Menerusi gambar beliau di laman sosial sejak kebelakangan ini, peminat boleh melihat yang Fara Fauzana sudah mula menggayakan selendang untuk menutup sebahagian kepalanya dan ada juga cakap cakap mengatakan beliau bakal berhijap tidak lama lagi.
Ketika hadir ke majlis kemuncak Kunci AM Krew yang berlangsung di Berjaya Times Square baru baru ini, Fara Fauzana turut mendapat perhatian media kerana sekali lagi tampil berselendang & berkata beliau dalam proses untuk berhijab penuh.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi komen kerana tidak mahu ada pihak memberikan persepsi yang lain kepada saya. Secara peribadi, memang saya dalam proses untuk ke arah itu. Saya mengharapkan agar peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk saya”
Bercakap kepada GUA, Fara Fauzana turut berkata yang beliau tidak mahu orang luar keliru dengan penampilannya sebelum ini dan lebih gemar berdiam diri apabila diajukan soalan tentang bertudung ini namun sekarang sudah bersedia untuk memberikan komen.
“Umur saya sudah mencecah 30-an, ianya bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Saya sendiri sudah lama menyimpan niat, namun secara perlahan-lahan ianya datang kepada saya sekarang. Saya belajar untuk menjadi lebih bersabar dan tidaklah ‘seganas’ dulu”
Namun Fara Fauzana menafikan yang perubahan positif beliau ketika ini mempunyai kaitan dengan kemungkinan untuk berumah tangga namun penyampai radio popular ini tidak menolak jika sudah tiba jodoh. Belum ada calon katanya, heh. (rtky/m)
Sumber dari rotikaya
Last edited by senahsanasini on 28-4-2014 09:20 AM
|