CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6963|Reply: 0

Google AdWords Kini Dalam Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 17-4-2014 03:20 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur, 17 April 2014: Platform pengiklanan dalam talian Google, AdWords, kini boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Ini bermakna pengiklan kini boleh mensasarkan kata kunci dalam Bahasa Melayu apabila pengguna membuat carian tentang perkhidmatan mereka di Google Search atau melayar laman web yang berkenaan.


Paparan antaramuka AdWords juga kini boleh didapati dalam Bahasa Melayu kepada individu perseorangan, perniagaan dan agensi yang menguruskan kempen AdWords.


AdWords membantu perniagaan berkembang dan mencapai pelanggan baru dengan menyampaikan iklan dalam talian kepada pelanggan berpotensi yang mencari produk atau perkhidmatan, atau mencari kandungan di laman web atau peranti mudah alih. Kata kunci AdWords yang disasarkan membolehkan pengiklan memilih senarai perkataan yang berkaitan dengan perniagaan mereka dan menyediakan iklan yang sesuai dan berkesan di seluruh Web.


Bagi majoriti rakyat Malaysia - kira-kira 60 peratus daripada populasi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mereka. Di rantau ini, terdapat kira-kira 40 juta penutur asal bahasa Melayu dan lebih 220 juta menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar di seluruh dunia. Bahasa itu sendiri telah berkembang: sejak mula digunakan sebagai lingua franca serantau 600-tahun yang lalu, kosa kata Melayu telah berkembang kepada kira-kira 83,000 perkataan hari ini.


Dianggarkan terdapat 700,000 perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, tetapi hanya kira-kira 15 peratus daripada mereka yang berada di dalam talian hari ini. Dengan hampir 20 juta pengguna Internet daripada populasi seramai 29 juta, ditambah pula dengan lebih 35 peratus penembusan telefon pintar kini, terdapat potensi yang hebat bagi perniagaan yang bertindak untuk menangani jurang ini.


Dengan pelancaran AdWords dalam Bahasa Melayu, pengiklan besar dan kecil kini boleh memanfaatkan kata kunci yang digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia di laman Web. Lebih separuh daripada populasi dalam talian Malaysia lebih gmar mencari maklumat  harian mereka di dalam talian – angka yang lebih besar daripada jumlah pengguna media cetak dan siaran tradisional.


"AdWords dalam Bahasa Melayu boleh membantu perniagaan meluaskan lagi capaian mereka di kalangan mereka yang selesa menggunakan bahasa pengantar tersebut di dalam talian," kata Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia.  

"Salah satu motivasi utama kami menjadikan AdWords boleh didapati dalam Bahasa Melayu adalah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana mengembangkan capaian dan menjadikan mereka lebih mudah dicari melalui pengiklanan dalam talian. Kami berharap lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana datang ke dalam talian dan memasarkan perniagaan mereka di dalam talian."

Untuk maklumat lanjut mengenai AdWords, layarigoogle.com.my/adwords.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.063686 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list