CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

MEMANAH WARISAN / SUNNAH MEMANAH / MEMANAH TRADISIONAL (MALAY ARCHERY)

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2014 12:26 AM | Show all posts
The 10th World Horseback Archery Championship, Seoul South Korea (10/10/2014-12/10/2014)






















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2014 02:28 AM | Show all posts
oang mai serang mesia pakai drones

mesia lawan dengan panah

oang mai masuk mesia ngan tank

mesia anto tentera berkuda Bajau

frigate carrier warship kapal selam mai keliling mesia

mesia anto ahli sukan renang pakai jubah swim suit dan burqini


takbirrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:39 AM | Show all posts
tekoyong posted on 1-10-2014 12:07 AM
memanah, naik kuda, lawan pedang ni ketinggalan zaman la

mana sesuai lagi pada zaman moden ni

ye ker?



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:41 AM | Show all posts
nabi pernah berkata belajarlah memanah. sbbnya pada zaman nabi panah sahaja yg boleh pergi jauh dan membunuh musuh.

akhir zaman nanti mgkin peperangan terakhir manusia hanya melibatkan pedang dan anak panah. hem...!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 01:35 PM | Show all posts
AMDTurion posted on 12-10-2014 10:39 AM
ye ker?

ye betul

sebab tu la orang Islam tak maju

cer guna kuda dan pedang untuk lawan kereta kebal amerika

melawak ke ape korang ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2014 03:22 PM | Show all posts
tekoyong posted on 12-10-2014 01:35 PM
ye betul

sebab tu la orang Islam tak maju

org islam x maju sbbnya pemimpinnya dilimpahkan dgn kemewahan. yg penting poket sendiri mesti penuh dulu.

rakyat yg beragama Islam pun dah tak berpegang teguh dgn ajaran agama Islam itu sendiri. kalo setakat nak hantar kereta kebal lawan amerika tapi perjuangannya bukan berpaksi kepada agama dan Allah pun sia2 juga. baru segerombolan nak pi serang sekali kena serang hendap berterabur lari.

kenapa Palestin x boleh nak adakan pasukan pertahanannya sendiri. sbbnya yahudi yg menjadi ahli2 senat dah control amerika. mmg tak dinafikan yahudi adalah sebijak2 manusia akan tetapi juga manusia yg paling angkuh dan sombong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:37 PM | Show all posts
The 10th World Horseback Archery Championship, Seoul South Korea (10/10/2014 - 12/10/2014)
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2014 04:54 PM | Show all posts
Yecheon World Archery Festival 2014












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 04:22 PM | Show all posts
PERATURAN KESELAMATAN KETIKA BERADA DI PADANG SASAR MEMANAH




1. Jangan sesekali menghalakan busur ke arah orang walaupun tiada anak panah, ditakuti akan menjadi tabiat yang tidak baik.

2. Jangan bergurau ketika melakukan latihan memanah.

3. Memakai pakaian yang sesuai untuk memanah.

4. Bersama-sama menjaga kebersihan dan hartabenda kelab untuk kebaikan bersama.

5. Memakai aksesori keselamatan memanah ketika latihan ataupun pertandingan.

6. Jangan “ Dry Fire ” iaitu melepaskan panahan tanpa anak panah ini akan mengundang kecederaan dan kerosakan peralatan.

7. Menjaga etika pemanah dan kesopanan semasa latihan atau pertandingan.

8. Minta bantuan daripada jurulatih ataupun orang yang berkelayakan jika ada masalah peralatan.

9. Peralatan mestilah diletakan di dalam keadaan tersusun rapi supaya tidak berlaku kemalangan pada peralatan dan pemanah.

10. Patuhilah semua peraturan supaya kita dapat menjaga keselamatan ketika berada di padang sasar memanah.



Selamat Memanah.







Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:06 AM | Show all posts
Bestnya. Teringin nak memanah naik kuda.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:34 AM | Show all posts
Ketangkasan Erina Emelina Ismail, melepaskan satu persatu anak panah ketika sesi latihan di pusat memanah di Bow & Arrow begitu mengagumkan. Walaupun bertubuh kecil, gadis manis yang baru mencecah usia 24 tahun ini begitu bersemangat melepaskan anak panah mengenai sasaran.

Malah ketika beraksi pada Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa di Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Kuala Lumpur baru-baru ini, peserta dari Malaysia ini mendapat pujian pemanah luar negara disebabkan kebolehannya menunggang kuda dan tangkas melepaskan anak panah mengenai sasarannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai minat dalam sukan memanah berkuda, ketika menuntut dalam jurusan kejuruteraan mekatronik di Universiti Teknologi MARA (UTM) Skudai, Johor, gadis ini mula berjinak-jinak dalam lapangan pengurusan kuda seperti membersihkan kandang kuda, memberi makan sehingga kepada teknik menunggang dengan betul.

Selepas menamatkan pengajian pada 2013, Erina mula tercari-cari lokasi belajar memanah. Minat ini timbul selepas menonton rancangan televisyen mengenai pemanah berkuda yang tampil hebat dalam pertandingan menyebabkan di berhasrat mempelajarinya.


"Malangnya ketika itu tiada tempat latihan untuk memanah berkuda. Apa yang ada hanyalah memanah tradisional yang lokasinya terletak di Sungai Buloh. Selepas mendapatkan maklumat lanjut, saya terus mendaftar bagi menyertai latihan untuk memanah di Bow & Arrow di bawah latihan Mohd Azizul Idris," katanya.

Tidak menunggu masa lama untuk mahir sepenuhnya, dalam masa sebulan selepas latihan dia ditawarkan menyertai pertandingan memanah peringkat kebangsaan bagi mendedahkan dirinya dengan suasana pertandingan bersama pemanah yang lebih berpengalaman.

"Pertandingan memanah memberi peluang saya mahir dalam pelbagai kategori. Saya juga bertemu dengan pemanah senior serta banyak belajar mengenai teknik dan cara menangani emosi," katanya yang menjalani latihan sekali seminggu.

Oleh kerana Erina mempunyai teknik asas menunggang kuda, dia tidak mahu ilmu yang dimiliki hilang begitu saja. Selepas mendapatkan nasihat daripada jurulatih, dia mencari pusat latihan berkuda yang menyediakan latihan asas menunggang dan memanah.

"Saya bertemu dengan Sarjan Marshal yang juga atlet memanah berkuda yang menyediakan latihan intensif di Pusat Berkuda Tentera Malaysia di Sungai Besi.


"Saya mula mengingati kembali asas berkuda yang saya pelajari dua tahun lalu. Selama beberapa minggu saya dinilai menerusi kemahiran menunggang kuda. Apabila sudah menguasai sepenuhnya, pada Mei lalu saya mempelajari memanah berkuda secara sepenuh masa," katanya.
Menyertai pertandingan peringkat antarabangsa


Sebagai peserta baru sudah semestinya Erina tidak mengidam untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Namun jurulatih memberi kepercayaan kepadanya untuk menyertai pertandingan yang tujuan utama bukanlah untuk menang sebaliknya menimba pengalaman berharga bersaing dengan pemanah berkuda dari seluruh dunia.


"Alhamdulillah, saya terpilih bersama tujuh peserta lain mewakili Malaysia dalam Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa di Pusat Ekuestrian dan Sukan STC dan satu-satunya peserta wanita. Lebih manis apabila saya bertanding dengan pemanah dari 20 negara yang kebanyakan mereka berpengalaman luas dalam sukan ini," katanya.


Sangat gementar ketika kali pertama menunggang kuda, ujar Erina, ini kerana semua peserta sangat handal berbanding dirinya yang baru setahun jagung. Dia perlu melalui tiga kategori pertandingan iaitu menunggang gaya Poland, Korea dan Hungary. Ketiga-tiga gaya itu memberikan kelainan dan cabaran berbeza.


Walaupun tidak membawa pulang sebarang hadiah, daripada maklum balas jurulatih negara lain, Erina mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang ini.


"Bayangkan saya hanya berlatih sekitar enam bulan. Untuk mendapat sebarang anugerah sudah tentu ia masih terlalu jauh. Namun saya gembira kerana bertemu dengan peserta senior yang banyak memberikan nasihat kepada saya," kata anak sulung empat beradik ini.


Sebulan selepas itu, sekali lagi Erina dipilih bersama tujuh peserta lain menyertai pertandingan memanah berkuda 2014 di Korea.


"Setiap pertandingan menjanjikan pengalaman berbeza kerana setiap negara mempunyai asas atau teknik memanah tersendiri. Di sinilah cabarannya apabila pemanah perlu menyesuaikan kuda dan cuaca empat musim di sana," jelasnya.


Sokongan padu keluarga
Sebagai anak tunggal perempuan dalam keluarga, ibunya Fanti Melia Adlis tidak bersetuju dengan pilihan anaknya menceburi sukan memanah berkuda kerana bimbangkan keselamatan anaknya.


Namun Erina membuktikan yang dia benar-benar berkebolehan dan mementingkan aspek keselamatan setiap kali latihan dan pertandingan.


"Akhirnya ibu mengalah apabila melihat saya begitu bersungguh-sungguh membawa nama Malaysia di mata dunia. Sekarang dia yang banyak memberikan sokongan dan menghantar setiap kali ada pertandingan. Malah ayah (Ismail Mohd Dali) turut menjadikan memanah sebagai hobi pada masa lapang," ujarnya.


Melihat remaja lain yang gemar menghabiskan masa lapang bersama kawan-kawan, Erina tidak menyesal dengan jalan yang dipilih.


"Walaupun jadual harian saya padat dengan aktiviti memanah, saya tetap ada masa keluar membeli-belah atau menonton wayang dengan kawan-kawan. Cuma masanya tidaklah sebanyak berbanding rakan lain," katanya yang bertugas sebagai eksekutif di syarikat telekomunikasi.

Menyedari banyak kebaikan diperoleh menerusi memanah berkuda, Erina berharap lebih ramai wanita tampil menyertai sukan ini.

"Memanah menjadikan fikiran lebih fokus manakala berkuda baik untuk kesihatan terutama tulang belakang dan postur diri. Gabungan antara memanah dan berkuda menjadikan mental dan emosi lebih kuat," katanya.

      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:06 AM   
Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/12428















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 01:28 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2015 08:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2015 02:10 AM | Show all posts
Kelab Pemanah Warisan Kulim






KEWARIS : Kelab Memanah Warisan Berkuda Warisan Sabah






MALACCA : Malaysian Council For Classical Archers






PERTAMA : Pertubuhan Permanah Tradisional Malaysia







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2015 02:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2015 12:12 AM | Show all posts
Karesi Belediyesi 1. ALTIN OK Atlı Okçuluk & Savaş Festivali 2015
































Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2015 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
@HangPC2, braper modal nak kena ade nak join kelab?

Bow and arrow set tu braper rm?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2015 03:15 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 29-10-2017 11:31 AM
catalina replied at 4-5-2015 09:01 AM
@HangPC2, braper modal nak kena ade nak join kelab?

Bow and arrow set tu braper rm?




Boleh Hubungi :-



En Johan Iskandar

https://www.facebook.com/johan.iskandar.18


En Akmal Dahlan ''Bendahara Alam Warisan'' (Cawangan Negeri Sembilan)

https://www.facebook.com/bendahara.alamwarisan


En Aufa Wazien  (Cawangan Sabah)

https://www.facebook.com/profile.php?id=100000298744890&fref=ts



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2015 08:50 PM | Show all posts
Selangor Islamic Fest 2015








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.103897 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list