Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
2598
View
1
Reply

[Budaya] Jom Mengenali Hari Gawai

[Copy link]

Author: pfiza       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-5-2014 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Teringat saya sewaktu di Sarawak dulu... sejak empat tahun yang lalu,  menyaksikan kemeriahan perayaan Hari Gawai bukanlah sesuatu yang asing  lagi untuk saya, juga rakan-rakan dari Semenanjung yang lainnya. Hari  Gawai merupakan "Perayaan Menuai" yang disambut oleh masyarakat Dayak di  Sarawak (juga masyarakat Kadazandusun di Sabah) sejurus selepas  selesainya Kaamatan. Hari Gawai disambut dengan pelbagai aktiviti  seperti perarakan dan adat yang berwarna-warni.

Jika dahulu,  sambutan Hari Gawai mungkin hanya diraikan oleh masyarakat Kadazandusun,  Dayak, Murut, Iban dan Bidayuh selain hanya terkenal di Malaysia Timur  sahaja, sejak kerajaan memperkasakan konsep perpaduan dan integrasi  antara wilayah, sambutan Hari Gawai turut popular di Malaysia Barat.  Bukan lagi suatu kejanggalan dalam kalangan rakyat Malaysia di kawasan  Semenanjung untuk memahami dan mengenali apakah itu perayaan Hari Gawai.  Malah, di Sabah dan Sarawak, perayaan ini sudah melepasi sempadan agama  dan etnik apabila ia turut diraikan oleh etnik yang beragama islam.  Jadi tidak hairanlah apabila dalam sambutan perayaan terbabit semalam,  pihak penganjur tidak ketinggalan menyediakan juadah yang halal untuk  dinikmati oleh masyarakat beragama islam.

Senario seumpama ini  merupakan suatu perkembangan yang positif dalam mengukur tahap perpaduan  sejagat rakyat Malaysia, Sekurang-kurangnya dengan adanya integrasi dan  komunikasi di antara pelbagai etnik yang sama-sama meriahkan pelbagai  sambutan perayaan di negara ini, ia akan dapat mengeratkan silaturrahim,  memupuk kesefahaman, rasa hormat-menghormati dan selain berupaya  memelihara warisan dan budaya masyarakat Malaysia yang variasi agar tak  alpuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Usaha kerajaan yang  agresif dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan sesuatu sambutan  perayaan dan kebesaran itu sebagai milik semua rakyat Malaysia jelas  membuktikan betapa kerajaan pada hari ini sangat komited dalam menjana  keakraban dan memperkukuhkan perpaduan sedia ada melalui perkongsian  nilai-nilai murni dan kepercayaan yang berbeza-beza agar perselisihan  faham dapat diatasi dan perbezaan antara etnik dan agama menjadi sesuatu  yang bersifat 'manis' di negara ini.

Apa yang pasti, sambutan  yang berlangsung saban hari dan saban malam selama sebulan, bermula  daripada semalam ternyata mengundang suatu persepsi yang amat  menyenangkan - suatu gambaran sebenar mengenai "perpaduan yang dibentuk  melalui kepelbagaian" dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di  Sabah dan Sarawak, dua buah negeri yang mempunyai etnik paling variasi.  Justeru, rakyat Malaysia diharapkan agar bertanggungjawab dan menghargai  perpaduan yang tidak terbina dalam tempoh sehari ini dan bersama-sama  mempertahankan kemakmuran Malaysia yang kita cintai...

Jom Saksikan sambutan hari Gawai yang diraikan di sabah dan sarawak, Kitakan Satu Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 10:59 PM | Show all posts
good info.. terima kasih tt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077864s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list