CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11661|Reply: 109

[Tempatan] [ Edisi Paritdah ] : Bekas pembantu akaun syarikat Fareeda didakwa

[Copy link]
Post time 7-5-2014 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bekas pembantu akaun syarikat Fareeda didakwa
OLEH:
Tarikh: May 6, 2014

Bekas Pembantu Akaun syarikat Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Normala Mohd Ali, 25, (depan, kiri) bersama enam yang lain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan memperdayakan pengarah urusan syarikat itu yang membabitkan kerugian berjumlah RM57,414.74 di Kajang, hari ini. - Foto Bernama
KAJANG - Seorang bekas pembantu akaun syarikat pengeluaran tudung terkenal Fareeda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap 20 pertuduhan menipu pengarah urusan syarikat itu berhubung pembayaran gaji pekerja membabitkan kerugian berjumlah RM57,414.74 antara November 2013 hingga Januari lepas.
   
Normala Mohd Ali, 25, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
   
Bagi tiga pertuduhan pertama, Normala didakwa menipu Pengarah Urusan syarikat Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Aminuddin Basirron, 44, untuk mempercayai representasi satu akaun Maybank milik Noradibah Mohd Razib, 25, adalah pekerja syarikat itu sehingga mendorong Aminuddin membuat pengesahan pembayaran gaji ke dalam akaun Nur Adibah.
   
Bagi 13 pertuduhan lagi, Normala bersama enam rakannya termasuk seorang wanita didakwa dengan niat bersama menipu Aminuddin untuk mempercayai representasi enam akaun Maybank adalah milik enam pekerja syarikat Fareeda Global Resources sehingga mendorong Aminuddin membuat pengesahan pembayaran gaji ke dalam semua akaun tersebut.
   
Rakannya itu ialah Intan Suria Abdul Rahman, 33, Mohamad Azuwad Mohd Nor, 26, Mohd Fakrul Razib Mohd Ali, 35, Muhammad Alif Farhan Johari, 25, Mohd Amirul Bedoh Lahata, 21, dan Khairul Azimi, 27, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Normala turut didakwa terhadap empat pertuduhan bersubahat dengan bekas kerani syarikat, Mohamed Nazreen Shah Yem, 21, untuk menipu Aminuddin bagi tujuan sama membabitkan Muhammad Alif Farhan dan Mohd Amirul.
   
Mohamed Nazreen, yang juga didakwa atas kesalahan bersubahat itu, bagaimanapun mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dan mengaku tidak bersalah bagi tiga pertuduhan lain.
   
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan dalam tiga kejadian berasingan iaitu pada 28 Nov 2013, 30 Dis 2013 dan 29 Jan 2014 di pejabat syarikat itu beralamat No. 69A-71A, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini.
   
Bagi kesalahan menipu, Normala dan enam tertuduh lain didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan.
   
Normala dan Mohamad Nazreen juga berdepan hukuman sama apabila didakwa mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kerana bersubahat.

Aina Azahra membenarkan Normala diikat jamin sebanyak RM122,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan manakala Mohamad Nazreen dibenarkan diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin.
   
Enam tertuduh lain dibenarkan diikat jamin antara RM6,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang.
   
Mahkamah menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamalah manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.  - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Paritdah kne tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:11 AM | Show all posts
Fareeda dah go global ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:15 AM | Show all posts
Jgn pakai tudung kalau tak mampu BELI
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:16 AM | Show all posts
cemaner leh kantoi ek
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni pasal tpu byr gaji prkerja ker? Patut xsilp hrtu ada bc kt ci juga xsilap dia kata pareedah byr gaji murah ke camne.. Tp ada mslh gaji lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2014 10:24 AM | Show all posts
tak habis2 lagi ke paridah ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:28 AM | Show all posts
Aminuddin yg BODOH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur muda lg dah tere songlap..gaknya konsep robin hood kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:33 AM | Show all posts
paridah paridah paridah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:37 AM | Show all posts
mula lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:41 AM | Show all posts
Bosan la dgn cite paridah ni.. mcm2 hal sejak akhir2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:43 AM | Show all posts
Mudahnya ditipu orang muda.
Nampak sangat selama ni main sign je apa2 cek, dokumen.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:46 AM | Show all posts
nie kes embezzlement ke apa? malas nak baca, tapi ramai jugak accountant perempuan
yg kaki songlap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:53 AM | Show all posts
edoraixora posted on 7-5-2014 10:16 AM
cemaner leh kantoi ek

bykla fakto yg bole menjurus kekantoian..bila ujung2 buat odit kena concile contribution paychk/epf/socso rekod segala..hbisla


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 10:55 AM | Show all posts
Herlina posted on 7-5-2014 10:43 AM
Mudahnya ditipu orang muda.
Nampak sangat selama ni main sign je apa2 cek, dokumen.

paling risiko bilakeje ngn org terlalu percaya pda pekerja..amanah yg paling crucial bila possibilities nk songlap tu senang sgt..lagi2 kalau kita rasa gaji cipot dgn keje yg berlambak..tapi kalau dh kaki songlap ..cepat rabun mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 10:56 AM | Show all posts
elohim bayar cash?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:02 AM | Show all posts
akak jual tudung saji takde pekerja songlap pun.

tudung saji jenama fardah. siap ada awning lg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:04 AM | Show all posts
14 pertuduhan?
songlap 57k jah?

should learn from the best.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 11:08 AM | Show all posts
rospinki posted on 7-5-2014 10:53 AM
bykla fakto yg bole menjurus kekantoian..bila ujung2 buat odit kena concile contribution paychk/ep ...

aku saje nk tau kaedahnye jer
sebab kt opis aku ni, aku syak ade org seleweng duit kampeni
tapi aku xde bukti, cume rase syak jer
tu yg nk tau tu, kot boleh bagi idea kt aku utk kantoikan org tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.167691 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list