|

Koleksi fesyen edisi terhad
DOWNY menjalinkan kerjasama dengan ikon fesyen, Vivy Yusof dari FashionValet, salah satu stor talian yang utama di Malaysia, bagi menghasilkan koleksi fesyen edisi terhad, yang diinspirasikan oleh haruman indah Downy Parfum Mystique.
Pengurus Komunikasi P&G Malaysia, Goh Seng Jone berkata, penampilan harian Vivy termasuk pakaian yang dihasilkan untuk FashionValet sentiasa menarik perhatian peminat fesyen.
"Justeru, pemilihan Vivy dilihat bertepatan kerana beliau sangat memahami kepentingan penjagaan fesyen seperti juga Downy," katanya.
Pengarah Urusan FashionValet, Vivy berkata, pakaian yang anggun tidak lengkap tanpa haruman yang indah.
"Downy Parfum Mystique sungguh menarik sehingga ia memberi inspirasi kepada saya. Saya gembira diberikan peluang untuk bekerjasama dengan produk itu bagi menghasilkan koleksi yang merangsang deria," katanya.
Dipersembahkan secara indah oleh FashionValet, Koleksi Downy Mystique terdiri daripada 14 pakaian utama. Koleksi ini merupakan asas bagi pemakaian seseorang, dari moden bergaya kepada anggun sofistikated yang boleh menghasilkan pelbagai penampilan.
Melalui kepintaran penggunaan kain mewah seperti sifon dan georgette, lipatan, potongan longgar atau butang emas, koleksi itu melambangkan inti pati kemewahan dan misteri yang dibawakan oleh Downy Parfum Mystique.
|
|