SEORANG wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Ain menceritakan melalui Facebooknya pada 13 Januari lalu tentang kejadian dia kehilangan RM2,000 disebabkan kecuaiannya tidak mengeluarkan kad ATM selepas selesai urusan di mesin pengeluaran wang tersebut. Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Setapak, Kuala Lumpur. Pada mulanya, Ain hanya menukar pendaftaran nombor telefon bimbitnya untuk perbankan internet di mesin ATM berkenaan tanpa membuat pengeluaran wang. Selepas mendapat resit, Ain mengambil resit berkenaan dan beredar untuk ke mesin ATM bersebelahan tanpa menyedari dia masih tidak mengeluarkan kad ATMnya. Ain hanya menyedari sesuatu yang pelik selepas pulang ke pejabat dan memeriksa akaunnya melalui internet sebelum mendapati ada pengeluaran tunai dilakukan sebanyak RM2,000.
burque posted on 9-4-2014 09:27 AM
Gembira dapat duit free
tak tgk pon ape yg ditepek tu, coz xleh tgk kt opis.
tp pelik bkn ke klau dh setting no hp, kad pon akan terkuar, maksudnya akn kena masuk pin blik la kan.
weird. just wonder why