoh hubungan yang lama bukan ukuran untuk melangsungkan perkawinan.
Tujuan berkawin bukan untuk menjadi janda dan memuaskan hati orang...perkawinan adalah untuk selamanya.

Jangan buang masa meratapi kenangan silam, what ifs sudah berlalu..

TT kena bangun dan mencorakkan hala tuju hidup TT.
Tt masih muda, tingkatkan prestasi hidup dan jangan buang masa memikirkan tentang bf TT.
Sayangi diri TT dulu...enjoy life be positive.  
Percaya lah bila kita happy kita akan attract happy life...mana tahu di simpang sana seorang lelaki yang lebih baik menanti. Kita wanita layak di sayangi, dihormati dan untuk bahagia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 42937 Replies : 1209
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 231545 Replies : 1813
Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
ultra78Lori tangki terbalik di Lebuhraya Karak
Views : 29889 Replies : 16
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36262 Replies : 1319
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 9961 Replies : 6
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70643 Replies : 162
Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani ujian kecergasan
ultra78Misi Everest 2025: Pelajar UiTM jalani u
Views : 58816 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042068 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list