Lelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Di Ketinggian 30,000 kaki [size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 10:16 AM
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]TINDAKAN seorang lelaki cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada di ketinggian 30,000 kaki menimbulkan suasana panik dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat. [size=0.98em]Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California. [size=0.98em]Cubaan lelaki itu yang mampu membunuh kesemua penumpang dan anak kapal bagaimanapun berjaya disekat selepas dia direbahkan oleh tiga penumpang lelaki yang memeluknya. [size=0.98em]Seorang wanita yang merakam detik kejadian, Monique Lawler berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat. [size=0.98em]"Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah lencun dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya dan memeluk suspek sehingga pesawat mendarat. [size=0.98em]"Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska," katanya. [size=0.98em]Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.
|