CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 17604|Reply: 32

Lesung batu

[Copy link]
Post time 14-4-2014 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Lesung merujuk kepada satu alat bagi menumbuk sesuatu bahan, biasanya bahan makanan, contohnya lada dan padi. Terdapat beberapa jenis lesung, iaitu lesung tangan dan lesung kaki. Jenis-jenis ini merujuk kepada cara ia digunakan bagi menumbuk, iaitu dengan menggunakan tangan atau kaki.

Lesung tangan biasanya terdapat dua jenis pula, iaitu jenis kecil yang biasanya diperbuat daripada batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar yang biasanya diperbuat daripada kayu dan digunakan secara beramai-ramai. Sementara itu, lesung kaki kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Lesung kaki juga dikenali sebagai lesung hindik.




Penumbuk lesung biasanya dikenali sebagai alu atau anak lesung.

Lesung tangan, biasanya digunakan bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan sambal belacan.

Kini, terdapat juga lesung automatik, digunakan di makmal-makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 04:06 PM | Show all posts
hahahahaha info psl lesung batu pun ada jugek
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:07 PM | Show all posts
saya paham (2x)
sabar...sabar ye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:16 PM | Show all posts
iols xpernah tengok lesung batu
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:37 PM | Show all posts
kat rumah aku ada dua lesung batu kalau sapa tak pernah tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:53 PM | Show all posts
teringin nak cari batu giling. tak tau kat mana nak cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2014 04:55 PM | Show all posts
lesung yg besar diperbuat drpd aloi atau besi tu xde plak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 05:00 PM | Show all posts
mak aku pesan..kena basuh cepat2 lesung batu kalau tak muka kita buruk sebab lesung tu dok sumpah2 kita nape tak cuci dia lepas digunakan..sebab lesung tu pun sakit dan pedih kena cili / lada ke apa benda yg kita duk tumbuk..aku paling ingat bab ni..terus aku basuh lepas guna..kesian la kt lesung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 05:53 PM | Show all posts
munchkin posted on 14-4-2014 04:53 PM
teringin nak cari batu giling. tak tau kat mana nak cari

Ada orang jual kat mudah

http://www.mudah.my/Batu+giling-19363646.htm

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 06:00 PM | Show all posts
cepheid posted on 14-4-2014 05:53 PM
Ada orang jual kat mudah

http://www.mudah.my/Batu+giling-19363646.htm

tq tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:39 AM | Show all posts
kat umah xde lesung batu lagiiii
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 03:55 PM | Show all posts
lesung automatik tu cemaner pulak ropenye??
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa skrang ak tgk lesung batu mcm dibuat ngan batu simen tu ye? Sebb yg kat umah ak ni lesung batunye mcm batu sungai... Ke xde besa kesedapan makanan yang kita hasilkan ngan lesung batu guna batu sungai o batu simen? Hihihi.. Dah alang2 cakap pasal lesung kann... Kot2 ade perbezaan dalam kesedapan makanan... Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 02:07 PM | Show all posts
rospinki posted on 14-4-2014 05:00 PM
mak aku pesan..kena basuh cepat2 lesung batu kalau tak muka kita buruk sebab lesung tu dok sumpah2 k ...

alamak!!... lesung aku guna semalam tak basuh2 lagik.. balik nih kena basuh cepat2...


Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 02:47 PM | Show all posts
bole bagi adiah kawen ni...nmpk berat sket
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2014 07:50 PM | Show all posts
Lesung batu sekarang cepat pecah...xkuat..
Aku ada yg jenis lama punya tp konon nak design cantik sikit bli kat my**n alih2 tgh tumbuk sambal terbelah dua kau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 09:12 AM | Show all posts
Dah lama x melesung.. pakai blender je.. x mo basah pakai blender kering.. tp rasa n tekstur x sama la dgn yg dilesung sendiri..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:13 PM | Show all posts
anees~nuhara posted on 17-4-2014 02:47 PM
bole bagi adiah kawen ni...nmpk berat sket

heheh.. iols dengan kekawan pernah bagi kat kawan kiteorg mase die kawen, die mmg jenis malas and tak reti sangat nak masak... so mase die kawen kiteorg hadiahkan set buku-buku memasak dari makanan melayu, barat, dessert, cuisine ape sume la, pastu hadiahkan lesung batu sekali, hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 03:48 PM | Show all posts
lucky_peace posted on 18-4-2014 03:13 PM
heheh.. iols dengan kekawan pernah bagi kat kawan kiteorg mase die kawen, die mmg jenis malas and  ...

ha..kan..! nmpk sempoi bg lesung batu kan..haha dlm byk2 adiah aku paling berat. agagaga
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 05:24 AM | Show all posts
lesung batu masih relevan zaman ini.. nak tumbuk sambal tempoyak, belacan. besar jasa lesung batu ni huhu. yang sikit-sikit rela guna lesung lagi kalau banyak sangat harus la pakai blender.

dah pernah tengok lesung yang berlubang tapi terbelah dua belum saksikan dengan mata sendiri lagi haha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201484 Replies : 4019
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 7464 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 43402 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 15748 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 11419 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:17 AM GMT+8 , Processed in 1.449927 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list