Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6947
View
0
Reply

[Seni] PERTANDINGAN FESYENISTA TRADISIONAL

[Copy link]

Author: acahspace       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-4-2014 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Pertandingan Fesyenista Tradisional di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada 28 Jun 2014 (Peringkat Saringan) mana kala di Dewan Tunku Cansellor Universiti Malaya (Peringkat Akhir) oleh Belia 1Generasi, see pic.twitter.com/Md86kgN83M

1.1        - Peraturan Pertandingan

 Acara Fesyenista Tradisional anjuran Persatuan Belia 1 Generasi akan dipertandingkan mengikut undang C undang dan peraturan am pertandingan sepertimana yang diiktiraf oleh Persatuan Belia 1 Generasi.
 Acara ini akan dijalankan semasa Majlis Karnival Belia (Peringkat Akhir) di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 14 Ogos 2014 (Khamis) jam 8.00 pagi. Peringkat Saringan akan diadakan pada 28 Jun 2014 (Sabtu) dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Astaka Taman Tasik Titiwangsa KL
 Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 16 hingga 40 tahun serta terhad kepada 50 peserta wanita sahaja.  
 Hadiah tempat pertama akan menerima wang tunai RM 2500.00 + hamper , Tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM 2000 + hamper. Hadiah tempat ketiga iaitu 500 + hamper.
 Keputusan juri pertandingan adalah muktamad dan tiada sebarang keputusan yang lain akan menentukan kemenangan ataupun kekeliruan di dalam pertandingan.

1.2 C Format Acara Peragaan Pakaian Tradisional

 Muzik latar akan disediakan oleh urus setia pertandingan.
 Model dijangka berjalan sepanjang 20 kaki semasa memperagakan pakaian tersebut.
 Masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah 1 ½ - 2 minit dan peraga pakaian akan berjalan beriringan 3 orang peraga serentak.
 Berikut adalah jenis-jenis pakaian yang dipertandingkan dan boleh dimodifikasi rekaannya :

1.        Pakaian Tradisional Melayu.
2.        Pakaian Tradisional Cina.
3.        Pakaian Tradisional India.
4.        Pakaian Tradisional Baba Dan Nyonya.
5.        Pakaian Tradisional Negeri Sarawak.
6.        Pakaian Tradisional Negeri Sabah.
7.        Dan Pakaian tradisional Etnik-Etnik di Malaysia.

  Penilaian pertandingan berdasarkan ciri-ciri berikut:

a)        Personaliti Peraga.
b)        Pemakaian Baju Tradisional.
c)        Tidak seksi.
d)        Kerjasama.  
e)        Disiplin.


1.3  - Masa Pertandingan

Peserta dikehendaki berada di dalam Astaka Taman Tasik Titiwangsa KL pada pukul 8.00 pagi . Tarikh tutup penyertaan serta pembayaran sebelum 31 Mei 2014.

1.4 C Bantahan

  Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh peserta dan disertakan dengan wang cagaran secara tunai sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja).  Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.
  Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding dan segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
  Sekiranya terdapat bantahan dan perkara tersebut tidak disebut dalam peraturan yang disediakan oleh Persatuan Belia 1 Generasi maka keputusan juri dan jawatankuasa teknikal akan diambil kira.

1.5 - Tafsiran Undang C undang

  Segala peraturan yang termaktub di sini adalah muktamad.
  Sekiranya terdapat sebarang perkara yang tidak disebut di dalam peraturan, maka ia adalah tertakluk di bawah budi bicara pihak penganjur.
  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta di dalam pertandingan ini.

1.6 - Yuran Penyertaan

  Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 100.00 untuk setiap model pakaian.

1.7 C Pendaftaran Peserta

  Pendaftaran nama peserta hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan.

1.8 - Cara Pembayaran

  Sila masukkan wang penyertaan ke akaun di bawah dan isikan borang dengan lengkap serta faks bersama bukti slip pembayaran ( bank in / transfer ) ke 03 -2022 2164 ( No Fax Persatuan Belia 1 Generasi C Attn : En. Kamarul-019 3572507), berikut adalah maklumat akaun bank disertakan. Atau email kepada kami fesyenpersatuanbelia1generasi@gmail.com

Nama Akaun    ersatuan Belia 1 Generasi
Bank               :Affin Bank Berhad
No Akaun        : 1000 2041 7049
Last edited by acahspace on 24-5-2014 08:31 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
5.584040s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list