View: 9686|Reply: 12
|
8 ULAMA DUNIA MIMPI KEMUNCULAN DAJJAL
[Copy link]
|
|
8 ULAMA DUNIA MIMPI KEMUNCULAN DAJJAL
Pecaya atau tidak, lapan ulama dunia di Yaman telah bermimpi akan kemunculan Dajjal. Namun, lokasi kemunculannya belum dapat dipastikan.
Tidak diketahui akan kesahihannya tetapi jikalau benar seperti apa yang dikatakannya, orang Islam dikehendaki membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal dalam Surah Al-Kahfi.
Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:
Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA. Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah manusia.
Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya. Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan mempercayainya.
Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:
اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوْذُ بِكَ
مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ
Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Muttafaqun `alaih)
Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (HR Muslim 809)
Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar. Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. DemiALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah &Madinah.” (HR Bukhari)
Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhaiNYA, amin…
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa 8ulama dunia tu abam pestol? |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 15-4-2014 04:33 PM
siapa 8ulama dunia tu abam pestol?
x pasti la electric, sekadar share dulu. abang lokman lum jadi ulamak
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 15-4-2014 04:41 PM
x pasti la electric, sekadar share dulu. abang lokman lum jadi ulamak
Orait bos
|
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- posted on 15-4-2014 04:44 PM
Orait bos
lepak kg baru la makan2
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy posted on 15-4-2014 05:06 PM
apa nama ulama itu
xpasti la ninja boy
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 15-4-2014 04:57 PM
lepak kg baru la makan2
boleh jgak, lama xpi mkn kt sana, last pgi blan 1 mkn western ape ntah nama kdai tu, yg slaen dr kapal tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dajal ni mmg ciri2 dia mcm mata satu dsb tu, mmg boleh nampk secara jelas/naked eye ke?
kalu boleh nmpak terang2 an , msti x susah nak kenal dia kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saudara pestol...nànti citer lebih lanjut serta bukti dari mana citer tu ehh...nanti nak park kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
abam pestol tunggu sape2 update dalam blog... |
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu ciri-ciri DAJAL = MENYEBARKAN BERITA TANPA USUL PERIKSA, FITNAH MERATA-RATA
Pot calling the kettle black |
|
|
|
|
|
|
|
unekspekted_XII posted on 16-4-2014 09:37 AM
Salah satu ciri-ciri DAJAL = MENYEBARKAN BERITA TANPA USUL PERIKSA, FITNAH MERATA-RATA
Pot calli ...
setuju sangat2...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|