CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35401|Reply: 397

Bila novelis demand macam2 untuk drama adaptasi novel beliau!

[Copy link]
Post time 6-5-2014 12:54 AM | Show all posts |Read mode
            Ziela Jalil Nyaris Batalkan Penggambaran Kerana Syarat Tidak Masuk Akal Novelis       
Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:05 AM
                                


Ziela Jalil anggap syarat penulis novel tidak munasabah.


   
    PETALING JAYA: Penerbit drama Ziela Jalil nyaris membatalkan penggambaran telefilem adaptasi novel berjudul Perempuan Lindungan Kaabah berikutan terlalu banyak syarat yang diletakkan oleh penulis novel tersebut.  Ziela berkata, pada peringkat awal penulis novel yang dikenali sebagai Hana Ilhamy bersetuju untuk karyanya itu diadaptasi kepada drama namun selepas segalanya berjalan lancar dia meletakkan beberapa syarat lain yang sukar dilaksanakan sebelum memulakan penggambaran.   

“Kami masih dalam proses perbincangan lagi kerana pada awalnya semua berjalan lancar, namun bila mahu memulakan penggambaran penulis novel ini pula letak macam-macam syarat.   

“Dia mahu perempuan yang melakonkan watak itu perlu seorang yang benar-benar bertudung, watak pasangan suami isteri hendaklah pasangan suami isteri yang sebenar sementara karya itu pula hanya perlu disiarkan untuk stesen televisyen AlHijrah sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.   

Dalam pada itu, Ziela berkata, jalan cerita novel tersebut yang mempunyai beberapa babak dalam sebuah kelab malam dan kehidupan skandal suami menyukarkan watak tersebut dilakonkan oleh pasangan pelakon suami isteri yang sah.   

“Syarat tersebut tidak munasabah kerana jalan cerita novel berkenaan mahukan watak perempuan itu pada mulanya tidak bertudung dan sering ke kelab malam.   

“Sementara itu, jalan cerita yang banyak memaparkan kehidupan hitam tidak layak untuk tayangan AlHijrah kerana stesen televisyen itu mempunyai garis panduan tertentu,” ujarnya.   

Bagaimanapun, tambah Ziela, ketika mahu membatalkan perjanjian tersebut, penerbit novel tersebut iaitu Karya Seni menghubunginya sekali lagi bagi membincangkan semula hal tersebut dan mempersetujui penggambaran berkenaan perlu diteruskan tanpa syarat.   

“Bila banyak syarat, saya mahu batalkan sahaja dan buat semula skrip lain tetapi pihak mereka baru sahaja hubungi saya untuk membincangkan semula hal itu,” katanya.   

Telefilem yang bakal ditayangkan pada Ramadan ini akan memulakan pengambaran pada pertengahan Mei depan.

Jelas Ziela, dia juga memilih negara Turki sebagai salah satu lokasi penggambaran telefilem bercorak keagamaan ini.   

Telefilem ini membariskan artis- artis popular seperti Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose dan Keith Foo.




  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 01:28 AM | Show all posts
banyak sgt adaptasi sekarang ni..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Opkos akak ziela x mo... Dia suka gesel2an...

anyway best ke novel ni... Setakat yg diangkat jd drama n telefilm semua hampeh... Kdg2 cite best.. Pelakon plak x best
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:29 AM | Show all posts
pompuan ni ingat senang agaknya buat filem modal air liur je.....tak professional langsung...dah perabih duit masa akak zila discuss ngan dia pastu banyak bunyik plak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 04:35 AM | Show all posts
CrowneGlory posted on 6-5-2014 01:34 AM
Opkos akak ziela x mo... Dia suka gesel2an...

anyway best ke novel ni... Setakat yg diangkat jd  ...

hahaha. kak zila suka adegan gesel2 reminiscence zaman tarzan rimba beliau

tapi ada point gak ckp kak zila, kalau tengok permintaan dia, nak pelakon bertudung, tapi citer sendiri tulis x bertudung mula2, ada jalan cerita kelab malam... so kira permintaan yang kurang munasabah sangat. motif penulis x baca cerita sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya 4 pelakon tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2014 06:07 AM | Show all posts
nvl ape eh? xbc nvl latest2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 6-5-2014 01:34 AM
Opkos akak ziela x mo... Dia suka gesel2an...

anyway best ke novel ni... Setakat yg diangkat jd  ...

Pasal sorang ustazah tudung labuh kahwin dengan abang angkat yang kaki botol
N macamana ustazah ni lenturkan si suami
N macaman si ustazah ni hadap fitnah lepas kawin

Part paling best bila si suami jatuhkan ego bini yang anggap diri dia suci mirni banding suami yang banyakkkkkk dosa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon posted on 6-5-2014 04:35 AM
hahaha. kak zila suka adegan gesel2 reminiscence zaman tarzan rimba beliau

tapi ada point ...

Yang keluar kelab mamal tu yang suami
Memang kaki pompuan n kaki joli
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
yusuke22 posted on 6-5-2014 06:07 AM
nvl ape eh? xbc nvl latest2 la...

Lama punya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Karya penulis ni memang banyak keagamaan
Kalau nak baca online google j dulu

Maulana..
Ada lagi tapi entah lupa

Last edited by alinone78 on 6-5-2014 06:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Penulis ni buat macam tu sebab banyak drama adaptasi yang lari dari konsep asal
The worst adaptation pada aku Playboy itu Suami Aku
Pelakon teruk

Skrip yang lari banyak pula
The Wedding Breaker
Tspi dapat sambutan hangat sebab Keith Foo n Fathia Cun

Mungkin penulis ni nak elak hasil tulisan jadi macam kisah Jebat yang Sharnaz n Nelydia lakon tu kot
Katanya melampau aksinya
Bukan Aku Tak Chenta
Last edited by alinone78 on 6-5-2014 06:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:21 AM | Show all posts
Keith Foo lagik? Best sangat ke si KF ni berlakon? Sorry yer karatz KF.. Mentang2 ler ko dok adore si KF yer ziela haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kkdang novel ni xhagak2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 06:57 AM | Show all posts
so, ape komen kak novelis??...jemput masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:26 AM | Show all posts
ziela jalil bukan artis yg cucuk muka ke? ke akak salah orang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2014 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
alinone78 posted on 6-5-2014 06:14 AM
Penulis ni buat macam tu sebab banyak drama adaptasi yang lari dari konsep asal
The worst adaptatio ...

Aku mmg xsuka tgk filem or citer adaptasi novel. Jalan cite byk lari.. mesej penulis tak sampai pon kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:31 AM | Show all posts
Novel melayu hampas semuanya. I stopped reading one in 2003.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 07:37 AM | Show all posts
alinone78 posted on 6-5-2014 06:14 AM
Penulis ni buat macam tu sebab banyak drama adaptasi yang lari dari konsep asal
The worst adaptatio ...

mcm tu rupanya. tapi aku tengok permintaan penulis novel ni lain daripada lain. dari segi jalan citer, mungkin dia ada hak kot. tapi pelakon tu, siap detail nak suami isteri betul2 katanya..lagi bahaya kot.. nanti kontroversi mcm rashidi ngan vanida masa blakon citer untuk tiga hari...

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Novel ni aku baca dlm bod buku sane..sblm publish penulis karang dlm cari ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54358 Replies : 20
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280822 Replies : 8282
'Tak takut ke esok Allah hisab?', setelah viral kawan rapat tolong langsaikan hutang Che Ta dengan kontraktor
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 37616 Replies : 117
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 1863 Replies : 1
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98301 Replies : 1013
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 1515 Replies : 0
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 75346 Replies : 719
[tvN/Disney+ 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju Ji Hoon, Jung Yu Mi ~ 23 November 2024
Rahah[tvN/Disney+ 2024] LOVE YOUR ENEMY - Ju
Views : 28557 Replies : 140
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 26323 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049760 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list