... GAJINYA DIPOTONG
MENJADIKAN GAJINYA LEBIH KECIL
DARI EXCO DAN SPEAKER NEGERI SELANGOR!!!
Apalah punya perangai Dato' Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim ni...
Buat keputusan sampai gajinya lebih kecil dan sedikit dari seorang Exco dan Speaker Negeri Selangor .. banyak sikit dari ADUN dan Timbalan Speaker.
Itu hari bsing gegak gempita riuh rendah macam nak runtuh langit bila buat pengumuman yang gaji MB, Exco, Speaker dan ADUN negeri Selangor dinaikkan ..
Nah nak tengok .. komen2 mereka yang menentang sebelum ni... jangan senyap pula ya...
Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.
Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.
Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.
Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .
Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.
“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini. Last edited by BelovedTaeyeon on 14-4-2014 04:30 PM
kan elok klu menteri sanggup bergaji ciput !!!
yg melebelkan MB melampau mesti gang2 yg selalu belanja mewah dr kemampuan atau yg byk hutang utk projek mega...sbb peluang gaji d skala kecil akan d aktifkan!!!
mana bole kakitgn berduit lebih dr mb.....x patut x patut
Sebahagian besar gaji MB, pimpinan Selangor disalur ke Tabung MES
SHAH ALAM, 14 APRIL: Sebahagian besar gaji dan elaun Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker akan disalurkan kepada Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, berkata langkah pemotongan itu dibuat selaras dengan keputusan yang dicapai melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). “Gaji lama Menteri Besar RM14,175.15, gaji baru RM29,250 membabitkan pemotongan RM15,074.85 dan gaji selepas dikemaskini adalah RM14, 175.15.“Gaji lama anggota Exco RM6,109.29, gaji baru 20,250, pemotongan RM5,250 dan gaji selepas dikemaskini RM15, 000. Gaji lama Speaker RM6,109.29, gaji baru RM 22,500, pemotongan RM7,500, gaji dikemaskini RM 5, 000. “Gaji lama Timbalan Speaker RM3,327.50, gaji baru RM15,750, pemotongan RM3,750 dan gaji dikemaskini RM12,000,” katanya.
MB: ‘Saya tidak kisah gaji lama, yang penting rakyat’
SHAH ALAM 14 APRIL : Walaupun tidak dapat menikmati kenaikan gaji baru sepertimana dinikmati Adun-adun lain, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap perkara itu bukan persoalan penting. Kata Abdul Khalid, beliau bersetuju dengan langkah pemotongan gaji berkenaan kerana merasakan bertanggungjawab atas kenaikan diputuskan di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November lepas.
Aku fikir sebaliknya... Pertama, untuk membeli jiwa dan raga macai-macai dalam PR, nak menunjukkan betapa dia seorang MB yang prihatin dan baik hati, walhal cuma kembali balik kpd jumlah gaji yang asal.
Kedua, kerusi MB mungkin dikosongkan dan bakal MB baru akan menikmati gaji yang sudah diturunkan ini, Khalid Ibrahim nanti kata padan muka hangpa...nak sangat jawatan MB aku !!
Nadim posted on 22-4-2014 11:27 AM
Aku pulangkan ayat paku buah keras ni dekat hang ye...cuma tukar nama dari PR kepada BN.... : ...
pernah terjadi ke dlm sejarah umno 'ikut' teguran rakyat ubah apa2 keputusan yg diorang dah buat?
rasanya pernah sekali je dlm sejarah 'bekas pemimpin umno' turunkan semula harga minyak yg dinaikkan.
Jadi hang harap harga minyak akan terus turun sebagaimana cakap-cakap ANUwar ? Andaikata hang setuju pendapatan bulanan hang dikaji setiap beberapa bulan sekali untuk diturunkan...aku rasa impian hang untuk melihat harga minyak pun turun sama mungkin tercapai...!!
Kalau negara Islam yang di canang seantero Malaya untuk meraih undi, tetiba menjadi Negara Berkebajikan dan statement Manifesto bukan janji boleh suka-suka boleh ditukar ikut sesuka rasa...bagaimana rakyat nak mengharap teguran mereka boleh didengar oleh pemimpin PR ??
Ayat tak boleh blah...standard la,,,mesti ada orang dan sesuatu yang akan dipersalahkan...kronisme , konspirasi, rancangan jahat, dansebagainya...itu je modal yang mampu dizahirkan oleh pecacai PR... aku rasa SYABAS dah buat yang terbaik, cuma planning pemerintah dari PR je yang terlalu nak tunjuk baik, kononya telus dari tidak terlalu mengikut cara pemerintahan BN...akhirnya menyusahkan rakyat.
menunjuk kuat betul lah MB selangor .. potong gaji tu senyap je la. takyah nak btau sumbang mane2 , pandai fikir. dah tahu orang akan dengki bila ckp mcm ni. haish. tarik perhatian betul
Aku suke ayat ni.... dah bertahun-tahun pacal-pacal dari pembangkang terutamanya PAS mengadakan solat hajat kononnya kerajaan UMNO/BN zalim dan menganiaya rakyat.... tapi aku tengok UMNO/BN steady je hingga ke hari ini... aku tak salahkan kemerosotan undi dan sokongan rakyat sejak PRU 12 tahun 2008 yang lalu kerana depa dah kena tipu dan diperbodohkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanji bulan dan bintang... banyak yang kembali kejalan yang asal kecuali majoriti bangsa CINA je... tapi ramai lagi rakyat yang masih kekal menyokong pemerintah sekarang kerana depa tahu gabungan pemerintahan PR akan merosakkan agama , bangsa dan negara !!!