|
BINTANG remaja, Justin Bieber, sememangnya kerap terlibat dalam pelbagai masalah sosial serta peribadi sejak akhir-akhir ini.
Perilaku buruk Bieber itu turut mengundang perhatian bekas ahli kumpulan Jonas Brither, Joe Jonas.
Menurut Jonas, dia sendiri tidak hairan mengapa Bieber boleh terlibat dalam masalah perilaku setelah melihat kehidupan bapa penyanyi itu, Jeremy.
“Dia (Bieber) baharu sahaja menginjak usia 20 tahun dan dunianya berada di bawah mikroskop.
“Dia juga berdepan dengan kesukaran dalam mencari keseimbangan dalam kehidupan yang berpunca daripada bapanya yang gemar bersosial.
“Malah, dalam hal ini, saya menyalahkan Jeremy di atas apa yang berlaku terhadap Bieber. Dia yang bersalah!,” kata bekas kekasih Taylor Swift ini.
|
|