CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6463|Reply: 27

Cerpen-cerpen pendek ~ #update Latih tubi yang kesembilan

[Copy link]
Post time 1-5-2014 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Assalamua'laikum. Rumah ni saya buka untuk memaparkan karya-karya pendek yang saya nukilkan sepintas lalu sahaja. Bertujuan semata-mata mahu mengasah dengan lebih tajam skill penulisan saya.
Last edited by wipers81 on 16-5-2014 09:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2014 12:40 PM | Show all posts

Latih tubi satu...



Mardiah sudah sedikit menggelabah. Duduknya sudah serba tidak kena. Mana tidaknya, jejaka tampan yang diintainya dalam diam selama ini sedang mengatur langkah ke arahnya. Senyuman yang terleret di bibir jejaka itu umpama sebilah panah yang tepat ditebakkan ke jantungnya yang sedang berdetak rancak. Hampir sahaja terkeluar dari soketnya. Jejaka itu kelihatan semakin hampir dan kini sedang tegak berdiri di hadapannya. Wajahnya yang penuh dengan riak malu-malu itu ditundukkan.

"Ehem." jejaka itu kedengaran mengehem.

Mardiah menggigit bibir bawahnya. Walaupun itu bunyi yang keluar dari mulut si dia, kedengaran maskulin benar suara jejaka itu. Semakin kuat detak jantungnya hingga mahu pitam jadinya.

"Saudari.." kata suara itu. Mardiah memejamkan matanya sebentar, hatinya dibuai oleh satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sah, kegedikan sedang menguasainya.

"Saudari, boleh tolong hulurkan suratkhabar tu." pintanya yang menyebabkan tubuh Mardiah bagaikan direnjat dengan arus elektrik.

'Ceh, nak suratkhabar rupanya.' rengusnya. Laju tangannya mencapai apa yang dipinta oleh jejaka itu dan kini ia nya sudah bertukar tangan.

"Terima kasih." Ucap jejaka itu kemudian melangkah pergi.

Mardiah kehampaan. Sedang di dalam hatinya, ledakan ketawa besar mahu terhasil. Itulah, perasan sangat. Dia bingkas bangun, meninggalkan kafeteria itu. Sumpah! Lain kali, kalau ada suratkhabar yang ada di atas mana-mana meja jangan harap dia akan ke situ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 12:41 PM | Show all posts

Latih tubi dua...


Mata Damia kelihatan merah. Bergenang air matanya saat itu. Lelaki yang ada di hadapannya benar-benar mengoyak-ngoyak perasaannya yang sudah senipis kertas itu. Setiap apa yang keluar dari mulut lelaki itu ternyata tidak dapat 'ditelannya'. Sampai hati lelaki itu mengecewakannya dengan kata-kata yang umpama belati tajam hingga nipis hatinya dihiris.

Tidak sanggup dia mahu menunggu lama. Lelaki keparat itu harus diajar. Pantas Damia bangun dari kerusi empuk yang didudukinya. Lelaki itu kian dihampiri. Laju sahaja tangannya memetik butang di alat kawalan televisyennya.

Lelaki itu sudah hilang dari pandangan dengan apa yang sedang tersiar di kaca televisyen itu sekali terpadam. Puas hatinya sekarang. Mengapa kebanyakkan filem hindustan yang ditontonnya mampu membuatkan dia mengalirkan air mata hingga kekadang itu laju alirannya umpama Tasek Niagara yang tidak berpenghujung?

Jangan harap ada lagi filem dari negara yang penduduknya teramai di dunia akan ditontonnya lagi. Dia mahu beralih arah pula, ke negara Korea. Itu tekadnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 12:42 PM | Show all posts

Latih tubi tiga...



Seman yang sedang berlenggang di bahu jalan itu terkejut. Mujurlah langkah silat dibukanya hanya separuh. Tak apa, separuh lagi dia sedang taruh untuk seorang jejaka yang kelihatan sedang berjalan ke arahnya. Mujurlah kereta jejaka itu berbadankan besi, kalau tidak memang masuk ke wad keretanya itu. Patut ke dia disergah dengan bunyi horn kereta lelaki itu yang mengalahkan bunyi horn lori sahaja. Seman mencebikkan mulut.

"Nak tanya, rumah Pak Seman di mana pakcik?" tanyanya. Seman menjongket kening kirinya, ewah macam penyanyi Ziana Zain pula lagaknya.

"Apa pasal kau nak cari dia?" soal empunya diri itu.

"Ada hal sikit pakcik." jawab jejaka itu. Sibuk pula pakcik itu mahu tahu, desisnya.

"Hairan aku, dalam ramai-ramai orang kat dalam kampung ni, kenapa dia juga yang kau cari?" tanya Seman, sudah mula mahu merepek pula dia. Jejaka itu kelihatan membesarkan mata.

'Eh eh, orang tua ni.' gerutunya pula.

"Adalah pakcik." malas pula dia mahu melayan pakcik yang tidak dia kenali itu. Ringkas sahaja soalannya, 'di mana rumah Pakcik Seman, semakin melalut pula orang tua di hadapannya. Jangan jangan, orang tak siuman kot?

"Kenapa kau nak cari dia?" tanya Seman lagi.

Kali ini jejaka itu sudah merah mukanya, menahan geram. Mujurlah warga emas di depannya jika sebaya, sudah lama diajak bertumbuk. Dia merengus.

"Pakcik, kalau tak nak cakap tak apalah. Janganlah nak peningkan kepala saya ni." Sudah, tertinggi suaranya sekarang. Kesabaran kian menipis.

"Siapa nama kau?" soal Seman. Kedengaran jejaka itu mendecit.

"Azril," balasnya. Seman membuka mata luas. Nama yang kebelakangan ini sering meniti di bibir anak gadisnya, Sakinah.

"Kau nak cari Pak Seman ya?" Dia melihat jejaka itu sudah menjulingkan matanya ke atas.

"Dahlah pakcik, saya malas nak layan pakcik ni. Tak apalah, saya tanyakan pada orang lain nanti." Pantas jejaka itu berpaling mahu meninggalkan warga emas yang sedikit menjengkelkannya itu.

"Nanti, pakcik nak tumpang. Biar pakcik yang tunjukkan rumahnya." Tanpa disuruh laju sahaja Seman membuka pintu kereta lelaki itu dan sekarang tubuhnya sudah terhenyak di kusyen kereta jekaka itu.

Bagaikan orang yang 'jakun' lagak Seman waktu itu. Dibelek-belek apa yang ada di dalam kereta jejaka itu.

'Untung kau Sakinah, dapat kahwin dengan orang kaya.' desisnya. Ya, ya aje kau Seman.

"Belok kanan," arahnya kepada jejak itu. Sebaik kereta mewah itu memasuki perkarangan rumah kampung, diparkir di bawah sepohon pokok mangga, pantas Seman membuka pintu kereta tersebut. Terjengul wajah anak daranya, Sakinah di muka pintu rumahnya. Meleret senyuman di bibir gadis itu yang mugil.

"Azril, macam mana awak kenal ayah saya?" soal Sakinah.

Azril pula sudah terbeliak matanya memandang dua beranak itu silih berganti. Bagaimana ni?

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2014 12:54 PM | Show all posts
bagus! Ipo suka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2014 10:07 PM | Show all posts
Ipo posted on 1-5-2014 12:54 PM
bagus! Ipo suka.

Terima kasih Ipo. Jom, kita buat latih tubi..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 12:57 PM | Show all posts
byk betul idea wipers81
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 01:27 PM | Show all posts

Latih Tubi Keempat...

Terhantuk kepala Senah tatkala dia yang sedang leka berlenggang itu kerana terlanggar batu. Tersembam dia.

"Aduh," rintihnya sambil tangan menggosok kepala. Terlihat olehnya, bintang-bintang kecil yang  berlegar di kepalanya. Pening seketika dia jadinya. Boleh tahan lama juga bintang-bintang itu berlegar. Matanya kian mencerlung saat melihat susuk tubuh anaknya yang sedang leka bermain air di depannya. Darahnya sudah mendidih.

"Sameon, sini kau!" laungnya.

Tersentak anaknya itu saat mendengar namanya dilaungkan oleh emaknya yang garang mengalahkan ibu tiri itu padahal dia anak kandung. Pucat kelihatan wajahnya ketika itu. Apa pula salah yang telah dia buat?

"Ada apa mak?" sedikit terketar-ketar suaranya. Wajah emaknya yang semakin membengis, dipandang.

"Ada apa kau cakap! Dah berapa kali mak pesan jangan main air. Ni, siap dengan kuak lentang kau buat. Kan mak dah cakap bahaya main kat lubuk tu." Matanya dijegilkan, bengis harus ditunjuk.

"Tapi mak.." kata-katanya dicelah.

"Menjawab! Kenapa dengan kau ni Meon? Makin besar makin degil. Berapa kali mak nak cakap benda ni kat kau. Sudahlah ke mana ayah kau menghilang, kau pula jangan nak jadi macam dia. Kau tak kesian kat mak ke?" Sayu sedikit suaranya namun cuba disembunyikan. Garang tetap kena tunjuk!

"Tapi mak, kitakan.." dicelah lagi kata-kata Sameon.

"Ei, geramnya mak dengan kau ni. Asyik nak menjawab aje kerjanya. Sini kau.." dia mendekati anaknya. Memang minta dicubit budak bertuah itu.

"Mak, tunggu kejap!" Jerit Sameon. Emaknya berhenti, matanya sedang membulat memandang anak bertuah itu.

"Apa pasal?" soal Senah. Terkejut dia dengan jeritan Sameon itu.

"Mak, Meon nak tanya, lumrah seekor ikan tu apa?" Senah mengerutkan kening.

"Berenang, kenapa?" soal Senah pula.

"Kita ni apa mak?" soal Meon pula.

Mata Senah menjelajah ke seluruh tubuhnya dan kemudian susuk tubuh anaknya pula menjadi tatapan. Matanya membeliak.

"Ikan.." jawabnya, lambat-lambat.

"Dah tu?" Sameon mahu mepertahankan dirinya. Entah kenapa dengan emaknya itu, terlupa bahawa mereka itu ikan kaloi.

"Okey." Jawab Senah kemudian berlalu pergi dengan malu yang bertingkat-tingkat. Terhantuk kuat barangkali kepalanya tadi hingga terlupa ingatan seketika.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 06:08 PM | Show all posts
wipers81 posted on 2-5-2014 01:27 PM
Terhantuk kepala Senah tatkala dia yang sedang leka berlenggang itu kerana terlanggar batu. Tersemba ...

hahahahha... ikan rupanya... kelakarnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2014 06:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 2-5-2014 06:08 PM
hahahahha... ikan rupanya... kelakarnya...

Hehehe... itulah, kerana terhantuk Senah (nama watak dalam cerita Ipo saya pinjam) terlupa dia rupanya sang ikan. Suspen tak masa mula-mula baca?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 08:57 PM | Show all posts

Latih tubi kelima...


Malik berjalan mengahmpiri anaknya. Pap!

"Oh, abah kau!" latah Amran. Pantas dia berpaling ke arah empunya tubuh yang menampar bahunya tadi. Tangan kanan sudah dilekap ke dada bidangnya. Mujurlah jantungnya masih terlekat elok.

"Memanglah abah kau ni." Malik menyengih. Sengaja mengusik anak bujangnya yang tengah 'sedap' bermenung tu. Barangkali sedang memikirkan kekasih hati.

"Abah, kalau gugur jantung 'orang' ni, macam mana? Tak kesian ke kat 'orang'? Dahlah 'orang' tak menempuh alam perkahwinan lagi. Abah tak apalah." Sudah, melalut pula dia.

"Eleh, kalau duit simpanan ciput macam mana nak kahwin?" perli Malik.

"Abah ni, bukan nak bagi sokongan, lagi kondem 'orang' adalah. Macam mana 'orang' nak maju kalau abah asyik nak patahkan semangat 'orang' ni." rungut Amran. Dia memang gemar membahasakan dirinya 'orang'.

"Orang, orang. Kau nak abah sokong macam mana lagi. Macam-macam abah buat tau, ke kau nak abah jadi pom pom girl?" Malik sudah ketawa besar. Wajah Amran semakin monyok.

'Abah aku ni. Kenapalah aku boleh ada abah yang macam ni? gerutunya.

"Eh Amran, abah ada benda nak cerita kat kau ni." Sudah seperti lagak mat kepoh pula Malik. Kening kiri Amran terjongket, muka abahnya dipandang dari tepi.

"Apa dia abah?" tanyanya. Abahnya nak kahwin lagi ke?

"Tadikan, masa abah pergi kedai Pak Mail abah ada jumpa sorang budak ni. Ya Allah, pandai betul dia Amran cakap bahasa Cina. Abah memang tabiklah kat dia." Dengan penuh semangat Malik bercerita hinggakan melopong mulut anaknya Amran.

"Ya ke bah. Wah bagusnya budak-budak sekarang. Tapi betul juga bah, negara kitakan ada berbilang kaum, eloklah kalau belajar macam-macam bahasa." Jawab Amran. Sedikit berbangga dia dengan kebolehan budak yang dikatakan oleh abahnya.

"Budak tu bangsa apa bah? Melayu ke India?" tanya Amran.

"Bangsa Cina.." Malik sudah melebarkan sengihnya.

Amran sudah menjulingkan matanya ke atas. Kena lagi dia.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 09:49 PM | Show all posts
semua latih tubi, ada twisttt..

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 01:59 PM | Show all posts
@wipers81

Keep Itu Up... Tapi kalau penulis lain nak letak latih tubi kita merged kan kat sini saja lah bpleh tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 09:12 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 4-5-2014 01:59 PM
@wipers81

Keep Itu Up... Tapi kalau penulis lain nak letak latih tubi kita merged kan kat sini s ...

Boleh je Nay. Silakan, memang saya alu-alukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 11:13 AM | Show all posts

Latih Tubi Keenam...

Pacuan motorsikal Zahari semakin menghampiri angka 80 km/j. Sedang Azlina, isterinya yang menjadi pembonceng, khusyuk mengelamun seketika. Matanya menatap kiri dan kanan bahu jalan yang dipenuhi dengan pohonan yang menghijau. Namun tidak lama, kerana khayalannya dipecahkan oleh... pap!


'Cicak,' desis Azlina. Dia sudah tergamam. Matanya sudah mencerlung dan kini beliakan luas terhasil. Air liurnya cuba ditelan. Elok sahaja haiwan itu melekat di dinding cermin plastik di topi keledarnya. Sudahlah itu antara haiwan yang paling digelinya di dunia nan fana ini.

Perlahan-lahan tangannya membuka topi keledar yang tersarung di kepalanya. Dengan berbekalkan sejemput keberanian, jarinya menjentik haiwan itu. Tetapi lain pula jadinya. Elok sahaja cicak itu melekat di kaca matanya dan dengan pantas Azlina menanggalkan kaca matanya lalu dilemparkan ke arah sisi kiri jalan raya yang diliputi oleh rumput yang menghijau dedaunnya.

Malang sekali, si cicak itu bagai tidak mahu berpisah dengannya, elok sahaja haiwan itu melekat di belakang kemeja yang dipakai oleh suaminya. Bagaikan dipukau oleh si cicak itu hingga terkaku tubuhnya hingga tidak mampu untuk digerak walau seinci pun.

'Jangan dia menepek kat muka aku pula.' desisnya.

Zahari yang sedang memandu itu melihat cermin sisinya.

"Pula. Apa pasal bini aku baling helmet dia?" bisiknya. Dia mengambil lajak sedikit dan kemudian memberhentikan motosikalnya di bahu jalan.
Sebaik motorsikal suaminya terhenti, laju sahaja Azlina melompat turun. matanya sudah kelihatan berair. Gigilan di lutut, usah dikatalah. Kedua bahunya digoyangkan, tanda dia benar-benar geli. Mujurlah dia memakai blause yang dipadankan dengan seluar slack, sedang kebiasaannya dia lebih gemar berbaju kurung.

"Awak ni kenapa?" Sedikit meninggi pertanyaan Zahari.

"Cicak," jawab Azlina yang sedikit tenggelam suaranya akibat ngauman lori yang lalu sebentar tadi.

"Awak ni nak mati ke? Tak nampak lori dengan kereta ikut rapat tadi. Kenapa?" sekali lagi dia menyoal.

"Cicak." jawab Azlina sekali lagi.

"Mana?" soal Zahari pula.

"Kat belakang baju awak." balas Azlina.

"Buanglah," suruh Zahari sambil menyau belakang tubuhnya.

"Hah," mata Azlina sudah besar. Patut ke dia yang kena buangkan haiwan itu?

"Cepatlah buang," gesa Zahari saat melihat isterinya tidak bergerak langsung. Macam mana dia nak kuis, bukan anak matanya di belakang kepala?
Azlina tersentak. Arahan encik suami kenalah patuh. Dia terlihat ada satu ranting kecil. Dikutipnya ranting itu. Dengan tangan yang terketar-ketar, hujung ranting itu mendekati si cicak yang nampak seperti sedang senyum mengejek ke arahnya. Laju tangan menguis cicak itu dan akhirnya, selamat tinggal cicak. Kedua bahunya diangkat lagi dan digoyangkan. Benar-benar dia kegelian. Pantas Azlina berpaling.

"Nak ke mana pula tu?" soal suaminya yang menautkan kening. Macam-macam kerenah isterinya itu.

"Nak cari cermin mata." Jawab Azlina sambil tersedu-sedan pula.

Mujurlah kaca matanya tidak pecah. Menyambung kembali sedu-sedannya, dia meneruskan semula perjalanan bersama suaminya yang tercinta. Tubuhnya kini elok sahaja bertenggek di atas motorsikal suaminya, kembali menjadi pembonceng. Lagi bertambah sakit hatinya melihat encik suami sedang terbahak-bahak, mentertawakannya. Patut ke?




Last edited by wipers81 on 5-5-2014 04:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:15 PM | Show all posts
interesting.... hehehehe... sgt sarat dgn idea TT ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2014 04:28 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 5-5-2014 04:15 PM
interesting.... hehehehe... sgt sarat dgn idea TT ni...

Zamzam, sebenarnya itu pengalaman sebenar saya dan suami. Encik suami memang bantai gelakkan saya habis-habisan tau.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 04:49 PM | Show all posts
wipers81 posted on 5-5-2014 04:28 PM
Zamzam, sebenarnya itu pengalaman sebenar saya dan suami. Encik suami memang bantai gelakkan saya  ...

bakat seorang penulis sgt kreatif walaupun garapan berkisarkan pengalaman sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:26 PM | Show all posts
latih tubi 6 tu kisah benar ke, wiper? hehe. siap buang spec tu. nasib baik tak melekat kat wiper cicak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bianglala posted on 5-5-2014 06:26 PM
latih tubi 6 tu kisah benar ke, wiper? hehe. siap buang spec tu. nasib baik tak melekat kat wiper ci ...

Lala. Kalau betul melekat seminggu saya demam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074668 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list