View: 3554|Reply: 0
|
Fesyen busana Muslim tarik peminat Melbourne
[Copy link]
|
|
Fesyen busana Muslim tarik peminat Melbourne
PENGASAS SheikhaHub, Datin Norzihan Ahmad Latt berasa girang dapat membawa koleksi busana Muslim beliau untuk diperagakan pada Minggu Fesyen Musim Bunga Melbourne di sini, yang mendapat pengiktirafan antarabangsa, pada hujung minggu lepas.
Pembeli dan peminat fesyen terpesona dengan keanggunan, warna dan keindahan rekaan koleksi busana Muslim yang diberi sentuhan etnik dalam pertunjukan di Australian Centre for the Moving Image (ACMI) di Federation Square.
"Ini pengalaman pertama kami di pentas fesyen dunia dan sungguhpun amat menggentarkan, terutamanya membuat persembahan di hadapan dewan yang penuh sesak dengan peminat dan pengkritik di Melbourne, saya rasa kami melakukan yang terbaik berdasarkan tepukan yang diterima," kata Norzihan kepada Bernama.

"Peragawati sememangnya menawan dan para pereka pula semestinyalah membanggakan Malaysia," katanya.
"Memang membangkitkan semangat apabila kami menerima banyak pertanyaan ikhlas mengenai produk kami."
SheikhaHub adalah platform untuk membantu usahawan khusus kepada perkembangan busana Muslim menerusi aktiviti di lapangan (pertunjukan fesyen, bazar, sesi rangkaian) dan bantuan dalam talian (direktori, tip).
Ketika di sini, Norzihan turut mengatur agar pereka Malaysia mengunjungi kedai dan peminat fesyen untuk membincangkan urusan perniagaan.
SheikhaHub turut mempersembahkan fesyen rekaannya dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan negara anjuran Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di sebuah hotel di sini, dihadiri kira-kira 120 orang, termasuk kor dipomatik di Melbourne. Ia merupakan acara kemuncak majlis berkenaan.

Norzihan, yang dipelawa menyertai Majlis Rekaan Muslim Antarabangsa, amat gembira dengan kejayaan pembabitan singkat beliau dalam arena fesyen Australia dan bercadang untuk kembali semula ke sini Mac tahun depan untuk mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen L'oreal.
"Saya berpendapat Australia, dengan jumlah penduduk Islam yang semakin berkembang, adalah pasaran yang baik bagi busana Muslim," katanya.

Pertunjukan fesyen di luar negara oleh SheikhaHub selepas ini adalah di Qatar pada November yang akan turut menampilkan barangan kemas, kasut dan aksesori fesyen lain. Ia akan turut menggabungkan pameran seni.
Pertunjukan kedua di Malaysia akan berlangsung pada 21 September di Kuala Lumpur. Pertunjukan pertama diadakan Jun lepas.
Norzihan berkata, SheikhaHub berhasrat membawa busana Muslim ke barisan hadapan industri fesyen global.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|