CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7462|Reply: 1

Khairy Jamaluddin yakin venue SUKMA Perlis 2014 siap sepenuhnya

[Copy link]
Post time 13-5-2014 01:08 PM | Show all posts |Read mode


Semua acara Sukan Malaysia XVII (Sukma-17) yang bermula 24 Mei ini akan berlangsung di Perlis, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.

Namun begitu beliau berkata acara akuatik akan diadakan di Kompleks Akuatik Gunung Keriang, Kedah sekiranya kolam renang untuk acara itu di sini tidak siap atau tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Ini adalah Sukma Perlis. Kita nak buat semuanya di sini kerana ia akan menjadi kebanggaan rakyat Perlis," katanya kepada pemberita selepas meninjau venue untuk Sukma di sini Isnin.




Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis, Abdul Jamil Saad, Ketua Pengarah Majlis Sukan Malaysia (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Perlis (JKR), Azizan Abd Rahman.

Sebelum itu beliau turut mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Khairy berkata kolam renang kini hanya 73 peratus siap, dewan bagi acara badminton 69 peratus siap manakala venue lain telah sedia untuk digunakan.

"Saya yakin jaminan yang diberikan JKR dan kontraktor kedua-dua venue ini (renang dan badminton) dapat disiapkan dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada 15 Mei ini. Selepas itu ia akan diuji untuk mendapat sijil kelulusan supaya layak digunakan.

"Dalam keghairahan untuk disiapkan, kita tidak mahu wujud keraguan. Apa sahaja venue khususnya kolam renang mesti disahkan selamat atau acara akuatik akan dilangsungkan di Gunung Keriang.

"Kita tidak berkompromi perkara melibatkan keselamatan atlit dan orang ramai. Kita mahukan kepastian. Jika Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) kata kolam renang tidak selamat, kita terima," katanya.

Beliau berkata Kompleks Akuatik Gunung Keriang telah siap dibaik pulih dan sedia untuk penganjuran acara akuatik Sukma Perlis manakala Dewan Badminton Universiti Malaysia Perlis menjadi pilihan sekiranya Dewan Badminton Sukma tidak boleh digunakan.

Sebanyak 10,673 atlit, pegawai, pegawai teknikal dan sukarelawan terbabit dengan temasya itu bermula 24 Mei hingga 4 Jun.

Mengenai persiapan lain, Khairy berkata penginapan untuk atlit, pengangkutan, penyediaan makanan, sistem teknoloji dan keselamatan antaranya berada pada tahap baik.

Katanya kelewatan menyiapkan venue berpunca dari sistem perolehan sejak awal semasa kerja-kerja pembinaan ditawarkan sebanyak dua kali untuk melantik kontraktor baru.


Kredit: http://www.sports247.my/v1/2014/05/khairy-confident-with-sukma-2014-venue-delivery/

Lain - lain berita SUKMA Perlis 2014 - http://www.sports247.my/v1/tag/sukma-xvii-perlis-2014/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2014 09:17 PM | Show all posts
Handsome nya khairry macam james bond.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.111018 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list