CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 0

Jom Raikan Sambutan 15 Mei Setiap Tahun

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2014 02:15 PM | Show all posts |Read mode


Raikan Hari Keluarga Antarabangsa 15 Mei Dengan Kempen “Better Together with Oreo”

Ramai  orang pada amnya memahami betapa penting meluang masa bersama keluarga.   Namun perkara lain sering dijadikan keutamaan bahkan mengatasi tempat  orang tersayang hinggakan ketika bersama sekali pun, turut terganggu dek  sibuk melayan alat peranti. Ahli keluarga mungkin berada secara fizikal  dekat di mata dalam bilik yang sama, namun mereka jauh di hati, dalam  erti kata ikatan keluarga sebenar. Inilah sebabnya Oreo merancang  gerakan perubahan menggalak keluarga Malaysia untuk bersantai “unplug”  dan meluang masa bersama dalam program Hari Keluarga Antarabangsa (15Mei) menerusi kempen “Saat Bersama Dengan Oreo.

Hubungan akrab keluarga dan kebersamaan adalah teras nilai Oreo, dan tahun ini Oreo ingin  meneruskan peranan sebagai penghubung keakraban keluarga Malaysia  menerusi sentimen terputus kepada menjalin tali pencantum. Oreo bukan  asing dalam meraikan keluarga, sama ada ibu, bapa, anak perempuan dan  anak lelaki. Kami memperjuang perayaan kebersamaan keluarga, dan  berharap menerusi kempen ini, dapat memperkasa keluarga di seluruh  negara untuk mengabadikan masa akrab bersama orang tersayang

Bagi terus memberi inspirasi kepada  warga Malaysia untuk mendedikasi dan memberi komitmen kepada detik-detik  bersama dengan keluarga sempena meraikan Hari Keluarga Antarabangsa, Oreo bakal  bekerja sama dengan restoran Secret Recipe terpilih di Lembah Kelang  dari 15 – 18 Mei ini. Ahli sekeluarga boleh berkunjung terus ke kedai  Secret Recipe terdekat dan menyertai sesi “unplugging”, untuk memenangi  hadiah dan cenderahati  Oreo dan Secret Recipe.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang kempen Saat Bersama Dengan Oreo’dan butiran lengkap mengenai aktiviti berkaitan, sila layari www.oreo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034617 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list