CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

ARISSA DANIEL

[Copy link]
 Author| Post time 10-4-2014 06:56 PM | Show all posts
MALAM itu, usai solat isyak, Arissa mengajar serba sedikit cara-cara solat yang betul kepada Nelissa. Bacaan yang wajib dalam solat juga turut diajar.

“Arissa..aku sebenarnya malu pada kau. Selama ni, aku terlalu ikut kata hati. Selalu nak seronok sehingga lupa pada tuhan. Macam di masjid tadi, aku malu sangat. Aku perasan jemaah perempuan asyik pandang aku. Nampak sangat aku kekok masa solat tadi...” Nelissa tunduk. Air mata diseka lagi sekali.

“Sudahlah..kalau nak ikut kata dan pandangan orang, alamatnya tak berubah la kita. Biar kita berubah perlahan-lahan dan ikhlas kerana Allah. Bukan berubah sebab orang suruh. Tak ada nilai di sisi Allah. Err..aku nak tanya sikit ni, masa di universiti dulu, aku pernah tengok kau solat. Takkan sekarang kau dah lupa?” Arissa masih penasaran.

“Sebenarnya aku hanya acting je. Aku tengok kau dan housemate yang lain solat, jadi aku ikut tapi aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Dan aku tak baca apa-apa pun. Yang aku tahu..bila sebut Allahuakhbar..itu je.” Nelissa berterus terang.

Arissa geleng. Nyata kehidupan Nelissa jauh dari amalan seorang Islam.

“Tak kan papa dan mama kau tak ajar?”

Nelissa pandang Arissa seketika. Malu sebenarnya pada gadis itu.

“Hidup kami sekeluarga tak pernah kenal tikar sembahyang. Malah, hidup kami terlalu kebaratan. Papa aku terlalu mengejar dan mencari harta. Seolah tidak pernah cukup. Leka dengan dunia dan harta. Mungkin disebabkan itulah aku jadi macam ni. Jahil!” Nelissa tunduk.

Arissa terdiam. Benarlah...payah untuk melihat insan kaya raya terarah hidupnya mengikut landasan islam. Hanya segelintir sahaja yang dipilih oleh Allah. Orang kaya diuji dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Adakah semakin bongkak, kedekut atau pemurah dan merendah diri?

“Nely..kita kena ingat, harta itu bukan penentu seseorang hamba Allah itu dimuliakan atau dihina. Tengok bagaimana harta itu diperolehi dan dibelanjakan. Jika didapati dengan cara yang diredhai Allah dan dibelanjakan ke jalan yang baik maka hidup orang itu mulia tetapi kalau sebaliknya, orang itu hina di sisi Allah. Dan orang yang kaya nilah harus bersyukur kerana dilimpahkan dengan kekayaan malah akan lebih berkat jika bersedekah kepada fakir miskin. Macam Rasulullah s.a.w. baginda tidak hanya membantu si miskin tetapi sentiasa duduk bersama-sama dengan mereka... hingga dengan itu baginda 'merasai' denyut hati insan yang kekurangan, kelaparan dan kesempitan. ” Terang Arissa.

‘Sesungguhnya setiap umat itu akan dihadapkan dengan ujian (yang terbesar). Dan termasuk ujian yang terbesar yang menimpa umatku adalah harta. ” (HR. At-Tirmidzi dari ‘Iyadh bin Himar radhiyallahu ‘anhu)
Harta dan dunia bukanlah kayu ukur seseorang itu dimuliakan atau dihinakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
‘Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.’ [Al-Anbiyaa’: 35]

“Aku lapar la..” Nelissa pegang perut. Dah tersengih.

“Ya la..kita belum makan malam tapi...tadi kau kata kau dah gemuk? Nak makan lagi ke?” Usik Arissa.

“Alah..aku tak boleh hidup la kalau tak makan. Tak ada boyfriend aku boleh hidup lagi tapi kalau tak jamah makanan...aku boleh jadi biul tahu tak.” Nelissa sengih lagi.

“Okey..aku jenguk dapur kejap. Apa yang ada kat situ..” Arissa bingkas bangun. Telekung dilipat dan dimasukkan ke dalam sejadah.

Nelissa turut melipat telekung dan membuntuti Arissa ke ruang dapur.

Arissa buka peti sejuk. Ada sayur kailan dan ayam.

“Hmm..kau nak masak apa?”

“Aku ingat nak masak ayam percik dan sayur kailan ikan masin. Kau makan tak?” Arissa ambil ayam dan sayur dari peti sejuk.

“Eh..mestilah makan! Aku ni tolak kayu dan batu je tau!” Nelissa sengih. Dia belek sayur dan ayam dengan hujung jari.

Arissa senyum. Nampak sangat Nelissa tak suka pegang benda itu semua.

“Kau tolong aku boleh?” Sengaja Arissa tanya.

“Tolong apa?”

“Tolong potong sayur ni dan kupas bawang, boleh?”

Erk! Aku ni tolong makan bolehlah!” Nelissa ketawa mengekek.

“Alah..tolong la..please?” Arissa buat suara merajuk. Sebenarnya dia nak sangat Nelissa sentuh semua tu dan tahu memasak.

“Okey la..apa yang aku kena buat?” Nelissa mula ambil pisau dan bekas kecil.

“Macam tu la! Kau potong sayur dan kupas bawang. Aku pulak siang ayam ni dan buat rempah untuk percik ayam nanti.” Arissa senyum lebar. Nelissa tidaklah susah sangat nak ikut katanya.

Mereka berdua mula memasak. Sesekali Arissa jeling Nelissa yang sudah berair mata terkena pedih bawang.

“Aku dah tak tahan la beb.” Meluru Nelissa ke singki. Matanya dibasuh lama.

Arissa ketawa mengekek.



USAI makan malam, mereka berdua lepak di ruang tamu. Sempat Arissa buat seteko kopi o panas dan ubi keledek rebus.

“Hmm..sedap rupanya ubi ni. Mana kau beli?” Nelissa sudah habiskan dua ketul ubi.

“Aku beli kat Tesco tadi. Masa tunggu ayam percik masak, aku rebus ubi tu. Makanlah! Banyak lagi tu!” Arissa muncungkan mulut ke arah pinggan ubi.

“Arissa..ayam percik kau tadi terangkat betullah! Aku suka sangat! Mana kau belajar buat semua tu?” Nelissa hirup kopi o panas perlahan-lahan.

“Aku belajar masa aku ke Kelantan dulu bersama arwah ayah aku. Ibu aku yang suka sebenarnya. Ayah aku bersungguh bawa  ibu aku ke sana. Kebetulan, arwah ayah aku ada seorang kenalan di sana. Seminggu jugalah kami berada di sana. Jadi sempat aku belajar semua tu. Kau percaya tak, masa tu umur aku baru tujuh tahun!” Arissa senyum. Kenangan bersama arwah ayah dan ibu masih tersemat kukuh dalam hati. Tak akan pernah dilupakan.

Nelissa terbeliak! “ Shut up! Biar betul kau ni!!”

Arissa senyum lebar. Memang dia mudah belajar. Bayangkan dia boleh hafal setiap resepi yang dipelajari dari ibu dulu.

“Hmm..nanti kau masak untuk aku lagi eik?” Nelissa kenyit mata.

“Orang kata, nak suruh atau tolong seseorang itu kena bagi kail, bukan beri ikan!” Arissa jeling Nelissa yang sudah berkerut kening.

“Kail?”

Arissa angguk.

“Maksud kau?”

“Maksud aku...kau tu kena belajar memasak sendiri bukan tahu makan je. Jadi aku nak kau masak sendiri ayam percik tu kalau kau nak makan!” Arissa sengih.

Weh! Kau perli aku eik!!” Nelissa lontar bantal kecil ke arah Arissa.

Sempat Arissa mengelak. Mereka ketawa bersama.

“Beb..aku nak tanya kau sikit..” Nelissa mula tukar topik setelah reda dari ketawa.

“Apa dia?”

“Aku perasan Adam tu macam suka kat kau. Masa di restoran Chillie’s tu, dia asyik tengok kau je. Kau tak nak tackle dia ke?” Nelissa pandang wajah Arissa yang sudah berubah.

“Gila kau! Dia kan bukan muslim!” Arissa mencebik. Dia diam seketika memikirkan siapa gerangan jejaka kacukan itu. Hatinya berdetik setiap kali terpandang wajah pan Asia yang hampir sempurna kacaknya pada pandangan matanya sendiri.

“Siapa kata muslim tak boleh couple dengan bukan muslim?” Nelissa mengalihkan posisi badannya mengadap terus Arissa.

Arissa diam.

“Kau juga kata, kalau kita dapat islamkan orang bukan muslim, pahalanya amat besar. Jika kita berdakwah kepada orang bukan Islam, dengan izin Allah mereka beriman di atas usaha-usaha kita, maka pahala yang besar dan berterusan akan kita perolehi daripada orang tersebut hingga kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat.” Nelissa senyum. Kata-kata itulah yang dilontarkan oleh Arissa dulu ketika aku sibuk melayan lelaki bangsa asing dan berkepit ke sana ke mari.

“Kau masih ingat?” Arissa terkedu.

Nelissa angguk.

Arissa senyum. Nyata ingatan Nelissa sungguh kuat dan cepat tangkap maksudnya tapi sayang masa tu Nelissa seperti tidak pernah ingin berubah. Sengaja buat tak tahu. Dan dari kata-kata itulah juga dia turut mempunyai sebuah nota usrah.

Teringat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: ‘Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.’

“Kenapa kau diam?” Nelissa pandang Arissa yang mula tunduk.

“Aku tidak sekuat Ustazah Waddah yang telah banyak berjasa pada agama dengan berdakwah sehingga orang bukan muslim terbuka hati untuk memeluk agama islam.” Arissa berterus terang.

“Ustazah Waddah? Siapa tu?”

“Dia naqibah aku masa di universiti dulu...err..maksud aku..guru usrah aku. Aku join rakan usrah. Ya la..hidup di tempat macam tu, apa-apa boleh jadi..” Terang Arissa.

Nelissa angguk-angguk. Hanya dia saja yang degil untuk tidak turut serta dalam rakan usrah itu dulu. Ya! Usrah yang dulunya sungguh janggal baginya. Pertama kali mendengar perkataan usrah. Bila dijelaskan oleh Arissa, baru tahu usrah itu adalah sekumpulan kecil yang sama-sama memberi tazkirah dan peringatan tentang akhirat.

“Arissa..aku yakin, kau boleh jadikan Adam tu seorang muslim. Trust me!” Nelissa beri semangat.

“Sudahlah Nely. Aku tak kenal pun siapa Adam tu. Dari riak dia tu, aku tahu dia tu kaki perempuan. Sama dengan kawan dia yang dua orang lagi tu..siapa tu? Ben Ten dan Sharif Dol?” Arissa sengih.

Pecah ketawa mereka berdua.

Arissa diam seketika. Ligat memikirkan siapa Adam sebenarnya. Dari gaya dan penampilan Adam, jelas Adam adalah seorang ahli perniagaan yang bukan calang-calang!  Kenapa hati aku berdetak kuat bila pandang lelaki tu??

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 07:31 PM | Show all posts
wah best nyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 08:06 PM | Show all posts
mat_krai posted on 10-4-2014 07:31 PM
wah best nyer...

tq2..baru nak cuba jer ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 08:19 PM | Show all posts
BAB 10




HAMPIR tiga bulan berlalu. Daniel bersandar di kerusi empuknya. Kedua jemari tangannya bertaut. Otak ligat berfikir. Ingatannya masih kuat pada gadis itu.

Who’s that girl?”

Deringan kuat telefon bimbitnya mematikan lamunannya sebentar tadi.

Yes? Really? Ok!”

Panggilan dari pengurus anak syarikatnya di Petaling Jaya. Tender yang dihantar untuk projek kosmetik dan barangan mandian telah diluluskan dan terpilih untuk turut serta dalam pengilangannya di Korea. Sekali lagi dia berjaya melangkah ke satu lagi bidang baru, industri kosmetik! Gagal dalam industri bioteknologi makanan tak bermakna dia hilang peluang dalam bioteknologi lain. Sekarang ini, pihaknya perlu berusaha keras dalam penyelidikan kosmetik.

I need to tell this good news to my dad!”Daniel senyum lebar. Kepalanya dilentukkan ke kerusi empuk.

Telefon bimbitnya dicapai dari atas meja. Teruja memberitahu berita gembira yang baru diterima tadi. Dalam tempoh enam bulan itu, ayah datang beberapa kali ke Malaysia. Selalunya segala dokumen penting jika memerlukan tandatangan ayah,ayah akan habiskan masa seminggu dua di Malaysia sebeum balik ke London semula. Di sana, ayah masih menguruskan beberapa syarikat di sana.

Hmm..I should celebrate!” Daniel bingkas bangun. Dia capai kunci kereta dan bergegas ke depan foyer.

Gagak! I need you now!”

Yes boss?” Gagak muncul dengan kereta BMW 7 series hitam tak lama kemudian.

“Kita ke Penang!” Daniel masuk ke dalam kereta.

BMW hitam itu dipandu laju meninggalkan bangunan pejabat dua belas tingkat menuju ke lebuhraya PLUS. Gagak memang tidak banyak soal. Segala arahan bos mudanya dituruti dengan setia.

“Kita ke rumah rehat ke bos?” Gagak bertanya. Sempat jeling Daniel di tempat duduk belakang.

Yes! And..please arrange for the party tonight!”Daniel capai majalah bisnes dan mula membelek halaman demi halaman. Matanya tertancap pada satu halaman yang memuatkan perniagaan Tan Sri Johari Nasir.Satu halaman penuh kisah itu dipaparkan di majalah itu.

Hmm...seems like that project is gonna be succesful. New scientist??” Daniel berkerut kening. Dia baca lagi. Siapa Arissa Lee Badlisha?? Dia cuba mencari foto gadis itu tetapi hampa.

So...this girl is the said new scientist for this project..” Daniel senyum. Di benaknya sudah ada rancangan.

Dulu dia pernah baca berita tentang projek rawatan air sungai yang tercemar terpampang besar di mukasurat kedua sebuah suratkhabar. Tersenyum lebar muka Tan Sri Johari Nasir. Bangga membuat sidang akhbar tentang kejayaan projek itu.

Hmm..so..this is the project that my dad had been involved but got nothing!” Daniel hempas majalah. Dadanya berombak menahan getar amarah. Dendamnya kembali membakar.

If anything happen to my dad, I know what to do!”



SAMPAI di rumah rehat di Batu Feringghi, Daniel segera melangkah masuk ke rumah. Gagak pula keluar semula untuk membuat persiapan majlis malam nanti. Daniel mula membersihkan diri di biliknya yang cukup luas. Rumah itu memang sentiasa bersih dan kemas. Ayahnya sejak dulu menggajikan seseorang untuk datang membersihkan rumah setiap hari.

Hmm..so freshing!” Kedua tangannya didepa luas sambil menghirup udara segar di balkoni bilik yang mengadap laut.

Perlahan Daniel menanggalkan bajunya. Selamba dia ke bilik air tanpa seurat benang.Berendam dalam jakuzi dengan buih tebal. Segelas champagne buatan Italy sudah tersedia di tempat mandi.

Hmm...I should have more rest right now.Tonight is gonna be my lovely night..” Daniel teguk champagne. Otaknya sudah terbayang perempuan cantik yang akan memenuhi ruang tamunya..sudah tentu akan berakhir di bilik tidur. Ah! Heaven!


PARTI malam itu sungguh meriah. Ramai jemputan hadir terutama rakan perniagaan.Daniel senyum bangga. Setiap kali projek yang diusahakan berjaya, parti seperti itu tidak pernah dilupakan.

Congrats!”

Daniel menoleh. Senyum. Hadir juga Sharif bersama ayahnya.

How are you Datuk?” Daniel bermanis muka. Matanya melihat riak Datuk Mustafa yang tersenyum lebar.

Good! Very good!” Datuk Mustafa tepuk-tepuk bahu Daniel.

Daniel hanya senyum hambar. Wajah Datuk Mustafa diperhatikan seketika. Memang selama ini Datuk Mustafa tidak tahu yang aku ni anak kepada Datuk JB!

So, when the products are going to be released in the market?” Datuk Mustafa mula berbicara soal bisnes. Teruja mengetahui anak muda macam Daniel sudah berjaya sampai ke tahap itu. Nyata syarikat DJB Sdn Bhd milik Daniel sudah mampu berdiri megah di dunia perniagaan di Malaysia.

Daniel senyum. Memang tidak sabar dia ni. Matanya beralih pada Sharif. Ada perempuan cantik di sebelah Sharif yang bakal jadi mangsa Sharif. Sejak kenal Sharif,tidak pernah sekali pun melihat Sharif serius dalam perhubungan.

Well, the project just began. So, the target maybe by the end of this year. Around three months time!” Daniel menjelaskan projek terbaharunya.

Wow! Congratulations my friend!” Sharif peluk Daniel.

Datuk Mustafa angguk dan senyum.

Then...how do you get that tender? Do you know somebody?” Datuk Mustafa senyum sinis.

Daniel hanya memerhati riak Datuk Mustafa. Jelas di wajah Datuk Mustafa ada riak sinis seolah semua urusan perniagaan dilakukan secara kotor. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Datuk Mustafa.

Nope! All these are my hard works. Everyone think I’ve made a killing but the truth is, it is a hard work to get all these.For the first two years, I couldn’t make  ends meet but  my business finally got off the ground.”Sengaja Daniel berkata macam tu.

Hard work?? Datuk Mustafa sekali lagi senyum sinis. Tak payah nak kelentong aku la! All business matters are bull shit!

Ok Datuk, Sharif..enjoy the party!” Daniel senyum.

Oh yes..don’t get drunk!” Daniel berkata perlahan pada Sharif. Dia beralih pula kepada rakan bisnes yang lain yang mula memenuhi ruang legar tamu yang luas. Ruang yang sudah dihias dengan bunga, minuman koktel, makanan dan sudah tentunya deretan minuman keras pelbagai jemana turut dihidangkan untuk meraikan tetamu.

Daniel! Congratulations!” Zarul yang baru muncul di muka pintu menjerit kuat mengucapkan tahniah pada Daniel.

Hey! Zarul! Come in!” Daniel menapak ke arah Zarul yang segak dengan suit kemeja hitam dan seluar denim kelabu.

Wow! Great party huh? Any girls for me?”Zarul kenyit mata.

Daniel ketawa. Otak biru betul la kawan aku ni.

So, kau dari mana?” Daniel utarakan soalan yang tak ada kena mengena.

“Aku dari pejabat la tadi. Lepas je kerja aku terus drive ke sini. Penat lagi ni. Tak sabar nak datang sini.” Zarul sengih. Matanya meliar sekitar ruang tamu. Ramai tetamu yang datang. Bermacam gaya. Yang perempuan pula bermacam fesyen. Seksi!

“Kau dah makan?”

“Tentulah belum bro! Lapar ni!” Zarul pegang perutnya.

“Ok,kau nampak kat sana tu. Makan je apa yang kau nak!” Daniel tuding ke arah meja bufet yang penuh dengan pelbagai jenis makanan.

“Kau?”

“Aku kena layan tetamu. Enjoy the food!”Daniel sengih.

Dude, you did a great job! Congrats!”Sekali lagi Zarul puji Daniel.

I like your haircut!” Daniel sentuh rambut Zarul. Pendek dan kemas..ala-ala artis Korea!

Zarul hanya sengih dan mula beredar ke tempat meja bufet.

Majlis parti malam itu berlangsung sehingga pukul tiga pagi. Ramai yang sudah mula pulang. Mana yang kaki perempuan pula sibuk mengusung ke bilik hotel.

Zarul! Wake up!” Daniel menghampiri Zarul yang sudah mabuk di sofa.

Err...aku kat mana?” Zarul genyeh mata.

“Rumah aku la! Wake up, dude!” Sekali lagi Daniel goncang tubuh Zarul.

Zarul bangun perlahan. Terhoyong hayang berjalan menuju ke bilik tetamu. Daniel terpaksa papah Zarul yang mula tersadung dan terjatuh.

Pintu dikuak perlahan. Erk!

“Sharif??”Daniel menelan liur. Sharif lena di dalam pelukan seorang gadis cina. Keduanya sudah selamat berseronok.

“Siapa?”Zarul buka mata. Berpisat-pisat dia melihat kelibat Sharif dan seorang gadis yang sudah terlentang di atas katil tanpa seurat benang.

“Zarul..kau tidur bilik atas.” Daniel tarik tangan Zarul menaiki tangga ke bilik atas. Dia menapak ke biliknya setelah pasti Zarul tidur di situ.


DANIEL hempas tubuhnya di atas katil. Penat! Kedua tangannya diletakkan bawah kepala. Mata menala ke siling putih. Masih memikirkan majlis tadi. Sharif pantang melihat perempuan. Zarul pula sudah mabuk!

Hmm...seems like Datuk Mustafa know nothing.Good!” Daniel senyum lebar. Biarlah Datuk Mustafa tidak tahu yang dia adalah pewaris JB Corp Bhd!

Dialihat sekitar bilik. Malam itu tidak ada perempuan menemaninya. Bukan tak ada yang menawarkan diri tadi tapi entah kenapa wajah gadis berbaju kurung biru itu selalu mengacau benaknya. Bukan main lagi masa mandi di jakuzi siang tadi, dia terbayang menikmati tubuh perempuan selepas habis majlis parti.

What’s wrong with me? Am I fall in love withher?? Oh! No!!” Daniel bingkas bangun. Jam di atas meja hampir lima setengah pagi.

Telinganya menangkap suara nyaring yang dilaungkan dari masjid berdekatan. Dia menapak ke balkoni bilik. Sempat jenguk ke arah jalan kecil. Sayup kedengaran suara yang memanggil umat Islam ke masjid. Terasa begitu menusuk walaupun tidak faham sepatah haram apa yang dilaungkan oleh orang itu. Itulah pertama kali dia mendengar suara seperti itu dilaungkan waktu macam tu. Kalau dulu, waktu sebegini dia masih tidur nyenyak sehingga sembilan pagi. Daniel menapak semula ke katil. Dia perlu tidur juga. Lampu bilik ditutup.


SEPULUH PAGI. Daniel bergegas ke Kuala Lumpur semula. Sharif dan Zarul masih terbongkang tidur di bilik. Kereta BMW hitam dipandu laju meninggalkan rumah rehat yang masih berselerak dan bersepah. Sebelum bertolak tadi, sempat dia menyuruh Gagak mengarahkan seorang pekerja perempuan yang selalu datang membersihkan rumah itu. Kereta dipandu laju melalui lebuhraya PLUS. Memang dia lebih suka memandu daripada menaiki pesawat. Tiba di Kuala Lumpur, dia terus menuju ke Mid Valley. Dia perlu masuk pejabat. Semalam dia sempat mengarahkan Gagak menyiasat sesuatu.Harap-harap hari ini dia dapat sesuatu yang bermakna. Langkahnya laju menuju ke bilik pejabat.  Sudah penuh dalam tray, surat yang perlu dibelek.

Hmm...good. Next week, the factory will startproducing the toiletries products.” Daniel senyum sebaik membaca surat dari kilang di Korea yang menyatakan pengilangan akan bermula.

“Aku kena melawat kilang tu. See what’s going on there.” Daniel senyum. Dia segera interkom Sherry untuk menempah tiket dan penginapan di sana.

Suratkhabar dari atas meja dibelek sekilas. Tiada berita menarik. Dia menyambung semula kerja yang perlu dibereskan sebelum bertolak ke Korea lusa.



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 08:38 PM | Show all posts
BAB 11




         DI KLIA, Arissa gelisah. Resah. Sekejap dia melihat jarum jam. Tiga jam lagi penerbangan ke Seoul, Korea. Matanya menala ke papan kenyataan. Kapal terbang yang membawa penumpang ke destinasi Korea masih belum tiba.

Nelissa sengih. Banyak kali Arissa melihat jam dan papan kenyataan. Ya la..siapa yang tak resah dan gelisah bila orang yang dirindui selama ini akan bersua juga.

“Beb..kau ni rileks la. Tak lari flight kau tu.Aku dah tempah sekali dengan tempat penginapan la beb. Business class lagi! Tu la. Kau nak datang awal sangat. Be calm ok?” Nelissa tenangkan Arissa yang sekejap duduk, sekejap berdiri.

“Nely..aku takut la.” Arissa makin gelisah.

“Takut apa?”

“Ya la..dah hampir dua puluh tahun aku berpisah dengan ibu aku. Entah-entah dia dah lupa kat aku. Walaupun aku tahu alamat terakhir dia, aku takut tak akan jumpa dia lagi..” Arissa duduk semula sebelah Nelissa yang membelek majalah Vogue.

“Alah..rileks.Aku kan ada. Kita sama-sama cari nanti. Ibu mana yang tak kenal anak dan tak terima anak kandung sendiri?” Nelissa yakinkan Arissa.

Arissa mendongak lagi melihat papan kenyataan. Penerbangan MH66 ke lapangan terbang  Antarabangsa Incheon Seoul masih belum tiba. Check in bagasi dan tiket hanya dibuka setengah jam lagi.

Nih, baca ni. Sementara nak tunggu check in..” Nelissa hulur majalah lain kepada Arissa.

Arissa membelek malas. Tidak ada satu pun paparan dalam majalah itu menjadi minatnya.Otaknya sarat dengan persoalan ibunya yang sudah lama tidak berjumpa.

Beb! Congrats!”Nelissa senyum. Sengaja ubah topik. Muka Arissa sudah monyok.

“Tahniah?Pasal apa?” Muka Arissa sudah berkerut.

“Kau kan saintis kesayangan papa aku. Projek rawatan air sungai tercemar dah berjaya. Sekarang ni produk yang kau hasilkan tu semakin mendapat sambutan.Pihak kerajaan pun sudah mengikat kontrak dengan syarikat papa aku. That’s a huge achievement beb!” Nelissa senyum lebar. Bangga dengan Arissa yang bekerja keras selama ini. Rajin dan suka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.

Arissa senyum kelat. Teringat sidang akhbar yang dibuat Tan Sri Johari dulu. Nampak ketara wajah ceria dan teruja Tan Sri Johari bila menyampaikan ucapan mengenai kejayaan projek itu. Sementelah lagi makmal JN Biotech sudah mula mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan badan swasta yang lain. Pensijilan akreditasi makmal juga sudah lama dapat. Hujung tahun nanti, Makmal JN Biotech akan tersenarai dalam senarai makmal yang terpilih antara makmal paling berperstij di Malaysia oleh Jabatan Standard Malaysia. Sebuah jabatan kerajaan yang mengendalikan kursus dan penganugerahan sijil akreditasi untuk makmal.

“Kau tak apa ke ikut aku ni?” Arissa mula bertanya. Dia tahu sejak Nelissa perlahan-lahan berubah baik, Nelissa sudah mula rajin bekerja. Dari pangkat kerani, Tan Sri Johari sudah naikkan pangkat Nelissa kepada pegawai pentadbiran. Memang itu sikap Tan Sri Johari yang tidak memanjakan anak sendiri. Biar Nelissa tahu susah senang mencari wang.

“Okje. Aku dah inform papa. Dia yang galakkan aku temankan kau ke Korea. Papa aku hadiahkan percutian ni kat kau. Papa cakap, you deserve this vacation! Hmm..nampaknya kau ni selalu dapat hadiah percutian dari papa aku. Dulu kau ke Europe,sekarang ni ke Korea. Bertuah jadi saintis terkenal macam kau ni..” Nelissa senyum lagi. Majalah dibelek lagi.

“Aku biasa je..”Arissa senyum. Tan Sri Johari sungguh baik hati. Selama ini pun TanSri Johari banyak membantunya dalam apa jua hal pun. Malu terasa bila terlalu banyak terhutang budi. Matanya melirik pada Nelissa. Anak orang kaya raya yang tidak pernah sombong dan berkira. Dia perhatikan seketika wajah Nelissa yang mengenakan solekan nipis. Kalau dulu, asyik nak touch up je muka tu dengan bedak dan gincu!

“Nely..aku bahagia tengok kau dah berubah. Kau dah tak pakai seksi. Semalam, kau manis dengan baju kurung merah terang. Sesuai dengan kulit putih kau..” Arissa terang-terang puji Nelissa.

“Kau perli aku ke? Aku tahu la aku ni baru nak jadi baik. Kalau aku cantik, takkan dapat menandingi kau yang lagi cantik. Kau memiliki wajah kacukan. Mak kau orang Korea.” Nelissa renung wajah Arissa yang ada iras selebriti wanita Korea yang cun melecun. Hanya berbeza, mata Arissa bundar dan agak besar.
“Itu semua kurniaan Allah la Nely. Rupa paras ni tak kekal. Esok-esok kita akan tua.Yang penting hati dan sikap. Kalau itu kita jaga, insya Allah kita akan sentiasa kelihatan cantik. Orang kata apa? Biar tak cantik tapi hati mahu baik maa!” Arissa turut senyum.

Nelissa ketawa mengekek. Nada Arissa tadi sudah sebiji kawan cinanya, Yvonne!

“InsyaAllah beb. Aku akan jadi yang terbaik. Aku akan cuba.” Nelissa tunduk. Malu pada Arissa sebenarnya.

“Hmm..sebut pasal hati ni, kau ada hati ke kat Adam?” Usik Nelissa.

Arissa jeling tajam. Minah ni...tak ada cerita lain ke? Asyik mamat poyo tu!

“Aku tanya ni.” Nelissa sengih. Dah muncung pulak muka minah ni. Dia gelak.

“Nak buat apa ada hati kat dia tu? Banyak lagi lelaki melayu kat Malaysia ni beb.Buat apa nak serah diri pada lelaki macam Adam tu? Dahlah kasanova tak ingat! Dua bulan lepas, aku terserempak dengan dia kat lobi hotel. Berkepit dengan perempuan seksi. Tengah check in. Kau rasa nak buat apa?” Arissa mencebik.

Nelissa sengih. Buat apa lagi? Ehem..ehem la!

“Janganlah menyinga macam ni cik Arissa oi!” Nelissa ketawa lagi. Kata tak suka tapi cara Arissa cakap tadi macam cemburu!

Arissa diam. Matanya menala ke papan kenyataan sekali lagi.

“Eh,beb,dah boleh check in!” Arissa bingkas bangun. Pengumuman untuk check in bagi penerbangan MH66 ke Korea sudah mula dibuka. Jelas di telinganya. Dia keluarkan tiket dari beg tangannya. Bergegas dia ke kaunter check in.

“Ish!Minah ni! Bukan nak tunggu aku!” Berlari Nelissa ke arah Arissa yang sudah menapak ke kaunter.



SELESAI check in, mereka berdua mula menapak ke ruang menunggu. Beg besar yang dibawa sudah dihantar ke bahagian bagasi. Nelissa dan Arissa mula duduk di kerusi yang disediakan di situ.

“Kau lapar tak?” Nelissa cuit bahu Arissa yang leka membelek majalah.

“Lapar la juga, kenapa?” Arissa menoleh.

“Jom ikut aku!” Nelissa tarik tangan Arissa ke Golden Lounge yang terletak di aras atas.

Err..boleh ke makan kat sini?” Arissa teragak-agak.

Laa..ni untuk penumpang business class saja tau! Kau lapar tak?”Sekali lagi Nelissa tanya.

Arissa angguk.

Pantas Nelissa tarik tangan Arissa menuju ke ruang Golden Lounge.

Nelissa senyum melihat gelagat Arissa yang terkebil-kebil melihat makanan di situ.

“Kau ambik je apa yang kau nak. Tak payahbayar apa-apa. Dah termasuk dalam harga tiket tu.” Nelissa sengih. Gelihati.

Arissa senyum kelat. Nampak sangat aku ni hulu! Jakun! Dia segera menapak ke arah deretan makanan di meja bufet. Aneka juadah terhidang di situ. Di sudut kiri pula, tempat membuat minuman sejuk dan panas. Air tin dan botol pula sudah tersedia di dalam peti sejuk bersama ais krim Haagen Daaz. Matanya menala pula pada sederet meja buah dan segala jenis pencuci mulut di sudut kanan.

“Dah ambik?” Nelissa cuit bahu Arissa yang masih termenung di meja bufet.

Err..aku tak tahu nak makan apa. Banyak sangat pilihan..” Arissa sengih.

“Cepat sikit. Sekejap lagi dah nak bertolak. Ada satu jam  lagi ni.” Nelissa beredar ke meja semula setelah mengambil beberapa pencuci mulut dan sedikit buah-buahan.

Arissa masih termenung di situ. Masih berfikir nak makan apa.

Erk! Sorry!” Tangannya tersentuh tangan seseorang semasa cuba mengambil spagetti tadi.

“It’s ok!”

Arissamendongak. Kenal dengan suara tadi. Adam??Dia menelan liur. Perlahan dia mengundur dan melangkah dari situ.

Wait!

Arissa berpaling. Tangannya sudah digenggam kuat oleh seseorang.

You are Nely Badlina right?”

Hampir tergelak Arissa bila lelaki itu menyebut namanya macam tu. Sempat dia jeling Nelissa yang asyik mengunyah puding. Ni semua gara-gara mulut Nelissalah ni! Kerana Nelissalah aku terpaksa mengaku.

Err...yes. Why?”

So, what are you doing here? I mean..whereto?” Daniel senyum lebar. Gadis itu cantik dengan blaus ungu muda dan skirt labuh kembang yang bercorak bunga halus. Rambut hitam melepasi bahu dibiarkan mengurai. So gorgeous!

Err..you?” Saja Arissa pulangkan semula soalan itu kepada lelaki di depannya.

Oh..I’m on vacation. Korea.” Senyuman Daniel semakin lebar. Wajah gadis di depannya tidak lepas dari pandangan matanya. Kenapa tiba-tiba dia rasa rindu pada gadis di depannya ni?

Oh..I see...” Arissa senyum hambar. Kalau boleh dia tak nak bercakap banyak. Berlama di situ. Panahan mata Daniel sudah menusuk ke iris matanya.

So, where are you going?” Ulang Daniel.

Aa..” Arissa serba salah. Takkan aku nak cakap aku pun pergi Korea. Aduih!

“Takkan soalan macam tu pun kena fikir juga?”

Arissa pantas mendongak. Boleh cakap melayu rupanya!

I think..it’s none of your business. Sorry,I need to go now.” Arissa cepat-cepat berlalu pergi. Niat tadi hendak makan spagetti bolognese. Terpaksa dilupakan.

Wait!”Sekali lagi tangan Arissa disambar.

Arissa menoleh. Gila apa mamat ni? Selamba je pegang tangan aku!

Take this!” Daniel hulur sepinggan spagetti bolognese kepada Arissa. Dia terus berlalu pergi.

Arissa hanya melihat lelaki itu sudah keluar dari ruang makan di situ. Lagak seperti ada urusan bisnes. Beg sandang disangkut di bahu kiri. Dia menapak ke meja Nelissa.

Weh! Kau ambik makanan ke buat makanan?” Sengih Nelissa.

Arissa tidak menjawab. Dia henyakkan punggung di kerusi dan mula menjamah spagetti bolognese yang diberi lelaki tadi.

“Tak ada apalah!” Laju Arissa mengunyah spagetti. Benaknya sarat dengan kejadian tadi. Saja tak nak cerita pada Nelissa. Nanti satu hari kena usik. Kenapalah asyik jumpa dia je!

“Beb,dah nak bertolak ni. Makan cepat.” Nelissa bingkas bangun dan menapak pula ke peti ais. Dua bekas Hagen Daaz diambil. Perisa coklat dan vanilla.

“Nah!”Perisa vanilla dihulur kepada Arissa.

Selepas makan, mereka berdua mula ke ruang menunggu semula. Mata Arissa meliar melihat kelibat Adam.

“Kau cari siapa?” Nelissa turut jenguk ke kiri.

“Tak..tak ada apa.” Arissa buat selamba.

“Hmm..”Nelissa jeling Arissa yang sudah banyak kali belek majalah. Dari kulit ke kulit. Entah apa yang dibaca, kalau dah laju belek macam tu.

“Kauni..aku tahu tentu ada something yang buat kau jadi gabra macam ni.” Sengih Nelissa sudah ketara.

“Manaada!” Arissa mencebik. Dia mendongak. Tepat matanya bertembung dengan lelaki tadi yang duduk di kerusi depan sebelah kiri. Alamak! Cepat-cepat dia tutup muka dengan majalah.

Weh! Kau ni kenapa?” Nelissa tarik majalah. Arissa letak semula majalah menutupi mukanya.

Pengumuman penerbangan ke Korea sudah kedengaran. Penumpang mula beratur memasuki ruang menuju ke kapal terbang.


DALAM kapal terbang, Daniel hanya tersenyum melihat gelagat Arissa. Nyata gadis itu sukar didekati. Matanya menala pula pada Nelissa.

“Nakke Korea juga rupanya. Mereka kawan baik ke? Asyik berdua je ke mana pergi.”

Suratkhabar dibelek seketika. Mencari berita perniagaan.


ARISSA menelan liur. Jelas dia melihat Daniel duduk di kerusi sebelah kiri selang sebuah dari tempat duduk di depannya. Dia menoleh ke arah Nelissa di sebelah. Tak perasan ke minahni??

Perjalanan yang memakan masa enam jam lima belas minit itu terasa sangat lambat. Mungkin kerana perasaannya ketika ini yang tak sabar untuk berjumpa dengan ibu.

“Ah,flight ke London tiga belas jam aku boleh sabar, inikan pula enam jam..haih..”Arissa melepaskan pandangannya ke luar tingkap. Hanya nampak awan putih. Nothing to see. Benarlah orang kata,perjalanan di darat lebih menarik dan seronok walaupun penatnya melebihi perjalanan melalui udara. Teringat semasa bercuti dengan Nelissa di Holland dan Paris dulu semasa cuti semester. Mereka menaiki tren dan bas. Di Holland pula,mengayuh basikal! Sungguh seronok! Pemandangan cantik dan tidak jemu!



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2014 11:46 PM | Show all posts
BAB 12




LAPANGAN terbang Antarabangsa Incheon Seoul. Suasana begitu sibuk. Sebaik menjejakkan kaki ke situ, Arissa terkedu. Terlopong dia melihat sekitar situ. Suasana amat sibuk. Patutlah lapangan terbang itu dikatakan salah satu lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Asia dari segi penumpang.  Sejak 2006, lapangan terbang Incheon Seoul Korea Selatan telah menerima anugerah  sebagai lapangan terbang terbaik di dunia  dan menerima penarafan 5 bintang penuh oleh Skytrax, pengiktirafan berprestij hanya dikongsi oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura.

“Nely..kita nak menginap di mana nanti?” Arissa mengheret beg ke tempat menunggu teksi.

“Kita ke hotel Incheon Airport Oceanside” Nelissa segera ke kaunter tiket untuk mengambil teksi.



DARI satu sudut, Daniel hanya memerhati Arissa dan Nelissa menaiki teksi menuju ke sebuah hotel.

Hmm..looks like they are gonna stay at Incheon Ocean side..” Daniel senyum penuh makna.

Daniel menaiki kereta yang sudah sedia menunggunya di situ membawanya ke sebuah hotel di bandar Seoul. Esok bermulalah kehidupan sibuknya melawat kilang dan proses pembuatan kosmetik dan bahan mandian.

Daniel jeling jam. Masih awal. Dia berkira-kira untuk bersiar-siar sekitar bandar Seoul selepas mendaftar di hotel nanti. Tiga hari dia akan menghabiskan masa di kilang itu nanti. Laporan tentang progres pengeluaran produk perlu disiapkan segera sebelum buat benda lain. Semalam ayah sudah mengingatkannya tentang itu.Dan semalam juga ayah memberitahu bahawa minggu depan dia akan bertolak ke Kuala Lumpur semula dari London.

“Hmm..Aunt Beth tak cakap apa pun kat aku yang ayah nak datang Malaysia. Dah sihat betul ke ayah aku tu?” Daniel ke bilik air sebaik tiba di bilik hotel. Suite yang mengadap laut, sungguh mendamaikan.

Bunyi nada teks mesej jelas di telinganya sebaik keluar dari bilik air. Dia capai telefon. Mesej dibaca seketika.

Hmm...good job Gagak!” Daniel senyum.Siasatan terhadap Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hampir lengkap. Bermakna bila-bila masa dia akan gunakan semua maklumat itu untuk membalas dendam andainya berlaku sesuatu yang buruk pada ayah.

Daniel segera menukar baju. Baju tebal jenama polo disarung kemas ke tubuhnya. Cuaca sejuk di bumi Korea memang begitu ketara. Walaupun Korea terkenal juga dengan destinasi pelancongan yang menarik, namun hatinya masih pada bumi Malaysia yang mempunyai ciri-ciri Tropika yang nyata. Menghijau dan masih segar dengan udara terutama di pulau-pulau.

Boss! Where to?” Seorang pengawal peribadinya mula bertanya sebaik pintu bilik hotel dibuka.

Nevermind. I just look around here.And..I’ll be back soon.” Daniel senyum. Dia melangkah bergaya menuju ke lobi hotel.



DANIEL menelusuri jalan bandar Seoul melihat sekitar situ. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Banyak yang sudah berubah.

I think..I should have a good trip here. Pleasure time for me..hmm..maybe..somewhere..” Daniel berfikir sejenak. Setiap kali datang ke Korea, hanya sempat melakukan urusan bisnes. Untuk berseronok dan melawat tempat menarik bukan dalam agenda hidupnya. Entah kenapa kali ini,hatinya beria mengajak untuk melihat dan mengenali keindahan Korea. Sempat singgah di sebuah kafe yang menyediakan minuman dan makanan ringan. Daniel mula melepaskan penat dengan menikmati minuman panas. Cuaca sejuk begitu dia lebih gemar menghirup kopi atau capuccino panas.


TIGA hari berlalu. Daniel buka komputer riba. Pajamas yang membaluti tubuhnya ditarik rapat ke tubuh. Dia jeling pemanas di dinding.

Why it’s still cold?”

Pekerja hotel dihubungi. Seketika kemudian,muncul seorang pekerja hotel dengan seorang tukang baiki pemanas.

Pekerja di situ tersenyum lebar sebaik menerima tips dari Daniel. Daniel menyambung semula menyediakan laporan lawatannya ke kilang.

“Hmm...mana dua orang tu pergi? Tak pernah jumpa kat sini..” Daniel mula teringat pada Arissa dan Nelissa. Otaknya ligat berfikir tentang Arissa.

Dia menapak ke balkoni bilik mengadap laut. Cuaca yang sejuk mencecah 10 darjah celcius itu semakin mencengkam tulang. Dia kembali ke bilik.

Tomorrow will gonna be my enjoy day!”Daniel senyum lebar. Akhirnya laporan yang dibuat tadi siap juga. Esok dia akan ke Pulau  Nami.

Daniel mula menelefon seseorang.


KERETA Hyundai putih membelah kesibukan bandar Seoul menuju ke Dongdaemun.Perjalanan hampir dua jam tidak sedikitpun rasa penat. Daniel melihat keluar tingkap kereta. Cuaca yang sejuk di luar begitu mendamaikan dengan persekitaran yang menarik. Daniel melihat-lihat lagi sekitar sepanjang perjalanan. Akhir Oktober dan awal November macam ni memang menjadi tumpuan pelancong untuk ke Pulau Nami. Dia jenguk ke langit. Cuaca cantik. Awan terang dan tidak mendung.

“Bos,nak menginap di sini ke?” Zaki, pekerja di syarikatnya di Seoul merangkap pemandu peribadinya yang arif tentang Korea dan pandai berbahasa Korea mula bertanya sebaik tiba di Dongdaemum. Zaki memang sentiasa ada di sini mengawal selia syarikatnya di Seoul bila ada urusan bisnes. Zaki disediakan sebuah apartment di Myeongdong,Seoul.

Nope! Kita terus ke Nami Island.”

Kereta Hyundai putih dipecut laju melalui Bukhang river Gaepyong yang merupakan sebuah empangan. Suasana pagi penuh berkabus dan sejuk berangin. Petanda musim luruh sudah bermula.

Sepanjang perjalanan, sempat melihat Petite France yang merupakan kawasan perkampungan bereka bentuk France. Konsep yang ada rangkuman cerita ‘Bunga, Bintang dan Pangeran Kecil’



Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:47 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-4-2014 11:46 PM | Show all posts
SEMENTARA itu, nun jauh di Pulau Nami, Arissa dan Nelissa sedang menikmati keindahan suasana di situ. Mereka bertolak dari Gapyeong seawal enam setengah pagi dengan menyewa sebuah kereta siap dengan pemandu sekali. Mereka tiba di jeti untuk membeli tambang feri yang disebut Entry Visa. Tak mahal sebenarnya untuk harga pelancong, hanya 8,000 won. Malah lebih murah dari harga warga tempatan, 10,000 won.  Untuk masuk ke Pulau Nami pula kena tunjuk kad pengenalan kerana pulau itu seperti sebuah negara kecil yang ada undang-undang dan pentadbiran sendiri. Pelik juga bila tahu pasal itu semua. Nelissa pula awal-awal menempah bilik di Naminara Hotel Jeonggwanru. Suasana sungguh nyaman dengan sekitaran yang semulajadi. Terasa tidak bosan walau tanpa internet dan televisyen.

Baru tahu rupanya, hotel yang mereka menginap itu sebenarnya salah satu lokasi penggambaran drama Winter Sonata di mana pelakon hero, Bae Yong Joon dan heroinnya, Choi Ji Woo menginap di situ. Patutlah ada foto pelakon itu yang ditampal di ruang tamu.

“Nely...kau tahu tak tempat ni?” Arissa tunjuk sekeping kertas yang tertulis alamat.

Lama Nelissa menatap alamat yang tertera di situ.

“Hmm..entahlah beb. Kenapa?” Nelissa mendongak ke arah Arissa yang sudah menapak ke balkoni bilik. Arissa tetap cantik walaupun berbaju sejuk tebal macam tu. Baju sejuk berwarna jingga dengan seluar jeans  putih, Arissa nampak menarik di matanya. Topi kain yang tebal warna coklat tua terletak kemas dia atas kepala yang menutupi sebahagian rambutnya. Mafla warna coklat tua terang terlilit dileher. Ditambah lagi dengan skarf bunga ros kecil yang turut dililit di leher baju.

“Tu la alamat terakhir ibu aku. Aku nak sangat jumpa dia beb. Kau tahu tak kat mana alamat tu?” Arissa berpaling.

“Aku rasa elok kita tanya orang sini. Kalau kau suruh aku, aku hanya tahu saranghae je!” Nelissa ketawa.

Arissa turut senyum. Tu la..asyik nak berseronok je..nikah tak jugak minah ni! Perkataan saranghae siapa yang tak tahu. Aku cinta padamu! Aku sebenarnya dulu boleh berbahasa Korea walaupun tak berapa lancar. Ibu yang ajar bersungguh-sungguh tapi sejak ibu pulang ke Korea dan hampir sepuluh tahun aku berpisah, aku mula lupa semua tu. Hanya beberapa perkataan mudah saja yang aku masih ingat, Kamsahamida (terima kasih), Annyeong Haseyo (selamat datang), Annyeong hasimnika? (Apa khabar?), omma (mak), appa (bapa) dan oppa (abang)! Nampaknya selepas ni, aku kena belajar bahasa Korea. Tak pun, tengok drama Korea.

“Tak apa la..esok kita try cari. Sambil tu kita jalan la sekitar pulau ni.” Arissa pujuk diri.

That’s my friend!” Nelissa peluk Arissa yang mula sugul.


ARISSA berjalan perlahan di sekitar. Subhanallah! Memang cantik! Betapa kejadian Allah itu sungguh indah! Sebelum bertolak ke situ, sempat dia melihat sedikit keterangan mengenai pulau yang terkenal dengan jolokan Winter Sonata Island!

Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko. Tak kurang juga tupai yang riang melompat dan burung unta pengintai di celah pokok, semuanya indah dan menenangkan jiwa. Pulau Nami akan mempunyai wajah yang berbeza bila bertukar musim. Musim sejuk sekitar bulan Disember hingga Februari, suasana di pulau ini akan bertukar menjadi putih dan syahdu. Salji mula memenuhi segenap ruang. Teringat drama Winter Sonata yang juga mengadakan penggambaran pada musim sejuk.  

Apabila masa merangkak menghampiri April, salji mula hilang dan diganti dengan bunga-bungaan yang mekar berkembang menandakan musim bunga mula (spring fever) melanda. Bunga tulip pelbagai warna menjelmakan keindahannya.  Cherry Blossom atau lebih dikenali dengan bunga sakura juga turut muncul pada waktu tertentu dan singkat (awal hingga pertengahan April). Cuaca dingin nyaman dari 10 hingga 20 darjah celcius. Musim bunga pula sehingga bulan Mei. Musim luruh (pertengahan September hingga awal November) adalah waktu yang paling sesuai untuk menikmati keindahan Pulau Nami. Daun bertukar kuning, jingga dan merah dengan keunikan yang tersendiri. Suhu juga dingin dan nyaman. Sesuai untuk berjalan-jalan. Tidak terasa penat sangat.

Mata Arissa menala pada Nelissa yang asyik mengambil foto bunga dan pokok yang pelbagai warna. Di laluan Metasequoia Lane itulah dibuat penggambaran drama Korea terkenal Winter Sonata sehingga ada jambatan First Kiss dan tersergam besar gambar pelakon utama hero dan heroin Winter Sonata yang dibuat dalam bingkai batu khusus untuk pelancong bergambar di situ dengan latarbelakang Metasequoia Lane.

Arissa! Come here!” Nelissa melambai-lambai dari celah pokok Dawn redwood, pokok tinggi berdaun tajam seperti pokok pine.

Arissa menapak malas. Pemandangan indah di situ sedikit tergugat dengan rasa kecewa bila tidak dapat bertemu ibu tersayang.

“Ada apa?” Arissa masih berdiri. Nelissa dilihat terbongkok-bongkok melihat sesuatu.

“Tolong aku ambik gambar tupai ni!” Nelissa sedikit berbisik, takut tupai itu lari.

Arissa geleng. Dengan tupai?? Lainlah kalau dengan boyfriend ke. Kamera diklik banyak kali. Nelissa turut mengambil video sekitar pulau itu.
Penat berjalan, Arissa duduk di bangku yang disediakan di situ. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuk. Kaki dirapatkan. Sejuk semakin ketara. Mafla coklat tua diselempang kemas melilit leher.


DANIEL senyum. Tak sangka akan bersua dengan gadis itu lagi di pulau romantik itu. Kamera di tangannya dihala tepat ke arah Arissa yang sedang memandang ke arah sekumpulan pelancong Amerika yang asyik mendengar keterangan dari pemandu pelancong.

I like that girl!”

Lama Daniel memerhati gelagat Arissa yang anggun dengan baju sejuk jingga. Serba salah sebenarnya untuk dia mendekati gadis itu. Jelas semasa di Golden Lounge di KLIA hari itu, gadis itu seperti ingin menjauhkan diri darinya dan mengelak dari bertembung dengannya.

Hmm..one fine day, you will be mine!” Daniel berkata nakal. Klik! Klik! Klik! Gaya dan tingkah Arissa diabadikan lagi beberapa kali.

Dia meneruskan aktivitinya dengan melihat sekitar pulau itu yang cukup cantik dengan pokok berdaun kuning dan merah. Atas jalan pula penuh dengan daun gugur berwarna warni. Saat melihat semua itu, dia terkenang musim luruh di Switzerland. Daun-daun yang berguguran itulah yang menjadi teman mainannya sewaktu ayah berkunjung ke rumah nenek.

Zaki! Please take my photo here.” Daniel hulur kamera kepada Zaki yang setia menemaninya di situ. Daniel mendepakan kedua tangannya di lorong pokok-pokok  yang menjadi tarikan pelancong.

“Wow! Bos pun dah pandai posing sekarang ni?” Usik Zaki.

Daniel senyum kelat. Dia sendiri tak faham dengan perubahan sikapnya sejak akhir-akhir ini. Dulu dia terkenal dengan sikap serius bila bekerja dan hanya suka ke tempat tertentu saja. Kalau tak pun, habiskan masa di pub sambil mencuci mata melihat perempuan seksi terkinja-kinja menari. Habis lepak, dia akan angkut seorang perempuan kalau teringin. Tapi sekarang...benar apa yang Zaki katakan tadi, nyata aku dah menjadi insan lain!

“Sekali sekala...” Daniel terasa malu. Gelagatnya tadi dirasakan sudah terlebih romantik. Perasan!

“Bos dah lapar ke?”

“Hmm..sort of..kat sini, mana yang sedap?” Daniel melihat sekitar.

“Ada satu restoran kat depan sana tu. Nasi goncang!” Zaki sengih.

Erk! Nasi goncang?? Daniel berkerut kening.

“Kalau bos nak rasa, boleh saya belikan?” Zaki senyum. Sebenarnya dari tadi dia terasa lapar. Lagipun, waktu solat sudah lama masuk. Dia bukan bermusafir macam kebanyakan pelancong di sini yang boleh jamak solat.

Ok..I’ll try. Come!” Daniel menapak bersama Zaki.

Dari meja makan, Daniel masih memerhati gelagat dua gadis itu yang berseronok bersama mengambil foto kenangan.

“Bos tengok siapa?” Zaki musykil. Dari tadi dia perasan bos mudanya asyik memerhati seseorang.

Nothing..nasi goncang ni sedap ke?” Daniel ubah topik. Dia tengok dua bekas nasi yang disimpan dalam bekas empat segi. Ada dua pasang sarung tangan tebal bersama sudu dan chopstick dibekalkan sekali.

“Boleh la..ni je yang halal kat sini. Nak makan kena goncang dulu. Bekas ni panas,  jadi kena pakai sarung tangan ni. Buat macam ni.” Zaki tunjuk cara menggoncang.

Daniel menelan liur. Masih keliru dengan semua itu.

Try la!” Zaki senyum melihat bos mudanya tercengang macam tu.

Daniel mula menggoncang. Dia ketawa terbahak-bahak. Zaki turut ketawa melihat gelagat Daniel yang kelihatan canggung!

“Bos..setahu saya, bos pun ada darah Korea kan?” Zaki perhati rupa paras Daniel yang ada sedikit rupa lelaki Korea walaupun sekali imbas Daniel lebih kepada pemuda Inggeris. Kalau ditenung lama, memang ada rupa lelaki Korea juga. Malah wjaah Daniel dilihat seakan pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook. Nasi goncang tadi disuap perlahan. Nasi panas macam tu memang enak dimakan dalam cuaca sejuk.

Daniel mengangguk perlahan. Nasi di dalam bekas disuap sedikit. Tak boleh masuk tekak. Dia minum pula susu pisang dalam botol kecil.

My mum..she’s actually Korean-Chinese. Live in Malaysia and married my dad when my dad start working in Malaysia.” Daniel berterus terang. Senang bila berbicara dengan Zaki. Berjumpa sekali sekala dengan Zaki bila ada urusan bisnes di Korea. Apartment yang Zaki tinggal itu juga turut didiami bersama seorang makcik tua berbangsa Korea yang fasih berbahasa Melayu dan juga beragama Islam macam Zaki. Zaki pun sudah menganggap perempuan tua itu seperti ibu kandungnya sendiri. Itu yang diberitahu Zaki padanya dulu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke situ.

Zaki angguk-angguk.

So, di Korea ni, mendiang ibu bos ada  saudara mara ke?” Tanya Zaki,  teruja.

Daniel jongket bahu. Dia tidak ambil kisah semua tu. Apa yang dia tahu ibunya adalah warganegara Malaysia. Ibunya pernah bercerita dulu, datuk orang Cina Malaysia keturunan Baba Nyonya dan nenek orang Korea. Jadi ibu adalah hasil dari kacukan Korea dan Cina. Aku pula, hasil kacukan Switzerland-Korea-Cina!

Zaki mula minta diri untuk menunaikan solat. Daniel hanya memerhati sikap pekerjanya yang cukup setia. Nyata Zaki seorang penganut agama Islam yang cukup komited. Setakat hari ini, dia tidak pernah melihat Zaki minum arak atau kaki perempuan. Jika Zaki menemaninya, dia tidak akan sesekali masuk ke pub untuk minum. Dia tahu Zaki bukan seperti Sharif atau Zarul yang pantang diajak ke kelab malam. Apa lagi bila dapat tahu ada perempuan cantik.

Sementara menunggu Zaki menunaikan solat, Daniel pandang sekitar restoran. Dia senyum. Gelagat gadis tadi bersama rakannya menggoncang nasi dalam bekas empat segi itu sama macam caranya goncang. Mungkin mereka juga pertama kali mencuba. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk mendekati gadis itu yang hanya dikenali dengan Nely Badlina.

Oh! my god! What’s wrong with me??” Daniel menopang dagu. Setiap kali memandang wajah gadis itu, jantung dan hatinya bergetar kuat. Selama ini mudah saja dia mendekati perempuan dan mudah juga memiliki tubuh perempuan tapi dengan gadis di depannya ini...

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:47 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 12:11 PM | Show all posts
Ipo posted on 10-4-2014 06:37 PM
ok je..tinggal jejak pun dah bertapak kan?

dah start baca....best la baca sebab uols tepek byk bab terus
baru leh feel!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2014 04:26 PM | Show all posts
lina21 posted on 11-4-2014 12:11 PM
dah start baca....best la baca sebab uols tepek byk bab terus
baru leh feel!!

@lina21 terima kasih..ada idea sambung lagi, kalau ada yg berminat nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best giler cerita ni....sambung lg yer......
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:21 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-4-2014 04:26 PM
@lina21 terima kasih..ada idea sambung lagi, kalau ada yg berminat nak baca..

msti ramai yg nak baca dek Ipo cayang.....sambung ah lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 09:27 AM | Show all posts
cegitu posted on 11-4-2014 09:38 PM
Best giler cerita ni....sambung lg yer......

Tq cegitu. Klise kan citer..datuk2, tan sri2 ni..hehehe..tapi nak buat macam mana, dah jln citernyer gitu..hahaha Thanks for reading ya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 09:27 AM | Show all posts
lina21 posted on 11-4-2014 10:21 PM
msti ramai yg nak baca dek Ipo cayang.....sambung ah lagi

tq sebab rajin2 kan diri baca novel yg tak seberapa ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 09:39 AM | Show all posts
BAB 13





ARISSA termenung di balkoni bilik. Pulang dari Korea seminggu yang lalu, hatinya masih tidak tenteram. Sepatutnya dia gembira kerana Tan Sri Johari sudah beri kemudahan yang banyak untuknya dan Nelissa bercuti. Perasaannya masih tidak keruan. Ibu kandung yang dicari masih belum ditemui.

“Manalah ibu aku tinggal..alamat yang arwah ayah bagi dulu tu dah tak boleh pakai kut..”Arissa menopang dagu. Suasana malam yang mengadap panorama Kuala Lumpur dengan lampu berkerlipan memang nampak cantik. Tambah lagi suasana malam yang tidak pernah sunyi dengan kenderaan lalu lalang.

Arissa menapak ke katil. Usai solat isyak tadi, dia masih tidak dapat melelapkan mata.Masih sarat memikirkan di mana ibunya sekarang. Sejak sampai di bandar Seoul sehinggalah ke Pulau Nami, tidak ada yang tahu alamat yang ditunjuk. Nelissa sendiri pun tidak tahu ke mana lagi hendak cari alamat seperti dalam kertas tu.

“Aduh..ibu..ibu kat mana?” Arissa menekup muka ke bantal. Rindunya pada ibu kandung begitu terasa.


ENAM setengah pagi, Arissa sudah bersiap-siap. Baju kurung merah hati dengan sedikit solekan nipis dikenakan pagi itu. Rambutnya disikat rapi dan diselit dengan sepit riben putih berbentuk bunga daisi di tepi sebelah kiri rambut. Bergegas dia menuju ke makmal. Jalan pula agak sesak. Sudah lebih seminggu dia bercuti.Kereta MyVi dipandu agak perlahan. Kesesakan jalan di hadapan cukup membuatnya gelisah. Sesekali dia jeling jam di dashboard. Hampir lapan pagi. Lapan setengah, dia kena sampai di makmal.

“Aduh..apahal pulak kat depan tu?” Arissa jenguk dan panjangkan lehernya. Kereta bergerak 20km/j. Kalau naik teksi pun sama juga tadi.


TERKOCOH-KOCOH Arissa melangkah ke bilik mikrobiologi. Jam di pergelangan tangannya sudah melebihi lapan setengah pagi.

“Kenapa lambat ni?”

Arissa terkejut. Tiba-tiba Syed Faizal menegurnya di tepi tangga.

Err...jalan jam tadi.” Arissa meneruskan langkahnya.

“Jalan jam ke..atau awak dah ego?”

Arissa mendongak. Ego??

“Apa maksud awak?”

“Ya la..dah jadi pekerja kesayangan Tan Sri. Terpampang nama dalam paper. Masuk kerja pun dan mula lambat.”Perli Syed Faizal. Riak mukanya sudah sinis.

“Siapa yang ego? Saya lambat sebab jalan jam tadi. Ada kemalangan.” Arissa mengetap bibir. Geram dengan kata-kata bos mudanya. Dia terus menapak ke bilik pejabat.Tubuhnya dihenyak atas kerusi. Datang lambat salah, datang awal pun salah! Habis apa yang betulnya??

Arissa mula pakai baju makmal dan menukar kasut. Rambutnya ditocang satu. Itu juga arahan Syed Faizal bagi pekerja yang tidak memakai tudung. Dia terus ke bilik analisa. Hampir seminggu dia tidak masuk makmal. Entah apa yang berlaku.

“Suzana,mana Shahrul?” Arissa buka inkubator. Banyak piring petri yang sudah dieram disitu ada pertumbuhan bakteria.

“Dia cuti hari ni kak. Kenapa?” Suzana sibuk membasuh semua peralatan kaca makmal.Botol dan spatula yang telah digunakan sudah dinyahkuman terlebih dahulu. Semua barang yang telah digunakan perlu dinyahkuman dalam alat autoclave terlebih dulu dengan suhu 120 darjah celcius selama 30minit sebelum dibasuh dan digunakan semula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kontaminasi nanti.

“Berapa hari dia cuti?”

“Katanya dua hari..wife dia sakit nak bersalin semalam.” Suzana senyum. Tangannya ligat membasuh botol-botol kaca kecil yang digunakan untuk membuat slant agar untuk pengkulturan bakteria.

Arissa anguk-angguk. Dia ambil keluar semua piring petri untuk membuat pengiraan koloni bakteria. Apa yang tumbuh di atas agar dalam piring petri itu dikira menggunakan Colony Counter.

“Kak..nanti client nak buat bacteria identification. Saya dah sediakan semua bahan untuk itu.Ada di tepi singki.” Suzana tuding ke arah bahan-bahan untuk pengecaman bakteria menggunakan teknik gram staining yang boleh mengetahui bentuk dan jenis bakteria.

“Ok,bila client nak results?” Arissa letak piring petri yang mengandungi koloni bakteria dan diletakkan dalam Laminar Flow, tempat untuk melakukan ujian. Laminar Flow, alat yang sentiasa dijaga bersih dengan teknik aseptik. Bermakna,tidak akan ada pencemaran dari luar. Segala keputusan yang diperolehi samada mengandungi bakteria atau tidak,  adalah sah mengikut prosedur yang betul.

"Minggu depan kak!" Laung Suzana.

Arissa hanya angguk. Tangannya lincah membuat ujian ketulenan bakteria. Sedar tak sedar sudah hampir jam enam petang. Hari itu terlalu banyak kerja yang perlu dibuat. Projek yang disuruh oleh Tan Sri Johari masih dalam peringkat kaijan dari segi kesesuaian kaedah analisa. Arissa segera menapak ke tempat punch card.


LAJU kereta MyVi Arissa membelah kesibukan jalanraya. Dia jenguk jam. Sudah menghampiri dua belas tengahari. Keretanya membelok ke arah Putrajaya menuju keAlamanda.

“Hmm..harap-harap ada la kedai bunga kat sini. Kalau tak, terpaksa aku ke arah Puchong pula.” Arissa menapak laju ke pusat beli belah itu setelah kereta diparkir di tingkat atas.Sudah lama dia ingin membeli bunga ros untuk hiasan di biliknya nanti. Bilik dah nampak kusam tak berseri. Sekali sekala nak juga dia hias dengan keharuman dan kecantikan bunga!

Melilau Arissa mencari kedai bunga. Satu pun tak ada.

Haih..kat mana lagi la aku nak cari ni...”

Keretanya dipandu pula ke arah pusat beli belah di Puchong. Terpaksa.

“Hmm..alhamdulillah.Ada juga bunga ni.” Arissa senyum.

Penuh kedua tangannya pegang dua jambak bunga ros tu. Dia menapak berhati-hati ke tempat letak kereta semula.

“Arissa!!”

Arissa berpaling. Zarul?? Dia menelan liur.Setelah dua tahun tidak bertemu, Zarul muncul semula.

Err..awak buat apa kat sini?” Arissa sudah gelabah. Memang sejak di kampus, Zarul tidak pernah putus asa menggodanya.

“Saja jalan-jalan. Banyak awak beli bunga?” Zarul intai bunga di tangan Arissa.

“Oh..ni untuk majlis kesyukuran.” Arissa senyum kelat. Saja tipu lelaki tu.

“Hmm..tak sangka jumpa awak kat sini. Makin cantik..kerja kat mana sekarang?” Zarul sengih. Tubuh Arissa dilihat atas bawah. Pertama kali melihat Arissa mengenakan baju kurung. Kalau di kampus dulu, Arissa lebih gemar berseluar jeans dan blaus lengan pendek.

“Kat makmal.. awak?” Arissa senyum kelat. Banyak tanya pula mamat ni.

“Makmal mana?” Zarul tidak hiraukan pertanyaan Arissa.

“Makmal biasa je..” Arissa sudah bosan. Zarul seperti ingin mengorek kehidupannya.Bukan dia tidak tahu sikap dan perangai Zarul yang memang akan sentiasa cari peluang. Tak pernah serik dia ni!

“Kenapa takut nak beritahu? Takut saya cari awak sampai ke situ?” Zarul ketawa sinis.

Arissa diam. Tunduk.

Err..okey la awak. Saya nak cepat ni.Saya pergi dulu.” Arissa mula melangkah.

“Tunggu! Takkan cepat sangat awak nak pergi. Kan waktu rehat ni. Tak nak makan dulu ke?”Zarul tarik tangan Arissa.

Arissa menjeling tajam tangan Zarul yang sudah melekat di lengannya.

“Maaf!Saya tak lapar.” Arissa cuba tepis tangan Zarul.

“Awak tinggal kat mana sekarang?” Zarul masih tak berputus asa.

Arissa tidak menjawab. Tangan Zarul ditepis kuat. Dia menapak laju ke tempat orang ramai. Kalau dia terus ke tempat letak kereta nanti, takut Zarul mengikutnya sampai ke situ. Lelaki kasanova macam Zarul bukan boleh percaya sangat.

Zarul hanya tersenyum memandang Arissa yang sudah hilang di celah orang ramai. Dari dulu Arissa memang susah didekati apalagi nak dijadikan kekasih hati.

“Tak apa...aku akan dapat jugak kau satu hari nanti.” Zarul senyum nakal.

Dude! What’s going on?” Bahu Zarul ditepuk kuat.

Zarul berpaling. “Kau buat apa kat sini?”

“Aku jumpa client tadi. Kau?” Daniel senyum. Dari tadi dia perasan Zarul bercakap dengan seorang gadis. Tidak nampak dengan jelas siapa gadis itu yang terselindung di sebalik orang ramai yang lalu lalang.

“Aku nak  lunch kat sini. Sekarang ni kan lunch time! Kau dah makan?” Zarul sengih.

“Sudah tapi kalau setakat nak minum tu, boleh la.” Daniel senyum lagi.

Ok! Let’s go!”

Zarul dan Daniel beriringan menuju ke sebuah restoran di situ.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 09:40 AM | Show all posts
BALIK dari IOI Mall tadi, Daniel memecut Lamborghini kelabu miliknya menuju ke pusat bandar raya. Perjanjian yang dimeterai bersama pegawai dari syarikat balak WCJ Log Sdn Bhd di IOI Mall tadi nampaknya berjaya. Kepercayaan yang diberi syarikat itu kepadanya untuk memasarkan kepingan papan balak perlu dijaga. Sebagai sebuah syarikat multinasional, Daniel seboleh mungkin inginkan reputasi yang baik di mata peniaga di Malaysia dan sudah tentu di peringkat antarabangsa. Senyuman lebar terukir indah di bibir merah Daniel. Tiba di pejabat di Mid Valley, Daniel segera membelek fail projek yang dimeterai sebentar tadi.

Hmm...I hope this company have enough stocks for the furnitures.” Bibir merah Daniel sekali lagi tersenyum lebar.

Dia bersandar di kerusi. Mata menala ke siling. Alunan muzik Beethoven beralun merdu memenuhi ruang bilik pejabatnya yang luas. Puas hati dengan pencapaian yang diperolehi kini. Selama ini ayah bersusah payah menaikkan nama JB Corp Bhd. Dari sekecil syarikat, kini gah berdiri sama tinggi dengan syarikat besar yang lain yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Pernah ayah menahan perut demi memajukan syarikat. Jatuh bangun ketika itu sudah seperti biasa. Lamunan Daniel mula terhenti. Bunyi deringan telefon bimbitnya kuat di cuping telinga.

Dad!!” Terus ceria wajah Daniel.

When? Ok!”

Telefon bimbitnya diletak atas meja. Dia pandang jam di dinding. Sejam lagi ayahnya akan sampai di Malaysia. Benar seperti apa yang diberitahu ayah minggu lepas, semasa dia berada di Korea. Ayah akan kembali ke Malaysia. Sekejap lagi dia akan menjemput ayah di KLIA. Rupanya ayah sudah mengambil penerbangan awal ke Kuala Lumpur dari Heathrow Airport di London. Daniel bingkas bangun. Perasaannya sudah teruja sangat. Tak sabar!



SUNGGUH seronok Daniel menikmati makan malam bersama ayah tersayang. Siang tadi, sebaik menjemput ayah di KLIA, sempat Daniel membawa ayah ke pejabat baru yang mengusahakan produk kosmetik dan mandian yang telah berkolaborasi dengan kilang di Korea sebelum pulang ke rumah mereka di Bangsar. Daniel puas bila melihat wajah ayah begitu teruja.

Dad..are you ok?” Daniel mula tidak sedap hati melihat wajah ayah tiba-tiba sugul.

Son, I think I want to seek advice from our lawyer..” Perlahan Datuk James bersuara. Daging panggang dalam pinggan tak luak.

Advice? For what?” Daniel berkerut kening.

My case..Biotechology case..regarding the Bioremediation project and on top of that, of course, that lab itself!” Datuk James bersandar di kerusi makan. Dia meneguk air kosong perlahan. Sejak diserang penyakit jantung, Daniel melarangnya minum minuman keras.

You mean...the project that is to do with the polluted river?” Daniel menelan liur.

Datuk James angguk. “The most important thing is, the laboratory..it’s mine!”

But dad..if you proceed this case, I dont think that we can win!” Daniel mula membantah. Sebenarnya dia ada caranya sendiri.

How do you know?” Datuk James jeling Daniel yang sudah tidak puas hati.

Daniel diam seketika. Penyiasatan yang dibuat selama ini sudah jelas menunjukkan syarikat JN Biotech itu adalah milik  Tan Sri Johari sepenuhnya!

Err..dad, I think we should let go this case. There’s no chance for us to win this case. That company obviously wants that project. And, they have  proof for the owner title. All documented! Unless we have firm evidence saying that you deserved this lab.” Daniel cuba memujuk ayah.

You know what? I’d lost almost thirty millions just like that! And now you are telling me, just let it go?!” Datuk James bingkas bangun. Muka putih Datuk James sudah mula merah.

Daniel menekup muka. Ayah dilihat sudah menapak ke dalam bilik. Jelas di telinganya pintu bilik dihentam kuat. Daniel mula mengemas meja makan. Daging panggang yang dimasak Mak Ti tadi masih banyak. Dia kemudian berehat di ruang tamu. Sempat jeling jam di dinding. Hampir enam petang.

Hello..Gagak! I need you to do something. See you later.” Telefon bimbit dmasukkan ke dalam poket semula. Daniel jeling bilik ayah. Merajuk agaknya.

Perlahan Daniel menapak ke daun pintu bilik ayahnya. Dia mengetuk berkali-kali. Tiada jawapan.

Dad! I’m going out! Please don’t go anywhere!” Laung Daniel dari luar pintu. Bimbang ayahnya keluar seorang diri dalam keadaan kesihatan yang masih lemah.

Dad! Do you hear me?” Laung Daniel lagi. Masih senyap.

Daniel segera capai kunci kereta. Dia perlu berjumpa Gagak. Dia perlu buat sesuatu.



DATUK JAMES mula bersiap. Dia sengaja mengurungkan diri dalam bilik tadi. Panggilan dari Daniel tidak diendahkan. Baju kemeja dipakai kemas. Dia segera capai kunci kereta BMW hitam dan mula memecut ke sebuah restoran. Dia sudah berjanji dengan peguamnya untuk berbincang mengenai kes JN Biotech. Tiba di restoran, Datuk James mula berbincang secara serius dengan Mr. Mahendran. Semua dokumen diperiksa. Mr. Mahendran mula minta diri setelah hampir satu jam berbincang.

Don’t think too much Datuk. You need a lot of rest..” Mr. Mahendran tepuk bahu Datuk James. Dia mula beredar dari situ.

Datuk James juga turut melangkah ke kereta semula.

Datuk JB! What coincident!”

Datuk James berpaling. Tan Sri Johari sudah tersenyum di sebelah kirinya.

Oh Tan Sri Johari. How are you?” Datuk James cuba berbahasa.

Good! Very good!” Bangga Tan Sri Johari bersuara dengan riak berlagak.

Err...how’s the lab?” Datuk James cuba juga bertanya tentang makmal yang sudah terlepas ke tangan Tan Sri Johari.

Excellent! Well, some people said it’s good to have a business with a little investment but the outcome is splendid!” Tan Sri Johari senyum.

Datuk James faham dengan kata-kata Tan Sri Johari tadi. Itu sindiran tajam untuknya.

A penny saved is a penny earned!” Tambah Tan Sri Johari dengan nada sinis. Sengaja! Biar Datuk James tahu siapa Tan Sri Johari Nasir! The best business man!!

Well, that’s good for you.” Datuk James mula ingin beredar dari situ. Sakit hati mendengar kata-kata Tan Sri Johari kalau berlama di situ. Dia tahu sangat apa yang Tan Sri Johari ingin sampaikan.

Thanks for the money!” Laung Tan Sri Johari sambil ketawa.

Datuk James tidak menoleh sebaliknya dia melangkah laju meninggalkan tempat itu. Dia perlu pulang awal sebelum Daniel tiba di rumah.



TIBA di laman, Datuk James menapak perlahan keluar dari kereta. Dia asyik memikirkan kata-kata Tan Sri Johari sepanjang perjalanan pulang ke rumah tadi. Sepanjang memandu tadi, rentak jantungnya berombak-ombak. Sesekali dia menekan kuat di dadanya yang terasa berat.

Arggghhh...” Datuk James menekan dada. Terasa berat.

“Datuk!” Mak Ti, orang gaji Datuk James yang kebetulan berada di situ segera meluru ke arah Datuk James.



BUNYI telefon bimbit Daniel begitu kuat, jelas menerjah telinga.

Hello..ya..what???”

Telefon bimbit terlepas dari tangan. Daniel memecut laju menuju ke hospital. Tadi panggilan dari Mak Ti. Ayah dikejarkan ke hospital PPUM. Tiba di hospital, Daniel berlari ke arah bilik ICU. Melalui cermin bilik, jelas dia melihat sekumpulan doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan ayahnya.

“Mak Ti, macam mana ayah saya?” Daniel pegang bahu Mak Ti yang sudah menangis.

“Masih tak sedarkan diri. Tadi Mak Ti kembali ke rumah tu sebab tertinggal dompet. Sebaik Mak Ti sampai di pintu pagar, Mak Ti nampak Datuk dah rebah di atas rumput sebaik keluar dari kereta.” Mak Ti menjelaskan apa yang berlaku.

“Keluar dari kereta? Ayah keluar ke?” Daniel mengetap bibir. Ayahnya memang degil. Sudah banyak kali dia berpesan tadi.

“Siapa yang bawa ayah ke hospital?”

“Mak Ti telefon ambulan.”

Daniel tunduk sambil meraup muka. Dia semakin gelisah. Matanya tak lepas dari melihat ayah yang bertarung nyawa.

“Encik..anak kepada Datuk James?” Seorang jururawat menegur Daniel.

Daniel mendongak dan mengangguk lemah.

“Saya rasa lebih baik encik masuk ke dalam.” Jururawat itu buka pintu bilik ICU. Daniel dikehendaki memakai gaun hospital dengan penutup kepala. Mak Ti pula hanya menunggu di luar bilik.

Daniel menapak perlahan ke katil ayahnya. Sebak mula terasa melihat wajah ayah yang sudah semakin pucat.

Dad..please don’t leave me..please..” Daniel genggam tangan kanan ayahnya yang masih tidak sedarkan diri. Berjurai air mata tumpah di pipi. Keadaan ayah semakin tenat. Kelihatan doktor dan beberapa orang jururawat bertungkus lumus merawat dan cuba menyelamatkan Datuk James.

I’m sorry for your lost..” Doktor yang merawat Datuk James mula mengusap perlahan belakang tubuh Daniel yang sudah termengguk di tepi katil. Bunyi bip yang panjang di mesin yang menyambungkan tiub ke tubuh Datuk James jelas kedengaran.

Dad!!” Laung Daniel sambil menangis. Bagai orang hilang akal.

“Encik..maaf..kami terpaksa bawa keluar.” Seorang jururawat yang dari tadi menjaga Datuk James mula meminta izin dari Daniel yang masih termengguk di tepi katil.

Daniel melangkah lemah bersama jasad kaku ayahnya yang sudah ditutup dengan kain putih.

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 10:09 AM | Show all posts
BAB 14





EDINBURGH. Di sebuah rumah banglo mewah yang terletak di tepi pantai, ramai tetamu dan kenalan yang datang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk James Brandon. Sebaik menghembuskan nafas terakhir di hospital Damansara Specialist, jenazah Datuk James diterbangkan terus ke London dan dibawa ke Edinburgh, tempat di mana dia dikebumikan. Itu pesan ayah dulu yang selalu berseloroh jika dia meninggal, dia mahu jenazahnya bersemadi di situ.

Daniel...please..don’t be like this..”

Daniel berpaling. Aunt Beth yang memakai baju serba hitam cuba memujuknya.

Aunty...” Aunt Beth dipeluk seketika.

Majlis pengkebumian berjalan dalam suasana sedih. Daniel masih di sisi kubur ayahnya.Sejambak bunga ros merah diletakkan atas kubur.

Dad...you still alive in this world..still alive. And..as promised, I will take revenge for all these!” Daniel mengesat air mata dengan sapu tangan.

Dia kembali ke kereta. Aunt Beth sudah menunggunya di situ.

Seminggu Daniel berada di Edinburgh. Seminggu juga dirinya tidak terurus. Puas Aunt Beth memujuknya. Makan dan minum tidak dihiraukan.

Arrrrgghhh!!!!”

Aunt Beth meluru ke bilik Daniel. Jeritan Daniel tadi merisaukannya.Pintu bilik dibuka.

“Daniel!!”Aunt Beth terus memeluk Daniel yang sudah hilang pertimbangan. Daniel dilihat sedang menghentam tangannya ke dinding.

What a stupid thing are you trying to do??”Marah Aunt Beth.

Daniel tersandar di dinding dan rebah ke lantai perlahan-lahan. Dia meraup muka.Pemergian ayahnya tidak dapat diterima. Maruah ayah telah dipijak!!Daniel masih dalam pelukan Aunt Beth. Lama. Aunt Beth menenangkan Daniel yang nyata masih tidak boleh terima pemergian ayahnya.

Daniel! Look at me! The world is not end yet! Wake up!” Aunt Beth pegang kedua pipi Daniel.

Daniel hanya pandang wajah tua perempuan yang begitu banyak berjasa kepada keluarganya selama ini sehingga dianggap sebagai keluarga sendiri.

I love dad..I love him so much..” Itu sahaja yang keluar dari bibir Daniel.

Aunt Beth mengusap lembut rambut Daniel. Daniel dibawa ke katil dan diselimutkan. Aunt Beth masih setia menjaga Daniel yang ternyata masih belum dapat menerima kenyataan kematian ayahnya. Setiap hari, Daniel hanya termenung di tepi laut.Segala makan minum sudah tidak dihiraukan. Daniel lebih suka berkurung dalam bilik sekiranya ada orang yang datang menjenguk.

Daniel..please..you must be strong!  You have a lot of work to take care of,  your company, remember?” Aunt Beth sekali lagi memujuk. Entah kali ke berapa, dia pun tidak mahu ambil tahu lagi. Janji Daniel kembali kepada Daniel yang dia kenal dulu.



PAGI yang nyaman. Daniel mengambil udara segar di balkoni. Dia kemudian menapak keluar dari pintu cermin biliknya menuju ke gigi pantai. Lama dia menikmati ombak yang menghempas pasir pantai. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Dia sudah nekad. Apa jadi sekalipun, maruah ayah perlu ditebus! Selesai sarapan, Daniel segera mengemas pakaian. Dia perlu pulang ke Malaysia semula.Urusan perniagaan perlu dibereskan walaupun tanpa ayah. Dia akan pastikan semua perniagaannya berjaya. Itu tekadnya!

Aunty..thanks a lot. Thank you very much!”Air mata lelakinya tumpah juga saat ingin meninggalkan Aunt Beth seorang diri di rumah besar itu.

Now, that’s my boy! Remember, be a good boy!”Aunt Beth peluk erat Daniel yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Daniel hanya senyum. Sekarang ini, tiada apa yang dirasakan, melainkan perasaan dendam yang membara! Dia sempat ziarah kubur ayahnya sebelum bertolak ke lapangan terbang. Lama dia berteleku di kubur ayah. Sejambak bunga ros merah diletakkan di situ. Dad...I love you..



KACA MATA hitam ditanggalkan perlahan. Nafas ditarik perlahan. Satu perasaan lega mula menyelinap dalam hatinya. Daniel melangkah perlahan meninggalkan lapangan terbang KLIA. Mercedes hitam 7 series sudah lamamenunggunya di depan pintu masuk lapangan terbang itu. Gagak segera mengambil beg pakaian Daniel dan diletakkan di dalam bonet.

Where to boss?” Gagak buka pintu kereta untuk Daniel.

My office!”

Kerete dipecut laju menuju ke pusat bandaraya menuju ke Mid Valley. Sebaik tiba dipejabat, Daniel segera ke mejanya. Gagak hanya mengikut dari belakang.

Please close the door.”

Gagak menutup pintu dan mula duduk di sofa sebaik Daniel menyuruhnya.

Take this. You know what to do!” Daniel bingkas bangun dan menapak ke arah Gagak di sofa tetamu. Dia hulur sekeping sampul surat kepada Gagak.

Ask Robin as well. Get the information from him.”

Gagak hanya mengangguk.

“Ada apa lagi bos?” Tanya Gagak ingin dapatkan kepastian.

Nope! Makesure, no one knows!” Daniel bingkas bangun dan menapak ke meja pejabatnya semula.

And one more thing...take her straight  to Batu Feringghi.” Daniel memberi arahan sebelum Gagak melangkah keluar dari biliknya.

Daniel bersandar di kerusi. Kepalanya terdongak melihat siling. Rancangannya perlu dilaksanakan. Suratkhabar yang berada di atas meja dibelek seketika. Terpampang berita kematian ayahnya. Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa turut merakamkan ucapan takziah dan rasa sedih di atas kehilangan seorang sahabat yang sama-sama berjuang dalam dunia perniagaan.

Bull shit!!” Suratkhabar dilempar ke lantai.Berterabur. Daniel menekup muka.




Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 10:13 AM | Show all posts
SEMENTARA itu, di kondominium Villa Indah di Sri Hartamas, Arissa masih menatap berita kematian Datuk James Brandon. Berita itu dibaca berulang kali.

“Hmm...siapa lelaki ni? Masa di rumah Tan Sri dulu, dia nampak gelisah dan sedih. Lepas tu rebah di lantai. Apa yang berlaku sebenarnya?” Arissa berkerut kening. Masa di rumah Tan Sri Johari malam majlis keraian itu, tidak ada seorang pun yang menolong Datuk James Brandon. Aku dan Nelissa yang beria menelefon ambulans dan tiba-tiba datang seorang berbadan sasa mengangkat tubuh Datuk James yang sudah pengsan.

“Hmm..hairan aku. Aku perasan muka Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hanya senyum. Ada apa-apa yang tak kena ke?” Arissa garu kepala. Memang dia tidak faham situasi pada malam itu.

Arissa mula mengemas. Dia lihat jam. Sudah hampir tiga petang. Hari itu memang dia tidak kerja. Dia sengaja ambil cuti. Sudah lama dia tidak bercuti. Semalam, dia telah menghantar borang cuti kepada Syed Faizal. Arissa senyum. Kunci kereta dicapai dari atas meja. Hari ini dia berkira-kira untuk membeli belah di Alamanda. Tidak sesibuk di MidValley atau KLCC. Kalau Nelissa, sudah sah-sah dia akan ke KLCC, tak pun ke Pavillion atau Bukit Bintang. Terkial-kial Arissa membuka pintu kereta Fair Lady Putih Nelissa. Semalam kereta MyVi buat hal di tengah jalan masa perjalanan ke makmal. Terpaksa panggil Nelissa. Nelissa pula selamba dek je pinjamkan kereta sport dia tu. Aku sudahlah tak reti sangat pakai kereta mewah macam ni. Seminggu MyVi aku kena masuk bengkel. Jadi seminggu jugalah aku kena bawa kereta orang kaya ni. Haih...

“Hmm..dapat pun.” Arissa masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.

Fair Lady putih meluncur laju menuju ke pusat beli belah Alamanda, Putrajaya. Arissa sengaja mengambil jalan jauh. Ingin menikmati keindahan landskap Putrajaya yang cantik dan sentiasa berjaga. Dia menelusuri setiap Presint sebelum membelok ke bulatan besar menuju ke Alamanda.

“Ya Allah!!” Brek ditekan kuat. Sebuah kereta lain telah memotong keretanya dan berhenti tepat di hadapan. Menghalang laluannya. Kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan.

Arissa menelan liur. Seorang lelaki berbadan sasa kelihatan keluar dari perut kereta berwarna hitam itu. Lelaki itu meluru ke arah keretanya. Arissa menelan liur berkali-kali.Dia pandang sekitar. Sunyi. Memang tak banyak  kereta lalu lalang di situ. Dia menelan liur. Padan muka kau Arissa! Nak sangat lalu jalan jauh konon! Arissa masih membatu dalam kereta. Dia mula panik. Entah macam mana lelaki berbadan sasa tadi dapat buka pintu keretanya. Tangannya terus ditarik keluar dengan kasar.

“Oi! Kau nak buat apa ni hah??” Arissa menjerit kuat.

“Diam!” Pipi Arissa ditampar kuat.

Arissa masih memberontak. Sekali lagi pipi Arissa ditampar.Lelaki itu segera mendukung tubuh Arissa yang telah pengsan. Kereta dipecut laju meninggalkan kawasan Putrajaya.


GAGAK menelefon Daniel. Dia mengangguk-angguk mendengar penjelasan Daniel. Dia kuak pintu.  Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Tadi sebaik sampai di rumah rehat di Batu Feringghi, Arissa mula sedar dari pengsan. Terpaksa Gagak paksa Arissa minum segelas air yang sudah dibubuh ubat tidur. Pintu ditutup semula. Satu jam lagi Daniel akan tiba. Dia telah memberi arahan pada Robin untuk menjemput Daniel di lapangan terbang Bayan Lepas. Gagak turun ke ruang dapur menyediakan juadah makan malam untuk Daniel. Dia sudah tahu apa menu bos mudanya. Tak sangka, Daniel suka masakannya walaupun agak ringkas. Nasi putih, daging masak merah dan kerabu salad bersama mangga muda. Usai memasak, Gagak mula menghidang. Dia jeling jam. Hampir lapan malam. Dia jenguk ke luar rumah. Kereta Mercedes hitam sudah menjalar masuk ke laman.

“Bos!” Gagak menjemput Daniel masuk. Robin pula hanya menunggu di anjung rumah.

“Dah ada?” Daniel pandang Gagak.

Gagak angguk.

Good!

Seperti biasa, Daniel akan ke ruang dapur menikmati juadah makan malam terlebih dahulu. Sejak dulu masakan Gagak boleh masuk tekaknya. Sama macam masakan Zaki di Korea. Selesai makan, Daniel mula menonton tv. Hampir dua jam lebih dia menonton di ruang tamu. Berita yang terpapar di kaca tv mula disiarkan. Berita kematian ayahnya yang ditangisi kenalan di Malaysia.

Go to hell!” Daniel hempas remote control. Dia bingkas bangun.

Gagak terdiam. Dia memang takut bila bos mudanya marah macam tu. Pernah Daniel mengamuk bila perniagaannya jatuh teruk! Habis barang rumah bersepah!

“Berapa lama ubat tu boleh bertahan?” Daniel sempat tanya Gagak sebelum melangkah ke tingkat atas.

“Lapan jam bos! Sekejap lagi, dalam masa setengah jam, dia akan sedar..” Gagak masih setia berdiri di tepi sofa di ruang tamu.

Good job! Take this!” Daniel lempar sekeping sampul surat yang berisi wang kertas dua puluh ribu ringgit kepada Gagak dan disambut oleh Gagak yang masih berdiri di situ.

You can go now. Enjoy!” Daniel senyum.

Gagak turut senyum. Faham sangat maksud kata-kata bos mudanya. Daniel tidak mahu diganggu. Gadis di dalam bilik tadi bakal menjadi mangsa Daniel. Dia ketawa.



DANIEL menapak perlahan  ke bilik. Pintu dikuak perlahan. Matanya tepat memandang gadis yang sudah terlentang tidak sedarkan diri di atas katil.

Hmm..finally, I got you Nelissa Tan Sri Johari Nasir!” Daniel senyum. Anak gadis Tan Sri Johari kini dalam genggamannya. Rancangan balas dendamnya perlu dilaksanakan.

Dia menapak perlahan ke katil. Tubuh gadis itu diperhatikan seketika. Sengaja dia suruh Gagak suramkan cahaya lampu dalam bilik itu. Dia merapati perlahan gadis itu yang masih pengsan.

“Hmm..” Rambut gadis itu yang menutupi muka diselak. Dalam cahaya samar begitu, dia masih boleh melihat kecantikan wajah gadis itu walaupun tidak berapa jelas.Pipi gadis itu diusap lembut. Kedua ulas bibir gadis itu dikucup seketika. Perlahan pakaian yang membaluti tubuh gadis itu dilucutkan satu persatu. Tubuh putih gebu yang terdedah di depan matanya diperhatikan seketika.

Hmm...what a lovely body. So freshing!”

Daniel bangun perlahan dan menapak ke bilik air membersihkan diri. Tubuh gadis itu dibiarkan tanpa seurat benang. Lama Daniel di dalam bilik air. Dia perhatikan jam. Ada lebih kurang sepuluh minit lagi gadis itu akan sedar.



ARISSA pegang dahi. Kepalanya rasa pening. Dia cuba buka mata. Masih samar. Berkerut dahinya menahan pening dan sakit akibat ditampar dengan kuat tadi. Dia cuba buka mata sekali lagi.

“Ya Allah!!” Arissa bingkas bangun.

Nyata dia kini berada di satu tempat yang asing baginya. Diperhatikan sekitar bilik itu. Lengkap dengan set sofa import, televisyen skrin besar dan dekorasi bilik yang penuh maskulin. Semua itu masih boleh dilihat walaupun cahaya lampu dalam bilik itu agak samar. Bau wangi di segenap ruang bilik begitu menusuk hidung. Arissa menelan liur. Dia mula mengingati semula kejadian di Putrajaya siang tadi. Ya! Masih jelas waktu itu dia memandu di sekitar Putrajaya dan tiba-tiba sebuah kereta hitam memotong keretanya.

Astahgfirullah!!” Arissa cepat-cepat mengambil selimut dan membungkus tubuhnya yang tanpa seurat benang. Air mata mula mengalir laju. Ya Allah...aku kat mana ni? Macam mana aku boleh berada di sini? Apa yang telah berlaku sebenarnya???

Perlahan Arissa menapak turun dari katil.  Jelas dia melihat pakaian dalamnya bersepah di atas lantai marmar. Matanya menala pula pada selonggok pakaian. Itu blaus dan seluar jeans yang dipakai siang tadi. Terketar-ketar tangannya mengutip semua pakaiannya. Tersedu-sedu dia menangis. Bermakna dirinya sudah tidak ada harga lagi. Pakaiannya disarungkan kembali ke tubuh. Lama dia memerhati di cermin besar yang menampakkan tubuh penuh.

“Ya Allah...ampunkan aku..” Arissa menekup muka sambil menundukkan wajah. Tidak sanggup menatap wajahnya sendiri yang sudah tidak bermaya. Rambutnya dibiarkan menutupi muka. Teresak-esak menangis.


DANIEL menapak keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala. Dia melangkah ke tepi pintu dan mula menekan suis lampu. Cahaya lampu mula menerangi bilik yang suram dari tadi. Dia jeling pada gadis itu yang masih menekup muka di depan cermin.

“Hmm..sudah sedar. Good...” Daniel senyum. Dia merapati gadis itu yang membelakanginya. Gadis itu dilihat sudah lengkap berpakaian.

How do you feel my dear?” Pinggang gadis itu dirangkul dari belakang.

Arissa terperanjat. Pantas dia berpaling.

You??? Serentak mereka berdua bersuara.

Masing-masing terdiam seketika. Arissa memandang tajam ke arah Daniel yang sudah berubah rona wajahnya. Daniel pula terkedu sebaik melihat dengan jelas wajah gadis di depannya. Jadi selama ini gadis itu adalah anak  musuh ayah aku? Dia menelan liur.

“Kenapa kau buat semua ni pada aku??” Arissa sapu air mata yang masih mengalir laju. Dia cuba menampar pipi Daniel tapi sempat ditahan dengan tangan sasa Daniel.

Mata mereka bertentang buat seketika. Daniel menelan liur. Dadanya berombak. Jantungnya berdetak kuat. Ah! Gila ke aku???

“Kau belum jawab soalan aku! Why me???” Arissa cuba melepaskan tangannya yang digenggam Daniel tadi. Bibir diketap kuat.

Because you are  Tan Sri JN’s daughter!” Daniel mengetap bibir. Bulat matanya memandang Arissa. Perasaan dendamnya melebihi dari perasaan pelik yang mula bertapak dalam hatinya. Dendam yang perlu dibalas!

“Apa kena mengena Tan Sri dengan kau?” Arissa masih tidak puas hati dengan jawapan Daniel. Semuanya masih samar baginya. Takkan Daniel suka-suka culik aku!

Because of your stupid dad, I’d lost my dad!!” Daniel tarik tangan Arissa dengan kuat. Tersadung Arissa ke dalam pelukan Daniel.

Arissa cepat-cepat menepis. Dia tumbuk dada Daniel dengan kuat. Cuba menolak tubuh sasa itu jauh darinya.

Stop it!” Daniel cengkam tangan Arissa. Mata mereka bertembung seketika. Jelas dia melihat Arissa memandang tajam ke arahnya. Ada riak benci.

You listen to me! This is just the beginning and it will start with you!” Daniel mengetap bibir. Pipi Arissa dicengkam kuat.

I’m not Tan Sri Johari’s daughter!” Tengking Arissa.

Huh!What a pity girl!” Tubuh Arissa ditarik ke katil. Terhenyak Arissa sekali lagi di atas tilam empuk.

Please Adam..don’t do this to me..” Arissa merayu sambil menangis. Dia mengensot perlahan cuba jauh dari Daniel yang semakin merapatinya. Takkan masih belum puas lagi? Tadi  lelaki ini sudah pun merosakkan tubuh aku!! Arissa menelan liur berkali-kali. Lelaki itu yang hanya bertuala dirasakan bila-bila masa akan menerkamnya.

Daniel ketawa besar. Adam?? Hahahaha!!! Nampaknya gadis itu masih ingat nama aku adalah Adam!!

Arissa cepat-cepat tutup mata bila melihat Adam mula  tanggalkan tuala. Terasa kakinya ditarik. Arissa buka mata lagi. Adam dilihat masih memakai boxer.

Calm down my dear...it’s gonna be fun..” Daniel mendakap tubuh Arissa. Tangannya mencengkam kedua tangan Arissa yang mula meronta.

Now..I wanna you feel the truly syurga dunia..”Daniel rentap blaus Arissa dengan kasar. Terkoyak!

Please Adam..I’m not Nelissa!!!” Arissa menjerit kuat.

Daniel terhenti seketika. Bukan Nelissa?? Ah! Siapa pun akan cuba menipu kalau dalam keadaan macam ni! Saja cari alasan untuk lepaskan diri! Dia tidak hiraukan jeritan Arissa. Bibir mereka bertaut rapat.

“Aku bukan Nelissa! Aku Arissa!!” Arissa sapu bibirnya yang dikucup Daniel. Tubuh Daniel ditendang kuat sehingga terduduk lelaki itu di hujung katil. Hampir terjatuh ke lantai. Arissa pantas bangun dan berlari ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas berkali-kali.

“Kau nak lari ke mana hah?”Daniel bingkas bangun. Dia mendekati Arissa yang masih berada di muka pintu bilik. Rambut panjang Arissa ditarik kuat. Terus gadis itu dipeluk dengan kuat dari belakang.

Please...aku merayu..tolong jangan apa-apakan aku..” Arissa menangis teresak-esak. Pelukan Daniel dirasakan semakin kuat. Sakit bila rambutnya direntap kasar.

“Kau dengar sini! Jangan nak perbodohkan aku! Kau sengaja tipu nama kau sebagai Nely Badlina kan?? Apa kau ingat aku tak tahu semua tu? And now you telling me that you are Arissa?? Hahahaha!!! I’m not that stupid!!” Daniel ketawa terbahak-bahak. Sekali lagi dia cengkam tangan Arissa. Tubuh Arissa diheret ke katil semula.

“Kau salah faham! Aku bukan Nelissa! Aku memang Arissa!!!” Arissa cuba menendang Daniel sekali lagi tapi tidak berdaya. Tubuh Daniel sudah menindih tubuhnya dengan kuat.

Daniel masih memandang tajam wajah Arissa yang sudah pucat. Lama wajah itu ditatap. Hatinya kuat berdetak. Jantung semakin kuat berdegup. What’s the stupid feeling that I feel right now??? What’s wrong with my heart beat???

Please...Adam...please..don’t do this to me. Aku akan serahkan tubuh aku but please marry me first. Please..” Arissa masih tidak putus asa merayu. Dia mula lemah. Suaranya tersekat-sekat. Biarlah kesuciannya diragut secara halal walau dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Marry you? Are you insane? Who are you to ask me to do that, huh?” Daniel ketawa kuat.

You can have me after that..please..I’m begging you..” Arissa merayu lagi.

Nampaknya lelaki itu tidak mengendahkan langsung rayuannya. Dia pasrah. Sehabis daya dia meronta tapi ternyata Daniel semakin kuat menindih tubuhnya.

Daniel senyum. Arissa dilihat tidak lagi meronta. Wajah Arissa sudah lemah.

Now..that’s my good girl....” Daniel senyum.

Antara rasa cinta yang mula bertapak dan rasa dendam yang membara, dia mula keliru. Keliru dengan semua perasaan yang sama-sama bertarung dalam hatinya ketika ini. Arissa dilihat sudah mula pejam mata. Air mata gadis itu masih mengalir deras di pipi. What should I do? Ah! Persetan semua tu! Dendamnya pada Tan Sri Johari Nasir melebihi segalanya! I'm sorry...I'm sorry...sayang aku pada ayah aku melebihi segalanya! Bibir Arissa dikucup lagi. Sekali lagi pakaian yang membaluti tubuh Arissa ditanggalkan satu persatu.

"Aduh!" Daniel tarik tangannya yang digigit Arissa. Wajah Arissa ditatap penuh benci. Sebiji penampar singgah di pipi gadis itu.

"You are evil!!!" Jerit Arissa kuat.

Sekali lagi penampar singgah di pipi Arissa. Kiri kanan. Arissa sudah pengsan.


ARISSA mula sedar. Tubuhnya terasa sengal dan ngilu. Entah bila dia pengsan dan tak sedarkan diri tadi. Silau cahaya matahari menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka sedikit. Jelas dia melihat burung-burung riang berterbangan di langit. Bunyi ombak menghempas pantai jelas kedengaran. Rumah tepi laut rupanya. Dia lihat sebelah. Daniel sudah tiada di situ. Matanya melirik pada sekeping nota dan sampul di atas bantal. Perlahan dia capai. Ada duit not seratus setebal dua inci dalam sampul itu. Nota pula dibaca perlahan.

‘Thanks for your lovely body. So delicious!’

Nota itu dikeronyok dan dilempar kuat ke dinding.

Why me??!!” Arissa menjerit sekuat hati. Meraung semahunya!

Last edited by Ipo on 23-4-2014 06:50 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:29 AM | Show all posts
aduh kejam nya....yang x bersalah menjadi mangsa...huhu..seriau...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 11:49 AM | Show all posts
lailies posted on 12-4-2014 11:29 AM
aduh kejam nya....yang x bersalah menjadi mangsa...huhu..seriau...

hai lailies! Tq kerana sudi baca citer yg tak berapa popular ni..
Itulah bahananya bila dah salah faham kan?..huhuh..yang x bersalah jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 11:52 AM | Show all posts
huhu..sambung lg yer..buat bekal hujung minggu...ehehhe..jgn sekerat jalan ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.085331 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list