4957 15 1
Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.
“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.
"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.
Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satukenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.
"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.
"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.
"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.
"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.
pernah tengok perjuangan Cut Nyak Dhien dalam mempertahankan kemerdekaan bangsa Aceh?
tengokah filem movie di atas
apa yang pasti, iktibar dari movie di atas, kita dapat simpulkan yang aceh jatuh ke tangan belanda pun sebab orang Aceh juga
ada pengkhianat dalam bangsa aceh yang menjual bangsa Aceh kepada Belanda
nak tahu siapa pengkhianat bangsa aceh?
lihat movie di atas minit 55.00
lihatlah dia
dia lah yang mengkhianat bangsa Aceh pada Belanda
sampaikan saat akhirnya, masih ketawa kerana dapat mengkhianati bangsa Aceh
sampaikan Cut Nyak Dhien berkata
"Ugama apakah kau ini, bikin malu sama kaum"
inilah pengkhianat bangsa
dan dalam movie di atas, kita mengenali seorang watak Belanda baik yang membantu perjuangan bangsa Aceh dengan membekalkan senjata senjata untuk bangsa Aceh... inilah "Belanda baik"
IKTIBAR DARI CERITA DI ATAS
dari cerita di atas, kita mengenali beberapa watak
i) Cut Nyak Dhien - memperjuangkan bangsa Aceh . samalah seperti UMNO yang sedang memperjuangkan bangsa Melayu sekarang
ii) Pengkhianat bangsa Aceh - samalah seperti watak Dyana Sofea sekarang, yang berjuang bersama sama DAP untuk merosakkan bangsa Melayu
iii) Watak Belanda Baik - samalah seperti Mah Su Keong, calon BN-Gerakan, yang membantu UMNO untuk memartabatkan bangsa Melayu seperti
tidak menghalang peruntukan MARA, tidak mepersoalkan hak hak orang Melayu
jadikan sejarah Aceh sebagai pengajaran kepada kita semua
yang merosakkan bangsa Aceh adalah orang Aceh sendiri
jangan ulangi kesilapan aceh
jangan biarkan orang melayu sendiri merosakkan bangsa Melayu