CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12849|Reply: 115

susah utk lupakan

[Copy link]
Post time 5-4-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
salam

pg2 sabtu ni hati aki tpanggil utk tulis ttg perasaan aku yg bkecamuk.. knp ye ssh sgt utk kite lupakan seseorg yg pnh kita syg .. walaupn hampir 4 bulan lebih kami bpisah.. tp ingatan aku pd dia ttp ada .. seolah2 aku dpt rasakan dia masih rindukn aku... n knp ssh sgt bg aku utk anggap bahawa dia telah pn move on dn bahagia dgn khidupan dia.. aku xberani nk stalk life dia sbb aku tau klo aku buat cmtu mesti jiwa kaco .. haihh bantulah aku utk tenangkn perasaan aku ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 08:09 AM | Show all posts
apa lg dah rindu p la meroyan separuh bogel depan rumah dia..

sikit ja tu,orang lain ada yang lg menderita,kalo rajin baca thread forum forum luar sana.aku tunang ngan orang yang aku sayang 4 tahun pacaran,slumber ja kena kebas orang yang ada black magic,pasrah ja.pasal aku orang penting dalam keluarga xboleh runtuh emosi dan pekerjaan yang aku ada pada masa tu,adalah sumber kewangan penting dalam idup..

jadi aku pilih tuk terus idup dan sabar sabar,sedar x sedar rupanya dah setahun setengah berlalu.benda xboleh remove tp jadikan ia memori indah cumanya bagaimana cara ang nak lalui dan mengikis supaya menjadi tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:49 AM | Show all posts
Carik org lain gantikan tmpt dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pi hantuk pala kat dinding, kalau bertuah jd amnesia & dpt la lupakan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:03 AM | Show all posts
Aku pon jiwa kacau gak ni..korang putus sebab ape??
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:03 AM | Show all posts
Sabar banyak2.... Nak lupskan org yang kita sayang mmg susah... Hati mesti kuat!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2014 11:29 AM | Show all posts
12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama:

1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan: Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.

2. Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.

3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.


4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih: Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.

5. Hargai dirinya: Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.

7. Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.

8. Kuatkan semangat: Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.

9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda: Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.

10. Padamkan kesemuanya: Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.

11. Elakkan dari bersendirian: Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.

12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia: Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.

Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke atas apa yang telah berlaku pada diri kita.

p/s: aku sendiri pon tak mampu nak ikut tips ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 12:53 PM | Show all posts
Mizuahana posted on 5-4-2014 11:29 AM
12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama:

1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lak ...

Aku terbca ayat nie dlm forum dri sorg forumer and aku copy&save, just share

putus kasih adalah perkara paling terbaik pernah berlaku dalam hidup.

sebab masa itu lah kita nilai balik hidup kita...

kalau sebelum ni sejadah berabuk tak bersentuh, post-breakup dah naik nipis sejadah tu di kerjakan..

kalau sebelum ni, nak call parent seminggu sekali pun susah, apatah lagi nak jenguk, post-breakup, sampai muak orang tua tu tengok muka kita sebab asyik balik kampong je

kalau sebelum ni, otak asyik pikir nak camana nak kumpul duit beli benda-benda tak faedah, post-breakup, dah terdetik hati nak kumpul duit pergi umrah...tak pun haji

kalau sebelum ni, kita tak terlalu fikirkan pasal kelemahan diri kita, post-breakup mula lah sedar benda-benda bodoh yang kita buat sebelum ni..

kalau sebelum ni, kita hanyut dengan benda-benda yang melalaikan, post-breakup, barulah ada azam baru nak mempertingkatkan diri

kalau sebelum ni, dengar azan pun dah menyampah, post-breakup, dengar azan je mula plan samada nak solat berjemaah satu waktu je kat masjid ataupun extend sampai isyak

kalau sebelum ni, kita tak pernah nak appreciate pasangan kita (which led to breakup), post-breakup, mula berjanji takkan ulang lagi benda yang sama pada pasangan kita yang akan datang, which untung la siapa yang hadir dalam life kita lepas tu (as accordance to the statement, Allah hanya mahukan yang terbaik untuk kita)

kalau sebelum ni, berat badan overweight sebab kerja melantak KFC dengan McDonalds je dengan ex, post-breakup, pada siapa yang frust menonggeng sampai tak lalu makan berbulan-bulan tu, dah dapat hilangkan beberapa kg hanya dalam masa beberapa minggu je (dimana kalau masa dengan ex, nak hilangkan 1 kg pun susah)

kalau sebelum ni, selekeh je penampilan sebab sibuk nak managed bf/gf dengan kerja, post-breakup, dah start pandai bergaya sebab ada lebih masa untuk diri sendiri

kalau sebelum ni, nak beli something yang kita nak sangat pun fikir 100 kali sebab nanti nak keluar dating nak pakai banyak duit, post-breakup, boleh saving segila-gilanya dan by the end of the month/year dah boleh miliki benda yang nak sangat-sangat tu

kalau sebelum ni, nak pergi jamban pun kena report dengan ex, post-breakup, nak pergi kutub utara pun takde sapa nak larang dan boleh plan nak melawat tempat-tempat yang teringin sangat-sangat nak pergi (ni kalau kaki travel lah)

dan yang terakhir sekali, setiap benda yang terjadi tu ada hikmahnya walaupun perit...Allah nak ajar kita bersabar dan redha...takda benda dalam dunia ni yang boleh dapat senang-senang je...tapi percayalah, once you got through it, the reward will be amazing...it takes time but it's worth it...

so, take breakup positively, like one of the forumer said, it is not the end of the world and it is His way telling you to wake the f**k up and improve yourself...

chill people, breakup might be the best thing that ever happened to you and to get you out from your pathetic life...

Last edited by vespa_oren on 5-4-2014 12:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 01:00 PM | Show all posts
Time kasih vespa oren.memang betol semua tu tapi hati masih tak cukup kuat utk hadapi semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 01:15 PM | Show all posts
Move on dik...tanamkan dlm diri ko akan dpt lebih bagus dr si dia.. Rapatkan diri dgn fmly sure ko dpt lupakan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nak dgn x nak je..x pon doa supaya amnesia..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 06:39 PM | Show all posts
Mizuahana posted on 5-4-2014 11:29 AM
12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama:

1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lak ...

ko ni kelaka la...dr aku nak sedih2 terus tergelak.. hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 07:27 PM | Show all posts
Innrukia posted on 5-4-2014 10:07 AM
Pi hantuk pala kat dinding, kalau bertuah jd amnesia & dpt la lupakan dia

Hantuk punya hantuk, si ex dia ttp ingat, yg hal lain lak dia lupa ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 07:56 PM | Show all posts
missus_meow posted on 5-4-2014 07:27 PM
Hantuk punya hantuk, si ex dia ttp ingat, yg hal lain lak dia lupa ....

hantuk punye hantuk,sekali pecah kepala.. satu hape pun xdpt...hahahaha oppss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Normal lah tu tt selagi bergelar manusia nih... mana bleh delete memori macam tu jer... bagi aku la kan tang nak melupakan nih hanya masa yg akan merawat semuanya... insyaALLAH. .. nak lupa terus
tu memang x boleh la sebab kita nih manusia memang akan ingat tapi bila dah terawat luka tu kita akan ingat sekadar kenangan je. ... macam warna warni yg mencoret sebuah lukisan... eceh berjiwang lak aku... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 4 bulan ja.. baru lagi. Aku amek masa setahun nak get over him.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2014 09:29 PM | Show all posts
weirdwaniey posted on 5-4-2014 09:25 PM
Baru 4 bulan ja.. baru lagi. Aku amek masa setahun nak get over him.

Yup, 4 bulan baru lg ... kalo dah 4 tahun masih ingat, rs barulah jd masalah kot ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:31 PM | Show all posts
ekselen posted on 5-4-2014 07:56 PM
hantuk punye hantuk,sekali pecah kepala.. satu hape pun xdpt...hahahaha oppss!!!

Kalo udah pecah kepala ... itulah garis penamatnya ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik aje pengganti. Kompem ko lupa
lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik aje pengganti. Kompem ko lupa
lol:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.472866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list