CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
Post time 5-5-2014 05:39 PM | Show all posts
wah! terbaik .. lain dari yang lain... penat merempit dari 1st page
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 06:14 PM | Show all posts
sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:31 PM | Show all posts
Kudin = jejaka yang menjadi rebutan nampak gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:23 PM | Show all posts
Ipo posted on 5-5-2014 03:46 PM
LAGI sambung...

SEKALI lagi Kudin kembali ke Kampung Pinang Patah. Kali ini bersama Ana Dahlia da ...

laju je senah ni dpt berita.. kudin baru je balik terus dh dapat tau.. hehe hebat la senna..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:21 AM | Show all posts
makin best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 08:08 AM | Show all posts
TT... bila nak sambung ni... dh tak sabar nak tau apa jd seterusnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2014 09:42 AM | Show all posts
LAJU Senah mengayuh basikalnya menuju ke rumah Mak Jemah. Hatinya sudah bengkak! Geram! Kayuhannya semakin laju dalam kegelapan malam itu. Dia sudah biasa dengan jalan-jalan di kampungnya. Jadi dia tidak ada masalah untuk ke sana ke mari walaupun pada waktu malam. Ah! Pedulikan apa orang kampung cakap.

Tiba di rumah Mak Jemah, Senah melaung memanggil nama Mak Jemah. Dia lihat di depan anjung rumah Mak Jemah lampu gasolin bernyala. Bermakna Mak Jemah ada di rumah. Sekali lagi dia melaung nama Mak Jemah.

"Hish! Orang tua ni! Dah sakit tekak aku laung nama dia, mana pulak dia ni?" Senah laung lagi. Tidak bersahut.

Senah senyum sebaik melihat pintu dikuak. Terjongol Mak Jemah di muka pintu dengan rambut agak tidak terurus. Agak mengerbang. Senah mula fikir yang bukan-bukan. Mak Jemah hanya pakai kain sarung batik dan baju kurung kedah. Berlainan sekali bila keluar berjalan-jalan. Pakai kebaya ketat, bibir merah dengan gincu, rambut pula disanggul tinggi sambil membawa bakul kecil.

"Ada apa Senah kau datang rumah aku malam-malam ni?" Mak Jemah laung dari muka pintu.

"Kut ya pun, ajak la saya naik dulu!" Tanpa disuruh, pantas saja Senah melangkah masuk ke dalam rumah Mka Jemah. Basikalnya disandarkan di tepi tangga.

"Alah, buat apa aku nak jemput kau masuk, kau sendiri yang tak malu masuk rumah aku." Mak Jeman sengih. Pintu dibuka semakin lebar.

Senah duduk di atas kerusi rotan yang sudah agak lama dan lusuh. Terkopak sana sini. Dia betulkan duduknya bimbang tercucuk bilah rotan yang terkeluar dari anyaman asalnya. Berterabur.

"Ni, Mak Jemah! Abang Kudin!" Senah melepaskan penat seketika. Mengahnya masih belum hilang.

"Kenapa dengan Kudin?"

"Dia dah balik! Tapi bukan dia sorang je, dia bawa sekali perempuan. Bukan sorang tapi dua!" Senah mengetap bibir.

"Perempuan??" Mak Jemah turut duduk di sebelah Senah. Di garu-garu punggungnya yang sudah tercucuk bilah rotan.

"Ya, macam mana ni Mak Jemah? Saya sayang abang Kudin tu. Perempuan-perempuan tu memang nak sakitkan hati sayalah!" Sekali lagi Seanh mencebik.

"Habis, kau nak aku buat apa?" Mak Jemah sandar di kerusi rotannya yang sudah berlubang besar.

"Tolonglah saya Mak Jemah. Buatlah apa-apa pun, janji abang Kudin tu suka kat saya. Setahu saya, Mak Jemah kan pandai buat semua tu?" Senah kenyit mata.

"Buat apa?" Muka Mak Jemah sudah pucat. Dia berpura-pura tidak tahu dan kalih pandangannya ke arah lain. Pandangan mata Senah tadi sudah seperti ingin mengorek rahsianya selama ini.

Senah senyum. Inilah peluangnya untuk tahu apa yang orang tua buat selama ini. Dari dulu dia musykil dengan tindak tanduk Mak Jemah yang berhati-hati bila berkata-kata walaupun  segala berita datang darinya juga. Rumah Mak Jemah juga jauh dari rumah penduduk lain. Jarang Mak Jemah terima tetamu.

"Alah  Mak Jemah  ni, tak faham pulak. Boleh buatkan saya minyak senyonyong?" Senah sengih.

"Haish! Tak kuasa aku nak buat benda mengarut tuh! Kau ingat aku ni Tok Moh Cinta ke apa?" Mak Jemah mencebik.

"Tak pun..ubah penampilan saya ni. Tadi saya tengok, perempuan di rumah abang Kudin tu, lain benar lagaknya. Boleh tak Mak Jemah?" Senah pujuk Mak Jemah yang sudah tersenyum-senyum.

"Kenap senyum? Senah garu kepala.

"Nak ubah macam mana lagi? Dulu aku dah  ajar kau pakai macam aku. Kebaya, rambut disanggul, pakai gincu. Ni tidak! Kau tetap dengan baju kurung selebeh kau tu, dah tu, rambut kau tocang dua! Jantan mana yang nak!" Mak Jemah sengih lagi.

Senah turut senyum. Memang dia selesa dengan cara seperti itu.

"Kali ni aku tolong kau. Nanti kejap." Mak Jemah bingkas bangun dan beredar ke bilik.

Senah sudah tersenyum lebar di ruang tamu. Dia hanya memerhati Mak Jemah masuk ke dalam bilik. Sementara menunggu orang tua tu dalam bilik, Senah mengambil peluang melihat-lihat sekitar ruang tamu Mak Jemah. Banyak barangan lama dan sudah agak berhabuk. Matanya tertancap pada sebuah cermin antik yang berukir di sekelilingnya tergantung di satu sudut. Lama dia memerhati cermin itu yang pada hemahnya cukup besar. Boleh nampak seluruh tubuh!

"Hmm..pelik betul cermin tu.." Senah menghampiri cermin itu dan mula dirinya sendiri. Dia senyum. Terasa muka dan badannya bak model dan peragawati.

"Hmm..pelik ni. Cantik la pulak aku ni. Kenapa abang Kudin tak suka aku?" Senah perhati lagi imej dirinya di dalam cermin itu. Tiba-tiba dia merasa ada satu keanehan berlaku. Imej dirinya dalam cermin itu sudah berubah rupa. Seolah sedang merenung tajam ke arahnya. Cepat-cepat dia beredar dari situ dan duduk semula di kerusi.

"Seram aku. Mana dia dapat cermin pelik tu?" Mata Senah masih pada cermin tadi. Dia pandang pula ke arah lain. Ada satu bilik yang di muka pintunya diletakkan kain kuning dan kain merah diselempangkan kiri dan kanan di pintu bilik itu.

"Bilik apa pulak tu?" Senah berkerut kening. Teringat karung guni yang dia nampak dulu di bawah rumah Mak Jemah. Tak apa, selepas ini dia akan mengintai lagi.

Mak Jemah keluar dari biliknya dan menghampiri Senah yang masih duduk di situ. Dia senyum meleret.

"Nah! Kau pakai ni!" Mak Jemah menghulurkan sepasang kebaya merah, gincu, penyucuk sanggul dan juga tiga kuntum bunga melur.

"Err..pakai semua ni ke?" Senah garu kepala.

"Ya. Dan kau kena yakin. Balik nanti, kau mandi dan pakai baju tu, gincu dan bunga melur tu..kau tengok kat depan cermin. Nanti kau akan rasa puas hati." Mak Jemah menjelaskan kepada Senah.

"Err..tapi kan dah malam. Esok jelah.." Senah masih ragu-ragu.

"Tulah kau! Aku nak tolong, kau pulak terkebil-kebil macam tu. Ni yang malas aku nak tolong perempuan macam kau ni!" Mak Jemah mencebik.

"Yalah! Nanti saya buat apa yang Mak Jemah suruh tadi." Senah muncung.

"Macam tulah." Mak Jemah sengih.

"Tapi...berkesan ke nanti? Maksud saya, abang Kudin akan sukakan saya ke nanti?" Senah garu lagi kepalanya.

"Kau pakai dulu. Memanglah benda ni ambil masa sikit. Takkan hari ni makan ubat, esok dah sembuh?" Mak Jemah jeling Senah yang seperti ragu-ragu.

Senah sengih. Dia mula minta diri.

Mak Jemah hanya memerhati Senah tersenyum-senyum menuruni anak tangga rumahnya. Dia mula tutup pintu. Nampaknya Senah sudah memudahkan kerjanya. Tidak perlu mencari perempuan lain lagi. Mak Jemah senyum meleret.


Senah masih berada di tepi tangga. Baju yang diberi oleh Mak Jemah tadi diletakkan dalam bakul basikal. Dia pandang ke arah pintu tadi. Pintu itu sudah ditutup. Perlahan Senah menapak ke bawah rumah Mak Jemah. Dia mencari-cari karung guni yang dilihat dulu.

"Mana pulak karung guni tu?" Meliar matanya mencari.

"Oi! Senah! Kau buat apa lagi kat bawah rumah aku tu?"

Tersentak Senah mendengar suara Mak Jemah. "Ma..macam mana dia tahu aku ada kat sini?"

Senah sudah pucat mukanya. Dia terus kayuh basikal dan meninggalkan kawasan rumah Mak Jemah.


DARI satu sudut, di bawah pokok kelapa, Zarina memerhati perlakuan Senah di rumah Mak Jemah. Dia menghampiri rumah Mak Jemah perlahan-lahan. Dia cuba mencari karung guni itu lagi di segenap ceruk. Nampaknya karung guni itu sudah tidak ada di situ.

"Haih..macam mana aku nak cari ni? Takkan nak tanya orang tua sewel tu?" Zarina mencebik.

Tiba-tiba angin bertiup kencang seketika. Pokok bunga di kawasan rumah Mak jemah bergoyang-goyang. Zarina menahan matanya yang terasa pedih dek termauk habuk yang dibawa angin kuat tadi. Bila dia buka mata, dia terkedu di situ. Terkjut melihat apa yang berada di depan matanya. Satu susuk tubuh yang seiras wajahnya dan sama dengan baju yang dipakainya. Dia genyeh mata berkali-kali.

"Kau siapa?" Zarina beranikan diri bertanya.

Susuk tubuh itu diam dan merenung tajam ke arah Zarina.

Zarina seolah kena pukau. Kakinya tidak berganjak dari situ. Dia lihat susuk tubuh itu lagi. Sama sepertinya, baju kebaya merah, rambut disanggul dan ada bunga melur yang diselit di kiri rambut. Pelanduk dua serupa ke? Susuk tubuh itu dilihat sudah bertuka menjadi kepulan asap dan terbang ke udara. Dia segera melangkah laju meninggalkan kawasan rumah Mak Jemah.



Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 10:36 AM | Show all posts
spooky... TT sambung lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeee..takut
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 07:05 AM | Show all posts
TT... takde sambungan lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2014 09:31 AM | Show all posts
BAB 8


ZARINA melangkah laju menuju ke kereta. Tubuh perempuan yang menyerupainya tadi benar-benar membuatnya merasa seram. Sebelum ini dia tidak pernah jumpa atau terserempak dengan semua itu. Jenuh dia berfikir siapa gerangan perempuan yang menyerupai wajahnya tadi. Perempuan tadi dilihat bertukar menjadi kepulan asap dan hilang ke udara.

"Takkan hantu kut? Mana ada hantu zaman sekarang ni?" Zarina garu kepala. Dia mula menghidupkan enjin dan memandu keluar dari kampung Pinang Patah itu.

Dia perlu lebih berhati-hati. Mungkin ada orang yang ingin menakutkannya dengan semua itu dan orang itu tentu juga sudah tahu kedatangannya ke kampung itu untuk mencari mayat yang hilang itu.

"Hish..payah macam ni. Kalau aku tak jumpa juga mayat tu, apa yang aku nak cakap kat betina garang tu?" Zarina masih berfikir sepanjang perjalanannya keluar dari kampung itu.

Keretanya dipecut laju menuju ke arah pekan. Dia sengaja menyewa rumah di kawasan pekan itu, tidak berani tinggal di kampung seram itu. Sudahlah tadi dia terserempak dengan jelmaan perempuan kebaya merah. Jelmaan itu pula seperti tahu saja yang dia juga memakai baju kebaya merah yang sama.

"Macam janji pulak hantu tu.." Zarina ketawa. Keretanya dibrek mengejut. Seekor kucing hitam melintas di hadapannya tadi. Dia cuba intai kucing tadi, mana tahu dia sudah melanggar dan melenyek kucing tadi. Tiada tanda-tanda kucing itu dilanggar. Dia teruskan memandu ke arah pekan.


SEMENTARA itu, di rumah Kudin, Ana Dahlia masih berfikir bagaimana untuk menyiasat tanpa pengetahuan Kudin dan Kuyah. Dia perlu berhati-hati. Tadi, semasa dia berbual dengan Kudin dan Kuyah di anjung rumah, dia perasan Senah memerhati ke arah mereka. Gadis itu dilihat seperti tidak senang dengan kehadirannya dan Kuyah di rumah Kudin.

"Hmm...mungkin Senah tu tahu di mana mayat tu berada." Ana Dahlia mula buka komputer riba dan menaip laporan tentang kes itu. Dia perlu membuat laporan lengkap. Esok, dia akan cari alasan untuk menyiasat kes itu tanpa Kudin dan Kuyah.

Ana Dahlia berpaling bila pintu biliknya diketuk. Komputer riba ditutup segera dan disimpan dalam beg. Dia menapak ke muka pintu. Tercegat Kudin di situ sambil tersenyum.

"Awak nak apa?" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah tersengih.

"Err..nenek nak cakap dengan awak."

"Nak cakap dengan saya? Kenapa?" Ana Dahlia berkerut kening. Dia lihat jarum jam di pergelangan tangannya. Hampir sepuluh setengah malam.

"Entahlah.." Kudin sengih lagi. Dia sudah tahu apa yang neneknya akan beritahu Ana Dahlia.

"Err..sekarang ke?" Ana Dahlia pula terkebil-kebil.

Kudin angguk.

Terpaksa Ana Dahlia mengikuti Kudin ke ruang tamu. Nek Tom dilihat sudah bersimpuh di situ sambil menganyam tikar dan kipas kecil. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nek Tom. Kudin pula duduk jauh sedikit rapat ke dinding.

"Ada apa nek?" Ana Dahlia bermanis muka.

Nek Tom letak tikar mengkuang ke tepi dinding. Dia pandang gadis yang sudah bersimpuh di sebelahnya. Gadis itu dilihat manis dengan kain batik sarung dan baju kurung kedah. Persis gadis kampung dan nampak tidak kekok walaupun gadis itu berasal dari KL.

"Nenek nak tanya sikit, kamu suka tak Kudin tu?" Nek Tom jeling Kudin dan beralih pula pada Ana Dahlia.

Ana Dahlia tergamam. Dia pandang Kudin yang sudah mengalih pandangannya ke arah lain. Dia pandang pula ke arah Nek Tom. Soalan Nek Tom tadi sukar untuknya menjawab.

"Err..kenapa nenek tanya macam tu?"

"Nenek tak nak nanti, Kudin tu hanya syok sendiri je. Yalah..kalau sebelah pihak saja yang suka, rumahtangga tak akan bahagia dan jika suka sama suka pulak, keluarga macam mana?" Nek Tom pandang Ana Dahlia yang sudah berkerut kening. Dia sengaja tanya soalan seperti itu, apa yang berlaku pada anaknya dulu, Sarimah yang berkahwin dengan Tengku Muzafar, walaupun suka sama suka tapi mendapat tentangan dari pihak keluarga lelaki. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Err..aarr...errr.." Ana Dahlia tunduk. Aduh..apa aku nak jawab ni? Aku hanya berlakon je. Ana Dahlia garu kepala. Pening dengan pertanyaan Nek Tom yang sudah serius. Dia angkat muka dan melihat ke arah Kudin yang turut memandangnya tak berkelip. Dia beri isyarat pada Kudin supaya menjawab pertanyaan Nek Tom tadi bagi pihaknya.

"Nek..berilah dia masa. Kami pun baru kenal. Belum lagi kenal hati budi masing-masing dengan mendalam. Kudin bawa dia pulang ni sebab nak kenalkan dengan nenek je." Kudin terpaksa menjawab bagi pihak Ana Dahlia. Matanya beralih pada Ana Dahlia yang sudah mengangguk-angguk tadi.

"Nenek tak percayalah. Kalau baru kenal, takkan bawa jumpa nenek. Kalau dah bawa jumpa nenek ni, maknanya kamu tu dah serius la dengan budak ni. Sudah! tak payah beri alasan mengarut tu. Sekejap.." Nek Tom bangun dan berjalan menuju ke biliknya.

Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah terkebil-kebil melihat Nek Tom yang sudah serius.

"Tu la awak. Kita berlakon je. Tengok nenek tu, dah serius la pulak. Sekarang ni macam mana?" Ana Dahlia sudah gelisah.

"Macam mana apa? Ikut sajalah apa kata nenek." Kudin sengih.

"Eh, awak ni. Kan kita berlakon je. Kalau ikut kata nenek, maknanya kita kena nikah nanti." Ana Dahlia mengetap bibir. Dia tidak mahu siasatannya ke atas mayat itu akan rosak nanti. Bila sudah asyik dengan cerita cinta yang tak pernah wujud ni, susah untuknya menumpukan perhatian pada kes yang sedang disiasatnya nanti.

"Ok la tu. Nikah je kan?" Kudin senyum lagi.

Ana Dahlia mencebik. Nikah je?? Kepala otak dia ni. Ingat semua ni main-main ke?? Ana Dahlia sudah geram.

"Awak cakap macam tu, awak memang ada niat nak nikah dengan saya ke?" Ana Dahlia ketap bibir.

"Ok apa. Dulu, kita terjumpa di restoran cinta tu, pastu terjumpa pulak di pejabat TM Holdings dan sekarang ni, terdatang pulak ke kampung saya ni. Itu namanya ada jodoh tu." Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah mencebik.

"Banyaklah awak punya ter tu!"

"Awak cintakan saya?" Kudin sengaja tanya. Dia sudah masak dengan riak wajah perempuan. Dulu semasa di KL, berapa ramai dia jumpa perempuan yang bermacam ragam. Ada yang gedik, ada yang sopan dan ada juga yang tak ada rasa segan silu. Peluk jantan selamba dek je. Kalau tak kuat iman, memang mudah terjerumus ke dalam  dunia yang tak ada sempadan. Tak ada halal haram. Semuanya main redah saja.

"Eh, awak ni melalut sampai ke situ kenapa? Kita berlakon je lah wahai Encik Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar. Tak ada maknanya nak cintan cintun ni." Ana Dahlia sudah geram.

"Melalut ke? Saya rasa tidak. Cinta itu penting bila kita nak cari pasangan.  Awak nak ke hidup sebumbung dengan orang yang awak tak cinta wahai Cik Ana Dahlia binti Abu Bakar?" Kudin senyum sinis. Gadis di depannya  ini begitu sukar didekati.

"Saya tak kata macam tu pun. Saya hanya kata kita ni.." Kata-kata Ana Dahlia terhenti, Nek Tom dilihat sudah menapak ke arah mereka.

"Ni..nenek nak beri ni. Barang kemas n adalah peninggalan arwah mak nenek dulu. Nenek nak beri pada anak nenek tapi tak sempat. Jadi, nenek beri pada Ana. Bermakna, Ana akan jadi sebahagian dari  keluarga ni nanti. Gelang tu amat bermakna bagi nenek." Nek Tom capai tangan Ana Dahlia dan mula menyarungkan gelang itu ke tangan gadis itu.

"Err..nek..Ana tak boleh terima ni. Ana..Ana.." Ana Dahlia pandang Kudin. Kudin dilihat sudah tersenyum lebar di situ.

"Alah..pakai je. Nenek tak adalah kaya. Hanya itu saja yang nenek boleh kasi. Untuk bakal menantu cucu nenek. Hmm..cantik pulak nenek tengok di tangan kamu ni.." Nek Tom belek-belek gelang yang sudah tersarung di tangan Ana Dahlia.

"Pakai je la..orang dah nak kasi tu." Kudin gelak. Riak Ana Dahlia sudah pucat.

"Err..nek..sebenarnya...Ana dan Kudin ..sebenarnya.." Ana Dahlia sudah menggelabah. Nek Tom sudah menganggapnya sebagai ahli keluarga Kudin. Dia perllu beritahu hal sebenar.

"Apa?" Nek Tom senyum meleret. Sudah lama dia ingin melihat Kudin berumahtangga dan gadis itulah bakal isteri Kudin. Dia cukup berpuas hati dengan pilihan Kudin.

"Sebenarnya..Ana dan Kudin hanya.."

"Kami dah rancang nak nikah cepat nek. Mungkin tiga bulan lagi." cepat saja Kudin memotong cakap Ana Dahlia.

Ana Dahlia membuntang melihat Kudin.

Duuuuummm!!

"Bunyi apa tu?" Kudin tercegat bangun. Bunyi kuat tadi seperti bunyi jatuh dari atas bumbung rumah.

Ana Dahlia dan Nek Tom turut bangun.

Duuuuummm!!

Sekali lagi ia berbunyi. Kudin buka jendela kayu rumahnya, dia intai ke arah atas. Tiada apa-apa yang berlaku. Ana Dahlia turut membuntuti Kudin yang sudah melangkah ke arah pintu rumah dan keluar ke laman. Nek Tom pula hanya berdiri di muka pintu. terpinga-pinga.

"Bunyi apa tadi?" Ana Dahlia turut pandang ke atas bumbung.

"Entah!" Kudin masih memerhati sekitar rumahnya. Dia pasti bunyi itu datangnya dari sebelah kiri rumah dekat dengan bilik Kuyah tidur. Dia jenguk pula ke karah kiri rumah, mendongak melihat ke atas bumbung.

Ana Dahlia mengikut Kudin dari belakang. Rapat.

"Awak nampak tak?" Kudin pandang Ana Dahli yang sudah rapay kepadanya.

"Nampak apa?" Ana Dahlia menelan liur.

"Tu!" Kudin tuding ke arah atas bumbung. Kepulan asap sudah berlegar-legar di atas bumbung.

Ana Dahlia mendongak. Sekali lagi dia menelan liur. "A..apa tu?"

"Asap saya pernah tengok kat rumah Mak Jemah dulu. Asap tu bertukar jadi bentuk tubuh manusia." Kudin masih pandang ke atas bumbung. Kepulan asap tadi masih berlegar-legar di situ.

"Tukar jadi manusia??" Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin.

"Ya..ha! Tu! Tengok!!" Kudin tuding ke arah kepulan asap tadi  yang sudah mula bertukar. kali ini dia melihat asap itu sudah bertukar menjadi seorang perempuan yang memakai kebaya merah, terapung-apung di atas bumbung sambil meratap merayu menangis.

Ana Dahlia beranikan diri melihat apa yang ditunjukkan oleh Kudin tadi. Hah??? Dia terus peluk Kudin.

"Eh, eh..apa awak buat ni?" Kudin terkedu. Ana Dahlia sudah memeluknya dengan kuat.

"Saya..saya..takut..." Semakin kuat dia peluk Kudin. Mata pejam rapat.

Kudin masih tergamam. itulah pertama kali dia dipeluk perempuan. Dia pandang semula ke atas bumbung. Gadis kebaya merah itu masih meratap hiba di situ. Dia terus tarik Ana Dahlia ke anjung rumah dan masuk ke dalam rumah.

"Tidaaaaaaaaaaaaakkk!!"

Meluru pula Kudin ke arah bilik Kuyah. Ana Dahlia juga turut berlari ke arah bilik Kuyah. Dia takut berdiri di situ seorang diri. Nek Tom turut mengekori Kudin dan Ana Dahlia.

"Kenapa??" Kudin menghampiri Kuyah yang sudah berpeluh.

"Abang...Kuyah bermimpi buruk.Kuyah takut.." Kuyah peluk Kudin.

"Mimpi apa?" Kudin tenangkan Kuyah yang sudah pucat lesi mukanya.

"Perempuan pakai baju kebaya merah.."

"Hah??" Serentak Kudin dan Ana Dahlia bersuara.

Nek Tom pula masih terpinga-pinga dari tadi, dia tidak tahu hujung pangkal.

"Sudah..tidur..biar Ana yang temankan." Nek Tom pujuk Kuyah yang sudah keliru.

Malam itu, Kuyah tidur sebilik dengan Ana Dahlia. Kudin pula tidur di ruang tamu. Dia masih berfikir apa kaitannya mimpi Kuyah dengan gadis kebaya merah yang dia nampak tadi dan yang lebih pelik, gadis jelmaan itu menangis meratap hiba. Kedua tangannya diletakkan di belakang kepala. Matanya masih menghala ke arah atap rumah yang dibuat dari daun nipah.  Ada sedikit bocor sana sini tapi rumah tidak pernah dimasuki air jika hujan. Lama dia berfikir.

"Hmm..kenapa dia menangis macam tu? Macam ada sesuatu yang tak kena.." Kudin mengiring pula ke kiri. Matanya sukar diulit. Dia mengiring pual ke kanan.

Kudin tersenyum sendiri bila mengingatkan dirinya dipeluk Ana Dahlia tadi. Sebenarnya jantungnya tadi berdegup kencang bila dipeluk begitu.

"Aku dah jatuh cinta ke apa?" Kudin tepuk dahinya sendiri.


DI DALAM bilik Kuyah, Ana Dahlia masih tidak boleh meleapkan mata. Kejadian tadi yang membuatkannya merasa begitu. Gadis kebaya merah yang muncul dari kepulan asap. Pertama kali dalam hidupnya dia melihat benda mistik seperti itu. Dulu, dia ingat benda itu semua adalah rekaan dan cerita mengarut saja tapi tadi dia sendiri nampak apa yang terbentang di ruang mata. Dia berpaling melihat Kuyah yang sudah lena di sebelahnya. Dia pula masih terkebil-kebil tidak boleh pejam mata. Apa yang lebih pelik, Kuyah bermimpi gadis kebaya merah! Gadis kebaya merah itu pula meratap hiba seolah meminta bantuan.

"Aku mesti siasat..mungkin gadis kebaya merah tu ada kaitan dengan mayat yang dibuang di kampung ini dulu.." Ana Dahlia mula menaruh syak. Dia pandang lagi ke arah Kuyah. Tentu gadis kebaya merah itu inginkan Kuyah menolongnya secara tidak langsung. Dia harus korek cerita dari Kuyah.

Ana Dahlia masih merenung atap rumah yang sudah agak berlubang di celah-celah daun nipah sehingga dia nampak kerlipan bintang di dada langit. Fikirannya mula melayang pada kejadian yang tak pernah di duga dalam hidupnya, peluk lelaki!! Terasa kredibilitinya sebagai dektektif sudah jatuh! Selama ini dia berani berdepan dengan situasi cemas, tembak menembak, jumpa mayat reput dan adakalanya dia terpaksa memegang mangsa bunuh yang dibunuh dengan kejam sehingga terburai perut, tidak merasa takut sedikit pun tapi kali ni, dia kalah dengan gadis kebaya merah. Bukannya hodoh wajah jelmaan tu dan disebabkan seram dan takut dengan gadis kebaya merah yang terapung-apung atas bumbung tadi, tidak semena-mena dia peluk Kudin!

"Malunya aku..mengapa aku peluk mamat tu tadi?" Berkali-kali Ana Dahlia tepuk dahinya sendiri.



Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 09:47 AM | Show all posts
very spooky & mistik... TT... sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
TT... Kenapa tak sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2014 11:54 PM | Show all posts
USAI solat subuh, Ana Dahlia dan Kuyah menolong Nek Tom menyediakan nasi lemak dan juga kopi o panas untuk sarapan pagi itu. Nasi lemak itu dibungkus dengan daun pisang untuk dihantar ke warung Mak Limah dan kedai Pak Sahak. Masing-masing diam seketika sambil tangan ligat membungkus nasi lemak.

"Nek..nasi lemak ni nak bungkus berapa banyak?"Kuyah berpaling ke arah Nek Tom yang sibuk memasak sambal kerang lebih.

"Bungkus je mana yang dapat tapi tinggalkan untuk sarapan sikit. Karang tak ada apa nak makan.." Nek Tom sengih.

Kuyah angguk-angguk. Dia mula membungkus nasi lemak dengan sambal kerang. Ana Dahlia pula sibuk menyusun daun pisang yang sudah dilayur dan diletakkan atas surakhabar. Mereka mula bersembang-sembang.

"Kudin mana?" Nek Tom jenguk ke ruang tamu.

"Dah bangun nek tadi..mandi agaknya tu.." Kuyah menjawab.

Ana Dahlia hanya diam. Perasaan malunya malam tadi masih tebal. Entah apa yang difikirkan oleh Kudin nanti. Tentu Kudin ingat dia perempuan murahan. Senang je peluk lelaki tanpa rasa malu.

Kudin tersenyum melihat kaum hawa sedang sibuk di dapur. Sorang sedang mengacau sambal kerang di atas dapur, seorang lagi asyik membungkus nasi lemak dan yang terakhir itu pulak, hanya menyusun daun pisang atas kertas suratkhabar. Nampak sangat tak pandai buat kerja dapur. Kudin sengih lagi.

"Apa yang abang senyum-senyum ni?" Kuyah pandang Kudin yang sudah menapak ke meja makan di dapur.

"Tak ada apa.." Matanya melirik pada Ana Dahlia yang sudah tunduk. Sedikitpun gadis itu tidak angkat muka atau memandangnya. Malu agaknya..ya la...malam tadi dah peluk lelaki.

"Err..hari ni nak buat apa?" Kudin pandang Kuyah. Dia kenyit mata. Malam tadi dia sudah beritahu Kuyah yang mereka berdua akan menyiasat karung guni itu di rumah Mak Jemah.

"Entah.." Kuyah jeling Ana Dahlia yang masih sibuk menyusun daun pisang.

"Hmm...lepas sarapan ni, kita hantar nasi lemak kat  warung Mak Limah dan kedai Pak Sahak, lepas tu kita jalan-jalan..macam mana?" Kudin menopang dagu. Matanya memandang Kuyah dan Ana Dahlia silih berganti.

"Err..awak nak pergi lama ke?" Ana Dahlia pandang Kudin yang sedang merenungnya. Dia cepat-cepat tunduk semula.

"Hmm...tengoklah. Kalau awak tak nak ikut tak apa. Awak temankan nenek kat rumah. Belajar menganyam ke, masak ke atau kalau rajin, tanam sayur kat belakang rumah tu." Kudin sengih.

Ana  Dahlia hanya diam. Dia pandang Kudin seketika. Banyaklah kau punya kerja..aku pun ada kerja aku sendiri. Aku datang ni nak siasat, bukan nak buat semua tu.

Mereka mula menikmati sarapan bersama. Pagi itu Ana Dahlia terpaksa ikut Kuyah dan Kudin menghantar nasi lemak ke warung Mak Limah dan Kedai Pak Sahak. Selesai hantar semua nasi lemak, mereka mula berjalan-jalan sekitar kampung. Kudin mengajak Kuyah dan Ana  Dahlia ke petak sawah. Padi yang ditanam dulu sudah boeh dituai. Dia tersenyum puas. Mungkin dia akan suruh Pak Mail menuai padinya nanti. Upah nanti, dia akan beri pada Pak Mail.

"Hmm..abang ke yang tanam semua tu?" Kuyah pandang padi yang sudah mula menguning dan lebat.

"Ya...hebat tak abang?" Kudin sengih. Dia turut melihat sawah padi yang menguning sejauh mata memandang. itulah tanah pusaka nenek yang masih ada.

Ana Dahlia mencebik. Perasan mamat ni!

"Jom kita duduk kat pangkin tu!" Kuyah berlari ke arah pangkin di bawah pokok kelapa, tempat yang selalu Kudin berehat selepas penat membajak dan menanam padi dulu.

Ana Dahlia melangkah malas ke pangkin tadi. Dia berhati-hati melangkah melalui batas sawah yang agak becak. Kadang-kadang terasa licin dan hendak tergelincir. Dia semakin berhati-hati. Kuyah dilihat sudah jauh berada dekat dengan pangkin tadi.

"Awak boleh ke jalan?" Kudin berada di belakang Ana Dahlia. Dia melihat gadis itu perlahan-lahan melangkah.

"Boleh! Apa awak ingat saya ni jakun sangat ke?" Ana Dahlia sekali lagi mencebik.

"Tak ada la macam tu..awak tu, saya tengok macam takut-takut je.." Kudin sengih. Selipar yang dipakai Ana Dahlia sudah dipenuhi lumpur. Kadang-kadang tenggelam dalam lumpur yang tebal. Dia ketawa mengekek.

"Mana ada! Setakat lumpur macam ni, saya dah biasa la." Ana Dahlia tak nak mengalah. Dia melangkah berhati-hati. Sesekali dia mendongak melihat Kuyah yang sudah berada di pangkin. Laju sungguh minah tu sampai.

"Hati-hati.." Kudin risau melihat Ana Dahlia sudah seperti meniti jambatan kecil lagaknya. Terlalu berhati-hati.

"Eh..apa tu?" Kudin tuding ke arah lintah yang sedang berenang laju menuju ke batas sawah, dekat dengan kaki Ana Dahlia.

"Apa?" Ana Dahlia menoleh ke arah Kudin.

"Tak ada apa.." Kudin malas nak cerita. Nanti tak semena-mena gadis itu peluk dia lagi nanti.

"Aduh!" Sebelah kaki Ana Dahlia sudah tergelincir jatuh ke dalam petak sawah yang penuh dengan air. Dia hampir jatuh ke dalam petak sawah tetapi sempat dipegang oleh Kudin.

"Tu la..kenapa tak lari je macam Kuyah tu?" Kudin sindir Ana Dahlia.

Ana Dahlia rentap tangannya dari genggaman tangan Kudin tadi. Dia menggumam.

"Ok..awak jalanlah sendiri." Kudin cepatkan langkahnya. Ana Dahlia masih di situ. Sebelah kakinya sudah berada di dalam air petak sawah.

"Lintaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!"

Kudin berpaling. Ana Dahlia dilihat sudah menekup muka. Dia berpatah semula ke tempat gadis itu. Dia cuba paut lengan Ana Dahlia yang sudah diam di situ sambil menekup muka.

"Kalau awak masih kat situ, lintah tu kenyang nanti!" Kudin cuba tarik tangan Ana Dahlia.

"Eiii...tolong..lintah.."

Tak semena-mena Ana Dahlia terasa geli bila lintah mula merayap di betis, pantas saja dia tarik tangan Kudin. Mereka berdua jatuh tersembam dalam  air di dalam petak sawah. Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah penuh dengan lumpur di mukanya. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Ketawa lagi!!" Ana Dahlia sudah bengang. Dia cuba bangun. Sekali lagi dia menjerit. Lintah tadi masih melekat di betisnya.

Kudin sengih. Dia cabut lintah dari betis gadis itu dan lempar jauh ke tengah sawah. "Dah tak ada!"

Ana Dahlia buka mata perlahan-lahan. Dia terus lompat ke atas batas dan berlari ke arah pangkin. Muka dan bajunya habis lenjun.

Kudin masih ketawa di situ. Dia juga turut bangun, tiba-tiba dia terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia cuba cari. Ada sesuatu di hujung kakinya, benda itu tenggelam dalam lumpur dalam petak sawah.

"Apa pulak ni.." Kudin cuba gagau dan tarik. Hampir terjatuh dia di situ bila benda yang ditarik tadi sudah mula timbul di permukaan. Matanya membuntang!

"Ni macam karung guni yang aku nampak hari tu.." Kudin angkat karung guni tu dan letak di atas batas sawah. Karung guni yang sudah basah itu cuba dibuka. Ikatan tali pada karung guni sungguh ketat. Dia terpaksa angkut karung guni itu ke tempat pangkin.



ANA DAHLIA pandang karung guni yang dibawa oleh Kudin. Dia menelan liur. Di benaknya bermacam-macam telahan muncul. Apakah itu karung guni yang dicari selama ini?

"Er..awak bawa apa tu?" Ana Dahlia cuba bermanis muka. Tadi dia sudah masam mencuka. Geram dengan Kudin yang ambil kesempatan pegang betis, kononnya nak buang lintah.

"Entah...macam ada benda pelik dalam ni." Kudin mengelap peluh. Dia perhatikan karung guni itu seketika. Ikatan pada karung guni itu cuba dibuka sekali lagi.

"Pelik? Maksud awak?" Ana Dahlia pandang Kudin. Dia perlu tahu apa sebenar dalam karung guni tu. Kalau benar mayat yang dibuang hari itu, maka dia perlu lakukan sesuatu.

Kudin pandang Kuyah yang juga sudah terpinga-pinga. Matanya beralih pula pada Ana Dahlia yang dari tadi asyik mellihat karung guni itu.

"Kalau saya cerita kat awak, awak jangan hebohkan benda ni." Kudin pandang Ana Dahlia dan Kuyah silih berganti.

"Apa dia? Macam pelik je bunyinya?" Ana Dahlia cuba senyum.

"Dulu, ada orang buang mayat di kolam kumbahan di hujung kampung ni. Mayat tu dimasukkan dalam karung guni macam ni tapi lepas tu, karung guni tu hilang. Saya syak, Mak Jemah yang ambil. Senah, minah becok tu yang beritahu karung guni tu ada bawah rumah Mak Jemah." Kudin terpaksa cerita.

"Mayat?" Ana Dahlia pura-pura bertanya. Dia perlu tahu di mana karung guni itu berada.

"Mayat? Betul ke ni bang?" Kuyah pula bertanya.

"Ya..dan abang rasa semua ni ada kaitan dengan jelmaan gadis kebaya merah tu.." Kudin bercekak pinggang.

Ana Dahlia pula diam seketika. Mungkin juga dan mungkin tidak. Apa yang dia tahu, gadis yang juga bekas pekerja TM Holdings yang hilang itu dulu mungkin ada kaitan dengan mayat itu. Mana tahu gadis itu turut dibunuh kerana telah tahu rahsia sebenar kematian tengku Muzafar dan mayat gadis itu dhumban ke dalam kolam kumbahan. Itu yang dia senag siasat sekarang ini dan Kudin tidak boleh tahu tentang itu.

"Gadis kebaya merah??" Kuyah pula mencerlung.

"Kenapa?" Kudin pandang Kuyah yang sudah terbeliak.

"Perempuan tu selalu muncul dalam mimpi Kuyah dan pernah datang dalam biik Kuyah. Dia menangis minta tolong dari Kuyah. Dia kata rohnya tidak tenteram dan dia minta disemadikan dengan elok.." Kuyah mula ceritakan apa yang dia alami selama ini.

"Maksud Kuyah...gadis kebaya merah tu..mayatnya tidak disempurnakan dengan betul?" Ana Dahlia pula bertanya.

Kuyah mengangguk.

"Dia ada cakap tak apa-apa..err macam..macam mana dia dibunuh?" Ana Dahlia sudah teruja.

"Tak ada tapi apa yang saya perasan, muka dia sama dengan muka gadis yang hantar surat kat Kuyah dulu.." Kuyah pandang pula Kudin.

"Apa?? Sama??" Kudin menelan liur.

Ana Dahlia semakin teruja. Siasatannya kini sudah menampakkan hasil yang semakin jelas. Dia pasti gadis itulah  bekas pekerja TM Holdings yang tahu rahsia itu.

"Err...masa dia hantar surat tu, dia ada pesan apa-apa tak?" Tanya Ana Dahlia lagi.

Kudin pandang Ana Dahlia dengan riak mencurigakan. Lagak gadis tiu sudah seperti lagak seorang polis menyoal saksi. Lama dia memerhati tingkah Ana Dahlia.

"Ehem! Awak ni polis ke? Beria awak tanya Kuyah pasal ni?" Kudin mencelah.

Ana Dahlia terdiam. Baru dia perasan, dia terlepas cakap. Mungkin teruja ingin tahu kes itu sehingga terlupa yang dia sekarang ini sedang menyamar.

"Eh..eh..tak ada la. Saya suka benda-benda macam ni. Macam Criminal Mind tu! Seronok melihat dia orang selesaikan kes..' Ana Dahlia sengih sumbing. Kantoi la pulak..

Kudin pandang lagi Ana Dahlia. Dia mula menaruh syak. Ana Dahlia tiba-tiba minta kerja di TM Holdings, dan hari ini pula bertalu soalan pasal gadis yang hantar surat pada Kuyah. Dia perlu berhati-hati. Gadis itu mungkin menyamar untuk mengorek apa yang sudah berlaku dan cuba menutup kes pembuangan mayat itu. Atau mungkin juga gadis salah seornag yang bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

"Bang...cepatlah buka karung guni tu?" Kuyah cuit lengan Kudin yang sedang memandang Ana Dahlia dari tadi. Dia senyum. Abang aku ni dah jatuh cinta agaknya..

Kudin mula buka ikatan karung guni tadi. Bersusah payah dia membuka ikatan tali yang kuat itu. Memang ikatan itu sudah ketat dan disimpul mati.

"Macam mana ni?" Kuyah pandang karung guni itu yang masih tidak boleh dibuka.

"Kita cuba lagi.." Kali ini Kudin guna pula kunci keretannya. Tali itu ditolak kuat. Terus terbuka!

Ketiga mereka terbeliak melihat apa yang ada dalam karung guni itu. Masing-masing terkedu.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 03:21 AM | Show all posts
suspen pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 07:35 AM | Show all posts
TT... sikit sangat sambungannya... sambung lagi ya... tak sabar nak tau apa benda kt dlm guni tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 01:24 PM | Show all posts
Gara2 baca cerita ni semalam...tak boleh tidur....hahhahahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 05:06 PM | Show all posts
Ipo.... ooohhh... Cik Ipo.... mana kome ni... bila nak sambung ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 06:25 PM | Show all posts
MASING-MASING diam membisu. Karung guni yang dijumpai di dalam sawah padi tadi ternyata karung guni yang sama dengan karung guni yang terdapat di bawah rumah Mak Jemah tetapi apa yang terkandung di dalam karung itu bukan sekadar rangka manusia tetapi juga ada kain kuning, dua lembar benang hitam dan juga sebilah keris lama.

"Abang...apa kita nak buat dengan semua ni?" Kuyah cuit lengan Kudin yang dari tadi asyik melihat isi karung guni tadi.

"Abang!"

"Hah? Err..Kuyah tanya apa tadi?" Kudin mula berpaling.

Ana Dahlia senyum sinis. Sempat lagi mengelamun mamat ni.

"Tu, kita nak buat apa dengan semua tu?" Kuyah tuding ke arah karung guni tadi.

"Hmm...kita bawa balik rumah dulu. Lepas tu, baru kita fikir." Kudin ikat semula karung guni tadi dan mula menggandal atas bahu.

Ana Dahlia hanya melihat tingkah Kudin. Kudin mungkin termasuk dalam salah seorang suspek yang dikehendaki. Kudin tiba-tiba dilantik Tuan Pengarah setelah kematian Tengku Muzafar. Jadi Kudin ada motif untuk mengaut harta dan pangkat dengan membunuh tengku Muzafar. Zaman sekarang ini, bukan boleh dipercayai sangat walaupun hubungan anak dan ayah.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Kudin perasan dari tadi gadis itu memandang tajam ke arahnya seolah dia adalah suspek dalam kes kehilangan mayat dalam karung guni.

"Eh, mana ada. Awak je yang perasan." Ana Dahlia mencebik. Dia percepatkan langkahnya.

Kuyah hanya senyum melihat tingkah Kudin dan Ana Dahlia. Macam ada keserasian walaupun sering tak sependapat.



TIBA di rumah, karung guni itu diletakkan atas tangga. Kudin segera ke telaga di luar rumahnya yang terletak di sebelah kiri rumah dekat dengan batas sayur. Dia perlu bersihkan diri. Tadi, Ana Dahlia sudah tarik tangannya sampai jatuh ke dalam lumpur. Timba di tepi telaga diambil dan dilemparkan ke dalam telaga. Air dikaut dengan timba tadi dan diangkat menggunakan tali. Cruuuuuuuu...dia seronok mandi, air telaga yang sejuk dan menyegarkan.

"Tak nak mandi ke?" Laung Kudin pada Ana Dahlia yang masih berada di anak tangga.

Ana Dahlia berpaling. Tak ingin mandi dengan mamat tu! Dia menapak ke belakang dapur. Pakaiannya sudah penuh dengan lumpur tadi. Dia terpaksa melalui telaga tempat Kudin sedang mandi.

"Macam mana awak nak masuk rumah, tengok awak tu, dah penuh lumpur!" Kudin gosok badannya dengan daun jambu air. Sabun mandi tak ada, daun jambu iar itulah sebagai pengganti sabun. Tak payah fikir sangat nak berbuih bagai. Badan tetap harum.

"Err..kat belakang rumah ada bilik mandi tak?" Ana Dahlia terhenti di tepi telaga. Kudin dilihat hanya memakai kain pelekat.

"Mana ada. Meh!" Pantas saja Kudin simbah badan Ana Dahlia dengan air dalam timba.

"Weh!! Apa awak buat ni?" Ana Dahlia sudah basah kuyup. Dia segera menekup bahagian depan badannya dengan kedua tapak tangan. Nanti Kudin dapat tengok wayang percuma je. Baju basah macam tu!

"Kan tadi kata nak mandi?" Sekali lagi Kudin simbah air satu timba besar ke atas tubuh Ana Dahlia.

Tak sempat Ana Dahlia mengelak.

Kuyah sudah ketawa mengekek.

Ana Dahlia mengetap bibir. "Awak ingat ni filem hindustan ke?"

"Ish! minah ni. Apa hal pulak filem hindustan dengan mandi kat telaga ni?" Kudin mencebik. Dia gosok lagi badannya dengan daun jambu air.

"Malas nak layan awak ni!" Laju Ana Dahlia menapak ke muka pintu dapur. Dia tanya Nek Tom mana bilik mandi. Dia mula membebel, saja je Kudin nak kenakan aku! Ada pun bilik mandi kat dapur tu!


TENGAHARI, mereka mula menikmati juadah tengahari. Ayam kampung goreng, kangkung goreng belacan dan sambal belacan cukup menyelerakan. Bertambah Kudin makan. Kuyah dan Ana Dahlia juga turut menambah. Nek Tom hanya senyum melihat mereka begitu berselera.

"Ana dah buat keputusan?" Nek Tom pandang Ana Dahlia yang sedang menyuap nasi. Ayam kampung goreng sudah dua ketul diratah.

"Keputusan apa nek?" Ana  Dahlia mendongak.

"Pasal nikah. Kalau dah ok semuanya, Nek Tom nak masuk meminang. Kampung kamu kat mana?" Nek Tom senyum lebar. Suka melihat Ana Dahlia, sopan dan tidak lokek dengan senyuman, paling dia suka, gadis itu tidak sombong.

Tersedak nasi yang dimakan Ana Dahlia. Dia cepat-cepat togok air. Matanya menjeling Kudin yang sudah tersengih. Dia menepuk-nepuk dadannya yang sudah terasa tersekat.

"A..apa nek? Nenek nak masuk meminang?" Ana Dahlia mula bertanya sebaik dia merasa lega dari tersedak tadi.

"Ya. Kalau boleh, bulan depan pun boleh." Nek Tom senyum lagi.

"Kudin dah sedia nek." Kudin menambah. Dia kenyit mata pada Ana Dahlia.

Ana Dahlia menjeling tajam ke arah Kudin. Ni dah terlebih! Aku hanya berlakon je. Dia sudah menggelabah.

"Hmm..Kudin dan sedia? Kalau macam tu, bulan depan nenek masuk meminang." Nek Tom mula teruja. Dia basuh tangan dan mula masuk ke dalam bilik.

"Assalamualaikum!"

Tiga kepala berpusing ke arah ruang tamu. Kedengaran orang memberi salam.

"Assalamualaikum!"

Kali ini suara beri salam itu sudah sampai ke ruang dapur.

"Senah?" Kudin pandang ke arah pintu dapur. Terlopong dia melihat keadaan Senah.

Ana Dahlia juga turut melihat ke arah Senah yang sudah tersenyum di situ. Dia turut terkedu melihat Senah yang sudah berlainan hari ini.

Kuyah pula sudah terbeliak. Tak berkelip dia melihat gadis itu yang anggun berkebaya merah dengan bunga melur diselit di rambut bahagian tepi kiri.

"Abang Kudin, makan tengahari tak ajak Senna pun." Senah melangkah masuk ke ruang dapur. Dia duduk di sebelah Kudin.

Ana Dahlia hanya pandang tingkah Senah yang sudah duduk rapat di sebelah Kudin. Dia amati gadis itu yang walaupun nampak budak kampung tetapi Senah juga tidak boleh diambil mudah tindakannya. Senah tahu banyak perkara.

"Err...Senah buat apa kat sini?" Kudin mula bersuara. Dia jeling Ana Dahlia. Mana tahu ada riak cemburu di wajah gadis itu. Ana Dahlia sedang merenung Senah. Kudin senyum...Ana Dahlia sudah ada rasa cemburu, tekanya.

"Nak jumpa abang la. kan abang Kudin baru balik dari KL." Mata Senah beralih pada Ana Dahlia dan Kuyah. Dia terus berubah riak.

Ana Dahlia bingkas bangun dan mula basuh tangan. Dia biarkan saja Senah melayan Kudin, jadi dia ada masa  membelek isi kandungan karung guni di atas tangga tadi.

Kudin hanya memerhati Ana Dahlia yang sudah bangun dan meninggalkan ruang dapur. Cemburu ke dia tu??

Kuyah pula hanya menjuihkan mulutnya melihat Senah yang tergedik-gedik di sebelah abangnya. Rasanya gadis Kl tidak segedik Senah!

"Awak ni siapa?" Kuyah mula bertanya.

"Awak tu siapa?" Senah pulangkan semula soalan Kuyah.

Kuyah mencebik. Aku tanya dia, dia tanya aku balik! Sewel ke apa minah gedik ni!

"Awak tu yang gedik dengan abang aku tu kenapa? Awak tak tahu ke abang aku ni dah nak kahwin." Kuyah tekankan perkataan kahwin.

"Eh, awak ni siapa? Bila masa awak jadi adik abang Kudin? Setahu saya abang Kudin ni anak tunggal..eh, salah...cucu tunggal Nek Tom!" Senah turut menjuihkan mulutnya.

"Dah! Tak payah bertengkar. Senah, ni adik saya. Kuyah." Kudin perkenalkan Kuyah pada Senah.

"Macam mana abang boleh ada adik?" Senah pandang Kudin tak berkelip.

Kudin tak menjawab. Dia habiskan nasi dalam pinggan. Ana Dahlia harus dipujuk.

"Awak selalu pakai macam ni ke?" Kuyah pandang pada pakaian yang melekat di tubuh Senah.

"Tak..hari ni je saya baru pakai kebaya ni. cantik tak?" Senah sengih.

"Baju tu memanglah cantik tapi orangnya kureng sikit.." Kuyah sengih.

Senah mengetap bibir.

"Kudin! Kudin!"

Kudin mendongak. Ana Dahlia sudah berlari ke arah dapur.

"Kenapa?"

"Karung guni tu!"

"Kenapa dengan karung guni??" Kudin mula bangun.

"Dah tak ada!!" Ana Dahlia menelan liur.

"Hah??" Meluru Kudin ke depan rumah dan terus ke anak tangga. Memang sah , karung guni tadi sudah tidak ada di situ. Dia mula mencari di sekitar rumah dan di bawah tangga. Masih tak jumpa.

"Siapa ambik?" Ana Dahlia turut mencari.

"Entah..masa awak sampai kat sini tadi, betul awak tak nampak apa-apa?" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah gelisah.

Ana Dahlia geleng.

Kudin duduk di atas tangga. Dia garu kepala. Siapa pula yang ambil? Dia pandang Senah. "Senah, kau ada nampak tak karung guni kat sini tadi?"

"Karung guni?" Senah turut bingung. Berkerut dahi. Memang dia tidak perasan karung guni ada kat situ tadi. Dalam kepala otaknya, dia hanya ingta Kudin saja, hari ni pula dia pakai lawa. Baju kebaya merah yang diberi Mak Jemah. Dia pandang Kudin yang langsung tidak tergoda dengan penampilannya. Huh! Mak Jemah tipu aku la ni.

"Mana abang dapat karung guni tu? Nanti, karung guni tu karung guni yang sama ke dengan yang kita nampak kat bawah rumah Mak Jemah tu?" Senah pula teruja.

"Tak tahu lagi..ada kemungkinan. kenapa? Kau pun nak jadi polis jugak ke?" Kudin jeling Ana  Dahlia dan kemudian beralih pada Senah.

Senah sengih.

"Err..saya balik dulu abang Kudin." Senah mula kayuh basikal meninggalkan kawasan rumah Kudin. Dia harus pergi ke rumah Mak Jemah sekarang juga.

Ana Dahlia hanya memerhati tingkah Senah. Riak Senah tadi seperti ada sesuatu yang disorokkan. Senah seperti ada rahsia dengan Mak Jemah. Dia jeling Kudin yang sudah terduduk di situ. Dia senyum. Karung guni itu sengaja disorokkan. Dia perlu simpan bukti. Segala isi kandungan dalam karung guni itu akan dihantar ke makmal forensik. Tadi selesai makan tengahari, dia menghubungi seseorang. Nasib baik ada talian untuk telefon bimbitnya yang disediakan khusus untuk detektif sepertinya. Walau ke ceruk mana sekali pun, dia masih boleh menghubungi pihak atasan.
Last edited by Ipo on 7-8-2014 12:51 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.105252 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list