CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12244|Reply: 2

7 Cara Menghargai Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2014 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya.Adakah dengan ungkapan sahaja sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu,tapi sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Ayah yang membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini.Apa balasan kita terhadap pengorbanannya? Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah ibu dan ayah selayaknya.Balaslah setiap pengorbanan mereka dengan kasih dan sayang kita.

Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita.Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.

1.Lemah Lembut Semasa Berbicara

Apabila manusia semakin berumur mereka lebih sensitif dalam setiap perkara.Lidah umpama belati yang tajam menghiris setiap hati manusia dengan kata-kata.Pastikan setiap bicara kita lemah lembut apabila berhadapan dengan ibu dan ayah kita yang semakin berusia.

2.Gembirakan Hati Mereka

Semasa Kecil,ibu dan ayah sentiasa memenuhi permintaan kita dengan harapan kita gembira.Balaslah jasa mereka dengan menggembirakan hati mereka.Tidak perlu duit beribu ringgit cukuplah kita prihatin dengan keperluan mereka.Gembira disini selalu terlalu banyak konteks untuk dibincangkan.Secara mudahnya,usah sesekali mengguris hati mereka.

3.Doakan ibu bapa

Doa merupakan senjata orang mukmin.Biar jauh beribu batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu,ayah dan anak-anak.Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit,mereka cuba mahukan perhatian.Jika kita tidak dapat melihat merekan selalu,hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa.Lebih afdal,setiap kali selepas solat ,titipkan doa untuk mereka.

4.Hubungi Mereka Walau Dimana Kita Berada

Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang mungkin.Mengambil berat tentang mereka adalah tanggungjawab setiap anak.Gunakan kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk menghubungi mereka.
Hargailah ibu dan ayah anda.Tanpa mereka siapalah kita.Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat.Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.

5.Hargai Mereka pada hari lahir kita

Biasanya,ramai orang menyambut birthday dengan kawan-kawan.Jarang kita dengar ada yang hubungi ibu yang melahirkan kita.Ramai yang berseronok dengan kawan-kawan sehingga melupakan orang yang meraung kesakitan ketika melahirkan kita.Percayalah,setiap ibu akan menunggu anak-anak mengucapkan terima kasih mak pada hari lahir anak-anaknya.

6.Peluk Dan cium ibu bapa selalu

Semakin Mereka bertambah usia,semakin sensitif.Mahupun luaran tidak menunjukkan mereka ingin peluk dan disayang,ibu bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh.Rumah yang pada masa dahulu penuh dengan hilai tawa,semakin suram.Anak-anak yang jarang melawat membuat mereka semakin terasa keseorangan.Pelukan dari cucu tidak sama dengan pelukan anak sendiri.Anda rasa sebak bila memeluk orang yang bertanggungjawab melahirkan kita.

7.Bawa Mereka Melawat Saudara Mara dan kawan lama

Usah ingat mereka tidak mahu melihat dunia luar.Jangan salah tafsir di sini.Mereka bukannya mahu di bawa ke langkawi atau kota kinabalu untuk bercuti hujung minggu atau semasa musim cuti sekolah.Bagi Mereka,itu sudah lama berlalu.Jauh disudut hati mereka,ibu bapa mengharapkan anak-anak membawa mereka melawat saudara mara yang sudah lama tidak ketemu.Mereka dambakan pertemuan dengan kawan-kawan lama sekolah mereka,lebih-lebih lagi yang 20-30 tahun tidak berjumpa
Mereka ingin mengimbau tempat mereka membesar,sekolah mereka belajar dan tempat mereka mula-mula memulakan kehidupan sebelum kelahiran mereka.Permintaan ini jarang dizahirkan oleh mereka.Semoga anak-anak lebih memahami kehendak ibu bapa ini.

Bonus: Kalau dimurahkan rezeki dan ada duit lebih,hantar mak ayah pergi menunaikan haji.Jika sudah,kumpul duit dengan adik beradik lain,hantar mereka pergi umrah pula.Join mak ayah sekali aga kita dapat menjaga mereka ketika di Makkah.

Kesimpulannya

Semakin kita menginjak usia,semakin lembut hati ibu bapa kita.Dahulunya garang,sekarang tidak lagi.Kita pasti terasa kelainan kerana layanan mereka pada cucu tidak sama dengan layanan mereka pada kita sewaktu kecil.Sungguh,hati mereka cuma mahukan kebahagiaan.Sekarang tugas anak-anak membalas jasa ibu bapa.Selagi hayat dikandung badan,gembirakanlah mereka.

Semoga kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Amin

Video peringatan kepada semua. Hargai ibu anda sampai bila-bila di http://fstrealmim.readthisstory.net/my-7155824

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 08:19 PM | Show all posts
Tapi ramai gak mak pak yang humban anak mereka ke dalam lubang tandas sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu kat mak aku dan arwah ayah aku.... Ayah aku garang, tak penah tunjuk dia sayang kat kami,x de nak belai belai, serius je tapi sebenarnya aku tau dia cukup sayangkan kami... Contohnya, bila dpt gaji dia habis kan kat kami, dia pulak beli baju bundle rega 5 hengget je... Al fatihah utk ayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.074264 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list