CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miyoma

All about KANSAI and CHUGOKU area, JEPUN (OSAKA,KYOTO,HIROSHIMA etc..)PART 2

   Close [Copy link]
Post time 1-2-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
azie_pa replied at 31-1-2017 07:47 AM
assalam,

sy tgh cari pass yang sesuai tp masih blur2 pass mana yang sesuai dan lebih jimat antara ...

Azie.. u nk pamphlet  + peta kansai thru pass, amazing pass, etc. Pm saya address. Sya x ambik pon thru pass coz sya combine pass lbh murh. Ada yg beli single... thru pass klu u nk ke wakayama, himeji berbaloi since jaoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
razzmat replied at 31-1-2017 10:11 AM
macam mana cuaca kt osaka sekarang sejuk sangat ke

Sejuk juga. Smlm 3. Masa last week ok lg..7 mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 01:13 PM | Show all posts
farikica replied at 1-2-2017 08:36 AM
Azie.. u nk pamphlet  + peta kansai thru pass, amazing pass, etc. Pm saya address. Sya x ambik pon ...

farikica, sy pm awk ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 01:14 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-1-2017 05:14 PM
Kalau sekadar nak cover Osaka dan Kyoto guna Kansai Thru Pass je dan cukup

terima kasih art
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 10:03 AM | Show all posts
Edited by KoSe at 2-2-2017 10:16 AM

Baru balik dari Osaka last two weeks...Overall Japan sgt best setanding dengan percutian ke Europe..totally environment n attitude yang sangat berbeza dengan Malaysia..banyak perkara yang kita akan impress termasukla perkara2 kecil seperti sistem cashier yang sgt cekap...tekan button je terus keluar balance...

From my 2 cents experience;

1. KYOTO is overrated esp Bamboo Forest Arashiyama tu..(untuk omputeh mungkin bamboo tu exotic but not us Malaysian), city bus sgt crowded sebab campur dengan local...temple2 kat KYOTO takdela hebat mana walaupun world heritage..crowded dengan pelancong dari Asia esp Malaysia, INdon & Thailand...percutian iols sangat best kecuali day pergi ke KYOTO..

2. Kalau masa yang lama kat sana, i am suggesting to buy JR KANSAI WIDE AREA PASS.. 8500 Y for 5 days..kena beli kat JTB kat KL..iols beli kat tingkat 16 AMODA bangunan depan Berjaya Times Square... dengan pass ni kita boleh pergi ke bandar2 yang best dan takde org Malaysia...so, takdelah berlanggar bahu dengan org Malaysia macam di KYOTO..hehehe.. Iols pergi ke
i. Kurashiki-Bandar mix modern n old town..cantik sangat bandar ni..boleh shopping kat MITSUI OUTLET PARK...
ii. OKAYAMA- naik Shinkasen dari SHIN OSAKA...cover sekali dalam KANSAI WIDE AREA Pass ni.. boleh singgah OKAYAMA sebelum ke Kurashiki..
iii. HIMEJI - naik shinkasen dari SHIN OSAKA.. HIMEJI CASTLE adalah world heritage.. sangat cantik.. iols tak masuk OSAKA castle sebab iols dah pergi HIMEJI CASTLE yang jauh lebih best..

HIMEJI-OKAYAMA-KURASHIKI ni boleh buat day trip dengan syarat keluar awal pagi..sebab tourist attraction kat sana mostly tutup pukul 5pm termasukla old quarters Kurashiki tu..kedai2 semua tutup pukul 6pm..

iv. KINOSAKIONSEN- bandar paling jauh yang cover by KANSAI WIDE AREA PASS ni.. 3 jam 1/2 dari OSAKA STATION..sila google dan lihat sendiri bandar tradisional Japan ni.. seafood heaven esp KETAM yang besar tu.. bandar ni sangat popular dengan Japanese bath.. best je klu nak merasa Japanese bath ni.. tapi kena naked la masuk dalam bath tu... tapi boleh je pakai towel kecik takde sapa marah.. Japanese bath house ni sangat best sebab Air Terjun yang panas...boleh berendam untuk hilangkan lenguh2 badan..

v. MAIBARA- lovely city..jatuh cinta dengan Maibara..bandar ni dekat2 dengan lake BIWAKO..bandar tradisional Japan...air sungai yang jernih nampak ke dasar...giler bersih sungai diorg kan?

KYOTO,KOBE,NARA pun dicover oleh pass ni.. termasukla  JR HIKARU Express dari KANSAI AIRPORT ke hotel korang...just ensure apartment/hotel korang tu dekat dengan JR station (OSAKA LOOP LINE)..iols stay 7 malam kat apartment near Ashiharabashi.. neighbouhood yang aman damai..dekat dengan AEON MALL boleh shop barang utk masak..central location dekat dengan main station kat OSAKA spt NAMBA, TENNOJI,OSAKA STATION dan dekat dengan nak transfer ke line yang pergi UNIVERSAL city..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 hari lagi iols beli OSAKA AMAZING PASS..3000 Y..sangat2 berbaloi pass ni.. KL patut boleh tiru pass ni utk tourist..

i. Sila sesat untuk cari UMEDA SKY BUILDING tu...tips iols untuk senang cari UMEDA ni keluar dari OSAKA STATION ikut CENTRAL EXIT...ada tangga besar ala2 DIVA tu.. keluar dari CENTRAL EXIT ni terus akan nampak bangunan UMEDA tu.. kalau keluar dari EXIT lain, silalah bertanya dengan org sana..malu bertanya mmg akan sesat sbb bangunan UMEDA tu kita akan nampak dari tepi..so takleh nak recognize bangunan tu kalau dari tepi.. UMEDA SKY BUILDING ni sebelah dengan WESTIN HOTEL... signboard WESTIN Hotel ni boleh nampak dari jauh.. kena lalu underground pathway utk ke UMEDA ni..

ii. kalau nak naik DOTONBORI RIVER CRUISE waktu malam kena dptkan tiket awal..kaunter tiket akan bukak jam 12..jam 12 iols beratur tak ramai sangat org.. tiket untuk waktu malam tu akan sold out dengan cepat..jgn fikir nak dptkan tiket on the spot... kaunter tiket tu kecik je..kat tepi sungai sebelah dengan kedai TAX FREE yang bangunan dia ada patung orang warna merah besar..bangunan kedai ni sgt outstanding kat tepi sungai tu...

iii. Souvenir memang mahal.. esp duit RM sedang tenat.. yang terkini dah melepasi RM4 untuk 100Y..sila darab 4 untuk semua perbelanjaan tu ya...kedai souvenir yang murah..

1. GREEN SHOP..lokasi on the way dari station OSAKAKU ke TEMPOZAN FAIRY WHEEL/KAIYUKAN aquarium.. auntie ni boleh cakap Melayu.. kat kedai ni sahaja boleh dapat T-SHIRT I LOVE OSAKA berharga 1000 Y...
2. FRIDGE MAGNET yang paling murah ada jual kat dalam mall yang bersambung dengan TEMPOZAN FAIRY WHEEL tu..on the way nak ke KAIYUKAN tu boleh lalu dalam mall ni.. ada fridger magnet yang berharga 165Y.. iols borong kat sini.. Fridge magnet OSAKA..
3. Kat outlet park RINKU TOWN ada kedai 100Y kat GF.. iols beli tabung tulisan Jepun n kepala Shinkasen untuk anak2 buah..ada gak fridge magnet 150Y kat kedai depan kedai 100Y ni..tapi Fridge magnet dia semua tulis JAPAN..takde yang OSAKA... bolehla jalan2 kat RINKU TOWN ni sebelum check in kat airport.. tips untuk simpan luggage: kat tempat simpan dalam station RINKU TOWN tu selalu penuh..no worries.. dalam RINKU TOWN OUTLET tu ada lagi tempat simpan bag..bag besar tu 500Y... tempat simpan luggage ni kat GF...silala bertanya dengan org kedai kat dalam tu(kat station 600Y)..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

sangat best main salji kat MOUNT ROKKO... serius best... pelik sangat tak jumpa org Malaysia kat sini.. semua pergi KYOTO kot..hehe... Boleh beli pass ROKKOSAN berharga 1000Y kat airport KANSAI..pass ni boleh naik ropeway n bus untuk ke snow park tu.. kalau guna JR Pass boleh turun kat station ROKKOMOCHI.. dari situ boleh start guna ROKKOSAN Pass sampaila ke snow park.. untuk masuk snow park tu dapat diskaun 500Y (harga normal 2100Y)..mainla salji dalam tu sampai muntah... balik dari snow park boleh pergi jalan2 kat KOBE HARBOURLAND... sgt cantik tempat ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

harap2 tips ni membantu korang utk merasai percutian yang exclusive sebab tak jumpa org Malaysia..hehe...really miss Japan..

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 05:21 AM | Show all posts
wow nice tx for sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2017 11:26 PM | Show all posts
nak tanye, bulan brape eak yg paling best bercuti ke jepun?
n ade sape2 tak yg tahu contact hotel or homestay  yg mmg ala2 jepun style berpatutan reganya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 06:53 PM | Show all posts
adeqo replied at 5-2-2017 11:26 PM
nak tanye, bulan brape eak yg paling best bercuti ke jepun?
n ade sape2 tak yg tahu contact hotel o ...

Kat Jepun ni setiap musim ada keistimewaannya dan tarikannya yang tersendiri jadi susah nak kata musim atau bulan mana yang paling best ia terpulang ikut minat sendiri.  Boleh refer page2 belakang untuk info tempat tinggal.  Harga akan jadi berbeza antara yg betul2 tengah bandar dan yang keluar sikit dari tengah bandar.  Semestinya yang betul2 tengah bandar lebih mahal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 10:19 AM | Show all posts
KoSe replied at 2-2-2017 10:03 AM
Baru balik dari Osaka last two weeks...Overall Japan sgt best setanding dengan percutian ke Europe.. ...

hahha best2 review u.. bamboo tu mmg i rasa overrated.. penat je aku jalan..anak anak pun mcm x heran.. pastu kedai in between train station dengan tempozan wheel tu.. iols pun kagum tetibe ada auntie blh ckp melayu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 12:30 PM | Show all posts
First time pergi dekat bamboo groove..memang rasa overrated..sebab tgok buluh kanan-kiri je..tambah pula dgan nak kejar masa..

tpi second time pergi..seriously rasa berbaloi yg amat..sbb jalan kaki cover hampir satu arashiyama..jalan2 kaki..bukan buloh saja..ada tapak sawah padi..sampai ke area kedai kuno jepon-jepon dulu.l.last sampai ke temple yg bnyk anak2 patong kecik3.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:47 AM | Show all posts
KoSe replied at 2-2-2017 10:03 AM
Baru balik dari Osaka last two weeks...Overall Japan sgt best setanding dengan percutian ke Europe.. ...

berapa hari berada kat sana??
Boleh share itinary tak?
Cadangan nak ke sana Nov tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:34 AM | Show all posts
arish9867 replied at 11-2-2017 09:47 AM
berapa hari berada kat sana??
Boleh share itinary tak?
Cadangan nak ke sana Nov tahun ni.

November belum ada salji lagi.. pergila mid dec-mid feb...boleh main salji.. my itinerary tu bukan standard punya itinerary..iols baca omputeh dan Japanese punya blog..
DAY 1 : KIX-TENNOJI-NARA-CHECK IN HOTEL
Sampai KIX pagi..jangan lengah2 terus beratur beli pass kat tourist centre..que boleh jadi sgt panjang nak beli tiket ni..boleh beli OSAKA AMAZING PASS (2 days) n ROKKOSAN PASS.. Boucher untuk JR KANSAI WIDE AREA PASS (5 days) dah beli siap2 kat KL...que nak beli pass ni pun panjang..dah jimat duit 500Y dan juga masa.. Boucher boleh tukar kepada pass di office JR opposite train station.. Naik Haruka Express ke Tennoji...then tukar train Yamatoji Line ke Nara...
Tips: 1. di Tennoji tu agak confuse nak cari train ke Nara... sbb belum familiar lagi dgn train sistem mereka...sgt penting untuk naik ke atas keluar dari platform tempat kita turun tu(bukan keluar dari station,just keluar dari platform tu)..kat atas tu baru cari platform untuk train ke Nara..cara ni juga untuk tukar2 train di semua station.. macam kat KL kita biasa tukar train di platform yang sama sebab kat KL train line sikit jer...
        2. Kalau duk apartment sewa dari Airbnb selalunya check in jam 3 ptg..first day ni mmg kena hangkut luggage kita..boleh simpan luggage ni kat Tennoji...atau nak angkut ke Nara pun boleh..tempat simpan bag kat Nara lebih selesa..
Kalau tak penat balik dari Nara tu boleh jalan2 kat Namba/Dotonburi..better rehat jela sbb esok nak bangun awal..Nara Park tutup kul 5ptg.. jgn legeh2 ya..

DAY 2: SHIN OSAKA-HIMEJI-OKAYAMA-KURASHIKI
Check jadual Shinkasen dari Shin Osaka ke Himeji supaya boleh budget masa..keluar seawal yang mungkin...
HIMEJI CASTLE sangat cantik.. naik bas je dari HIMEJI station ke castle..check kat tourist centre bas utk ke HIMEJI Castle..balik boleh jalan kaki utk jalan2 kat HIMEJI tu..masa iols kat HIMEJI castle ni snow turun..mmg sangat cantik..
OKAYAMA- Naik Shinkasen dari HIMEJI..iols skip OKAYAMA Castle n Garden sbb HIMEJI castle adalah the best Castle kat KANSAI area..JAPANESE GARDEN pun sama..jalan2 kat bandar OKAYAMA je..dan teruskan perjalanan naik local Train ke Kurashiki...
KURASHIKI- habiskanla masa kat sini.. terus ke Old Quarters dulu sbb tutup awal... lepas tu boleh pergi ke the other side of Kurashiki Station tu..ada MITSUI OUTLET PARK..bolehla nak shop gak sbb murah gak.. balik semula ke OKAYAMA dan naik Shinkasen direct terus ke SHIN OSAKA.

DAY 3: KYOTO (iols akan skip KYOTO kalau revisit OSAKA pas ni)...temple2 kat China, Myanmar, Sri Lanka juga world heritage dan jauh lebih hebat..dah la crowded dgn tourist..city bus pun crowded.... bagi iols GION tu je yang betul2 best dan takde kat tempat lain...

DAY 4: MAIBARA
DAY 5: KINOSAKIONSEN
(Day 4 & 5 tu banyak masa dalam Ekpress Train... boleh je singgah bandar2 lain otw tu kalau study betul2 jadual train..bandar tradisional yang cantik n salji tebal) view sepanjang perjalanan mmg sgt2 cantik..air sungai yg jenih sampai ke dasar, gunung ganang, traditional pekan yg cantik n bersalji..dahla train mereka sangat selesa..

(Day 1-Day 5 guna JR KANSAI WIDE AREA PASS)..

DAY 6: Mount Rokko (main salji sampai muntah), KOBE HARBOURLAND.. (Train tak guna mana2 pass, kena beli manual..senang je)..

DAY 7 & DAY 8 : Dalam OSAKA je..guna OSAKA AMAZING PASS..korang tengok je pamphlet OSAKA AMAZING PASS tu dan pilih je mana2 tempat nak pergi especially yang entrance fee dah cover dalam pass...

DAY 8: OSAKA-RINKU TOWN-KIX

iols masak setiap hari...pagi bangun kul 6 start masak simple2 sbb semua barang dah bawak dari KL..nasi dah masak siap2 malam sebelumnya...air kopi panas pun bawak siap2 dalam termos.. first time masak masa travel sebab travel buddy nak jimat kos untuk makan.. bukan jimat kos saja, malah jimat juga masa.. best sgt makan nasi goreng kat park dekat HIMEJI Castle, kat Mount Rokko, dalam train, (jumpa tempat duduk makan jela kat situ).... diorg mmg tak kisah kita nak makan kat mana2 tu yang penting jaga kebersihan...jgn tinggalkan walaupun sebutir nasi yg jatuh2 tu..





Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 07:03 PM | Show all posts
KoSe replied at 13-2-2017 09:34 AM
November belum ada salji lagi.. pergila mid dec-mid feb...boleh main salji.. my itinerary tu bukan ...

Day 4 - Maibara
Day 5 KINOSAKIONSEN


dua2 tempat nie apa yg menarik?

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 10:21 AM | Show all posts
ade bace kat group fb katenya immi kat epot sana makin strict.. siap ade yg kene tunjuk full itinerary..

smlm ke ade kes bdk mesia baru sampai haneda kene soal siasat pastu kene hantar balik mesia.. kalo ikut citer kwn dia punye tiket balik tak sama and bwk duit sikit..

so sape2 yg baru gi sana betol ke depa soal mcm2..

last aku gi tokyo takde pon kene mcm nih.. cuak plak bile bace citer dorg.. nmpknye kene la prepare ape yg patut trip april nih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 01:03 PM | Show all posts
tapirbiru replied at 8-2-2017 10:19 AM
hahha best2 review u.. bamboo tu mmg i rasa overrated.. penat je aku jalan..anak anak pun mcm x he ...

haha.. saya pon ada singgah kedai achik tu.. die pandai banyak bahasa kan.. dengan ckp filipina pon ada...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 02:51 PM | Show all posts
ichi replied at 15-2-2017 10:21 AM
ade bace kat group fb katenya immi kat epot sana makin strict.. siap ade yg kene tunjuk full itinera ...

Adakah sebab dia masih guna passport lama yang tak ada chip tu.  Sebabnya kalau ia dia masih guna passport lama tampa chips tu dia masih perlu apply visa dan perlu sediakan suma supporting documents untuk masuk Japan.  Kalau yang guna passport baru yang ada chips tu tak ada masaalah.  Hanya kalau kat Haneda elok jalan in group supaya dia orang tahu kita memang datang untuk melancong.  Kalau jalan sengsorang dan penampilan pun nampak mencurigakan keberangkalian nak kena tanya macam2 dengan orang immigresen yang berpakaian biasa amat le besar.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 08:24 PM | Show all posts
hi gais .

meols plan nk pegi mid nov this year.
mohon otai otai sekalian suggest tempat menarik for autumn-leaf viewing spots.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:23 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 16-2-2017 02:51 PM
Adakah sebab dia masih guna passport lama yang tak ada chip tu.  Sebabnya kalau ia dia masih guna  ...

x tau la art citer sebenarnye mcm mana... cume takat ni puncanye dua tu jer katanye.. duit bwk sket and takde cc...
ramai gak yg pelik sampai kene hantar balik... siap ade yg tanya if dia penah gi mana2 negara yg bergolak before dtg jpn... tp bdk tu kata takde..



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:26 PM | Show all posts
AryaRose replied at 16-2-2017 08:24 PM
hi gais .

meols plan nk pegi mid nov this year.

dear boleh try baca2 kat sini dulu..

http://www.japan-guide.com/e/e2014_when.html

http://www.japan-guide.com/e/e2014_where.html

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:18 AM | Show all posts
ichi replied at 16-2-2017 09:26 PM
dear boleh try baca2 kat sini dulu..

http://www.japan-guide.com/e/e2014_when.html




ohh thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.270105 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list