View: 3232|Reply: 20
|
[Tempatan]
{9} Remaja2 14 tahun guna wang palsu ! pic
[Copy link]
|
|
14 April 2014
PARIT BUNTAR - Dua remaja berusia 14 tahun diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada polis selepas mereka dicekup cuba menukarkan empat keping wang kertas palsu di tiga premis perniagaan di Pusat Bandar.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari kelmarin, kedua-duanya yang masih bersekolah dikatakan cuba mengaburi pemilik sebuah kedai buku, namun mangsa sangsi dengan ketulenan wang pelajar terbabit dan enggan menerimanya.
Mangsa yang hanya ingin dikenali Abdul berkata, sejurus urus niaga dengan kedua-dua suspek tidak dilakukan, remaja terbabit difahamkan beredar dari premis itu dan cuba melakukan kegiatan sama di sebuah kedai kek berhampiran.
“Saya menyedari kehadiran dua remaja terbabit yang dalam keadaan mencurigakan apabila kedua-dua mereka saling bertengkar dan masing-masing menolak untuk memasuki premis saya.
“Apabila seorang dari mereka bertanyakan mahu menukar wang kecil, saya terus menolaknya apabila melihat wang kertas RM100 tersebut sangat berlainan dengan yang asli.
“Seorang daripada remaja itu cuba mengaburi mata saya dengan membeli makanan ringan, namun saya enggan terima wang itu dan mengarahkan mereka meninggalkan kedai,” katanya sewaktu ditemui di sini.
Abdul berkata, kedua-dua pelajar terbabit kelihatan kecewa ketika meninggalkan kedainya, namun singgah di sebuah premis menjual kek yang terletak bersebelahan premisnya.
Katanya, dia dimaklumkan, pemilik kedai kek itu turut meragui ketulenan empat keping wang kertas bernilai RM100 yang cuba ditukar kedua-dua suspek dan turut enggan melayani permintaan mereka.
“Pemilik kedai kek berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada Pasukan Keselamatan Sukarelawan Kerian (PKSK) dan kedua-dua remaja itu berjaya dikesan sewaktu sedang keluar secara tergesa-gesa dari sebuah klinik swasta,” katanya.
Sementara itu, anggota PKSK, Lee Sin Chew berkata, kedua-dua remaja itu dikatakan cuba menggunakan taktik sama untuk menukar empat keping wang kertas RM100 yang dipercayai wang palsu di kaunter klinik tersebut.
Bagaimanapun, Sin Chew berkata, pekerja klinik tidak melayan permintaan mereka disebabkan turut meragui ketulenan wang kertas itu.
“Kedua-duanya akhirnya diberkas di hadapan klinik itu oleh beberapa anggota kami dan hasil soal siasat mendapati mereka memiliki empat keping wang kertas RM100 dipercayai wang palsu," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua pelajar yang menunggal basikal dari Titi Serong itu mendakwa menolong seorang lelaki bermotosikal dan diberikan dua keping wang kertas bernilai RM100 setiap seorang.
“Mereka mendakwa lelaki bermotosikal itu turut meminta mereka menukarkan wang itu kepada wang kertas dengan nilai kecil bagi membolehkan upah diberikan kepada mereka,” katanya.
Sin Chew berkata, kedua-dua remaja berkenaan hanya menangis sewaktu disoal-siasat polis dan mendakwa tidak mengenali individu yang ‘mengupah’ mereka.
“Kedua-dua suspek terbabit diserahkan kepada pihak polis disini untuk tindakan susulan.” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.-sinarharian
p/s print sendiri apa ker? nampak lain bebenor...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu menangis ketika dicekup orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu melayu,mangkaq betui,ari tu budak balas hp,baru lg kes.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak2 ni...
tak pasal2 di pergunakan oleh mamat motor tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak2 ni...
tak pasal2 di pergunakan oleh mamat motor tu |
|
|
|
|
|
|
|
patut mamat & pembekal nya yg di tangkap.... |
|
|
|
|
|
|
|
ksian pulak aq rasa...smp nanggis2...mg jd pngajaran... |
|
|
|
|
|
|
|
perak darul palsu |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa ni...mana depa dapat duit ni? |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa budak2 ni tak salah. yelah org kasi duit free kan sape taknak? mungkin budak2 ni bahan eksperimen nk tgk duit palsu tu boleh lepas kt pasaran ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak2 melayu sunni felda pprt,
memang akak tahu sangatlah macam mana cara deorang nak palsukan duit,
photostat kat kedai, lepastu tampal dengan gam ataupun guna duit jutaria,
sebab itu katanya obvious sangat duit palsu.
Alahai nak menipu pun biar cerdik dik. |
|
|
|
|
|
|
|
mat motor tu mesti ade sekitar2 tu ajer
|
|
|
|
|
|
|
|
klu dlm kes remaja pompuan rela bersenggama di charged bwh statutory rape...
dlm kes nie, budak nie rela digunakan edar palsu, kena charged d bwh apa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
bawak balai...
kecik-kecik dah pandai buat kerja tak baik macam ni..
bila kena cekup tau pulak nangis..
|
|
|
|
|
|
|
|
tempat aku pon banyak. selalu duit 50. pekedai selalu bagi alasan xdek duit kecik .. xpon bgtau nk pi tukar kat ptronas jap. situ kan blh scan. nanti dan2 cancel beli. macha2 selalunya. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mn rupa duit pelesu tu...nk nengok |
|
|
|
|
|
|
|
makan jela kt mamak cm biasa, wat bdoh je. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal sapa Uncle Sin Chew
Dia memang teliti orangnya
Tahniah,Uncle! |
|
|
|
|
|
|
|
ekekekkkekekekkekeke |
|
|
|
|
|
|
| |
|