View: 8636|Reply: 62
|
[Tempatan]
Kompleks Dayabumi berwajah baru
[Copy link]
|
|
Kompleks Dayabumi, yang menjadi mercu tanda utama di Kuala Lumpur pada awal 1980-an, bakal diberi wajah baharu apabila satu blok menara baharu setinggi 60 tingkat akan dibina di podium runcit City Point, kompleks berkenaan tidak lama lagi.
Pembinaan menara baharu yang akan dimulakan pertengahan tahun depan itu bakal mengubah Kompleks Dayabumi menjadi kawasan pembangunan bercampur yang merangkumi ruang peruncitan, ruang pejabat tambahan serta sebuah hotel.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP), Datuk Hashim Wahir, berkata pembinaan menara baharu itu adalah sebahagian daripada projek pengubahsuaian sepenuhnya kompleks berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah... Dekat dgn stn pasar seni interchage kelaja jaya line dan damansara line... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa rombongan skolah dulu tahun 1997.. ramai2 jalan ke dayabumi dari pasar seni tunggu bas skolah mai ambik |
|
|
|
|
|
|
|
city point, rasanya cawangan pertama jusco/aeon bukak dkat situ sekejap.... |
|
|
|
|
|
|
|
dolu2 tmpt paling best sblm ada klcc |
|
|
|
|
|
|
|
tpt dating lepas skolah dulu . |
|
|
|
|
|
|
|
Bebudak yg lahir after 2000 .ni..taw ke dayabumi yg mane satu? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu suka pegi dayabumi .. apa yg best ntah ...
skang dah tak perasan kewujudannya. |
|
|
|
|
|
|
|
True-X posted on 19-4-2014 12:34 PM
Bebudak yg lahir after 2000 .ni..taw ke dayabumi yg mane satu?
yg bukan org kl haruslah tak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
farhana008 posted on 19-4-2014 11:50 AM
dolu2 tmpt paling best sblm ada klcc
Tempat paling best sebelum klcc??
Lu mai kampung mana?
Ulu Perak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Letupan bom di Dayabumi, Kuala Lumpur (1989)
Sebutir bom telah diletupkan di kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, pada pukul 8.30 pagi hari Isnin, 10 April 1989. Letupan yang kuat itu mencederakan 4 orang. Tragedi itu bukanlah berlaku di bahagian menara Dayabumi, tetapi ia berlaku di tingkat dua bahagian podium atau City Point yang terletak bersebelahan dengan bahagian menara tersebut. Walaupun begitu, kesan letupan itu turut sama merosakkan bahagian bawah menara Dayabumi. Hasil siasatan menjumpai beberapa biji bateri di lokasi letupan. Disyaki bom tersebut diletupkan dengan menggunakan 'timer'.
New Straits Times - Lokasi letupan bom di Dayabumi:
Empat orang yang cedera merupakan pekerja Daya Urus Sdn Bhd, iaitu syarikat pengurusan kompleks Dayabumi. Mereka berempat yang bertugas di bahagian penyelenggaraan lif berada tidak jauh daripada lokasi letupan dan telah mengalami luka serta lebam akibat terkena serpihan kaca, besi dan siling yang pecah dan bertebaran ketika bom itu meletup. Seorang mangsa mengalami luka ringan, manakala 3 orang lagi dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Salah seorang yang cedera parah terpaksa dibedah bagi mengeluarkan serpihan-serpihan kaca yang tertusuk pada badannya.
New Straits Times - Mangsa letupan bom di Dayabumi:
Pada 1980-an, menara Dayabumi yang setinggi 35 tingkat merupakan mercu tanda moden bandaraya Kuala Lumpur. Ia menempatkan pejabat syarikat Petronas, Kementerian Perusahaan Utama dan Bursa Komoditi Kuala Lumpur (KLCE). Letupan bom pada 1989 itu menyebabkan seramai 3,000 orang pekerja terpaksa mengosongkan kompleks Dayabumi bagi membolehkan siasatan dijalankan. Kejutan berlaku tidak sampai 2 jam selepas letupan itu apabila pihak Daya Urus menerima panggilan telefon pada pukul 10.15 pagi yang memberitahu bahawa bom kedua akan meletup dalam tempoh 8 minit kemudian, namun panggilan telefon itu terbukti palsu.
Foto ini disiarkan semula pada 26.3.2011 (Utusan Malaysia) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bina lg 60 tgkt????
Punya byk lg unoccupied office units kt KL ni, masih lg nak bina opis tinggi2 bagai |
|
|
|
|
|
|
|
tengokjerrr posted on 19-4-2014 12:35 PM
dulu suka pegi dayabumi .. apa yg best ntah ...
skang dah tak perasan kewujudannya.
kecik2 dlu p beli mekdi kt sna....ada lg ke eh?
yg tau dlu petronas pnya ofis kt cni kn... asal lalu ctu je msti nk tnjuk 'tu ofis ayah teh' ntah pape, jakun hahaha
pas beli mekdi g playground kt tasik perdana...
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah beli cincin emas kat kedai emas di dayabumi |
|
|
|
|
|
|
|
lama btol x lalu dayabumi...mesti sesat kalo pusing2 sorg2 sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah tau pun...bangunan ni dekat ngan bangunan pos malaysia ke? ke tu bangunan tabung haji? sori i orang luar key ell |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 19-4-2014 03:58 PM
tak penah tau pun...bangunan ni dekat ngan bangunan pos malaysia ke? ke tu bangunan tabung haji? sor ...
tabung haji kt jln ampang tu haa... btul la dayabumi ni dkt dgn pos m'sia tu
zmn dlu mmg gah la....
|
|
|
|
|
|
|
|
Thread mengimbau kenangan lama ke |
|
|
|
|
|
|
|
masa keja keyel dulu tengahari makan mekdi situ.... kat situ ramai sbb banyak bank jer senang... pej post skali.. kedai2 cam harem.. adala kedai gambo... kedai hiasan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau campur aduk citer cable car bukit nanas dalam topik ni buleh tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|