CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2623|Reply: 0

Ayam Brand CSR Campaingn 2014

[Copy link]
Post time 14-5-2014 12:22 PM | Show all posts |Read mode
AyamBrand Lancar Kempen Masyarakat Penyayang
“DietSihat Untuk Kreativiti” 2014
4 Rumah Kebajikan di Kelantan & Terengganu Terima Bekalan ProdukAyam Brand Selama 2 Bulan, Sertai Cabaran Seni Kreatif

Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat, tanpatambahan pengawet dan tanpa MSG tambahan, kini didalam misi membantu lebihramai golongan kurang bernasib baik untuk memupuk idea kreatif mereka melaluiKempen Masyarakat Penyayang “Diet Sihat Untuk Kreativiti” 2014.

Dalam tahun ketujuhnya, Kempen Masyarakat PenyayangAyam Brand ini akan menyaksikan sumbangan produk yang mencukupi untuk kegunaanharian selama dua bulan ke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia.Ia akan membekalkan 2,200 orang anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan wargaemas dengan produk makanan bertin yang mudah disediakan, sihat dan berkhasiat.

Kempen ini adalah sebahagian daripada programTanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan sehingga kinitelah dimanfaatkan lebih daripada 13,200orang dari 264 organisasi kebajikan.

Kempen ini telahdilancarkan di Kelantan dengan sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (YAATIM) Kelantan,Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kelantan(PEKA YATIM) dan Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA)Terengganu. Wakil-wakil pertubuhan tersebut hadir untuk menerima produk Ayam Brand termasuk tuna, mackerel dankacang panggang.


Rumah-rumahkebajikan di Johor, Kedah, Perlis, Penang,Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah andSarawak juga akan turut menerima sumbangan.

AyamBrand memberi penekanan terhadap sumbangan produk sajian ikan di dalam tin keranakebanyakan rumah kebajikan kurang mendapat bekalan ikan seperti tuna danmackerel yang kaya dengan Omega-3, asid lemak penting yang tidak dapatdihasilkan oleh badan. Omega-3 boleh membantu mencegah  penyakit jantung koronari, merangsangaktiviti sihat saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem ketahanan tubuh danmenggalakkanpertumbuhan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan dayapenglihatan dan otak di kalangan kanak-kanak.

Olehkerana kebanyakan badan kebajikan menghadapi kekurangan pekerja, produk makanandalam tin Ayam Brand adalah pilihan yang ideal bagi mereka menyediakan makanan dengansegera tanpa sebarang masalah.

Kempenpada tahun ini akan memperkenalkan Cabaran Seni Kreatif Ayam Brand dengan tema“Merah dan Kuning” yang menggemakan warna korporat Ayam Brand. Ia bertujuanmemupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerjaberpasukan.

“AyamBrand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan yang lebihpelbagai. Kami berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepada kanak-kanak,mereka akan mendapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan ikan,selain dapat meringankan beban pekerja dengan penyediaan resipi yang cepatdimasak,” kata wakil Ayam Brand, Cik Marie-Magali Falcoz.

“Kamiingin memperkembangkan kreativiti mereka melalui Cabaran Seni Kreativiti AyamBrand sebagai cara untuk mereka merealisasi potensi diri, menyemai bakat dalammezahirkan fikiran dan emosi menerusi seni, membangunkan identiti dan mewarnaikehidupan mereka,” jelas Cik Falcoz lagi.
Setiapbadan kebajikan menghantar satu hasil seni ciptaan para penghuni mereka.Hasil-hasil seni dihasilkan dalam pelbagai bentuk, daripada lukisan di ataskertas ke kraftangan tradisional, tenunan, pertukangan kayu, ukiran kayu, sulaman,multimedia atau landskap taman.

Tuan Haji Mohammad bin Yaakob dari Yayasan Kebajikan Anak-AnakYatim (YAATIM) Kelantan yang berucap bagi pihak semua badan kebajikan penerima memberitahusumbangan Ayam Brand amat dihargai kerana ia menambah kepelbagaian dan nutrisi kepadapemakanan harian para penghuni. Ianya cepat serta mudah untuk disediakan.  

“Kamimerakamkan penghargaan kepada Ayam Brand kerana bermurah hati memberi sumbanganmakanan bertin yang sihat dan enak. Para penghuni begitu menggemari produk-produkini dan pekerja kami menghargai betapa cepatnya mereka boleh menyediakan hidanganlazat untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak juga seronok dapat menyiapkan hasilseni mereka bagi Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand. Kami sentiasa mengalu-alukanKempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand, bukan sahaja kerana produknya yang enaktetapi juga kerana aktiviti dan interaksi yang dianjurkan,” kata Tuan Haji Mohammad bin Yaakob.
Last edited by TheSamaritan on 14-5-2014 12:23 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062018 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list