CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

[Copy link]
 Author| Post time 17-5-2014 03:48 PM | Show all posts
BAB 14


SEMINGGU berlalu. Ana Dahlia semakin sibuk dengan kes yang disiasatnya. Nama-nama suspek sudah disenaraikan dan diberi kepada Detektif Razif. Mayat reput dan rangka manusia juga sudah selamat dikebumikan selepas disembahyangkan. Ana Dahlia masih sibuk meneliti bukti-bukti yang ada. Esok akan bermula sesi soal jawab bagi setiap suspek yang disyaki. Dua hari lepas, Detektif Razif sudah berpesan kepadanya, seorang pegawai dari bahagian jenayah dari balai polis Bukit Aman akan datang esok semasa sesi soal jawab.

"Hmm...Detektif Razif tak cakap pulak siapa dia.." Ana Dahlia mula berfikir sejenak. Dia meneruskan kerjanya. Laporan dan segala bukti dikemaskini dengan baik. Semua itu akan digunakan untuk pendakwaan selepas soal siasat suspek dan saksi nanti. Lama dia memerhati setiap nama yang akan dipanggil untuk soal siasat.

"Haih..jumpa lagi la Kudin ni. Agaknya apa anggapan dia bila tahu aku benar-benar polis.." Sebuah senyuman mula terukir di bibir.

Bila mengingati kembali apa yang telah berlaku semasa di kampung Pinang patah dan di syarikat TM Holdings, dai tergelak sendiri. Terpaksa berlakon bodoh alang semata-mata nak tutup penyamarannya. Di kampung Pinang Patah, dia dicemburui Senah. Gadis itu beria ingin memikat Kudin.

"Hmm...kebaya merah yang dipakai Senah tu sebiji macam kebaya merah jelmaan gadis kebaya merah tu. Takkanlah baju yang sama. Aku pun lupa nak tanya Senah pasal hal tu." Fikiran Ana Dahlia mula menebak hal Senah.

"Agaknya..apa yang dia tengah buat sekarang ni?"



SENAH mundar mandir di rumahnya. Ayahnya yang baru pulang dari surau tidak diendahkan pertanyaannya. Berita yang didengar dari Nek Tom tadi cukup membuatkan hatinya merasa gundah dan kecewa. Sekejap dia duduk dan sekejap pula dia berdiri.

"Senah! Kamu buat apa macam kucing nak beranak tu?"Ayah Senah melaung dari ruang dapur.

"Tak ada apa ayah!" Senah turun pula ke laman. Dia duduk di atas pangkin di bawah pokok jambu air di depan rumahnya. Lama dia mencari idea untuk menghalang semua itu.

"Entah-entah Nek Tom tu bergurau je tak?" Senah menopang dagu. Kata-kata Nek Tom tadi cukup membuat hatinya merasa geram. Selama ini dia yang beria nak dekat dan bersama dengan Kudin. Takkan Nek Tom tak perasan semua tu??

"Ah, Nek Tom bergurau je tu. Aku ni yang sudah lama nakkan abang Kudin. Takkan Nek Tom tak tahu?" Senah sengih. Dia cuba sedapkan hatinya.

Semalam, Chad balik kampung. Beria dia ingin ikut Chad ke KL. Chad pula buat tak tahu saja. Nasib baik kawan Chad sanggup tumpangkannya ke sana esok. Di KL nanti, dia akan cari Kudin. Dia perlu perubahan diri, takkan nak jadi minah kampung seumur hidup? Senah semakin lebar senyumannya. Esok, dia akan ikut kawan Chad ke KL. Dia tidak beritahu apa-apa pun pada ayah. Esok, dia akan keluar awal pagi ke rumah Chad.


DI KL, Senah tak henti-henti melihat suasana sibuk kota metropolitan itu. Dia terkebil-kebil melihat keindahan KL yang sering disebut-sebut oleh Chad dan Kudin. Kereta yang dinaikinya bersama Chad dan kawan Chad itu terasa lambat bergerak dan terasa jauh perjalanan dari kampungnya. Tidak sabar untuknya bertemu Kudin.

"Abang Chad, abang Kudin tinggal kat mana?" Senah pandang Chad yang duduk di bahagian hadapan penumpang.

"Senah nak pergi sana ke?"

"Yalah. Habis tu, Senna nak tinggal kat mana lagi?" Senah mencebik.

"Kau tu perempuan. Takkan nak tidur satu rumah dengan Kudin?" Chad geleng. Dah gila bayang minah ni.

"Err..habis tu? Senna nak tidur kat mana?" Senah mula terfikir.

"Macam ni, apa kata Senah ikut abang. Kita pergi satu tempat. Senah kena cantik dulu baru boleh jumpa Kudin. Macam  mana?" Chad pandang kawan sebelahnya dan kemudian beralih pada Senah yang duduk di belakang.

"Ya ke bang?" Senah sudah teruja.

"Ya. Kat KL ni, kena pandai bergaya, barulah ada kelas." Kawan Chad pula mencelah.

Senah sudah tersenyum-senyum. Dia sudah terbayang rupa dan gayanya nanti. Dia mesti dapatkan Kudin walau dengan apa cara sekalipun. Chad sudi membantunya dalam hal itu. Mungkin penampilannya yang tidak menarik dan agak kekampungan yang menyebabkan Kudin tidak memandangnya. Dia harus membuat perubahan penampilan.

Kereta menderum laju membelah kesibukan kota KL.




Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:15 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2014 05:27 PM | Show all posts
hari ni nak marathon citer ni..nanti leh rileks...

merapu kat sana sinun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2014 06:13 PM | Show all posts
CHAD terpegun melihat Senah yang sudah berubah 360 darjah. Tak berkesip matanya melihat kecantikan Senah. Tadi sebaik tiba di tempat yang dituju,Senah dibawa ke rawatan SPA dan salon. Semuanya dibayar oleh kawannya. Senah sudah berubah sepenuhnya. Rambut yang ditocang dua dulu sudah dilepas bebas. Solekan yang agak nipis juga turut menaikkan seri wajah Senah yang sememangnya mempunyai kulit putih. Blaus dan skirt labuh yang sempat dibeli di kedai pakaian tadi, begitu kena dengan tubuh Senah yang tinggi lampai.

"Abang Chad! Nanti Senna nak tidur kat mana malam nanti?" Senah tersipu malu bila direnung lama begitu.

"Abang!" Senah panggil lagi.

"Hah? Err...nanti abang fikir.." Chad sengih. Dia mula bahasakan dirinya abang.

Senah senyum. Dulu bukan main Chad sindir dan mengutuknya. Dia mengatur langkah menuju ke kereta semula. Karim yang dari tadi menunggu di dalam kereta hanya memandang Senah yang sudah berubah penampilan. Dia senyum penuh makna. Senah bakal jadi anak ayam seterusnya. Johan sudah pesan  padanya. Sengaja dia menyuruh Chad mencari seorang perempuan kononnya untuk mengisi kekosongan jawatan di sebuah syarikat  di KL. Chad pula hanya mengangguk setuju.

"Nak ke mana kita?" Karim pandang Chad yang sudah terlopong melihat Senah.

"Err..kita ke Gombak. Abang ada kakak kat situ." Chad mula pandang Karim.

"Buat sementara ni Senah tinggal dengan kak Wati dulu ya." Chad senyum.

Senah angguk. Sudah terbayang di benaknya, dia akan bertemu Kudin nanti dengan penampilan barunya. Tentu Kudin akan terpikat. Dia menguntum senyum.

Karim hanya senyum. Senah tidak akan lama di rumah itu. Dia akan pastikan Senah akan berada di tempat yang telah ditentukan oleh Johan. Johan sudah berjanji dengan salah seorang pelanggan dari China yang sudah sedia menunggu di situ sejak kelmarin. Kalau tidak dipenuhi, Taiko Chong akan mengamuk. Sekarang ini memang susah untuk dapat bekalan. Kereta dipandu laju menuju ke Gombak.


SAMPAI di Gombak, Chad menghantar Senah ke rumah kakaknya di situ. Dia kemudian berpatah semula ke KL bersama Karim. Mereka berdua sempat singgah di sebuah restoran. Chad dan Karim mula mencari meja kosong. Sementara menunggu makanan sampai, mereka berbual kosong.

"Karim, kau betul ke nak carikan kerja kerani untuk Senah?" Chad pandang Karim yang sudah lain riaknya sejak di kampung lagi. Dia seperti curiga.

"Betullah. Syarikat tu nak pakai pekerja ni. Aku tolong je.."Karim sengih.

"Syarikat apa?"

"Syarikat ekspot impot. Alah..yang jual barang ke Jepun, China tu.." Karim berdalih.

Chad angguk-angguk. Dia pandang Karim yang sudah tersenyum. Dia cuba mencari riak Karim. Karim hanya dikenali dua bulan lepas semasa dia sedang mencari kerja di KL. Karim yang menolongnya mendapatkan kerja yang lebih baik di KL ni. Jadi dia tidak teragak-agak bila Karim inginkan seorang perempuan untuk mengisi jawatan kerani di sebuah syarikat.

"Eh, Chad! Kau buat apa kat sini?"

Chad mendongak. Kudin sudah tersenyum berdiri di depannya.

"Kudin? Bila kau datang KL?" Chad bangun dan berjabat dengan Kudin.

"Eh..dah lama. Tak sangka jumpa kau kat sini." Kudin teruja bertemu Chad.

"Eh, duduklah. Kenalkan ni kawan aku, Karim." Chad kenalkan Karim pada Kudin. Kudin berjabat pula dengan Karim.

"So, kau buat apa kat KL ni? Kerja ke apa? Atau kau sambung semula kerja dulu?" Chad sengih.

"Tak adalah..aku dah tinggal dah kerja tu." Kudin senyum hambar.

"Hmm..kau kerja kat mana? Aku tak pernah tahu kau kerja kat mana?" Kudin pula bertanya Chad.

"Dulu aku kerja satu syarikat ni..la ni aku rasa nak tukar kerja. Ni, Karim yang tolong aku." Chad pandang Karim dan kemudian mengalih pandang pada Kudin semula.

"Oh..baguslah."

Mereka bertiga mula menikmati makanan bersama sebelum bersurai ke destinasi masing-masing. Kudin  sempat mengambil nombor telefon bimbit Chad dan juga alamat rumah Chad.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 06:35 PM | Show all posts
Ipo posted on 17-5-2014 05:27 PM
hari ni nak marathon citer ni..nanti leh rileks...

merapu kat sana sinun..

Haa...ni yg best dgr ni..marathonnn!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lg tak Ipo versi.malam.punya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2014 12:23 AM | Show all posts
KUDIN henyak tubuh di sofa. Balik dari restoran tadi, tak sangka terjumpa kawan sekampung, Chad. Dia jeling bilik Lepat. Pintu yang terbuka luas itu memang jelas nampak Lepat terbongkang tidur, mungkin kepenatan. Apa yang dia tahu Lepat selalu kerja di luar pejabat. Kadang-kadang, langsung tidak balik ke rumah.

"Hmm..sampai bila aku nak tumpang rumah Lepat ni. Aku dah ada rumah kat Damansara." Kudin letak kepalanya di sofa. Mata menghala ke siling. Dia berfikir lagi.

Tadi semasa di restoran, Chad begitu berseri-seri wajahnya. Karim pula dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena dari riak wajah lelaki itu. Chad pula sudah berpindah kerja di KL.

"Hmm...dia kerja apa kat KL ni? Dulu kat Kuantan. Karim..macam pelik je aku tengok. Chad macam layan je mamat tu." Kudin berkata sendiri.

Fikirannya beralih pula pada Ana Dahlia yang sudah seminggu berhenti kerja. Tadi dia menerima surat dari balai polis menyatakan dia kena menghadirkan diri untuk soal siasat berkenaan kes kematian Tengku Muzafar.

"Pelik...tiba-tiba polis panggil aku. Aku ni suspek ke apa?" Kudin berkerut kening. Telefon bimbitnya berdering kuat. Dia jeling skrin. Chad!

Lama mereka berbual. Chad ajak berjumpa sekejap lagi.

"Hmm..macam ada yang tak kena.." Kudin bingkas bangun semula dan capai kunci motosikal. Dia menapak semula ke tempat letak motosikal.


TIBA di tempat yang dijanjikan, Kudin menuju ke sebuah restoran mamak. Dia pandang jam di pergelangan tangan. Menghampiri sebelas malam. Dia mengukir senyum sebaik melihat Chad sudah melambai ke arahnya. Laju saja langkahnya diatur ke arah Chad.

"Ada apa kau nak jumpa ni?" Kudin letak helmet atas meja.

"Aku ada hal penting. Tadi masa kat restoran tu, Karim ada, jadi aku tak boleh beritahu kau. Ni, kita minum dulu." Chad panggil pelayan restoran. Minuman dipesan untuk dua orang. Chad kembali memandang Kudin.

"Hal apa yang penting sangat tu?" Sekali lagi Kudin tanya. Riak Chad sudah lain.

"Aku balik kampung dua hari lepas. Baru hari ni aku sampai KL tapi Senah dia ikut aku datang sini." Chad mula bercerita.

"Apa? Senah datang sini??" Kudin menelan liur. Mimpi apa minah becok tu datang KL.

"Ya..dan dia datang sini sebab nak jumpa kau. Aku rasa esok tentu dia suruh aku temankan dia jumpa kau." Chad mula teguk teh ais yang baru sampai.

"Jumpa aku?"

Chad angguk.

"Untuk apa?" Kudin berkerut kening.

"Laa..tanya lagi kau ni. Tentulah nak jumpa buah hati dia. Senah tu kan dah lama syok kat kau tapikan..dia dah cantik tau. Tadi, aku bawa dia pergi grooming. Fuh! Kalau Nasha Aziz tu bro!" Chad sengih. Dia juga terlopong melihat penampilan Senah.

"Kau jangan nak buat lawak sengal boleh tak? Senah tu nak samakan dengan pelakon tu? Kau mimpi jatuh pokok ke apa?" Kudin sengih.

"Aku serius la bro. Tak apa..itu tak penting sangat. Ada lagi penting ni. Kau ingat Karim?" Chad kembali ke topik yang ingin dibicarakan.

Kudin angguk.

"Senah tu ditawarkan kerja sebagai kerani di sebuah syarikat ekspot impot. Dia apa lagi teruja la. Terus nak ikut aku datang KL, sambil tu dia kata boleh jumpa kau. Apa yang menjadi masalahnya, aku rasa lain macam la. Syarikat apa yang ekspot impot?" Chad garu kepala.

"Entah..banyak syarikat yang macam tu. Sejak bila kau kenal Karim?" Kudin pula ingin tahu.

"Dua bulan lepas..aku percaya kat dia sebab dia tolong aku carikan kerja di KL ni." Chad menjelaskan perkara sebenar.

"Hmm...ok. Senah kat mana sekarang?"

"Dia kat rumah kakak aku di Gombak. Dia mulanya nak tinggal dengan kau." Chad sengih lagi.

"Gila apa minah tu. Mana boleh tinggal dengan aku!" Kudin mencebik.

Telefon bimbit Chad mula berdering. Dia jeling skrin. Kak Wati yang menghubunginya. "Err..kejap ya. Kakak aku."

Chad mula menjawab telefon. Dahi dan keningnya mula berkerut. Dia mundar mandir di situ. Telefon masih ditekap di telinga.

Kudin hanya memerhati tingkah Chad yang sudah ke hulu ke hilir di depan meja. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa Chad?" Kudin terus tanya setelah perbualan Chad tadi selesai.

"Senah..dia hilang!"

"Apa? Macam mana boleh hilang?" Kudin menelan liur.

"Kakak aku cakap, Senah keluar sekejap kat depan pintu pagar rumah sebab ada orang nak jumpa. Kakak aku ingat kawan-kawan Senah ke apa ke. Sejam dia tunggu, Senah tak masuk-masuk ke dalam rumah. Bila kakak aku jenguk, Senah sudah tak ada. Macam mana ni?" Chad mundar mandir lagi.

"Tu la..kau kan dah tahu Senah tu suka merayap malam-malam ni. Dia ingat KL ni macam kampung agaknya. Kl ni ramai penyangak!" Kudin pula bingkas bangun. Dia juga sudah buntu.

"Habis macam mana sekarang? Nak lapor polis?" Chad sudah gelisah. Rasa bersalah kerana telah bawa Senah datang ke KL.

"Cuba kau tanya Karim. Karim ada beritahu apa-apa tak sebelum kau balik dari restoran tadi?" Kudin teringat tingkah Karim yang sudah lain tadi.

"Hmm..dia ada cakap yang dia nak cari rumah sewa untuk Senah." Chad pandang Kudin yang sudah menggelabah.

Chad mula menghubungi Karim. Tiada jawapan. Dia hubungi lagi. Kali ini Karim menjawab.

"Macam mana?" Pantas Kudin tanya sebaik talian diputuskan.

"Karim tak tahu jugak. Dia kat rumah dia sekarang ni." Chad melepaskan keluhan.

"Ya Allah! Apasal minah tu berani sangat nak keluar malam-malam macam ni? Apa yang kita nak jawab kat ayah dia nanti? Wait! Ayah dia tahu ke Senah datang KL?" Kudin pegang bahu Chad yang sudah tunduk.

Chad geleng. "Senah ikut senyap-senyap. Aku dah larang tapi Karim pujuk dia dan janjikan kerja kerani tu."

Kudin pula mundar mandir di situ. Chad sudah duduk di kerusi. Rambutnya dicengkam kuat dengan kedua belah tangan. Masing-masing sudah buntu. Esok pula Kudin akan hadir di balai polis. Chad dilihat masih bingung.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:17 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2014 06:30 PM | Show all posts
Sengal-sengal si Senah, dapat gak keje kat Key El...

Sayang jugak si Kudin kat Senah yek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2014 11:02 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-5-2014 06:30 PM
Sengal-sengal si Senah, dapat gak keje kat Key El...

Sayang jugak si Kudin kat Senah yek?

haha..tuah badan ler teww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2014 12:05 PM | Show all posts
BAB 15


MOTORSIKAL Kawasaki hitam Kudin mula masuk ke kawasan balai polis dan diparkir di tempat yang disediakan. Hari ini dia diarahkan ke balai polis untuk disoalsiasat kes kehilangan dan pembunuhan dua bekas pekerja TM Holdings dan juga kes kematian Tengku Muzafar. Helmet di kepala ditanggalkan. Rambutnya yang sedikit kusut dikemaskan dengan jari. Agak lama dia memerhati ke arah pintu masuk balai polis. Dia mula mengatur langkah ke situ.

"Ya encik?" Salah seorang pegawa polis yang bertugas di depan kaunter menyapa Kudin.

"Err..saya datang ni sebab ada arahan dari pihak polis berkenaan kes pekerja TM Holdings. Saya kena beri keterangan di sini hari ni." Kudin menyatakan tujuannya.

"Oh, sekejap ya." Pegawai polis lelaki itu mula menghubungi seseorang. Dia kemudian menyuruh Kudin mengikutnya ke satu tempat.

"Encik tunggu dulu di sini. Nanti bila dipanggil, encik masuk ke bilik tu." Pegawai polis tadi menuding ke arah satu bilik yang tertutup.

Kudin hanya mengangguk. Tidak lama kemudian dia disuruh masuk ke bilik itu. Kudin melihat sekitar bilik. Hanya ada sebuah meja kecil dan dua buah kerusi dengan keadaan bilik yang agak suram. Dia disuruh duduk di situ sementara menunggu pegawai polis lain masuk. Lama Kudin melangut di situ. Hampir setengah jam. Di benaknya, bermacam perkara bermain dan berlegar. Kes kematian ayah, kehilangan Anum, rangka dan mayat reput dan terbaru, kehilangan Senah. Sebelum bertolak ke balai polis tadi, sempat dia menghubungi Chad bertanyakan hal itu. Nampaknya Senah masih belum pulang ke rumah kakak Chad. Lamunan Kudin terhenti sebaik mendengar pintu dikuak. Dia segera berpaling. Seorang pegawai polis lelaki mula masuk ke situ.

"Awak Tengku Saifuddin bin Tengku Muzafar?" Soalan pertama diajukan kepada Kudin.

"Ya saya." Kudin menjawab, matanya melirik pada tag nama pegawai polis itu. Detektif Razif Razlan.

"Awak dipanggil ke sini berhubung kes kematian bekas pekerja TM Holdings yang dipercayai dibunuh selepas kehilangan mereka." Terang Detektif Razif.

"Ya saya tahu. Saya telah diberitahu melalui surat yang saya terima." Kudin melihat Detektif Razif yang sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapannya.

"Boleh awak beritahu bila awak mula bekerja di TM Holdings?"

"Dua bulan lepas tuan." Kudin menjawab penuh yakin.

"Sebelum awak bekerja di TM Holdings, apa yang awak tahu mengenai syarikat TM HOldings?" Tanya Detektif Razif lagi. Matanya tepat memandang Kudin.


"Saya tak pernah tahu pasal TM Holdings. Saya didatangi oleh peguam Tengku Muzafar iaitu encik Razul dan seorang lagi lelaki yang pada hemah saya adalah pemandu peguam itu. Mereka mencari saya atas urusan wasiat. Sejak itulah baru saya tahu tentang TM Holdings." Jelas Kudin hal yang sebenar.

"Ok. Jadi sebelum ni awak memang tak tahu apa-apa tentang TM Holdings? Maksud saya, hal yang berlaku di syarikat itu?"

"Ya." Kudin menjawab pendek.

"Selepas kematian tengku Muzafar, syarikat itu telah diserahkan kepada anak-anaknya termasuk awak. Awak sebagai pewaris TM Holdings dan waris lelaki, awak diberi kuasa dan harta pusaka yang lebih berbanding anak-anak Tengku Muzafar yang lain. Betul?"

"Betul tuan"

"Jadi selepas awak mengambilalih syarikat, awak berkuasa penuh hal urusan syarikat, jadi awak ada motif untuk mengaut semua harta dan segala urusan syarikat, betul?" Sekali lagi Detektif Razif bertanya.

"Saya memang diberi kuasa untuk menguruskan syarikat itu tapi saya bukan nak rampas harta arwah. Semua harta itu dibahagiakn mengikut hukum faraid." Kudin sudah berkerut kening. Soalan pegawai polis itu seperti menuduhnya gilakan harta dan kuasa dan cuba dikaitkan dengan kematian Tengku Muzafar.

"Saya difahamkan awak ada dua orang lagi adik perempuan. Seorang adik kandung dan seorang lagi adik tiri, betul?"

"Betul tuan."

"Awak mungkin sudah berpakat dengan adik kandung awak untuk menuntut semua harta itu memandangkan awak dan adik kandung awak disisihkan sejak kecil, tidak seperti adik tiri awak.  Jadi awak dan adik awak mempunyai notif yang kuat untuk menyingkirkan adik tiri awak dari mendapat harta. Semua ini hanya akan dapat direalisasikan dengan kematian Tengku Muzafar, awak dan adik kandung awak memperolehi harta itu lebih dari adik tiri awak."

"Tidak benar tuan! Saya tak pernah kenal siapa ayah saya dan adik saya sebelum ini. Jadi saya tidak boleh dituduh dalam hal ini." Kudin sudah mula merasa tidak senang dengan tuduhan Detektif Razif tadi.

Detektif Razif  hanya senyum.

"Tiga bulan sebelum kematian Tengku Muzafar, dua orang pekerja TM Holdings didapati hilang tanpa dapat dikesan. Hasil siasatan kami, kehilangan mereka ada kaitan dengan kematian Tengku Muzafar. Saya percaya awak tentu sudah tahu siapa mereka bukan?"

"Saya tak berapa pasti kerana ramai yang sudah berhenti." Kudin berkata perlahan. Memang pekerja TM Holdings ramai yang sudah berhenti.

"Mengikut maklumat yang kami terima, terdapat lima pekerja TM Hodings yang sudah berhenti. Dua pekerja yang hilang itu tidak berhenti. Jadi nama mereka masih ada di dalam senarai nama pekerja di syarikat itu ketika itu. Saya pasti awak sebagai Tuan Pengarah di TM Holdings, awak lebih tahu tentang itu." Detektif Razif masih memandang Kudin yang sudah nampak gelisah.

"Saya tidak ambil tahu tentang itu. Semua itu saya serahkan kepada pengurus di bahagian sumber manusia. Itu tugas mereka untuk menguruskan pengambilan pekerja dan pemberhentian pekerja." Kudin menjelaskan tugasnya.

"Tapi apa yang saya tahu, sebarang pengambilan pekerja baru perlu ditemuramah oleh tuan pengarah sendiri, betul?"

"Ya tuan." Kudin mengangguk setuju.

"Macam mana pula pekerja yang hilang? Adakah tuan pengarah tahu tentang itu? Maksud saya diberitahu tentang itu?" Detektif Razif kali mula bangun. Dia berdiri di depan Kudin.

"Selama dua bulan saya bekerja di situ, saya tidak diberitahu apa-apa tentang pekerja yang hilang. Jadi saya tidak tahu menahu tentang hal itu." Kudin berterus terang.

"Biar saya jelaskan, pekerja yang hilang itu telah dilenyapkan maklumat mereka dari syarikat itu. Perkara itu dilakukan selepas awak mengambillaih syarikat itu. Bermakna, kemungkinan awak juga  boleh disyaki salah seorang suspek dalam kes kehilangan mereka. " Sengaja Detektif Razif menekankan hal itu. Riak Kudin diperhatikan.

"Saya memang tidak tahu." Kudin mengetap bibir.

"Jadi apa yang awak tahu?"

"Selepas saya mengambilalih syarikat itu, saya hanya menjalankan urusan kerja yang biasa dibuat oleh seorang pengarah. Saya dapat tahu kematian ayah saya adalah sebenarnya bukan disebabkan sakit jantung dan lumpuh tapi dibunuh dengan cara halus. Adik kandung saya yang beritahu saya tentang hal itu. Dia ada bukti tentang hal itu." Kudin terpaksa menjelaskan keadaan sebenar.

"Bukti apa yang adik awak ada?"

"Surat. Surat yang diberi kepadanya oleh seorang perempuan dan perempuan itu terus menghilangkan diri selepas itu." Kudin teringat surat yang diberitahu Kuyah dulu. Surat itu menyatakan Tengku Muzafar sebenarnya dibunuh dengan cara sihir dan perempuan itu mengetahui semua itu bila dia terdengar perbualan seseorang di dalam pantri. Tidak dinyatakan siapa nama orang yang berbual ketika itu.

"Maksud awak surat ni?" Detektif Razif mengeluarkan sesuatu dari fail. Surat itu dihulur kepada Kudin.

Terbeliak Kudin melihat surat yang pernah dilihat itu ada bersama pegawai polis ini. "Ya tuan, macam mana tuan boleh dapat surat ni?"

"Itu kerja polis. Jadi awak tahu siapa yang memberi surat itu kepada adik awak?"

"Tidak tahu tuan."

"Baiklah. Setakat itu saja untuk hari ini. Kalau saya perlukan apa-apa lagi, saya akan panggil lagi awak untuk soalsiasat. Terima kasih kerana memberi kerjasama." Detektif Razif berjabat tangan dengan Kudin.

Kudin mula minta diri.

ANA DAHLIA hanya senyum melihat dari cermin luar bilik soalsiasat itu. Apa yang diberitahu oleh Kudin adalah benar. Hasil siasatannya dulu, Kudin memang tidak tahu menahu tentang kehilangan dua pekerjanya dan kemudian didapati dibunuh dengan kejam untuk menghilangkan bukti.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 01:14 PM | Show all posts
kalo boleh nak kudin berpasangan dgn senah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 01:14 PM | Show all posts
akhirnya...habis marathon setakat ni....best ipo!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2014 10:38 PM | Show all posts
lina21 posted on 19-5-2014 01:14 PM
kalo boleh nak kudin berpasangan dgn senah

haha..ke sebab Senah dah grooming??..mcm Chad, terlopong kang si Kudin tgk si Senah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2014 10:39 PM | Show all posts
lina21 posted on 19-5-2014 01:14 PM
akhirnya...habis marathon setakat ni....best ipo!!

wah! berjaya jugak ek marathon citer yg entah hapa-hapa nih..

ipo nak meroyan citer cenggini plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 12:19 AM | Show all posts
ANA DAHLIA melangkah masuk ke dalam bilik soal siasat tadi. Detektif Razif masih berada di situ. Tersenyum Detektif Razif melihat rakan setugasnya mula menapak masuk ke situ.

"Macam mana?" Detektif Razif mula bertanya Ana Dahlia.

"Hmm..nampaknya dia tidak tahu tentang hal ini. Riak wajahnya nampak jujur tapi tak apa, kita ada beberapa orang lagi untuk sesi soal siasat. Suspek seterusnya, petang ini kan?" Ana Dahlia belek fail yang dipegang Detektif Razif. Nama-nama suspek yang dipanggil untuk soal siasat dibaca satu persatu.

"Ya, cik Tengku Natasha binti Tengku Muzafar. Pukul dua nanti dia akan hadir. Awak nak soal ke atau saya yang teruskan?" Detektif Razif pandang Ana Dahlia yang masih meneliti isi kandungan fail tadi.

"Saya rasa biar saya saja yang soal suspek ni, tuan." Ana Dahlia senyum. Dia akan ambil peluang ini untuk mengorek sedalam mungkin niat sebenar Kusha.

"Oh ya, hampir terlupa saya. Awak akan ditemani oleh pegawai dari Bukit Aman. Awak kan masih dalam tempoh percubaan untuk kes jenayah berat ni. Pegawai tu nanti akan pantau segala soalan yang diajukan masa sesi soal siasat nanti. Awak dah bersedia?" Detektif Razif mengukir senyum. Dia tahu Ana Dahlia seorang yang tegas dan pandai mencari maklumat apa lagi melihat reaksi suspek.

"Oh ya ke? Siapa dia tuan?" Ana Dahlia senyum dengan riak teruja. Memang dia inginkan seseorang memantaunya dalam hal itu. Bimbang dia akan melalut menyoal perkara yang tidak berkaitan dan akan digunakan oleh suspek untuk mendakwa polis semula. Itu yang cuba dielakkan.

"Dia Detektif Jailani Kamaruddin, dari bahagian jenayah berat di Bukit Aman. Dia akan perhatikan dan audit awak untuk dinilai. Sepanjang sesi soal siasat nanti, dia hanya sesekali mencelah jika soalan yang awak kemukan itu tidak relevan." Terang Detektif Razif tentang rakan setugas dari balai plis Bukit Aman.

"Oh, saya akan buat yang terbaik tuan!" Ana Dahlia memberi tabik hormat.

Detektif Razif turut memberi tabik dan kemudian keluar dari bilik soal siasat setelah fail tadi diserahkan kepada Ana Dahlia.

Ana Dahlia mula meneliti semula maklumat yang diterima dan juga setiap bukti yang ada. Semua itu perlu diteliti sebelum bermula sesi soal siasat.

"Hmm...macam nak masuk mahkamah pulak aku ni." Ana Dahlia senyum sendiri.

Dia kemudian turut melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke mejanya semula sementara menunggu waktu petang nanti. Dari pukul sepulh tadi lagi, dia mula sibuk dengan kes yang dikendalikan itu. Tadi, sebelum keluar dari bilik soal siasat itu, Detektif Razif sudah beri satu lagi kes untuk dikendalikan olehnya. Kes perdagangan manusia atau gadis untuk pusat-pusat pelacuran.

"Puan! Ni ada satu laporan yang baru dibuat tadi. Seorang gadis didapati hilang. Maklumat penuh ada dalam fail ni. Detektif Razif mengarahkan puan kendalikan kes ni." Inspektor Haris menghulurkan fail merah kepada Ana Dahlia.

Ana Dahlia menyambut fail itu. Dia belek sepintas lalu sambil berjalan menuju ke meja. Lama dia meneliti kes yang disebut tadi. Gadis yang menghilangkan diri itu dipercayai terlibat dengan kes pelacuran yang sedang disiasatnya.

"Hmm...aku pantang kalau perempuan dijadikan barang dagangan macam ni." Ana Dahlia baca lagi laporan penuh. Membuntang melihat nama yang tertera di situ. Senah binti Said.

"Rasanya Senah kat kampung Pinang Patah tu pun namanya Senah Said juga." Ana Dahlia mula membaca laporan itu sampai habis.

"Siapa Chad ni? Macam mana dia kenal Senah?" Ana Dahlia berkerut kening. Dia baca lagi laporan yang dibuat oleh Chad tentang kehilangan Senah binti Said.

"Pelik ni. Macam mana Senah boleh datang KL? Ikut mamat ni ke?" Ana Dahlia semakin berkerut kening memikirkan semua itu.

Dia meneruskan kerjanya dengan meneliti kes yang sedang disiasat tadi. Dia pandang jam. Tak sedar, hampir tiba waktu makan tengahari. Dia memasang niat untuk bertemu Kudin di restoran tempat mereka pertama kali bertemu dulu. Kudin perlu tahu tentang kehilangan Senah. Namun, dia masih memikirkan apakah jawapan yang sesuai yang hendak diberikan kepada Kudin nanti jika Kudin bertanyakan hal Senah. Sudah semestinya Kudin akan mengsyakinya sebagai seorang pegawai polis.

"Perlu ke aku berterus terang dengan Kudin?" Ana Dahlia mula serba salah. Dia jeling jam. Sudah hampir satu tengahari. Dia mula mengemas dan keluar bersama teman sekerja untuk makan tengahari.



TEPAT jam dua petang, Ana Dahlia sudah berada di bilik soal siasat. Dia masih gementar bila mengingatkan semula yang dia akan dinilai oelh pegawai hebat dari Bukit Aman. Lama dia membelek fail di situ. Sesekali dia lihat jam di dinding. Jam tiga petang nanti, sesi soalsiasat akan bermula. Dia kembali menatap maklumat di dalam fail itu.

"Assalamualaikum!"

Ana Dahlia mendongak dan menoleh ke arah pintu bilik. Seorang pegawa polis lelaki yang segak dan berbadan tegap sedang tersenyum di muka pintu. Mungkin itu Detektif Jailani Kamaruddin yang dimaksudkan oleh Detektif Razif tadi. Dia cepat-cepat bangun dan membuat tabik hormat.

"Awak belum lagi jawab salam saya." Senyuman Jailani semakin lebar melihat gadis di depannya sudah pucat dan menggelabah.

"Err..maaf. Wa'alaikumussalam tuan!" Sekali lagi Ana Dahlia membuat tabik hormat.

"Hmm..dah sedia semua maklumat untuk soal siasat?" Detektif Jailani masih senyum sambil melihat reaksi Ana Dahlia yang mula membelek fail.

"Sudah tuan!"

"Bagus. Saya difahamkan jam tiga nanti akan bermula soal siasat tu kan?" Detektif Jailani mula melabuhkan punggung di kerusi.

"Ya tuan!" Ana Dahlia masih berdiri tercegat di situ.

"Bagus!"

Mereka berdua mula keluar dari bilik soal siasat dan berbincang di luar bilik itu yang hanya dilengkapi dengan sebuah meja dan beberapa kerusi.

"Maaf Puan! Cik Tengku Natasha binti Tengku Muzafar sudah sampai. Dia sekarang berada di bilik soal siasat puan!" Seorang pegawai polis lain memberi fail kepada Ana Dahlia.

"Baik, terima kasih." Ana Dahlia menyambut fail tadi.

Dia dan Detektif Jailani mula melangkah masuk ke dalam bilik soal siasat. Kelihatan Kusha sudah duduk di kerusi yang disediakan di situ. Dengan gaya tersendiri, Kusha dilihat memerhati keadaan sekitar bilik itu dengan riak mencebik.

"Awak  Tengku Natasha binti Tengku Muzafar?" Ana Dahlia pandang Kusha yang berlagak di depannya. Kaca mata hitam dibuka dan ditolak ke atas kepala.

"Kau??" Kusha tidak menjawab soalan Ana Dahlia sebaliknya dia pula mengaju soalan terkejutnya itu.

"Awak belum menjawab soalan saya. Awak Tengku Natasha binti Tengku Muzafar?" Ana Dahlia pandang Kusha tidak berkelip. Dia cuba menahan rasa geram dengan sikap Kusha.

"Ya! itu nama aku! Oh, jadi selama ni kau menyamar la ya?" Selamba Kusha menyoal Ana Dahlia. Langsung dia tidak hiraukan Detektif Jailani yang hanya memerhati dari tadi. Ana Dahlia pula dilihat sudah kemerahan mukanya.

"Sudah berapa lama awak bekerja di TM Holdings?" Ana Dahlia beralih kepada soalan seterusnya. Kata-kata Kusha tadi diendahkan.

"Lama." Kusha menjawan acuh tak acuh.

"Berapa lama?" Sekali lagi Ana Dahlia bertanya. Geramnya semakin tinggi. Eii!Aku tonyoh karang muka kau tu!

"Hampir lima tahun."

"Ok, selama lima tahun tu, ada awak kenal sesiapa yang ingin menjatuhkan Tengku Muzafar?" Ana Dahlia semakin tegas nadanya.

"Tak ada tapi saya rasa macam ada pakatan untuk merampas harta ayah saya. Kudin tu! Tiba-tiba muncul, nak apa lagi?Jelas nak harta kan?" Kusha mencebik.

"Boleh terangkan pakatan yang macam mana?" Ana Dahlia merenung tajam Kusha yang mula bersandar di kerusi. Kaki disilangkan.

"Pakatan! Macam komplot! Aku rasa Kudin dan Kuyah yang jadi kepala untuk semua ni. Tiba-tiba saja muncul dalam syarikat." Kusha mengetap bibir.

"Awak ada bukti?" Ana Dahlia letak kedua tapak tangannya di atas meja. Dia memandang tepat ke arah Kusha. Sesekali dia mendongak melihat Detektif Jailani yang berdiri di tepi dinding masih memerhatinya dari tadi. Tiada sebarang komen.

"Kau nak bukti apa lagi? Sudah jelaskan mereka tu nak bolot harta. Aku tahulah ada wasiat tu..tapi agenda sebenar mereka tu nak boilot dan rampas semua harta tu!" Kusha pertahankan tuduhannya.

"Tuduhan tanpa sebarang hitam putih tidak boleh diterimapakai untuk dijadikan bukti bahawa seseorang itu bersalah. Baiklah, saya rasa awak juga mempunyai motif yang kuat untuk membolot harta arwah dan awak merancang sesuatu dengan harapan rancangan awak itu berjaya dan harta itu jatuh ke tangan awak seorang dan juga mungkin kepada ibu awak tapi sayang, Tengku Muzafar terlebih dahulu membuat wasiat, betul?" Mata Ana Dahlia masih mengarah kepada wajah Kusha yang sudah kemerahan.

"Jadi kau tuduh aku bunuh ayah aku?" Kusha mengetap bibir.

"Kami ada bukti yang boleh membabitkan awak terlibat dalam hal ini. Tiga bulan sebelum Tengku Muzafar meninggal, awak telah mengarahkan dua orang pekerja awak diberhentikan kerja, betul?"

"Err...ya..ya betul tapi itu proses biasa jika syarikat tidak berpuas hati dengan kerja mereka. Itu poisi syarikat." Kusha mula mengelabah.

"Tapi dari siasatan kami, dua orang pekerja yang diberhentikan kerja itu sebenarnya tidak berhenti tetapi telah menghilangkan diri. Menurut rekod kerja mereka, mereka tidak ada sebarang kesalahan dalam melakukan kerja yang diamanahkan dan tidak pernah ada rekod yang mereka diberhentikan." Ana Dahlia hulur sekeping kertas yang mengandungi maklumat kedua gaids yang hilang itu.

Kusha terdiam seketika setelah melihat maklumat tentang kedua pekerjanya yang hilang dulu. "Saya tak kenal siapa mereka."

"Oh ya? Dengar ni." Sebuah alat rakaman diputarkan semula. Segala perbualan Kusha dengan seorang perempuan lain dirakam.

Kusha menelan liur.

"Dari rakaman tadi, jelas awak mengarahkan seseorang untuk mencari mayat yang dicampak ke dalam kolam kumbahan di Kampung PInang Patah. dan awak telah mengupah orang untuk membuang mayat di kolam kumbahan itu dan didapati mayat itu sudah hilang." Terang Ana Dahlia. Dia jeling Detektif  Jailani yang masih diam mendengar sesi soal siasat berlangsung.

"Mungkin itu satu perangkap. Suara dalam tape tu, bukan milik aku. It sounds like me but not me!" Kusha membentak dan cuba mengelak.

"Awak jangan nak membantah.Itu suara asli awak! Rakaman tu dibuat di bilik awak sendiri." Ana Dahlia meninggikan suara. Kata-kata Kusha sudah dirasakan seperti pengakuan seorang bekas menteri suatu ketika dulu. Looks like me but not me. Klise!

"Awak ada rancangan yang cukup teliti untuk membunuh kedua gadis itu yang sudah tahu tentang rahsia awak tentang pembunuhan terancang Tengku Muzafar, betul?" Tegas Ana Dahlia menyoal balas.

"Aku tak tahu tentang itu. Kehilangan dia orang tak ada kena mengena dengan aku. Kau jangan nak tuduh tanpa bukti!" Kusha turut menyinga.

"Mayat di kampung Pinang Patah tu, macam mana awak tahu mayat tu dicampak di situ?"

Kusha diam. Dia kehilangan kata-kata.

"Jadi, awak adalah salah seorang yang merancang semua tu. Jadi, awak hantar orang ke situ untuk menghapuskan mayat itu bukan?"

"Aku tak hantar sesiapa! Buat apa aku nak buat semua tu? Buang masa!" Kusha mula berdalih.

"Baiklah!" Ana Dahlia beri isyarat pada seseorang di luar bilik melalui cermin.

Seketika kemudian, muncul Zarina di bilik itu. Terbeliak Kusha melihat Zarina turut dipanggil untuk soal siasat.

"Awak kenal siapa dia?" Ana Dahlia tanya pula pada Zarina.

"Ya saya kenal." Zarina angguk.

"Boleh awak beritahu saya, siapa nama penuh dia?" Soal Ana Dahli lagi.

"Dia Tengku Natasha binti Tengku Muzafar."

"Boleh jelaskan, macam mana awak kenal dia?" Mata Zarina dipandang tak berkelip. Muka Zarina sudah pucat.

"Dia upah saya untuk mencari mayat di kampung Pinang Patah dan hapuskan bukti." Zarina menjawab tergagap-gagap.

Kusha menjeling tajam ke arah Zarina. Celaka kau Zarina!!

"Macam mana dia tahu mayat itu berada di situ?"

"Dia yang mengarahkan orang menghapuskan mayat itu di kampung itu." Zarina tunduk. Kusha sudah melihatnya bagai nak telan.

"Siapa orang yang diupah itu?" Soal Ana Dahlia lagi.

"Dua orang lelaki."

"Siapa nama mereka?" Ana Dahlia semakin rapat dengan Zarina yang sudah semakin tunduk.

Zarina sudah berpeluh. Sesekali dia jeling Kusha yang mula memberi isyarat kepadanya supaya tidak membongkar rahsia itu.

Siapa nama mereka???" Jerit Ana Dahlia. Dia menepuk meja dengan kuat.

Terperanjat Zarina yang sudah berpeluh tadi. " Tam dan Sam!"

"Nama penuh??" Jerkah Ana Dahlia.

Detektif Jailani berdehem kecil. Dia pandang Ana Dahlia yang sudah kelihatan menahan marah. Ana Dahlia kembali reda.

"Siapa nama penuh mereka?" Kali ini nada suara Ana Dahlia sudah berubah. Agak mendatar.

"Somtam dan Samdol.." Zarina tunduk. Terketar-ketar dia menjawab.

"Awak jangan nak buat lawak bodoh di sini!! Cakap cepat!!" Jerit Ana Dahlia lagi. Sekali lagi Detektif Jailani memberi amaran pada Ana Dahlia supaya berlembut dengan suspek.

"Saya berkata benar. Nama mereka memang Somtam dan Samdol!" Zarina mengangkat muka. Pucat mukanya bila disergah kuat tadi.

"Baiklah. Kami akan dapatkan maklumat lanjut selepas ini." Ana Dahlia mula reda.

"Itu saja untuk hari ini. Awak berdua tidak boleh ke luar negara selagi kes ini belum selesai. Awak adalah saspek dalam kes ini. Jika awak memberi keterangan palsu, awak berdua akan didenda atau dipenjara kerana memberi maklumat palsu. Segala keterangan awak akan dicatat dan direkodkan." Ana Dahlia mula menerangkan prosedur soal siasat.

"Nanti! Aku akan dedahkan siapa sebenarnya yang telah membunuh kedua pekerja yang hilang itu!" Kusha bingkas bangun.

Masing-masing  memandang ke arah Kusha yang sudah kelihatan serius.



Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:18 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 12:58 PM | Show all posts
KUSHA menghela nafas seketika. Dia pandang pada semua yang ada di situ. Matanya jatuh pada Ana Dahlia yang masih merenung tajam ke arahnya. Dia kemudian tersenyum. Nafas dihela lagi.

"Kedua gadis itu sebenarnya sudah mengetahui rahsia syarikat. Ada seseorang yang telah menyeleweng duit syarikat. Masa tu aku dan arwah ayah diberitahu oleh kedua gadis itu. Kami berempat cuba menyiasat dalam diam. Memang benar dakwaan kedua gadis itu. Sebanyak setengah juta duit syarikat dipindahkan ke akaun lain yang dibuka di luar negara atas nama syarikat lain yang tidak berurusan dengan TM Holdings. Bila arwah ayah dapat tahu siapa yang buat pemindahan itu, tiba-tiba ayah jatuh sakit. Sakitnya seperti orang yang terkena sihir. Seminggu sebelum kematian ayah aku, kedua gadis itu didapati hilang dan dipercayai dibunuh kerana cuba mendedahkan rahsia itu kepada pihak atasan dan juga kepada ayah aku yang sedang tenat." Luah Kusha dengan perasaan sebak.

"Boleh beritahu nama kedua gadis yang hilang itu?" Ana Dahlia kemudian menyambung soalan.

"Hanim dan Suzy." Kusha pandang Ana Dahlia, kemudian beralih pada Zarina.

"Apa nama syarikat yang terima pemindahan duit tu?" Kali ini Detektif Jailani pula mencelah.

"Syarikat HR." Kusha menjawab ringkas.

"Ada bukti?" Ana Dahlia pula menyampuk.

"Ada tapi sayang semua tu sudah dicuri dari bahagian kewangan."

"Kalau awak tahu siapa yang membunuh kedua gadis itu, kenapa awak nak mayat mereka dihapuskan?" Detektif Jailani merenung tajam Kusha.

"Sebab aku dengar mayat itu sengaja dicampakkan di kampung itu untuk dijadikan bahan pujaan." terang Kusha.

"Awak dengar dari mana?" Ana Dahlia pula bertanya.

"Dari perbualan seseorang. Cik Hetty yang berbual di talian telefon. Jadi, aku mengarahkan Zarina untuk mencari mayat itu dan hapuskan." Kusha pandang Zarina yang sudah tercengang mendengar ceritanya.

"Jadi awak syak Hetty yang menjadi pembunuh?" Detektif Jailani berkata dengan tegas.

"Ya kerana dia mempunyai motif yang kuat dan kami syak dia juga yang menyeleweng duit syarikat." Kusha menelan liur bila Detektif Jailani memandang garang ke arahnya.

"Awak ada bukti?" Giliran Ana Dahlia pula menyoal.

Kusha diam. Bukti yang ada dulu sudah hilang dan dicuri.

"Saya rasa awak juga ada motif untuk mengaut duit syarikat bila awak tahu arwah mempunyai dua orang lagi anak, bukan?" Ana Dahlia mundar mandir di depan Kusha semula.

"Memang aku nak bahagian aku pada mulanya tapi arwah sudah siap dengan semua wasiat dan aku tak boleh buat apa-apa." Kusha tunduk.

"Jadi awak ada niat nak bunuh Tengku Muzafar?"

"Itu ayah aku! Tak tergamak aku nak bunuh ayah sendiri! Apa kau tak ada bapak ke?" Kusha sudah menyinga pada Ana Dahlia.

Ana Dahlia menggenggam tangan. Rasa nak lempang saja muka lawa Kusha.

"Kenapa awak rasa Tengku Muzafar mati  disihir?" Ana Dahlia pula menyoal balas.

"Kerana dia sakit pelik. Doktor pun tidak dapat mengenal pasti punca kematian arwah. Dia lumpuh dan muntah teruk. kami ada juga panggil ustaz, menurut ustaz arwah kemungkinan disantau dan disihir sehingga mati." Kusha mula perlahankan suara. Ada nada sebak.

"Itu tidak boleh dijadikan bukti kes. Ada sebab lain?" Detektif Jailani menambah.

"Saya dengar perbualan Hetty yang menyatakan dia mengarahkan seseorang untuk menghantar sihir kepada arwah. Dia sebut nama kampung Pinang Patah. Sebab itulah selepas kematian ayah, saya syak kemungkinan gadis yang hilang dan dibunuh itu, mayat mereka dicampak di situ. Mungkin untuk habuan bomoh di kampung tu." Terang Kusha lagi.

"Jadi awak syak kedua gadis itu dibunuh untuk menghapuskan bukti penyelewengan duit dan kematian Tengku Muzafar?" Detektif Jailani yang dari tadi berdiri agak jauh dari Kusha, mula mendekati gadis itu yang sememangnya celupar bila menjawab.

"Ya!" Kusha jeling lelaki yang agak putih kulitnya itu berdiri di depannya dengan riak menahan marah.

"Baiklah. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan." Detektif Jailani mengakhiri sesi soal siasat pada petang itu.

Kusha dan Zarina dibenarkan keluar dari bilik itu. Ana Dahlia hanya memerhati Kusha dan Zarina melangkah keluar dari bilik soal siasat itu. Dia pandang pula ke arah Detektif Jailani yang masih membelek dan menulis sesuatu di atas kertas.

"Tuan, saya rasa Kusha menipu tadi." Ana Dahlia melabuhkan punggung di kerusi.

"Kusha?" Detektif Jailani mendongak.

"Oh maaf tuan. Saya sudah terbiasa memanggilnya Kusha. Masa penyamaran saya di TM Hodings dulu, dia dikenali dengan Kusha." Ana Dahlia sengih.

"Hmm..kita belum tahu lagi selagi belum menyoal Cik Hetty yang dimaksudkan oleh Tengku Natasha tadi. Kita selesaikan dulu soalsiasat ni dan kemudian kita akan berbincang berdasarka bukti yang kita ada. Saya pasti, bukti kukuh yang kita ada ni, kita boleh selesaikan kes ni dengan cepat." Detektif Jailani tersenyum.

Mereka berdua mula bersurai.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 06:38 PM | Show all posts
BAB 16


MALAM itu, Ana Dahlia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Kudin berkenaan hal Senah yang dilaporkan hilang. Tadi, sebaik habis kerja dia segera menghubungi Kudin. Detektif Jailani pula masih berbincang dengan Detektif Razif berkenaan kes tadi. Agak lama dia menunggu Kudin di restoran itu. Matanya menala ke arah sebuah motorsikal hitam yang sudah mula parkir di depan restoran. Dia tersenyum. Kudin menepati janji. Kudin dilihat berjalan ke arahnya sambil memegang helmet.

"Awak dah lama tunggu?" Kudin melabuhkan punggung di sebelah Ana Dahlia.

"Baru saja. Terima kasih kerana sudi datang." Ana Dahlia mengukir senyum. Kudin dilihat sudah menanggalkan sarung tangan hitam dan diletakkan atas meja bersama helmet.

"Hmm..ada apa awak nak jumpa saya kat sini?" Kudin sandar di kerusi. Ana Dahlia dilihat masih seperti dulu.

"Saya ada hal penting nak beritahu awak.."

"Hal apa? Ada masalah ke di tempat kerja baru awak?" Kudin berkerut kening melihat riak Ana Dahlia yang sudah berubah. Sugul.

"Err..tak. Bukan hal tu.." Ana Dahlia masih berfikir cara yang sesuai untuk terangkan kepada Kudin tentang hal Senah.

"Habis tu? Ke....awak rindukan saya?" Kudin sengih.

Ana Dahlia pantas menoleh. Dia senyum kelat. Perasan mamat ni.

"Ini berkenaan dengan Senah.."

"Senah? Kenapa dengan dia?" Kudin pandang Ana Dahlia dengan riak pelik. Kalau kes kehilangan Senah yang Ana Dahli cuba beritahu, macam mana dia tahu hal itu?

"Kawan saya yang kerja polis tu beritahu, ada orang buat laporan tentang kehilangan Senah." Ana Dahlia menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata.

"Siapa yang buat laporan? Bila?" Kudin memandang tajam ke arah Ana Dahlia.

"Nama orang tu Chad dan laporan tu dibuat malam tadi." Terang Ana Dahlia berhati-hati. Dia melihat riak Kudin yang tidak terkejut sedikit pun.

Kudin diam seketika. Jadi Chad sudah buat laporan polis rupanya.

"Awak kenal siapa Chad?" Tanya Ana Dahlia bila melihat Kudin hanya diam.

"Chad tu kawan sekampung kita orang.." Jelas Kudin.

"Macam mana Senah boleh datang KL? Chad tu ke yang bawa dia ke sini?" Ana Dahlia cuba korek cerita dari Kudin. Kes itu sudah diserahkan kepadanya.

"Macam tulah apa yang Chad beritahu saya. Sekarang ni Senah dah hilang. Saya risau jika berlaku apa-apa yang buruk pada Senah. Dia tu memang berani keluar malam-malam..haih.." Kudin geleng.

"Jadi, apa yang awak nak buat? Takkan serah pada polis  semata-mata?" Ana Dahlia pandang Kudin yang sudah nampak sugul. Nampak jelas riak Kudin yang mengambil berat hal Senah.

"Entah la..saya dan Chad dah cuba cari tapi tak jumpa juga." Kudin mengeluh.

"Hmm..saya rasa Senah mungkin dalam bahaya. Kawan polis saya cakap, sekarang ni ada satu sindiket membekal gadis-gadis ke luar negara. Kumpulan sindiket itu masih bebas. Pihak polis sedang menyiasat kes ni. Ini termasuk jenayah berat kerana pernah berlaku kes pembunuhan ke atas gadis yang cuba melarikan diri." Jelas Ana Dahlia berhati-hati, bimbang Kudin akan mengsyakinya nanti.

"Tu la..saya pun risau ni. Habis tu, apa kita nak buat? Awak nak tolong saya ke siasat hal ni?" Kudin pandang Ana Dahlia yang masih memandang ke arahnya.

"Saya boleh bantu awak dalam hal ni. Kawan saya tu memang bahagian ni. Apa-apa nanti, saya update. Err..boleh saya tahu, awak memang sukakan Senah ke?" Ana Dahlia senyum.

"Kenapa?" Kudin pula bertanya. Soalan Ana Dahlia tidak dijawab.

"Tak ada la..Senah tu...cinta sangat kat awak. Terang-terang dia cakap depan awak. Awak beruntung tau dapat orang macam Senah tu. Dia cantik dan ramah." Puji Ana Dahlia. Dia lihat riak Kudin yang tidak berapa selesa.

"Saya biasa je la. Tak ada apa-apa perasaan pun. Perasaan saya ni dah disimpan untuk orang lain..." Kudin berkata perlahan. Dia jeling Ana Dahlia yang hanya tersenyum di situ.

"Oh ya? Siapa?" Ana Dahlia berpura-pura tanya. Dia boleh agak apa maksud kata-kata Kudin tadi.

"Tak payah lah tahu. Orang tu pun tak pandang pun kat saya." Kudin sengih.

"Awak tak luahkan pada dia, manalah orang tu nak tahu isi hati awak, betul tak?" Ana Dahlia gelak. Dia cuba kawal diri.

Kudin hanya pandang Ana Dahlia. Dia ni..pura-pura tanya aku..kaulah yang aku suka tu!

"Oh ya, dah kenal pasti siapa pemilik mayat reput tu?" Kudin mengalih topik.

"Dah..kawan polis saya dah tahu keputusan tu tapi itu kes polis, jadi dia pun tak beritahu siapa. Saya ni kan...kawan je.." Ana Dahlia sengih.

"Hmm...betul jugak."

"Saya dengar awak dipanggil polis untuk soalsiasat?" Ana Dahlia cuba berlagak yang dia tidak tahu apa-apa.

"Ya, pagi tadi. Ada ke mereka tuduh saya yang merancang pembunuhan tu? Gila!" Kudin mencebik.

"Dituduh tak sama dengan membunuhkan?" Kudin dijeling sinis.

"Whatever! Saya tak bersalah. Kusha tu yang patut disalahkan. Ada saja yang tak kena." Kudin sedikit merengus.

"Itu memang kerja polis untuk siasat dan soal. Tak bermakna awak dipanggil untuk soalsiasat, awak adalah bersalah. Itu prosedur polis untuk selesaikan satu-satu kes." Ana Dahlia pertahankan kerjayanya.

"Sebelum balik dari balai polis tadi, saya diarahkan untuk membuat Domestic Inquiry." jelas Kudin.

"Maksud awak? Kan itu sudah lama?" Ana Dahlia berkerut kening.

"Sebab syarikat tak buat la, saya disuruh buat DI tu. Pekerja diberhentikan tanpa sebab. lepas tu ada pekerja yang hilang begitu sahaja. Keluarga gadis yang hilang tu pula tidak buat tuntutan saman kerana perkara itu tidak dibawa ke mahkamah. Jadi sekarang ini, perlu ada DI untuk menyiasat kenapa dan mengapa sebelum ambil tindakan berhentikan pekerja. Tidak boleh sesuka hati pecat pekerja." Kudin mengeluh. itu bermakan kerjanya nanti akan bertambah.

"Hmm..itu prosedur biasa dalam sebuah syarikat yang ada kes macam tu tapi disebabkan tak ada yang komplen, maka DI tu tak perlu rasanya. lainlah kalau famili yang terlibat tidak puas hati. Contohnya, gadis yang hilang tu. Seolah syarikat lepas tangan." Ana Dahlia turut menyokong arahan yang disuruh itu.

"Manalah saya tahu...dulu saya kerja lain.." Kudin mengeluh lagi.

"Awak kerja apa dulu?" Sengaja Ana Dahlia tanya.

Kudin diam seketika. Dia tidak menjawab soalan Ana Dahlia. Jatuh maruahnya nanti kalau gadis itu tahu siapa dia dulu dan apa kerja yang dibuat. Ana Dahlia masih memandangnya tak berkelip. Comel jugak minah ni...tak berani nak luahkan perasaan sendiri...haih..

"Awak kerja apa?" Ulang Ana Dahlia. Kudin dilihat sudah mengelamun.

"Err...macam mana nak buat DI tu ek?" Kudin cuba mengubah topik.

"Awak tak ada pengalaman?"

Kudin geleng. Pengalaman teman orang kaya adalah! Dia sengih.

"Pertama sekali, dalam kes awak ni, hantar surat kepada bekar pekerja yang diberhentikan tu sekali dengan surat tunjuk sebab, kumpulkan bukti, lepas tu hantar lagi surat untuk DI. barulah boleh dilakukan DI, saksi, pendakwa dan juri yang dilantik kena hadir semasa proses DI tu." Terang Ana Dahlia dengan panjang lebar. Muka Kudin sudah berkerut.

"Dan juri tu mestilah non-bias juri. Jika pekerja yang diberhentikan tu dulunya bekerja di bahagian kewangan, maka juri perlu diambil dari kalangan eksekutif dari bahagian lain." tambah Ana Dahlia lagi.

"Macam mana nak buat DI untuk gadis yang hilang tu? Itukan yang penting dan yang polis nak?" Kudin semakin tidak faham.

"Ya..awak kena panggil waris mereka dan juga siasat kawan rapat yang sama-sama bekerja di situ." Ana dahlia senyum. Terkebil-kebil Kudin mendengar.

"Hmm...pelik..awak ni tahu semua ni. Mana awak belajar? Awak kan kerani je?" Kudin tenung Ana Dahlia.

"Memanglah saya ni kerani cabuk je tapi saya pernah alami benda tu semua masa bekerja di syarikat dulu-dulu tu.." Riak Ana Dahlia sudah berubah. Janganlah kantoi depan mamat ni...

"Oh..okey.." Kudin mengangguk.

"Jadi, kes Senah macam mana?" Ana Dahlia kembali pada topik asal.

"Saya akan siasat juga hal ni. Awak tolong saya ek?" Kudin senyum.

Ana Dahlia mengangguk. Lagi senang kerjanya nanti dengan bantuan Kudin. Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:19 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2014 09:28 PM | Show all posts
SENYUMAN lebar mula terukir di bibir. Terubat rindunya pada gadis itu. Kudin henyak tubuh di sofa. Dia mula ambil remote control tv dan menonton cerita yang tersiar di situ. Senyumannya semakin menjadi-jadi. Mata pada kaca tv tetapi hati dan benaknya memikirkan Ana Dahlia.

"Hoi!"

Kudin terkejut. Lepat sudah tersengih di belakangnya sambil membawa satu mug air.

"Kau ni! Aku ingatkan tak ada orang tadi! Bila kau balik?" Kudin urut dada.

"Wah! Dah pandai senyum sengih sorang-sorang nampak? Apa kau dah jatuh cinta ke apa?" Lepat usik Kudin. Dia teguk coklat panas yang dibancuh tadi.

"Kau belum jawab soalan aku!" Kudin luku kepala Lepat.

"Pukul lapan tadi. Kau dari mana ni? Balik je..sengih macam kerang ternganga!" Lepat sengih.

"Aku dari restoran tadi..." Kudin berkata hambar.

"Hmm...kau makan sorang ke..ada yang temankan?" Sekali lagi Lepat mengusik.

"Kau ni sibuk je la. Kau tu..ke hulu ke hilir...bila nak berbini?" Kudin jeling Lepat yang sudah tersengih.

"Aku tak apa..kau tu. Dah macam angau aku tengok. Eh, adik kau mana? Lawa jugak aku tengok. Bolehlah aku jadi adik ipar kau." Lepat gelak kecil.

"Banyaklah kau punya adik ipar. Kerja macam kau tu, siapa yang nak buat jadi laki?" Kudin turut sengih. Lepat selalu outstation.

"Kau jangan hina kerja aku..ke hulu ke hilir pun, masyukk.." Lepat sengih. Dia teguk lagi coklat panas. Dia betulkan silanya di atas sofa. Mata menala pula ke kaca tv.

Kudin diam seketika. Dia masih memikirkan bagaimana untuk menyiasat hal Senah yang hilang. Betul kata Ana Dahlia, takkan nak serahkan pada pihak plis semata-mata. Entah-entah Senah sekarang ini dalam kesusahan. Entah-entah Senah sesat ke apa ke. Telefon bimbitnya berdering kuat. Kudin lihat nama yang tertera di skrin telefon. Chad yang menghubunginya. Lama dia berbual.

"Weh! Ada yang tak kena ke?" Lepat pula menyibuk. MUka Kudin sudah berubah riak.

"Kawan aku...dah hilang." Lemah suara Kudin.

"Hilang? Macam mana boleh hilang?" Lepat terkejut.

"Entah...dia tu dah la tak biasa dengan area KL ni." Kudin mengeluh.

"Tadi tu..aku dengar kau sebut nama Karim. Siapa Karim?" Lepat mula bertanya. Dia mendengar perbualan Kudin di telefon tadi.

"Dia kawan Chad...dialah yang bawa kawan aku yang hilang tu ke sini." Terang Kudin.

"Kawan kau yang hilang tu...perempuan kan?" Teka Lepat.

"Ya..kenapa?" Kudin pula merasa pelik.

"Aku rasa kawan kau tu dalam bahaya. Baik kau cepat-cepat selamatkan dia. Aku kenal siapa Karim." Lepat geleng. Yvonne, kawan sekerjanya dulu pernah terlibat dengan Karim yang menjanjikan kerja kepada perempuan dan berakhir dengan penjualan kepada sindiket haram.

"Kau kenal Karim??" Kudin pula terkejut.

"Ya! Dia orang tengah dalam sindiket penjualan perempuan yang dijual kepada tokey besar untuk pasaran luar negara. Aku tahu pun dari member aku yang hampir terjebak dengan tipu daya Karim lahanat tu!" Lepat mula serius.

Kudin terkedu. Dia mula terbayang bagaimana keadaan Senah seandainya Senah betul-betul jadi mangsa Karim. Chad, bagaimana Chad boleh percaya pada mamat tu? Dia pantas menelefon Ana Dahlia. Maklumat itu perlu diberitahu kepada Ana Dahlia dan boleh disampaikan kepada kawan polisnya nanti.


SEMENTARA itu, di sebuah rumah lama yang berada jauh dari rumah lain, Senah dikurung dalam sebuah bilik. Dia masih tidak mengerti apa yang telah berlaku. Seingatnya, malam semalam, Karim menelefonnya ingin berjumpa dan menemukannya dengan orang yang bekerja di syarikat yang ingin mengambilnya sebagai kerani. Alih-alih, dia dibawa ke rumah ini. Meliar Senah melihat sekitar bilik. Masa mula-mula menjejakkan kaki ke rumah itu, dia perasan ada lebih kurang lima orang perempuan yang kebanyakkannya adalah peremuan muda berkumpul di ruang tamu. Pakaian mereka memang menjolok mata. Bila ditanya kepada Karim, Karim hanya menjawab, mereka semua itu juga akan bekerja di syarikat yang sama.

Senah memandang ke arah pintu bila terdengar pintu biliknya diketuk. Seorang perempuan yang sungguh cantik dan berpakaian seksi tersenyum kepadanya sebaik pintu dibuka.

"Nah, makan ni." Sepinggan nasi dan segelas air dihulur kepada Senah.

"Err..nanti, saya di mana ni? Kenapa saya di sini?" Senah beranikan diri bertanya.

"Makan saja. Kamu selamat di sini." Perempuan itu senyum dan keluar dari bilik itu.

Senah masih duduk di birai katil. Dia masih bingung dengan apa yang terjadi. Nasi yang dihulur tadi dimakan dengan lahap. Dari tengahari tadi dia dia jamah makanan.

Sekali lagi pintu dikuak. Kali ini Karim yang masuk ke biliknya. Senah sudah pucat.

"Dah makan?" Karim senyum.

Senah angguk.

"Bagus..lepas ni ikut abang ya." Karim memujuk.

"Ke mana?"

"Ikut saja. Abang dah dapat rumah sewa baru untuk Senah. Jom!" tangan Senah ditarik dan mereka berdua mula keluar dari situ.

Senah hanya mengikut rentak Karim. Mereka berdua mula menaiki kereta meninggalkan rumah itu menuju ke kota KL semula. Sepanjang perjalanan, Senah hanya diam. Sesekali di jenguk panorama KL yang sentiasa cerah dan terang dengan lampu. Sentiasa sibuk dengan kenderaan yang tidak putus-putus memenuhi ruang jalan raya.

Sampai di rumah, Senah disuruh ke bilik. Lama Senah tunggu di situ. Dia lihat jam di dinding dalam bilik itu. Hampir sebelas malam.

"Apa yang berlaku sebenarnya ni?" Senah mula menangis. Kini baru dia merasa sesuatu tidak kena. Dia menangis tersedu-sedu.

Tidaaaaaaaaaakkkk!!!

Tersentak Senah mendengar suara menjerit dari bilik sebelah. Dia melekap telinga ke dinding. Suara seorang perempuan menjerit masih kedengaran.

"Siapa??" Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2014 11:21 PM | Show all posts
Senah beranikan diri menapak ke bilik sebelah. Pintu bilik sebelah berkunci. Dia cuba pulas tombol pintu. Beberapa kali dia cuba buka tapi tidak berjaya. Dia melaung memanggil orang yang berada di bilik sebelah. Tidak ada sahutan.

"Siapa di dalam? Aku datang nak tolong kau!" Laung Senah lagi.

Kali ini pertanyaannya disambut dengan jeritan kuat yang menyuruhnya pergi dari situ. Senah mencuba lagi, memujuk agar pintu yang berkunci itu dibuka dari dalam.

"Pergiiiiiiii!!!"

Tersentak sekali lagi bila mendengar jeritan kuat perempuan itu. Senah diam seketika. Dia melihat sekitar ruang tamu. Bilik hanya ada dua dan terletak betul-betul sebelah ruang tamu. Di ruang tamu, hanya ada set sofa dan sebuah televisyen. Senah melangkah ke dapur. Dia mencari senjata tajam yang boleh digunakan untuk mengumpil pintu atau yang boleh membuka kunci melalui lubang kunci. Dia kembali semula ke depan pintu bilik perempuan tadi dengan sebilah pisau.

Pintu itu cuba disungkil dengan pisau itu. Beberapa kali Senah mencuba tapi masih tidak terbuka. Dia sudah berputus asa. Dia intai seketika sekitar. Mana tahu Karim tiba-tiba muncul di situ. Sekali lagi dia cuba cungkil melalui lubang kunci. Dia mula tersenyum. Tombol dipulas sedikit, pintu mula terbuka sedikit. Senah intai melalui pintu yang terbuka itu. Pintu itu diselak dari dalam dengan rantai besi. Dari celah pintu yang sedikit terbuka itu, dia melihat dengan jelas seorang perempuan yang memakai baju kurung dan tudung sedang menangis teresak-esak. Mukanya ditekup ke atas kedua kepala lutut.

"Psst...psst..." Senah cuba memanggil perempuan itu yang masih tunduk.

Sekali lagi dia beri isyarat. Kali ini perempuan itu mendongak. Membuntang dia melihat sebaik perempuan itu berpaling dan melihat ke arah pintu.

"Anum!!! Buka pintu ni!!" Jerit Senah dengan kuat. Pantas saja dia melaung nama Anum. Dia memang kenal itu adalah Anum, teman sekampungnya yang sudah lama hilang.

"Anum!! Aku Senah la! Buka pintu ni! Aku akan selamatkan kau!" Jerit Senah lagi.

Perlahan Anum menapak ke arah pintu. Dia turut intai dari celah pintu. Memang Senah!

"Senah! Tolong aku Senah! Tolong aku!!" Anum merayu.

"Bukalah pintu ni dulu!!" Senah tunjuk ke arah tombol pintu di bahagian dalam.

"Aku tak boleh buka! Pintu ni dah rosak!" Anum cuba pulas tombol. Sejak dia dipindahkan ke rumah itu dua bulan yang lepas, sudah beberapa kali dia cuba melarikan diri tetapi tidak pernah berjaya.

"Kau tendang kuat!" Arah Senah.

Anum cuba menendang pintu itu tapi masih tidak berjaya. Dia terduduk dan menangis di situ.

Senah juga sudah berputus asa. Dia cepat-cepat menoleh bila terdengar derapan tapak kaki menuju ke muka pintu utama.

"Err...Anum..ada orang datang. Kau buat macam biasa ya..aku datang sekejap lagi." Senah berbisik dan mula masuk ke biliknya semula.


KARIM melangkah masuk ke dalam rumah bersama dua bungkus nasi dan dua botol air mineral. Dia ke bilik Senah.

"Nah, makan ni. Ni rumah sewa awak. Esok kita akan ke syarikat tu untuk mendaftar." Karim hulur sebungkus nasi kepada Senah.

Senah hanya mengikut arahan Karim. Dia pandang lelaki bertubuh gempal itu dengan riak benci. Baru dia tahu selama ini dia ditipu dengan janji mendapat kerja di KL. Senah sorok pisau yang diambil dari dapur tadi. Dia hanya melihat Karim keluar dari bilik dan menuju pula ke bilik Anum. Dia mula berfikir cara untuk melepaskan diri dari situ bersama Anum. Lelaki itu perlu diajar.



Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:21 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 12:02 AM | Show all posts
DI RUANG TAMU, Karim menunggu Johan datang. Tadi Johan sudah pesan kepadanya. Sementara menunggu Johan datang, Karim menonton tv sambil menikmati kacang rebus. kacang itu dibaling tinggi dan cuba disambut dengan mulut ternganga. Dia sengih. Memang dia pro dalam hal itu. Tewlefonnya berdering lagi. Dia mula menjawab.

Senah masih di dalam bilik memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dan keluar dari situ. Dia perlu melarikan diri malam itu juga. Dia mundar mandir di dalam bilik. Sesekali dia kuak pintu dengan perlahan. Karim dilihat masih leka menonton tv. Senah kembali ke katil. Dia mula mencari idea. Pisau yang disorokkan di bawah bantal tadi diambil.

"Hmm...kalau aku tusuk dengan pisau ni..berani ke aku? Dia boleh mati ke?" Senah pandang pisau yang agak berkilat itu walaupun agak kontot.

Dia bangun semula dan melangkah ke arah pintu. Karim masih di situ sedang berbual pula di telefon. Dia pandang sekitar bilik, mencari apa-apa yang boleh dihantuk ke kepala Karim. Dia tersenyum. Ada pasu bunga yang agak besar di tepi dinding. Pasu bunga lama itu dipeluk dan dia menghampiri pintu semula. Sekali lagi Senah intai Karim yang sibuk mengunyah kacang.

Perlahan dia berjalan ke arah Karim yang membelakanginya. Pasu bunga itu diangkat setinggi boleh dan dihempap ke atas kepala Karim. Pecah berderai pasu tadi. Karim sudah pengsan di situ. Cepat-cepat Senah cari kunci dari poket seluar Karim. Dia mula menuju ke bilik Anum. Pintu dibuka dan dia terus tarik tangan Anum yang sudah terpinga-pinga.

"Kita nak ke mana ni?" Anum yang sudah terheret itu mula bertanya.

"Kita kena keluar dari tempat ini sekarang sebelum ada orang jumpa kita dan sebelum penyangak tu sedar. Cepat!" Tangan Anum ditarik kasar. Mereka berdua mula melangkah keluar dari rumah itu yang terletak agak jauh dari rumah yang lain.



JOHAN bersiul-siul sambil memutar kunci kereta menuju ke rumah yang dimaksudkan oleh Karim tadi. Langkahnya terhenti sebaik melihat pintu rumah sudah terbuka luas. Dia meluru masuk ke dalam rumah. Karim dilihat sudah pengsan di sofa berlumuran darah.

"Karim! Karim! bangun!!" Johan tepuk pipi Karim beberapa kali.

Karim mula buka mata. Dia pandang sekitar. Kepalanya terasa berdenyut.

"Mana perempuan tu??" Johan sudah menyinga. Karim masih terpinga-pinga.

Pantas Johan buka pintu bilik. Kedua gadis itu sudah tiada. "Sial!!"

"Tak guna kau Karim! Dengan perempuan pun kau boleh kalah??" Johan cengkam kolar baju Karim yang sedang mengerang kesakitan.

"Aku tak tahu..tiba-tiba kepala aku rasa bengang.." Karim usap kepalanya. Ada darah.

"Cis!" Johan meluru ke luar rumah dan cuba mencari sekitar laman. Tidak ada tanda-tanda kedua gadis itu berada di situ. Dia pasti mereka berdua itu berada tidak jauh dari situ. Dia masuk semula ke dalam rumah.

"Kau tahu, bos sudah tanya lama perempuan tu!" Johan sudah geram. Dia beri penumbuk sebiji kepada Karim.

"Eh, kau ni kenapa? Kan dulu kau juga yang nak keluar dari kumpulan ni kan?" Karim tak berpuas hati. Dia menyapu darah yang mula mengalir di bibirnya.

"Memanglah! Tapi tugas ni yang terakhir! Perempuan yang kau ambil dari KL tiga bulan lepas tu, mana dia? Perempuan tu yang bos nak tahu tak!" Johan semakin geram.

"Kita cari je la perempuan lain!" Karim meludah darah yang semakin laju meleleh.

"Kau nak mampus! Perempuan tu aku dah janji dengan Tokey Chong! Tokey Chong sudah janju dengan Mr.Vincent!" Johan mengetap bibir. Kali ini dia merasa dirinya dalam bahaya.

"Kau pun belum kenal lagi kan pasal perempuan tu? Jadi, kita gantilah dengan perempuan lain! Apa yang susahnya?" Karim juga turut geram.

"Masalahnya kau dah kirm gambar perempuan tu kepada Tokey Chong!! Bengap betullah!" Johan mendengus.

"Habis tu?" Karim sudah mula rasa takut. Dia tahu sikap Tokey Chong, kalau putih yang dia hendak, maka putihlah juga kena cari!

"Aku tak tahu..err..kau ada lagi gambar perempuan tu?" Johan mula reda.

Karim angguk. Dia hulur gambar kedua gadis yang berada di dalam rumah itu tadi kepada Johan.

"Kau...kau pasti ini mereka tadi??" Johan menelan liur. Terbeliak dia melihat gambar kedua gadis itu.

"Yalah! tadi kau juga yang nak tengok kan?" karim jeling Johan.

Johan terkedu. Dia terduduk di sofa sambil menekup muka. Rasa bersalahnya semakin kuat. Tak sangka, selama ini dia menculik dan memperdaya kawan sekampungnya sendiri. Gambar yang berada dalam genggamannya jatuh ke lantai.

"Kau ni kenapa? Dah drama la pulak.." Karim kutip semula gambar itu.

Johan hanya diam. Dia masih menekup muka. Dia harus cari jalan untuk menolong Anum dan Senah walau terpaksa bergadai nyawa. Itu semua salahnya! Dia harus cari Anum dan Senah sampai dapat sebelum keduanya dikesan oleh Tokey Chong yang mempunyai ramai kuncu.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2014 12:48 AM | Show all posts
SENAH dan Anum berlari sekuat hati. Terpaksa mereka meredah hutan kecil menuju ke jalan besar. Dari situ mereka mula berjalan mengikut jalan raya yang agak kecil. Sesekali mereka berhenti berehat kerana terlalu penat berlari.

"Senah..aku penat la.." Anum tercungapcungap menahan mengah.

"Kau kena kuat Anum. Kita kena keluar dari tempat ni." Senah pandang sekitar kawasan situ. Gelap dan agak jauh dari jalan besar.

Anum terpaksa mengikut rentak Senah. Sudah hampir tiga bulan dia dikurung di dua tempat berlainan. Kali ini, Senah yang selamatkannya. Nak tak nak, dia perlu ikut rentak Senah yang ternyata tidak endahkan kegelapan malam. Mereka berdua meredah jalan kecil itu dan meredah pula hutan kecil.

"Senah..aku betul-betul penat..kita rehat sekejap ya.." Anum sudah terduduk di perdu pokok besar.

Senah terpaksa mengalah. Anum dilihat sudah tertidur di situ. Dia merapati Anum dan tidur bersama di situ. Bila terjaga, dia terkejut. Gadis kebaya merah muncul di depannya dengan sebuah senyuman. Senah menelan liur. Mukanya pucat. Tidak sangka, dia akan bersua lagi dengan jelmaan gadis kebaya merah itu di situ. Dia pandang sekitar. Gelap gelita. Hanya bunyi cengkerik dan sekali sekali bunyi burung hantu sayup sayup. Dia cuba pejamkan mata tapi makin dipejam makin dia nampak jelas gadis kebaya merah itu.

"Kau jangan bimbang..aku sudah lega. Aku nak kau tahu yang aku sebenarnya dibunuh oleh pekerja di TM Holdings. Malam aku ditempatkan di hospital, aku diculik dan dibawa ke sebuah rumah. Tubuh aku dijadikan bahan untuk seorang bomoh masukkan roh jahat dan aku diseksa dengan menyiat dan menoreh muka aku dengan pisau tajam sehingga aku mati."

Senah bulat mata mendengar pengakuan gadis kebaya merah itu yang sudah mendayu-dayu suaranya menahan sebak.

"Aku nak kau cari pembunuh aku..tolong aku..."

Senah sekali terkejut. Gadis kebaya merah tadi sudah bertukar menjadi asap dan lenyap dibawa angin malam. Dia berpeluk tubuh. Embun dingin menitik ke dahi. Dia pandang Anum yang sudah nyenyak di sebelah. Matanya dipejamkan semula.


MATAHARI mula memancar terik di celah-celah dahan pokok. Senah berpisat-pisat membuka mata dan mendongak ke langit. Sudah cerah rupanya. Dia mula kejutkan Anum yang masih lena. Mereka berdua menyambung berjalan meredah hutan kecil. Hampir sejam mereka meredah hutan, akhirnya berjaya juga sampai ke sebuah perkampungan yang agak banyak rumah di situ.

"Anum...kita minta bantuan penduduk di sini.." Senah mengajak Anum ke sebuah rumah yang berdekatan.

Anum hanya mengangguk lemah. Tenaganya sudah tidak ada lagi.


Mereka berdua mula melangkah ke situ. Senah terpegun melihat keindahan kampung itu yang sungguh menarik dan teratur. Terpana melihat rumah-rumah yang berwarna warni dan sekitar ditanam dengan pokok bunga senduduk putih dan bunga melati. Hairan melihat perkampungan yang bagaikan sebuah kampung yang amat cantik di matanya. Tenang melihatnya.

"Assalamulaikum.."

Senah berpaling. Seorang lelaki tua berjanggut putih menegurnya.

"Wa'alaikumussalam.." Senah senyum. Anum turut senyum.

"Nampak macam penat. Silalah ke rumah pakcik.." Pelawa lelaki berjubah putih itu.

Senah dan Anum hanya mengikut lelaki itu ke sebuah rumah berwarna hijau dan sekeliling rumah itu pula hanya ditanam dengan senduduk putih. Bermula hari itu, Senah dan Anum mula menginap di situ untuk sementara waktu.


SUDAH dua hari berlalu. Johan semakin gelisah. Senah dan Anum masih tidak dijumpai sehingga sekarang. Perasaan bersalahnya semakin menebal. Entah di mana lagi dia harus mencari kedua gadis itu. Nasib baik Tokey Chong tidak bertanya apa-apa lagi padanya tentang Anum dan Senah. Dia perlu berusaha mencari mereka sampai dapat.

"Eh, Jo??"

Johan mendongak. "Kudin??"

Mereka berjabat sebentar. Kudin melabuhkan punggung sebelah Johan di sebuah restoran makanan segera.

"Wah! Lama tak nampak kau? Kau kerja kat mana sekarang ni?" Kudin sudah teruja.

"Err...aku baru balik dari US. Sekarang ni sedang cari kerja la ni..." Johan berdalih. Kudin tidak perlu tahu tentang kerjanya yang sudah terang-terang menyalahi undang-undang.

"Oh ya ke? Weh! Lama betul kita tak jumpa kan? Rasa aku..sudah hampir tujuh tahun!" Kudin mengusap dagu mengingati kembali kali terakhir dia dan Johan berada di kampung dulu.

"Hmm..macam tulah.." Johan berkata lemah. Benaknya sarat dengan hal Senah dan Anum. Kalau Kudin dapat tahu tentang hal itu, mampus dia dikerjakan nanti. Dari dulu dia tahu, Kudin memang sukakan Anum.

"Hah..hari tu Chad dan Jai ada balik kampung! Lama jugaklah..seminggu. Kau saja yang tak ada. Aku, Chad dan Jai sembang-sembang. Yalah..dah lama tak jumpa kan." Kudin mula bercerita tanpa disuruh.

"Chad dan Jai kat mana sekarang?" Johan mula senyum. Terhibur mendengar teman sekolah dan sekampung bila sudah lama tidak mendengar khabar berita.

"Chad dulu kerja kat Kuantan tapi dah tukar ke KL. Jai pulak, yang aku tahu memang kerja kat KL ni tapi aku tak tahu dia kerja apa. Aku pulak..kena ambil alih syarikat ayah aku yang sudah meninggal. Tak sangka, rupanya aku ni anak orang kaya.." Kudin sengih.

"Ya? Syarikat apa?" Johan mula teruja. Dia kalau boleh ingin bertukar kerjaya.

"TM Holdings."

Johan terkedu. Teringat pada seorang gadis yang hampir maut dilanggarnya dulu. Gadis itu dibawa ke hospital. Dari maklumat yang diterima, gadis itu pernah bekerja di TM Holdings.

"Kenapa?" Kudin pandang Johan yang tiba-tiba senyap.

"Oh..tak..tak ada apa." Johan senyum kelat. Dia tunduk.

"So, apa kau buat sekarang? Maksud aku..kau nak kerja apa pulak?" Kudin tepuk bahu Johan.

"Entah..kalau kau ada kerja kosong, bolehlah aku memohon." Gurau Johan sambil tersenyum tawar.

"Eh, boleh je! Kau kan lulusan macam aku jugak. Rugilah kalau kau tak kerja. Ni kad aku!" Kudin hulur sekeping kad kepada Johan.

Johan melihat sekilas. Memang Kudin layak jadi tuan pengarah.

"Jo, kau tahu tak..Pak Sahak tu suruh aku cari Anum. Dah hampir lima bulan Anum hilang. Mana aku nak cari? Aku sendiri pun tak tahu nak cekau kat mana. Kesian aku tengok Pak Sahak tu, dia begitu mengharapkan aku. Baru-baru ni, Senah pulak yang hilang entah ke mana. Aku ada marah jugak kat Chad tu. Dia gatal nak bawa Senah ke KL tu apa hal? Dah tu percaya sangat cakap Karim tu! Eii! Geram betul aku!" Kudin mula bercerita hal Senh dan Anum.

Johan menelan liur. Nampaknya Kudin sudah tahu tentang Karim dan kehilangan Senah dan Anum.

"Err...pakcik Said tahu ke Senah ke KL?"

Kudin geleng. "Tapi Chad dah buat laporan polis. Sekarang ni polis sedang siasat. Polis syak Senah dibawa lari oleh pihak sindiket pemerdagangan manusia. Aku dah buntu ni.." Kudin pula mengeluh.

Johan semakin pucat mukanya. Dia cuba kawal perasaan dan riak muka. Bimbang Kudin akan perasan nanti. Sekarang ini, dia kena berusaha lebih mencari Senah dan Anum. Kalau tidak, dia akan terperuk dalam penjara!
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:23 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.073606 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list