saya tak pasti nak post atau tak pasal ni.. tapi utk dptkan pandangan dan tunjuk ajar.. kalau ianya takde kaitan dgn bod ini.. mod boleh delete thread saya..
saya sudah lama menyewa di rumah ini ( 3 bilik).. selama 5 tahun lebih ni tak pernah dengar cerita yg seram ttg umah ini..
mmg tiap2x malam berjaga sampai 3,4pagi .. tgk citer drama korea...bilik saya ada 2 pintu.. pintu pertama berhubung dengan ruang tamu..
dan pintu yg kedua berhubung dengan bilik kawan sya dn tempat jemur baju dan mengadap jalan raya.. normally bila waktu malam sy akan bukak pintu yg kedua sbb nak kasi angin masuk dan cahaya dari jalan raya memandangkan sy suka tgk cerita dalam bilik yg gelap.... kawan sya (a.k.a warden umah) selalu bangun waktu tgh malam dan jenguk ke arah bilik sy untuk spot check ( memandangkan sy selalu tertido dengan laptop terbuka)..
bbrp hari lepas.. sy tido agak lambat lebih kurang 1.30 pagi... sy nampak bayangan spt warden umah yg sedang menjenguk bilik saya (sebelum ni mmg selalu nampak so buat tak tahu je la).. masa tu sy agak marah la sbb sy mmg tak suka org intai saya .. so saya just pandang balik dengan tajam.. sy tak nampk muka just nampak bayangan/bentuk sahaja... memandangkan gelap and nampak samar2x dari cahaya jalan raya.. sekejap je dia menjenguk then dia pergi... cara dia adalh sama dengan cara warden umah yg selalu menjenguk saya.. dari segi bentuk badan tinggi semuanya sama...
keesokan harinya sy cakap la dekat warden umah .. semalam tido lambat ke.. sbb nampak akk duk intai sy semalam(sbnrnya nak menyindir).. then dia agak terkejut dan tanya bila?.. sbb after solat isyak dia terus tido dan bangun 6 pagi.. dia tak bangun waktu malam tu..
biasa dia ada jugak bangun tgk hujan ke .. sambil tu jenguk saya.. tapi malam tu dia mmg letih dan terus tertido.. sy ckp la sy mmg nampak akk.. sbb masa tu sy belum tido.. dan dia pun berkeras dia cakap kalau dia bangun mmg dia akan ingat.. tapi semalam mmg tak bangun...
then sy terus tukar topic sbb dia dah mula meninggi suara(warden ni mmg garang sbb tu kitorg panggil warden). sy anggap dia mcm saja nak cover yg dia jenguk sy malam tu... dalam hati mmg geram la.. so citer tu sampai situ..
sy sewa bilik sekali dengan kawan sy -nurse HKL.. dia baru je sewa kat my bilik 3 minggu lepas.. semalam waktu sy balik dari kerja.. sy terdengar dia bercerita dengan kawan bilik sebelah (nurse hkl jugak) pasal dia takut nak tido sorg waktu sy cuti nanti.. sy ingatkan dia penakut memandangkan umah ni still baru untuk dia... malam tadi.. masa tu jam 10.30.. bilik kitorg akan bergelap after 9mlm.. sy nak pergi ke toilet.. so waktu nak keluar.. kwn bilik sy ni dia minta sy bukakkn pintu yg pertama(pintu y berhubung ngan ruang tamu so cahaya akan masuk bilik).. tak perlu tutup.. sy jadi pelik.. knp lak.. selama ni ok je.. then dia cakap "ada citer ... semalam dia nam..."... then sy terus potong kata2x dia.. cakap tak nak dengar .. then tutup telinga... sy terus pergi toilet.. after kuar toilet.. nampak dia duduk kat ruang tamu.. bila sy masuk bilik baru dia ikut masuk.. dia dah diam sbb sy cakap dengan dia tak nak dengar... semalam mmg takleh tido.. mmg takut sgt...
sy belum berani nak tanya kawan sy lagi memandangkan nurse tu akan balik kg setiap kali hujung minggu.. so sy akan duduk sorg2 dalam bilik tu..
so nak tanya.. adakah "something" ada dlm umah ? memandangkan minggu lepas .. seorang nenek yg duduk belakang umah meninggal dunia.. tapi bilik saya di hadapan.. apa ayat yg nak kena baca tuk minta "something" tu lari kalau benar ada "something"?... ayat kursi ok tak?.. kalau la tetiba "something" tunjuk diri (nauzubillahiminzalik) mcm mana nak buat? baca ayat apa?..
sorry sangat2x kalau ayat tunggang terbalik sbb masa spm BM hancur skit...
many thanks
macam unik jer bilik ko tuh...ade 2 pintu
puas imejin cemaner rope bentuk rumah tuh
camni je lah, ko tak payah amik tau pasal citer kawan nurse ko tuh
sbab bile dah tau citer, perasaan takut lagi menguasai diri
sesambil tuh, banyak2 kan mengaji dlm bilik tuh
biar bercahaya sket
baca ya'asin setiap malam...ajak member2 rumah jemaah sekali. lepas tu nak tidur azankan penjuru rumah atau bilik. pastikan persekitaran dalam dan luar rumah tak 'kotor'/kotor. nak masuk rumah bagi salam dan senyum walaupun tak de orang.......
kalo ikut hadis soheh, ko baca atau alunkanlah surah al-Baqoroh, 3 hari sekali...kalau hari2 lagi bagus..(tp mesti sibukkan)... syetan pengacau tak dekat 3 hari bagi umah yg dibaca al-baqoroh..kecuali syetan yg ada dlm diri dan yg dibawak dari luar cth pengamal sihir...
terima kasih kepada semua yg bagi cadangan.. akan sy cuba... harap sangat semua itu hanyalah mainan sahaja.. semoga Allah s.w.t melindungi kami dari syaitan durjana..
dulu ada kwn sy jenis takut2 juga, lepas tu ajak die sama belajar rawatan islam ...lepas tu takut pada makhluk halus trus hilang.. hanya pada Allah swt. klau ada gangguan, tau la nk buat mcm mana, siap videokan lg.... so, cara nk hilangkan takut, belajar ilmu rawatan islam