Misteri Suara Perempuan Dalam Telefon Saya, Belum Terjawab
Semalam dalam jam 4.15 petang, di Angsana JB, saya sedang berbalas sms dengan seorang wanita, urusan kerja. Waktu itu, kawan saya lelaki telefon saya mengatakan dia tunggu dalam kereta di parking kereta. Saya jawab panggilan itu tapi bukan suara dia, suara perempuan.
"Ada di mana tu ?" Kata perempuan itu dengan ceria sambil gelak-gelak.
"Ada di Angsana". Kata saya.
"Buat apa Angsana". Tanya dia lagi.
"Beli buku sikit. Ini siapa yer ?". Jawab saya, sambil tertanya-tanya.
"Hehe, ini oranglah, mak orang, hehee" Kata perempuan tu.
Saya hairan dan semakin tertanya-tanya. Kemudian saya putuskan perbualan sebab rasa salah orang. Terfikir saya, kenapa perempuan yang telefon guna no tel kawan saya tu sedangkan dia seorang saja dalam kenderaan. Terus saya telefon kawan lelaki saya tu, dia kata dia tunggu di parking sebelah wisma Hasil sekarang.
Dalam kereta, dia tanya saya, kenapa dia telefon, perempuan yang jawab. Perempuan yang jawab ? Kan saya yang jawab. Dia kata dia sempat berbual sekejap dengan perempuan tu.
"Nak cakap dengan siapa yer, heheh". Kata perempuan tu.
"Ustaz ada ker ? Ini siapa ?" Kata kawan saya.
"Ini Ida, hehe". Kata perempuan tu. Kawan saya terus putuskan sebab rasa tersalah dail.
Rupanya dalam masa yang sama, saya bercakap dengan perempuan, kawan saya tu pun cakap dengan perempuan. Saya tengok semula telefon saya, tidak ada nombor telefon orang lain yang didail atau diterima. Kawan saya pun tak ada dail orang lain kecuali saya.
Suara siapa ?
Jadi suara siapa itu ? Saya syak mungkin perempuan yang saya sedang sms itu walaupun suara itu lain. Saya rasa mungkin saya terdail nombor dia masa menerima panggillan tu. Saya hubungi perempuan itu, dia kata tak ada telefon saya dan saya tak telefon dia, cuma sms saja.
Malam tadi saya teringat lagi, suara siapakah itu ? Kekadang seram juga macam sebuah filem hantu yang saya tengok, pasal panggilan misteri dari telefon di sebuah rumah usang. Nak percaya pada cerita tu taklah, tapi seram sejuk juga malam tadi. Semuanya masih belum terjawab.
Rasa mungkin juga tersalah dail atau sistem talian terganggu. Tapi macam mana boleh jadi begitu yer ? Belum terjawab.
unoryah posted on 15-4-2014 01:34 PM
hai ilah,
buku dah siap ke?
nak beli
kalau dah siap saya announce kat Fb......iskk...ada yg kena ngan MOD nie....
p/s:soklan personal pasal ilah sila tanya di umah ilah atau pm sahaja ek...jangan wat kat umah org ek....rasa segan lak ngan Tuan Umah Last edited by ilahkhatibrani on 15-4-2014 01:45 PM
misteri ni...teringat plak citer WHEN STRANGER CALL...
Ipo pernah gak ada pengalaman mcm ni..tapi mcm crossline je..tengah syok sembang dengan client (lelaki)..masa tu kat ofis, tiba2 ada suara lelaki dan perempuan bertengkar mencelah, lebih kurang macam ni
Perempuan : Kau bodoh! Aku benci kau!
lelaki : Aku tak suka kau!
perempuan : Lelaki tak guna! pergi mampus!
Sampai situ Ipo terkedu sebab lelaki/ klien yang Ipo call tu plak mencelah, dia siap marah Ipo, dia kata, mengapa Ipo cakap kat dia lelaki tak guna??
ipo terkedu sekejap..lalu Ipo jawab..errr.encik, bukan saya yg cakap..ada orang mencelah perbualan kita tadi.