CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2033|Reply: 0

Habibi pusat sehenti Muslimah moden

[Copy link]
Post time 22-5-2014 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Koleksi jubah dan blaus di butik Habibi by Al Kenal


MANIS, anggun dan gaya tersendiri, setiap rekaan dari Butik Habibi menampilkan fesyen gabungan Arab Eropah yang terunggul di Asia Tenggara.

Pemiliknya, Nazrah Noor Rahmat, 29, berkata, jenama Habibi adalah fesyen terkini dengan menampilkan gaya sopan, yakin dan terkini serta sesuai untuk keadaan formal dan santai.

Habibi by Al Kenali, adalah butik pakaian wanita dikendalikan Syarikat Al Kenali Trade Sdn Bhd dan Al Kenali Trading, beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam di samping perniagaan secara dalam talian (online).

“Pada 2011, saya mengambil keputusan berhenti kerja daripada mengacara sebuah program keagamaan di sebuah stesen TV swasta dan bermula tahun ini, secara sepenuh masa fokus kepada perniagaan, sambil dibantu suami, Hafeedzullah Wan Lah,” katanya.

Jenama fesyen ini ditubuhkan pada 2010, dan menyasarkan pelanggan kalangan rakyat Malaysia serta negara berdekatan seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia.

Ringkas tapi elegan  

Nazrah berkata, idea menubuhkan butik ini tercetus melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri ketika bertugas di negara timur tengah sewaktu menjadi pengacara suatu ketika dahulu.

“Selesai tugasan tersebut, saya mulai selesa dengan pakaian jenis jubah dan kot. Lama-kelamaan, saya mula mencari baju jenis itu dan akhirnya bila ramai bertanya, saya cuba dapatkan koleksi ini dengan memilih material yang sesuai dengan cuaca tempatan, ternyata ia mendapat sambutan,"katanya.

Menurutnya, koleksi Habibi by Al Kenali kebanyakan menampilkan rekaan dalam bentuk ringkas tetapi menitikberatkan elegan kepada si pemakai.

Contohnya, koleksi blaus tiga suku (3Q), ukurannya labuh sehingga sesuai digayakan ke pejabat hingga ke majlis formal. Semi jubah pula lebih labuh dari 3Q tetapi pendek sedikit dari jubah dan dilengkapi dengan aksesori yang ringkas tetapi menonjolkan sifat keanggunan seorang wanita,” jelasnya.

Selain itu, ditampilkan juga Habibi Basic yang terdiri daripada kemeja labuh berserta palazo, seluar yang boleh digayakan ke majlis formal dan aktiviti harian dan tampak kemas kepada wanita untuk digayakan ke pejabat.  

Koleksi Habibi juga diserikan dengan aneka jenis selendang pelbagai corak dan warna terkini, sama ada glitter, tone biasa dan berwarna-warni.

Sesuai dengan tema Muslimah moden, fesyen terbaru, Habibi Sport adalah pakaian yang menutup aurat pilihan bagi wanita untuk beriadah. “Bagi wanita yang sukakan aktiviti rekreasi, Habibi Sport direka menggunakan material berkualiti tinggi daripada bahan kapas. Ada empat warna untuk dipilih,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059378 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list