CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43911|Reply: 156

Sejarah Pendaratan Jepun Di Tanah Melayu

[Copy link]
Post time 29-12-2008 12:27 PM | Show all posts |Read mode
'Kami masih belum lupa'

Oleh ZAKI SALLEH

Serangan tentera Jepun itu berlaku hampir tujuh dekad lalu. Namun kepada sebahagian warga emas yang tinggal di pantai Kuala Pak Amat, Perang Dunia Kedua seolah-olah baru saja terjadi.






KIRA-KIRA 67 tahun lalu, pantai Kuala Pak Amat dekat Pengkalan Chepa, Kota Bharu merakam detik penting. Ia menjadi lokasi pertama serangan tentera Jepun di Tanah Melayu melalui perairan Kelantan yang menyaksikan bermulanya Perang Pasifik.

Mejar Jeneral Hiroshi Takumi, yang mengetuai bala tentera seramai 5,200 orang (dikenali sebagai Detasmen Takumi), dengan armada tiga kapal pendarat dan tujuh kapal perang, memilih kawasan pantai itu sebagai lokasi pendaratan.

Hari ini, pantai Kuala Pak Amat hanya tinggal nama. Ini kerana tanahnya sejauh kira-kira lima kilometer dari pantai 'punah' ditelan air Laut China Selatan. Malah, gigi pantai di sini hanyalah saki-baki kampung itu yang pernah menjadi penempatan kira-kira 60 buah keluarga.

Walaupun peristiwa perang telah lama bersemadi dalam lipatan sejarah, tetapi bagi generasi lama kampung ini dan Kampung Pulau Panjang yang terletak di sebelahnya, ia seperti baru semalam berlaku.

"Beberapa jam sebelum serangan, saya duduk di madrasah kampung bersama rakan-rakan sambil melihat tentera-tentera Punjab berkubu di sana sebelum terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 12 malam 7 Disember 1941," cerita Omar Senik, 81.

Katanya, beberapa bulan sebelum perang meletus, sekitar pantai di situ menjadi kawasan larangan apabila tentera British dah Punjab mula membina kubu-kubu pertahanan konkrit dan kubu guni pasir serta dipasang pagar berduri. Malah, kawalan keselamatan diperketatkan.

Menceritakan suasana sebelum perang, Omar yang ketika itu berusia 14 tahun berkata, penduduk kampung yang rata-ratanya nelayan dan petani tidak begitu mengendahkan soal tersebut.

Menurut beliau, oleh kerana kerap berada di situ, kehadirannya cukup disenangi tentera Punjab. Beliau menjadi budak suruhan mereka dan belajar bahasa Punjabi.


DERAMAN MOHAMED menunjukkan lokasi pendaratan
tentera Jepun di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan.



"Saya kerap masuk ke kawasan kubu tentera Punjab sambil tengok mereka berkawal. Pada satu peringkat saya sudah boleh menyanyikan dikir barat dalam bahasa mereka," ujarnya tertawa mengingati kisah tersebut.

Katanya, beberapa jam sebelum serangan meletus, seorang pegawai tentera British memanggilnya ke kubu dan meminta beliau menghiburkan mereka sambil dijamu makanan.

"Selesai menyanyi pegawai itu keluar. Tiga anggota tentera Punjab yang saya kenali berpesan agar saya meninggalkan kawasan itu ke bandar Kota Bharu kerana katanya perang akan meletus tidak lama lagi.

"Saya hanya menganggukkan kepala sebelum pulang semula ke madrasah. Itulah kali terakhir saya melihat mereka.

"Letupan pertama kedengaran kira-kira pukul 12 malam, saya tersentak apabila melihat percikan api bertali-arus dari arah kubu tentera Punjab ke tengah laut, diikuti letupan-letupan kecil.

"Saya dan rakan-rakan yang ketakutan keluar menyembunyikan diri di bawah madrasah, memang saya tak boleh lupa peperangan itu," jelasnya.
Omar berkata, beliau masih ingat beberapa bot tentera Jepun mendarat di pantai kampung itu yang terletak hanya 100 meter dari rumahnya. Tetapi ramai di antara mereka mati ditembak mesingan tentera British.

"Tentera Jepun yang mendarat tidak mengapa-apakan penduduk kampung, sebaliknya mengarahkan kami bersembunyi dan memberitahu kedatangan mereka untuk menghalau tentera British," ujarnya yang petah bercerita.

Pengalaman melihat mayat tentera Jepun dan Punjabi bergelimpangan masih segar dalam ingatan seorang lagi penduduk kampung, Nawi Mohamad, 80, yang ketika itu berusia 13 tahun.

"Sejak berkubu di tepi laut, tentera British sering buat latihan, jadi bila dengar letupan malam itu kami penduduk kampung ingat mereka sedang berlatih. Kami tak pernah terfikir pun nak berlaku perang.

"Tapi bila tembakan dan letupan tak henti-henti serta selepas ditinjau di pinggir pantai, barulah kami tahu tentera Jepun sudah mendarat di pantai Kuala Pak Amat.

"Semua penduduk bersembunyi di bawah rumah bimbang kena peluru sesat, tapi Alhamdulilah tiada siapa pun cedera hingga hari siang.

"Dalam kekalutan pertempuran, tiga tentera Jepun yang mendarat mati di bergelimpangan di hadapan rumah saya, dan sehingga hari ini saya masih terbayang wajah mereka.

"Suasana perang memang menakutkan kerana peluru datang macam hujan, kapal terbang British tak henti-henti bom kapal Jepun di laut dan tidak beberapa jam kemudian nampak api menjulang dari pengkalan tentera udara British di Pengkalan Chepa yang terbakar," ujarnya.




Baru-baru ini, kedua-dua mereka bersama empat lagi rakan seusia, Kadir Ismail, Mohamad Senik, Yaakob Awang Teh dan Deraman Mohamad hadir pada majlis memperingati Perang Dunia Kedua yang diadakan di kampung itu 10 Disember lalu.

Menariknya, majlis anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MTPN) itu turut dihadiri pesara guru, Toru Ogawa, 60, bersama keluarganya dari Osaka, Jepun yang turut sama mengingati detik bersejarah itu.

"Saya cukup teruja mendengar kisah mereka, seperti yang diceritakan datuk dan bapa saya.

"Malangnya, generasi muda Jepun hari ini tidak lagi mengambil berat tentang sejarah peperangan tersebut yang seolah-olah cuba dilupakan daripada sejarah," ujar Ogawa.

Bagi penduduk Kampung Pulau Panjang, Yaakob Awang Teh pula yang ketika itu berusia 18 tahun, beliau dapat mengingati dengan jelas suasana kehidupan di kampung semasa pendudukan tentera Jepun.

"Ada yang baik dan ada yang garang, tapi kebanyakan yang datang mendarat di sini merupakan anggota tempur sebelum diambil alih pasukan kejuruteraan dan unit-unit tugas biasa tentera.

" Perang juga memberi rezeki kepada remaja kampung masa itu apabila kami diambil bekerja membaiki pangkalan udara di Pengkalan Chepa, dan kerja saya ialah meratakan landasan kapal terbang menggunakan batu kerikil.

" Pernah sesekali saya disepak tentera Jepun kerana kerja main-main, tapi rata-rata kami yang bekerja sebagai buruh dilayan baik," ceritanya.

Omar yang kemudian mencelah menjelaskan, penduduk kampung ketika itu terutama remaja sepertinya tertunggu-tunggu kedatangan tentera Jepun kerana diberitahu negara Asia Timur itu menjanjikan pelbagai kemewahan.



CHALET Tiram Beach Resort yang tidak lagi beroperasi
selepas dihakis ombak besar di pantai Kuala Pak Amat.



Katanya, kehidupan di bawah penjajahan British yang menghalang pendidikan di kalangan penduduk luar bandar menyebabkan mereka terpinggir dan hanya bersekolah pondok, melainkan golongan bangsawan dan orang berada.

"Saya memang nak bersekolah, tapi orang putih tak benarkan buka sekolah di kampung. Namun, khabar angin beritahu jika Jepun datang mereka nak buka sekolah dan itu menyebabkan saya tidak sabar-sabar.

"Selain itu, ramai yang cerita harga beras akan murah bila Jepun perintah selain harga barang-barang lain seperti kain baju lebih rendah, tapi sebenarnya cuma setahun sahaja kami hidup senang sebelum keadaan berubah," katanya.

Menariknya, beliau suka bergaul dengan tentera Jepun sehingga kini fasih berbahasa Jepun selain mengingati beberapa baris lagu yang kerap dinyanyikan ketika itu.

"Dulu kawasan di sini dipenuhi paya dan hutan nipah, jadi saya kerap disuruh bawa tentera-tentera Jepun berperahu meninjau-ninjau kawasan sekitarnya.
"Masa itu zaman budak-budak mana fikir takut, tapi seronok bergaul dan mereka (tentera Jepun) sesekali bagi habuan seperti makanan atau duit," jelasnya.

Katanya lagi, kehidupan di kampung yang serba sederhana menyebabkan mereka tidak begitu merasai kesempitan hidup semasa perang, dan keadaan di bawah pemerintahan Jepun tidak banyak bezanya dengan British.

"Jepun atau British sama saja, tapi penjajah British pula melayan kita (orang kampung) macam kambing, mungkin sebab generasi masa itu tidak berpendidikan lalu sering ditindas.

"Walaupun Jepun paksa kita ke sekolah, tapi setidak-tidaknya ada juga peluang belajar.

"Sebab itu saya kerap ingatkan anak cucu saya agar bersyukur kerana keadaan negara kita hari ini jauh berbeza setelah merdeka. Kita kekalkan usaha pemimpin terdahulu," tegasnya yang masih berharap agar keadaan pantai Kuala Pak Amat dipelihara.



TENTERA-TENTERA Jepun berbasikal dalam gerakan mereka
untuk menakluki Tanah Melayu pada bulan Disember 1941.

Bagaimanapun, harapan Omar dan rakan-rakannya yang kini meniti usia senja mungkin hanya tinggal impian.

Setelah lima dekad negara mencapai kemerdekaan, tetapi nasib pantai itu terus terbiar sepi. Kawasan yang menyimpan sejarah negara semasa Perang Dunia Kedua itu hanya menunggu masa sebelum lenyap sepenuhnya ditelan ombak seperti kubu-kubu pertahanan British yang telah bersemadi di dasar lautnya.





kuala pak amat aku tak pernah dengar atau tau pun..... yg aku pernah dengar  padang pak amat kat pasir putih... sbb  budak satu dome ngan aku masa kat hostel kat sekolah menengah dulu... budak  kelantan padang pak amat ler.....  ghopa2nya  kuala pak amat nih  tempat #1 diserang jepang ....baru aku tahu sekarang...  :victory:  ...heh!! aku bajet .. ramai porummers kat sini pung tak tahu, ekkkkkk   ... dan skrg kita dah tawww   :handshake: (jepenes war) Last edited by winamp05 on 16-4-2014 11:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 08:14 AM | Show all posts
Aku tau hape.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 11:21 AM | Show all posts
mat saleh lari mencicit ke englad lepas tgok jepun naik basikal di kota bharu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 02:41 PM | Show all posts

Reply #3 sekngucing's post

Ye ke? Camne nak lari mencicit sedangkan laluan perkapalan dah dikepung?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 03:23 PM | Show all posts
orang muda sekarang tak pernah susah!....jadi mereka tak menghargai kesenangan yg ada...atau lebih tepat tak sedar diri!.. kesenangan yg ada hari ini ialah dari kesusahan tok nenek mereka dulu..bila orang tua dah takde.. yg mereka tahu ialah berebut harta tok nenek... amalan soleh untuk menjadikan diri anak cucu yg sentiasa mendoakan kesejahteraan tok nenek langsung takde...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2008 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 30-12-2008 08:14 AM
Aku tau hape.....




yo wolfie.....ko tau ... shhhhhhhhhhhh  wokeyyyy  jgn nak add salt into injury pulak......LMFAO...:@   
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2008 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-12-2008 11:21 AM
mat saleh lari mencicit ke englad lepas tgok jepun naik basikal di kota bharu



esplenkan  pasai  lari mencicit... lepas tengok jepang naik beskal nih... aku pun nak tau gak nihhh    :@
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:55 AM | Show all posts

Balas #7 amazed\ catat

yg berkubu lawan jepun bukan mat saleh, tp askar2 benggali, diorangkena rantai dlm pill box tu, kalau pegi kelantan, tepi sungai kelantandan sekitar pantai dia memang banyak pill box ni
-lepas jepun dptmendarat di pantai pak amat ni , diorang mara ke bandar kb naik beskal,mat saleh masa tu dah cabut ke singapore dah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2008 11:04 AM | Show all posts
Sebenarnya pendaratan Jepun di KB (memang la bukan kat sendiri KB tapi KB bandar paling dekat) hadapi peluang 50/50 aje untuk berjaya sebab tentangan keras dari darat. Tapi sebab battle management tak betul maka dapat le mereka beachhead.

Satu lagi pendaratan utama Jepun bukan di Kelantan tetapi di Patani dan Singgora. Laluan pantai timur melalui Kelantan hanyalah pendaratan sekunder memandangkan jalinan jalanraya yang teruk ketika itu. Sebaliknya terdapat laluan yang baik antara Patani ke Kroh dan seterusnya Pantai Barat. Dan main thrust Jepun sebenarnya datang dari Bangkok, melalui Kedah dan bergabung dengan laluan Kroh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 12:20 AM | Show all posts
Nawi Mohamad tu sedara belah mak aku. kita org panggil dia Pok Ngoh Wi. Lama benar dah tak jumpa. yg aku ingat dia ni walaupun dah tua tapi tubuh still berketul2 lagi mcm body builder. Pulau pak amat ni memang kampung aku. masa kecik2 dulu slalu pegi. Tapi yg ruginye tak banyak cite dpt dr Pok Ngoh Wi ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 31-12-2008 02:55 AM
yg berkubu lawan jepun bukan mat saleh, tp askar2 benggali, diorangkena rantai dlm pill box tu, kalau pegi kelantan, tepi sungai kelantandan sekitar pantai dia memang banyak pill box ni
-lepas j ...



oooo tu kisahnya... aku tak tau pulak pasal pill box nih.. nanti ler bila aku dapat awex kelantan.. bley  pi kelantan tengok pantai dia yg ada pill box nih ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:01 PM | Show all posts

Balas #11 amazed\ catat

aku bleha tampal gambar dia, banyak! tp tak dipedulikan, banyak dah kena musnahkan utk pembangunan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:19 PM | Show all posts
kuala pak amat tak pernah sampai... tapi sungai pak mat akar... tempat ambo belajar diving masa kecik2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 02:58 PM | Show all posts

Balas #13 nice_72\ catat

syok gak belajar pasal WWII..story lar lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2009 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by nice_72 at 1-1-2009 02:19 PM
kuala pak amat tak pernah sampai... tapi sungai pak mat akar... tempat ambo belajar diving masa kecik2 dulu


aku kuala pak amat tak taw... tapi  pak amat parang tajam.. pernah dengar...

sekngucing kena citer lagi ler  pasal pill box.. ada gambar kalu.. aku nak tengok gak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2009 06:33 PM | Show all posts

Balas #15 amazed\ catat

ok nati ada asa aku tepek k? gambar pill box
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2009 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 1-1-2009 06:33 PM
ok nati ada asa aku tepek k? gambar pill box



tima kacih.... kalu ko nak tepekkan..   :handshake:

btw ek... sekn.. ko komplen pasai aku paste  news tadi kat CI ker..? ko kata tadak sos etika apa ker..... selalunya aku tepek aje sos.. tapi kadang2 aku tak tepek kalu kat dalam news tu sundrik ada sebut  wartawan tu dari mana...  ko jgn marah marah wokeyyyyy  :victory: ; langsung aku edit letak sos dari mana.. walaupun kat news tu dah cakap... sbb tanak ler ko marah2 lagi...  :tea:   selamat tahun baru sekn!!  :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 02:40 AM | Show all posts

Balas #17 amazed\ catat

takla, aku ok je. kalau yg artikel kau tu ok lagi, ni ada sesetengah forumer, tepek artikel [pendek entah dari mana, pastu tanya betul ke? kdg2 satu dua baris je ayat dia, pastu siap tanya kita lagi
-aku pun kdg2 lupa nak masukkan sumber ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 10:43 AM | Show all posts

yg dinantikan: Pill Box


pill box di Pantai Bachok, tahun 2006


pill box di tempat sama, 2008, kita kehilangan 2 warisan semulajadi da warisan sejarah akibat hakisan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 10:49 AM | Show all posts

pill box di Pantai Kundor, 5 km dari Kuala Pak Amat


nasib pill box ni lagi baik sebab duduk jjauh kat darat


sama je mcm 66 tahun lepas


org2 kg guna pill box buat bakar sampah kot?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.088360 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list