CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7096|Reply: 106

[Tempatan] Setakat ada RM1 juta bukan lagi dianggap jutawan

[Copy link]
Post time 4-5-2014 07:04 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Memiliki RM1 juta tidak lagi layak digelar jutawan sebaliknya mereka yang ingin mencapai status tersebut perlu memiliki sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3.26 juta).
Bagaimanapun, bagi mereka yang hanya mempunyai AS$1 juta tetapi tidak dilaburkan, ia juga tidak membawa sebarang makna kerana dana kekayaan itu tidak berkembang.
Ketua Pegawai Akademik Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi (gambar) berkata,  perkara itu amat penting memandangkan Malaysia menyasarkan untuk mempunyai 68,000 individu berpendapatan tinggi bersih (HNWI) yang memiliki pendapatan terkumpul sebanyak AS$330 bilion (RM1.08 trilion) menjelang 2015.   
“Di luar sana, sebenarnya ramai orang yang sibuk membuat duit tetapi tidak melaburkannya. Malah, ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat pelaburan. Jadi, mereka ini perlu dibimbing dan diberi nasihat memandangkan pasaran bagi industri pengurusan kekayaan amat besar dan berpotensi luas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel bagi sesi perbincangan yang menyentuh topik tentang Masa Depan Industri Pengurusan Kekayaan Islam di Malaysia sempena Simposium Pengurusan Kekayaan Islam 2014 di sini hari ini.
Seminar tersebut dianjurkan oleh BNP Paribas-INCEIF dan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
Turut terlibat pada sesi tersebut ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Labuan IBFC, Saiful Bahari Baharom dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Islam Antarabangsa Bersekutu, Dr. Mohd. Daud Bakar.
Menurut Syed Othman, dari segi pasaran global di peringkat Asia, HNWI China menguasai aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak AS$8.8 trilion (RM28.74 trilion) berbanding jumlah keseluruhan iaitu AS$15.8 trilion (RM51.59 trilion) yang disumbangkan oleh 2.28 juta HNWI menjelang 2015.
“Baki daripada jumlah itu disumbangkan daripada negara-negara Asia lain termasuk Malaysia," katanya.  
Bagaimanapun kata beliau, kesedaran tentang pengurusan kekayaan di Malaysia masih berada di tahap yang lemah sedangkan ia memiliki potensi untuk berkembang dengan baik.
“Dalam tempoh lima tahun, pengurusan kekayaan di Malaysia akan mencapai pertumbuhan 100 peratus didorong oleh perkembangan positif dari segi aset persendirian," jelasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 12:07 AM | Show all posts
axl_bach posted on 5-5-2014 11:25 PM
jutawan mmg spending habit cenggini ker??bukanb dorg lagi lokek ker, kira every penny....

Selalu rappers LA sana je belanja cmni. Duit cash masuk keluar cepat sangat, tak sempat dah nak pergi bank.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 12:02 AM | Show all posts
R2D2 posted on 5-5-2014 11:51 PM
sebab tu melayu bila tetiba jadi jutawan
dipijaknya atas bumbung kereta sambil tayang duit

Tayang je, belanja nye tak, sebab nak bayar loan kereta yang dipijak tu. heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2014 11:51 PM | Show all posts
sebab tu melayu bila tetiba jadi jutawan
dipijaknya atas bumbung kereta sambil tayang duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 11:25 PM | Show all posts
Lagubestbest posted on 5-5-2014 06:43 PM
Kalau tak mampu dengan selamber bawak duit kertas segenggam ikat dengan gelang getah. Kemudian berbe ...

jutawan mmg spending habit cenggini ker??bukanb dorg lagi lokek ker, kira every penny....

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 10:07 PM | Show all posts
jazaa posted on 5-5-2014 09:55 PM
akak pernah baca paper....
sorang pompuan tu menang rumah harga rm300k++, peraduan petronas...... ...

..........jom2 mana tau dpt mmcm mak cik yg menang 1 juta tu...dah nk juai ssp tu tapi x  jadi sbb ada org yg menahannya...moga ada rezeki kita pulak...berdoa dan jangan putus asa ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2014 09:55 PM | Show all posts
jojo67 posted on 5-5-2014 09:39 PM
mana aci...bmw ka merc ka mana sama satu juta.....hihi kalu pi bayaq bil akak selalu tau se ...

akak pernah baca paper....
sorang pompuan tu menang rumah harga rm300k++, peraduan petronas......
dia kata sejak masuk peraduan tu, dia sekeluargaselalu buat solat hajat kintak menang peraduan tu lah.....
jom jojo kiita rajin- rajin kan diri buat solat hajat......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:39 PM | Show all posts
jazaa posted on 5-5-2014 09:24 PM
Hish.....mana aci......
Akak nak rm1jota......jojo ambik lah keta Bmw tu ke....merc ke.....
akak ...

mana aci...bmw ka merc ka mana sama satu juta.....hihi kalu pi bayaq bil akak selalu tau sembang ngan depa kat kaunter bsn tu....taun ni konon2 nak bagi kondo kat kl tapi x jadi ....taun ni duit tunai satu juta lagi.....keta kalu pi tolak balik memang susut banyak gak....huhu memang dok berangan la ni ni....moga jadi kenyataan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 09:35 PM | Show all posts
Tak ada 1 Juta pun tak apa
yg paling utama bebas hutang...hutang rumah,kereta,kedit Card
dah ada simpanan hari tua di ASB
dan sponsor bulanan dari family mertua
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_rambutan posted on 4-5-2014 10:44 PM
dulu dengar suku juta pon dah rasa kaya raya... skang sengah juta dpt rumah teres jah... kira org2 k ...

Stgh juta dpt teres, suku juta dpt flat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:24 PM | Show all posts
jojo67 posted on 5-5-2014 09:04 PM
mudah2an  kita menang....tapi akak nk hadiah yg  satu juta tu, jazaa ambik yg lain2 naa...

Hish.....mana aci......
Akak nak rm1jota......jojo ambik lah keta Bmw tu ke....merc ke.....
akak pakai keta yg dah menopouse pun tak kisah janji dlm tgn ada rm1 jota.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:04 PM | Show all posts
jazaa posted on 5-5-2014 12:58 PM
aku pun berdoa nak menang ssp tu gak ......
nanti berebut le pulak kita ek......

mudah2an  kita menang....tapi akak nk hadiah yg  satu juta tu, jazaa ambik yg lain2 naa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:02 PM | Show all posts
imransulaiman posted on 5-5-2014 01:11 PM
Saya baru 4 kali menang cabutan SSP ni... Huhuhuhu!

huhu....bestnya..... bertua hang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:43 PM | Show all posts
Kalau tak mampu dengan selamber bawak duit kertas segenggam ikat dengan gelang getah. Kemudian berbelanja tanpa tengok harga, main tarik bayar keep the change tiap kali. Tu kira bukan jutawan la tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 03:32 PM | Show all posts
1 juta.. range rover evouqe rm350k .. land house rm400k.. buat modal meniaga rm200k ..rm50k labur dalam public mutual.. tak jutawan takpe asal hati gumbira
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala ade 1juta pon...lhdn kejar gak..gomen gal kayo..rakyat kayap..atas kertas je 1jooota..hakikatnya...nan adooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 03:20 PM | Show all posts

..... makin jauh impian ......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 02:38 PM | Show all posts
kalo aku dh ade 1 juta pon x pe...rs mcm dh byk sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 02:11 PM | Show all posts
Ada RM satu juta tapi tak pandai rolling duit jd berjuta.

Baik rendam kepala lam sinki.

Masuk ASB jer blh dpt RM80K setaun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 02:03 PM | Show all posts
bambimo posted on 4-5-2014 08:22 PM
Masa iols darjah 4..masa ada sorang mamat tu menang rancangn morejutaria...dia pilih rm 1 juta inste ...

agak agak apa nasib dia klu dia pilih Ferrari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.078369 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list