CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7139|Reply: 106

[Tempatan] Setakat ada RM1 juta bukan lagi dianggap jutawan

[Copy link]
Post time 4-5-2014 07:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Memiliki RM1 juta tidak lagi layak digelar jutawan sebaliknya mereka yang ingin mencapai status tersebut perlu memiliki sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.26 juta).
Bagaimanapun, bagi mereka yang hanya mempunyai AS$1 juta tetapi tidak dilaburkan, ia juga tidak membawa sebarang makna kerana dana kekayaan itu tidak berkembang.
Ketua Pegawai Akademik Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi (gambar) berkata,  perkara itu amat penting memandangkan Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 68,000 individu berpendapatan tinggi bersih (HNWI) yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak AS$330 bilion (RM1.08 trilion) menjelang 2015.   
“Di luar sana, sebenarnya ramai orang yang sibuk membuat duit tetapi tidak melaburkannya. Malah, ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat pelaburan. Jadi, mereka ini perlu dibimbing dan diberi nasihat memandangkan pasaran bagi industri pengurusan kekayaan amat besar dan berpotensi luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel bagi sesi perbincangan yang menyentuh topik tentang Masa Depan Industri Pengurusan Kekayaan Islam di Malaysia sempena Simposium Pengurusan Kekayaan Islam 2014 di sini hari ini.
Seminar tersebut dianjurkan oleh BNP Paribas-INCEIF dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
Turut terlibat pada sesi tersebut ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC, Saiful Bahari Baharom dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Islam Antarabangsa Bersekutu, Dr. Mohd. Daud Bakar.
Menurut Syed Othman, dari segi pasaran global di peringkat Asia, HNWI China menguasai aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak AS$8.8 trilion (RM28.74 trilion) berbanding jumlah keseluruhan iaitu AS$15.8 trilion (RM51.59 trilion) yang disumbangkan oleh 2.28 juta HNWI menjelang 2015.
“Baki daripada jumlah itu disumbangkan daripada negara-negara Asia lain termasuk Malaysia," katanya.  
Bagaimanapun kata beliau, kesedaran tentang pengurusan kekayaan di Malaysia masih berada di tahap yang lemah sedangkan ia memiliki potensi untuk berkembang dengan baik.
“Dalam tempoh lima tahun, pengurusan kekayaan di Malaysia akan mencapai pertumbuhan 100 peratus didorong oleh perkembangan positif dari segi aset persendirian," jelasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 07:13 PM | Show all posts
rakyat indon rata2 jutawan.
jutawan rupiah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo macam tu......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 07:45 PM | Show all posts
lagi best jadi jutawan senyap..
low profile ajer..

ai target sebelom umo 40 (2018)..
amin.. Last edited by capiloton on 4-5-2014 07:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa iols darjah 4..masa ada sorang mamat tu menang rancangn morejutaria...dia pilih rm 1 juta instead of ferrari...masa tu iols ingt si samrin ni bertuah xperlu keje smpai tujuh keturunan...

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rmh aku   kalau Kira tu dah jadikan aku jutawan....to pasaipa aku sengkek memanjang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2014 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak tak kaya takper... cukuplah tak der hutang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:00 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 4-5-2014 08:36 PM
Rmh aku   kalau Kira tu dah jadikan aku jutawan....to pasaipa aku sengkek memanjang

pasai ko x bayar zakat
mungkin aset ko x cair, tu pasal sengkek memanjang...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 09:02 PM | Show all posts
Memang kat malaysia ni ramai orang tak pandai melabur dan mengurus kekayaan. Pasai depa lebih hati hati dengan penyangak dan penipu. Nak ajak jadi rakan kongsi la, proposal niaga yang canggih dsb. Last sekali modal kemana untung kemana.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 4-5-2014 09:00 PM
pasai ko x bayar zakat
mungkin aset ko x cair, tu pasal sengkek memanjang...

Zakat tu priority aku. Siap dpt refund 4 ribu lebih lg. Cuma aku rasa aku tak easilyspend duit mcm org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:10 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 4-5-2014 09:03 PM
Zakat tu priority aku. Siap dpt refund 4 ribu lebih lg. Cuma aku rasa aku tak easilyspend duit mcm ...

hehehe alhamdulillah .
mesti ko belanja ikut suka tangan ko..main tarik jer duit lam wallet

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton posted on 4-5-2014 07:45 PM
lagi best jadi jutawan senyap..
low profile ajer..


Buat bisnes ke. Ke masuk mlm? Share la uols
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:24 PM | Show all posts
bambimo posted on 4-5-2014 08:22 PM
Masa iols darjah 4..masa ada sorang mamat tu menang rancangn morejutaria...dia pilih rm 1 juta inste ...

dia besarkan kedai basikal ayah dia kan?.....
tak tau apa jd dgn dia pastu......
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:28 PM | Show all posts
tak sempat nak jadi jutawan lah .. tahun depan dah kena GST. nasik lemak sebungkus Rm10.. jgn harap lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:39 PM | Show all posts
jazaa posted on 4-5-2014 09:24 PM
dia besarkan kedai basikal ayah dia kan?.....
tak tau apa jd dgn dia pastu......

sejak dia menang 1juta tu, saban hari ada je org dtg lawat dia, ngaku sedara la.
pstu mnta bantuan la

smpai dia pening paler.

sebab tu skrg dia senyap aja..


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:48 PM | Show all posts
bambimo posted on 4-5-2014 08:22 PM
Masa iols darjah 4..masa ada sorang mamat tu menang rancangn morejutaria...dia pilih rm 1 juta inste ...

last2 dia buka kedai letrik & hidup biasa2 jer kan...  pernah terbaca dlm mastika majalah tahyul tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 09:50 PM | Show all posts
Odyman posted on 4-5-2014 09:02 PM
Memang kat malaysia ni ramai orang tak pandai melabur dan mengurus kekayaan. Pasai depa lebih hati h ...

sbb mrk masuk forex ranjau ... masuk skim nak kaya dgn cepat. tak mau lambat2
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 09:56 PM | Show all posts
xpela aku jd tahap ribuan pn....jnji xda hutang...blum tntu lg pn dpt smpi umur 40 ntah2 mati dlu....mls nk kumpul hrtaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:29 PM | Show all posts
diterangkan tak mcm mana nak buat pelaburan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 4-5-2014 08:22 PM
Masa iols darjah 4..masa ada sorang mamat tu menang rancangn morejutaria...dia pilih rm 1 juta inste ...

iols ingat lg dia pilih huruf ngikut namanya. dan perkattan yang tersembunyi tu aku x brapa ingat, tapi ada ... lori. lori angkut sampah kalau x silap.  lps dia menang, berderet bapak org dtg minang dia tuk anak dara memasing. hahaha. tp dia dgr ckp bapak, kawin dgn sepupu. pastu dia bkk kedai jual peralatan letrik. skrg tak tau apa cite dia. dah bercucu kut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.450460 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list