CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15771|Reply: 98

Cerpen 2: Balqis

[Copy link]
Post time 29-1-2015 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Leafumi at 11-6-2015 09:10 PM

Visit website here: http://liyanamohdnoor.wix.com/leanastorytelling
Like facebook page: https://www.facebook.com/penulisanleakuma


hai ~ ni cerpen 1st aku post kat sini ! yang baru nak baca selamat membaca & menghayati cerita yang tak seberapa ni. theme persahabatan antara lelaki & perempuan yang akrab. maaf lah terlebih & terkurang kat mana2~ well, amatur la katakan. next kalau aku rajin or tiba2 gian nak post cerpen, aku post okay ! Thanks pada yang sudi baca


Cerpen 1: Isac


gambar hiasan



Ayrin membuka mata. Dia melihat ke sekitar bilik. Kelihatan langsir di tingkap biliknya menghalang cahaya matahari dari memasuki bilik. Ayrin mencapai telefon bimbit yang berada berdekatan dengan kepala katil. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Ayrin kemudian meletakkan semula telefon bimbitnya itu. Dia merenung siling. Terasa seperti malas hendak bangun. Namun perutnya pula mula berkeroncong. Perlahan-lahan Ayrin bangun dan turun dari katil. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

Satu jam kemudian Ayrin keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Rumahnya memang sunyi. Tiada siapa lagi yang menghuni di rumah itu melainkan dia dan ayahnya. Ayrin menuju ke dapur. Dia terlihat satu nota yang terletak di atas meja makan. Dia menghampiri nota tersebut dan menelitinya. Dia mendengus setelah membaca isi kandungan nota itu. Ayahnya berpesan bahawa dia sudah bertolak ke luar negara awal pagi tadi lagi. Mungkin kerjanya di sana akan memakan masa untuk beberapa hari. Ayrin sepatutnya sudah dapat mengagak apa yang akan ayahnya cuba sampaikan. Ayrin mengeluarkan beberapa keping roti dan beberapa biji telur. Dia akan menyediakan sarapan sendiri. Dia sudah biasa bersendirian. Dia boleh berdikari sendiri.

Selesai sarapan, Ayrin duduk di ruang tamu. Namun dia tidak menghidupkan televisyen. Dia tidak mahu menonton televisyen. Dia hanya duduk termenung. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ayrin menjawabnya. Kedengaran suara Atilia di hujung talian. Mereka berbicara untuk beberapa minit di talian.

"Ai, aku nak bagitau ni. Pasal Isac."
"Isac ? Kenapa dengan dia ?"

"Semalam kau tak datang sekolah kan ? Kau tau tak dia bergaduh lagi ?"

"Isac bergaduh lagi ? Kenapa ? Dengan siapa ?"

"Itu aku tak pasti. Tapi kalau tak silap dengan budak-budak Adi. Pengetua bercadang nak gantungkan dia nanti. Cuba kau pergi tanya dia."

"Yelah. Thanks bagitau, Lia."

"No problem !"

Ayrin tanpa membuang masa terus bersiap-siap. Dia mahu pergi menemui Isac. Dia amat mengambil berat akan Isac. Isac adalah satu-satunya kawan lelakinya yang paling disayanginya. Mereka telah rapat sejak kecil lagi. Jadi Isac amat penting baginya. Ayrin akan pergi dengan motosikal kesayangannya. Sebelum menunggang pergi, dia menelefon Isac terlebih dahulu. Setelah 2 kali cuba menghubungi Isac,barulah panggilannya dijawab.

"Hello, Isac ?"

"Ayrin, kenapa ni ?"

"Kau kat mana sekarang ?"

"Aku . . dekat padang."

"Kau tunggu aku."

Ayrin terus mematikan talian. Dia menuju ke padang. Padang yang Isac berada sekarang ialah tempat yang menjadi nostalgia zaman kanak-kanak Ayrin bersama dengan Isac. Mereka sering menghabiskan masa bersama di padang itu. Sekarang pun, padang itu masih belum banyak perubahan. Masih cantik dan tenang seperti dahulu. Bahkan semakin maju dengan peralatan senam.

Setelah memarkirkan motosikalnya, Ayrin terus mendapatkan Isac yang duduk di bangku batu di tepi padang. Lelaki itu duduk sendirian. Ayrin melabuhkan pinggul disebelah Isac yang hanya merenung jauh ke langit. Entah apa yang lelaki itu fikirkan.

"Isac .."

"Ai .."

"Isac, kau buat hal ke semalam ?"

"Mana ada, Ai. Aku tak buat apa pun."

"Siapa yang kacau kau kali ni?"

"Tak ada apalah, Ai. Budak-budak Adi tu.. Tak boleh tengok aku senang sikit."

"engetua cadang nak gantung kau."

"Aku tahu.. "

"Aku risaukan kau, Isac.."




To be continue..







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 08:52 PM | Show all posts
wah...cerpen baru Leafumi

err...amnesia jangan lupa habis kan ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 08:55 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-1-2015 08:52 PM
wah...cerpen baru Leafumi

err...amnesia jangan lupa habis kan ya.

SEBENARNYA ! hahaa.. dah lama thread nih jadi draft.. tadi saja2 duk bukak tertekan lak button 'Published ' ! pastu dia terpublish terus ! arhhhh

tak pe la, sy teruskn je citer nih.. memang niat nak buat cerpen lak.. alang2 terpublish ni terus sambung je le..

dont worry amnesia akan dihabiskan.. cuma buat masa ni tak da mood lak kat amnesia tu.. (teruknya penulis ni ikut mood sendiri buat cita )
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 09:16 PM | Show all posts
cter cinta ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 09:21 PM | Show all posts

tak tau nak kategori cinta ke tak sebab lebih kepada unsur persahabatan yang akrab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Permulaan yg agak menarik TT... Sambung lagi ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2015 08:27 AM | Show all posts
tt sambung lah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:18 AM | Show all posts
act ..aku baru baca.ok lah. Klo theme sahabat ni. aku suka baca. Tapi bca cerpen ni ingatkan aku kpda satu ayt.

’lelaki dan perempuan tak boleh kawan baik.’

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2015 01:29 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-1-2015 09:18 AM
act ..aku baru baca.ok lah. Klo theme sahabat ni. aku suka baca. Tapi bca cerpen ni ingatkan aku kpd ...

boleh je tapi untuk fantasi.. haha.. realiti berapa kerat je yang boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 04:22 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 30-1-2015 04:25 PM

Ayrin memandang Isac. Tenang saja riak wajah Isac. Kenapa dia tidak takut langsung? Pengetua sudah bercadang untuk menggantung Isac dari persekolahan buat sementara waktu.  Tapi lelaki ini masih duduk relaks di sini.
“Wei ! Kau ni cakap lah something !,” Ayrin menggesa Isac untuk bersuara . Tidak puas hati melihat Isac diam saja. Sedangkan dia yang terlebih-lebih risaukan kawannya itu.

“Kau ni Ai, relaks lah.. aku takkan apa-apa punya. Kau tu tuang sekolah lagi hari ni kenapa ? Tak takut ke kau pun bakal kena gantung ?” balas Isac.

“Eh suka hati aku la ! Macam lah kau tu hari-hari pergi sekolah ! Tu apa benda kat muka kau ? Lebam !” tegur Ayrin memerhatikan lebam di pipi kanan Isac.

“Lebam aje pun.. kau jangan risau, lusa aku pakai foundation. Confirm tak nampak dah !,” Isac membuat loyar buruk.

“Kau ni nak jadi pondan ke apa !” Ayrin menyiku Isac. Kasar.

“Tak semua lelaki yang pakai make up tu pondan. Pelakon-pelakon lelaki tu semua touch up muka jugak tau sebelum berlakon.”

“Diorang tu memang lah dah kerja nya pun berlakon. Kau tu nak cover lebam kat muka pakai foundation bila kat sekolah baik tak payah !”

“Kau ni aku mengarut aje lah ! Nanti aku tampal plaster je kat muka aku baru nampak macho sikit macam Takiya Genji dalam movie Crows Zero tu.”
“Perasan ! Nak buat hero konon !” serentak dengan itu Ayrin menumbuk bahu Isac. Isac ketawa saja.


“Sakitlah, Ai !”


***


Ayrin turun dari motosikal. Selepas dia turun dari motor dan menggantung topi keledar, dia berlari-lari dengan tergesa-gesa menuju ke pagar. Dia terlewat bangun pula pada pagi itu. Ayrin sudah hampir dengan pagar. Kelihatan Izul, pengawas tingkatan 5 sedang menarik pagar untuk ditutup.
“Wei ! Wei ! Kejap ! Aku nak masuk ni !” jerit Ayrin. Izul berhenti dari menarik pagar.

Ayrin menuju ke ruang yang masih ada untuk masuk namun Izal menghalangnya. Ayrin hairan.

“Tepi sikit ! Aku nak masuk.”

“Kau tak sedar ke kau dah lambat ?”

“Loceng tak bunyi lagi kan ? So, tepi sikit. Kau nak aku nyanyi lagu Sleeq ke tolong tepi sikit.. tolong tepi sikit..” Ayrin membebel. Izul masih berdiri di situ. Tiba-tiba loceng pun berbunyi.

“Haa.. tu dah bunyi dah pun,” ujar Izul. Dia senyum sinis.

“Ehh.. bagi aku masuk !” Ayrin mula meradang.

“Kalau macam tu, aku kena denda kau dulu la baru aku bagi kau masuk.”

“Denda-denda apa nya ? Kau ingat sekolah rendah ke ?”

“Sekarang kau menyanyi lah lagu Sleeq tu !”

Izul memberi arahan dengan sinis kemudian dia ketawa. Sakit hati Ayrin mendengar tawa Izul itu. lelaki itu mengejeknya.

“Bodoh aku tak nak !”

“Nyanyi !”

“Tak nak lah !”

“Kalau macam tu, bye !”

Izul menutup terus pagar dan mula melangkah pergi. Tanpa rasa bersalah. Membiarkan Ayrin yang tercegat di luar pagar. Dia juga tidak mengendahkan jeritan Ayrin yang memanggilnya berkali-kali.

“ Anak jin !” jerit Ayrin bengang.

Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin motosikal. Ayrin berpaling. Ayrin menjerit, “Isac !” Ayrin menunggu Isac menghampirinya.

“Ceh, kau pun lambat jugak !” ujar Ayrin.

“Tadi ada problem sikit kat rumah aku.”

“Problem apa ?”

“Eh, dah tutup pagar ke ? Apa lagi kau tunggu ? Panjat jelah.” Ujar Isac sambil mendekati pagar.

“Eh, panjat apa benda nya ? Aku ni kan pakai kain !”

“Eh, ya tak ya jugak. Kau duduk lah sini sampai waktu balik. Aku pakai seluar, so goodbye !”

Ayrin menghampiri Isac yang baru saja hendak memanjat pagar lalu menumbuk belakang lelaki itu berkali-kali sambil menyumpah seranah. Isac pun tidak jadi untuk memanjat. Dia cuma ketawa. Seronok dapat mempermainkan kawannya.

“Jom ! Ikut aku,” Isac mengajak Ayrin.

“Pergi mana ?”

“Jom ikut jalan belakang.”

“Belakang sekolah ? Pagar tu pun dah tutup.”

“Ada satu lubang kat pagar belakang sekolah tu. Belum dibaiki lagi. Aku rasa bolehlah kau masuk sebab kau kan pakai kain. Jom.”

“Macamana kau tau ada lubang situ ?”

“Aku kadang-kadang lepak situ. Aku tau lah. Jom.”

Mereka pun berjalan berdua menuju ke belakang sekolah. Tak jauh mana. Apabila sudah sampai di tembok belakang sekolah. Isac dan Ayrin mencari-cari lubang yang dimaksudkan oleh Isac.
  
“Mana dia, Isac ? Kau tipu !”

“Kejap. Aku pun tak ingat. Minggu lepas aku nampak.. ha ! Tu dia !” Isac menunjuk ke arah lubang di pagar dawai. Mereka menghampiri lubang itu. Isac membongkok dan mula menyumbat beg sekolah masuk melalui lubang. Selepas itu dia pula merangkak masuk. Isac berhati-hati masuk. Takut juga kalau-kalau bajunya terkoyak jika tersangkut dawai yang berpintal. Setelah itu, dia menyuruh Ayrin masuk. Ayrin teragak-agak.

“Boleh ke ni ?” dia bertanya tidak yakin.

“Boleh !”

Ayrin pun memasukkan beg sekolahnya. Isac menyambut. Kemudian Ayrin merangkak masuk pula sama macam Isac lakukan tadi. Dia juga berhati-hati agar baju atau kainnya tidak tersangkut dengan dawai. Akhirnya dia berjaya masuk. Ayrin mengibas-ngibas tangan di bajunya untuk membuang rumput-rumput yang melekat di baju. Dia membetulkan rambutnya pula yang sudah berserabai. Isac sudah menggalas beg sekolahnya memandang Ayrin.

“Kenapa ?” Ayrin bertanya. Isac hanya ketawa.

“Kau ni dah kenapa ?” Ayrin mula tidak senang.

“Dah elok dah tu rambut kau macam tu.” Isac ketawa.


“Kau ni kan !” Ayrin menghampiri Isac kemudian menghempuk beg sekolahnya pada tubuh lelaki itu. Isac hanya ketawa. Kemudian dia melihat jam di tangan.

“Dah pukul 8 dah ni.”

“Yeke ?”

“Dah aku nak gerak pergi kelas aku dulu. Bye !”

“Weh, lengan kau ada lebam,” tegur Ayrin apabila ternampak lebam di lengan Isac.

“Sikit je. Terseret kat tanah kut tadi. Kau tu patut check kain kau. Entah-entah koyak ke apa parah pulak.” Balas Isac. Ayrin pantas memeriksa segenap inci baju kurung dan kain sekolahnya. Nasib baik tiada koyakan. Hanya sudah berkedut kerana dilipat untuk merangkak masuk tadi.

Isac sudah berlalu pergi. Ayrin juga mula melangkah untuk pergi ke kelasnya.

Tiba di kelas, Ayrin mengintai di pintu belakang. Kelas riuh rendah. Dari tadi lagi Ayrin sudah boleh dengar keriuhan kelasnya ketika menghampiri. Boleh dikatakan tahap keriuhan kelasnya sama dengan keriuhan kelas darjah 1. Ibarat monyet-monyet dalam sangkar di zoo. Memang tak ada guru dalam kelasnya ketika itu. Ayrin masuk dengan senang hati. Ada yang perasan dengan kehadirannya namun mereka buat tak tahu saja dan kembali membuat bising. Ayrin menghampiri mejanya. Dia meletak beg.

“Ai, kau baru datang ? Kau pergi mana tadi ?” soal Atilia.

“Aku lambat sikit je tadi. Izul saja tak nak bagi aku masuk. Kurang asam mamat tu.”

“Macamana kau masuk ?”

“Aku ikut jalan belakang.”

“Yeke ? Kau panjat pagar dengan kain ni ?”

“Mana ada. Aku masuk ikut lubang kat pagar dawai.”

Atilia ketawa saja mendengar cerita Ayrin.
  
“Ada lubang pulak kat situ eh ?”

“Aku pun tak tau. Isac yang ajak aku tadi.”

“Oh, Isac pun lambat ke ?”

“Ye.. mana Cikgu Intan ni ?”

“Entah. Dari tadi tak masuk-masuk lagi.”


***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 04:39 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 30-1-2015 04:41 PM

Ayrin dan Atilia sama-sama menuju ke kantin. Suasana kantin sudah pun dipenuhi ramai pelajar. Berbagai ragam manusia dapat dilihat. Ayrin dan Atilia menyertai para pelajar yang berebut-rebut mahu membeli makanan di kaunter. Kelam kabut mak cik dan kakak yang menjaga di kaunter. Harap nama saja pelajar sekolah menengah tetapi langsung tak reti untuk beratur. Masing-masing hanya pentingkan diri. Siapa cepat dia dapat.

Setelah selesai membeli nasi ayam dan air kotak, Ayrin dan Atilia mencari tempat duduk di meja. Mereka makan bersama-sama. Sambil menjamu selera, mereka berbual sambil mata memerhatikan sekitar kantin.

“Wei, kau tak tanya Isac pasal kena gantung tu ?”

“Tanya lah.Tapi dia tak cakap banyak.”

“Pasal dia gaduh dengan budak-budak Adi tu ?”

“Aku tanya tapi dia tak cerita. Dia cakap diorang yang mula dulu.”

“Ye ke ? Aku pun dengar gosip aje.”

“Entah lah, Lia. Aku pun tak paham dengan Isac tu. Sekarang dia dah tak banyak share cerita dengan aku.”

“Yelah. Kan dah makin besar, korang bukannya budak-budak lagi macam dulu.”

Ayrin tahu ada benarnya juga apa yang Atilia katakan itu. Ayrin dan Isac bukan lagi kanak-kanak yang riang ria bermain dan nakal bersama-sama. Mereka sudah meniti alam awal remaja. Kalau dulu mereka banyak menghabiskan masa bersama kini tidak lagi. Kadang-kadang saja mereka dapat menghabiskan masa bersama. Namun hal masuk melalui pagar belakang sekolah pada pagi tadi mengingatkan semula Ayrin ketika mereka ingin ponteng sesi solat berjemaah di sekolah agama yang dihadiri pada waktu petang dahulu. Ketika itu mereka bersekolah rendah. Isac yang mengajaknya menyusup masuk ke dalam longkang yang besar dan dalam kira-kira 1 meter lebih. Kini tidak banyak perkara yang Isac kongsi bersama Ayrin. Mungkin kerana masing-masing sudah besar dan memerlukan privasi sendiri.

“Wei, tengok tu Isac kan ?” Atilia berkata sambil menuding jari ke arah Isac yang berjalan seorang diri. Ayrin turut memandang ke arah Isac. Entah ke mana lelaki itu pergi.

Selesai makan, Ayrin membawa bersama pinggan dan gelas yang sudah kosong untuk diletakkan ke dalam besen. Selepas memasukkan pinggan dan gelas tadi, dia membasuh pula tangan di sinki. Ketika dia hendak menutup paip di sinki, dia ternampak Izul. Izul berada tidak jauh darinya. Izul memandangnya tajam. Ayrin segera mahu beredar.

“Ayrin !”namanya dipanggil Izul. Ayrin berhenti dan berpaling. Jika Izul mahu bergaduh, dia pun sudah bersedia. Walaupun takut-takut berani.

“Kau nak apa?” Ayrin bertanya tidak senang. Izul sudah menghampirinya.

“Macamana kau masuk ni ?”

“Eh, aku tau magic. Aku buat lah magic untuk masuk. Kau apa tau ?” balas Ayrin dengan sinis.

“Kau ni perempuan paling tak  betul pernah aku jumpa.”

“Eh, habis kau tu lelaki paling betul lah ?”

“Ni aku nak bagitau, pengetua nak jumpa kau.”

“Jumpa aku ? Ada apa ? Takkan lah sebab lambat kut sampai pengetua nak jumpa aku.”

“Kau pergi aje lah jumpa. Sekarang pun boleh.”

Ayrin tanpa berlengah lagi mula beredar. Dia pun tidak ingin bercakap lama-lama dengan pengawas yang tidak berapa betul itu. Menyakitkan hati.

“Mana Isac ?”sempat lagi Izul bertanya.

“Mana aku tau.”

Ayrin kembali mendapatkan Atilia yang sedang menunggu. Nampaknya Atilia dari tadi sedang memerhatikan Ayrin dan Izul bercakap. Wajahnya penuh tanda tanya. “Jom ! Teman aku !” ajak Ayrin.

“Ke mana ? tandas ?”

“Bukan. Jumpa pengetua.”

“Wei, tak nak lah ! Aku bukan buat salah pun.”

“Perasan lah kau ni. Pengetua kan nak jumpa aku. Kau tunggu aje kat luar. Aku sorang aje masuk dah lah.”

“Kau cakap apa dengan Izul tadi ?”

“Takde apa. Dia bagitau pengetua nak jumpa aku.”

Mereka berjalan seriringan. Menuju ke bilik pengetua.


***


“Kamu ni kawan Isac tu kan ?” soal pengetua.

“Ye, kenapa cikgu ?”

“Kenapa dengan kawan awak tu ? Dia sekarang dah kerap tak datang sekolah. Baru-baru ni bergaduh lagi. Sebelum ni dah pernah ada kes bergaduh. Saya  nak jumpa parent dia tapi tak datang pun. Apa masalah Isac tu ? Saya dah cuba tanya dia tapi dia tak nak bagitau. Dia cakap parent dia sibuk. Tu aje.” pengetua menunjukkan wajah tidak puas hati.

Ayrin terkedu. Apa dia nak jawab dengan pengetua ? Dia sendiri pun tak tahu. Memanglah dia rapat dengan Isac. Tapi jarang-jarang pula dia ke rumah Isac dan ambil tahu pasal keluarga Isac. Yang dia tahu Isac kini tinggal bersama ayah dan kakaknya saja.Ibu Isac pula sudah lama bercerai dengan ayahnya. Kalau tidak silap ketika usia mereka 11 tahun. Itupun Isac yang beritahu. Yang selebihnya Isac tidak ada bercerita. Lelaki itu kini perahsia.

Kesudahannya Ayrin meminta maaf kerana tidak dapat membantu pengetua mendapatkan maklumat. Pun begitu, pengetua sempat berpesan kepada Ayrin untuk menasihati Isac untuk berubah.

“Pesan kat dia jangan bebal sangat. Jangan asyik nak bermain cinta. Kalau dia terus buat perangai macam ni, saya takkan teragak-agak nak buang dia.” Pesan pengetua lagi. Tersentap juga Ayrin mendengarnya. Tentu nasihat itu ditujukan sekali kepadanya. Dengan siapa lagi Isac rapat selain dari Ayrin ? Macam ada orang yang mencucuk pengetua. Bila masa mereka bercinta ? Ayrin mendengus.

“Pengetua tanya pasal apa ?” soal Atilia menyibuk hendak tahu sebaik saja Ayrin keluar dari bilik pengetua.

“Pasal Isac.”

“Kenapa pulak dia tanya kau ?”

“Sebab dia tau aku yang rapat dengan Isac. Mesti ada orang bagitau ni.”

“Pasal kes bergaduh tu ke dia tanya kau ?”

“Banyak lagi. Tapi banyak benda yang aku tak tau nak jawab. Sebab Isac pun dah banyak tak share dengan aku.”

“Jangan-jangan Izul. Dia kan satu sekolah dengan korang masa kecik.” Kata Atilia.

“Entah. Malas nak tuduh-tuduh.”


***

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 04:40 PM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 08:22 AM
Ayrin memandang Isac. Tenang saja riak wajah Isac. Kenapa dia tidak takut langsung? Pengetua sudah b ...

Ibarat monyet-monyet dalam
sangkar di zoo.

Lawak!

Cuma tuang sekolah tu pe maksudnya?yang hak ni.

Kau tu tuang sekolah lagi hari ni
kenapa ? T
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 04:42 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-1-2015 04:40 PM
Ibarat monyet-monyet dalam
sangkar di zoo.

tuang tu ponteng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 04:55 PM | Show all posts
“Wei, Isac !“ panggil Ayrin sambil menghampiri Isac yang sedang melepak di atas motosikalnya sambil memetik gitar. Isac bersendirian. Kini Isac lebih suka lepak bersendirian di pinggir padang ini tanpa pengetahuan Ayrin. Ketika mereka kecil dahulu, di sini lah tepat mereka main kejar-kejar, polis & thief, dan macam-macam lagi bersama kawan-kawan lain. Isac hanya memandang Ayrin tanpa menyahut. Ayrin sudahpun memberhentikan motosikalnya di sebelah Isac. Isac memetik gitar mengikut cord lagu Radiohead ‘Karma Police’.

Ayrin tidak berkata apa-apa. Dia juga tumpang mendengar petikan gitar dari Isac itu. Tambahan pula lagu itu adalah lagu kegemarannya. Dia masih ingat bagaimana Ayrin memaksa Isac untuk mengajar Ayrin untuk memetik gitar ketika mereka di tingkatan 1. Namun Isac sengaja tidak mahu mengajar Ayrin. “Nak buat apa ? Aku sorang yang boleh jadi abang macho untuk petik gitar ni. Kau tu pergi main patung Barbie,” kata-kata yang pernah ditutur oleh Isac. Membuatkan Ayrin sakit hati. Kedekut ilmu !

Petikan gitar mengikut rentak lagu Karma Police tamat. Isac memetik lagu lain pula, My Immortal dari kumpulan Evanescence. Kali ini Ayrin berkata, “ Isac, tadi pengetua jumpa aku.”

Isac tidak membalas. Dia masih meneruskan petikan gitarnya. Ayrin menarik muncung. Dia tahu Isac tidak pekak. Sengaja tidak mahu memberi respon. Terfikir juga untuk menghempuk Isac dengan gitarnya itu namun Ayrin tidak sampai hati. Dia masih waras.

“Isaccc.. Kau dengar tak ?” gesa Ayrin.

“Wei, diam lah. Orang tengah feel ni,” balas Isac. “ Kau cakap jelah. Aku dengar,” tambah Isac lagi.

“Tadi pengetua suruh aku jumpa dia. Cakap pasal kau. Dia suruh kau berubah kalau tak dia nak buang kau.”

“Tu je ? Pengetua tu nak kalut apa ? Tak puas ke jumpa aku sorang ? Nak libatkan orang lain kenapa.” Isac membebel pula.

“Kau ni..cuba kau share aku masalah kau. Aku tau kau sorok something ni.”

Isac diam lagi. Dia memetik gitar mengikut lagu Hysteria dari kumpulan Muse. Ayrin masih menanti kata dari Isac.

“Isacc..”Ayrin memanggil nama Isac dengan mendatar.

“Pasal kes Adi tu. Diorang yang gila. Tu je. Biasalah budak-budak lelaki. Gaduh tu benda biasa.” Balas Isac.

“Bukan tu yang aku nak tau, Isac.”

“Habis kau nak tau apa ? Sibuk jelah kau datang sini. Aku tak suruh pun datang.” Isac berkata dengan nada tidak senang. Ayrin mengerutkan dahi. Dia mendengus marah.

“Dah lah kau! Pergi mampus !” Ayrin memaki Isac. Dia menghidupkan enjin motosikal. Beberapa minit kemudian, Ayrin sudah beredar. Isac sedikit pun tidak menghalang Ayrin. Biarlah.


***

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 05:06 PM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 08:55 AM
“Wei, Isac !“ panggil Ayrin sambil menghampiri Isac yang sedang melepak di atas motosikalnya sambi ...

giler ganas Ay. Hahaha.

Wau..ada misteri..cuke2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2015 01:39 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 2-2-2015 01:24 AM

Ayrin meletakkan kepala di meja. Dia merenung permukaan meja yang penuh dengan contengan. Ayrin memejamkan mata. Mengenangkan kejadian semalam. Dia marah kepada Isac. Isac buat tak tahu saja. Tak guna Isac ! Katanya dalam hati. Buat aku macam orang bodoh.. kata hatinya lagi.

“Kau ni kenapa ? Tidur lambat ke semalam ?” tegur Atilia di sebelahnya.

“Tak lah ! Isac tu ! Bodoh !,” Ayrin memaki Isac.

“Dah kenapa?”

“Dia tak nak bagitau aku apa masalah dia.”

“Laa.. kau jangan lah paksa dia. Tu kan hal peribadi dia.”

“Aku nak tau jugak ! Apa ? Aku ni dah bukan kawan dia ke ?”

“Kau ni takkan tak paham kut. Lelaki ni mana suka kongsi sangat hal peribadi dia.”

Ayrin mendengus. Bukankah mereka kawan ? Kawan sejak kecil. Apa yang susah sangat Isac nak beritahu Ayrin ? Memang begitukah sifat lelaki ? Ayrin tidak faham. Ayrin bukannya orang lain. Apa yang nak dimalukan ?

Kalau dulu, Isac menceritakan banyak perkara dengannya. Isac menceritakan bagaimana dia dibuli dengan budak-budak yang nakal. Kemudian melawan balik. Isac menceritakan bagaimana dia bertengkar dengan kakaknya jika ada saja benda yang tidak kena antara mereka. Isac menceritakan bagaimana ibu dan ayahnya sering bertengkar tetapi Isac tidak memahami apa yang mereka sedang mereka perdebatkan.


***


Ayrin melihat cermin dan membetulkan rambutnya. Dia kemudian bersuara, “Oi, Lia ! Kau lambat lagi ke ? Aku tunggu kat luar aje.” Ayrin menapak keluar dari tandas. Dia menunggu Atilia. Ayrin bersandar di dinding dan berpeluk tubuh.

Sekumpulan pelajar lelaki keluar dari tandas lelaki di sebelah. Mereka berbual sesama sendiri. Tiba-tiba mereka diam dan melihat ke arah Ayrin. Ayrin yang menyedari diri dipandang turut sama memandang mereka.

“Awek !” kata salah seorang dari mereka.

“Awek.. awek Isac !” sahut seorang lagi. Ayrin hairan. Siapa mereka ni ? Dia tidak cam.

Keluar pula seorang lelaki dari tandas itu. Melihatkan kawan-kawannya yang sibuk memandang Ayrin, dia juga menghalakan pandangan ke arah Ayrin. Dia tersenyum. Ayrin baru teringat ini Adi. Pasti yang lain itu kawan-kawannya.

“Hah ! Ayrin !” katanya. Dia mendekati Ayrin dengan wajah yang ceria. Ayrin mengerutkan dahi. Berani Adi senyum-senyum lagi kepadanya ? Tidakkah dia tau yang Ayrin rasa mahu belasah saja dia dan kawan-kawannya yang tak guna itu. Yang mana musuh Isac, bermakna musuhnya juga.

“Kau ni Ayrin kan ? Nasihatkan balak kau tu jangan nak tunjuk kuat kat aku. Aku menyampah lah. Lagi satu, suruh dia berpijak di bumi nyata,” ujar Adi.

“Diam lah, aku tak terima arahan dari kau,” balas Ayrin melawan.

“Wow, berlagak macam balak dia jugak !” ujar Adi kemudian ketawa suka hati. Seolah-olah apa yang diucapkan oleh Ayrin itu lawak sangat. Kawan-kawan Adi pun turut serta ketawa. Mungkin mereka memang anjing kepada Adi. Apa yang Adi buat, mereka ikut saja. Kalau Adi suruh mereka makan taik, mereka akan ikut makan.

“Apa yang lawak sangat, bodoh.” Balas Ayrin. Geram.

“Hmm.. kau ni garang jugak ye. Tak apa lah. Malas aku nak bertekak dengan pompuan,” ujar Adi. Dia merapati Ayrin dan membisikkan sesuatu.

“Baik kau suruh Isac duduk diam-diam. Jangan kacau aku. Lagi satu, kalau rasa diri tu budak baik, lembik, tak payah nak berlagak samseng dengan aku.”

Apa yang dikatakan oleh Adi itu membuat Ayrin hairan. Apa maksud Adi ? Adi mengajak kawan-kawannya beredar. Ayrin tidak puas hati. Setelah itu, baru lah Atilia keluar. Atilia terkoch-kocoh mendapatkan Ayrin.

“Wei ! Kau okay ?” soal Atilia risau.

“Kau buat apa lambat sangat ! Berak batu ke !” ujar Ayrin tidak puas hati.

“Aku dah sudah lah tadi. Tapi elok aku nak keluar, aku nampak budak-budak lelaki tadi kacau kau. Aku stalk jelah dari dalam.”Atilia memberi penjelasan.

“Kau takut ke kat diorang ?” soal Ayrin.

“Takut jugak lah aku sebab macam-macam cerita aku dengar pasal diorang. Tu lah Adi dengan budak-budak dia.”

Ayrin mendengus. Nampaknya ada yang tak kena. Isac ni memang cari pasal ! Fikir Ayrin.

“Sorry, Ai. Aku biar kau sorang-sorang.” Atilia meluahkan rasa bersalah.

“Tak apa. Baik kau risaukan diri kau kalau kau rasa tak boleh jaga aku.”

“Kenapa cakap macam tu ?”

“Dah la, Lia. Jom !”

Mereka berdua menuju ke kantin. Selepas membeli makanan, mereka mencari tempat duduk kosong di meja untuk duduk menjamah makanan. Sambil-sambil bersembang, mereka berbual. Atilia teruja bercerita tentang hubungannya dengan teman lelaki baru.

“Aku suka betul lah dengan Hakimi tu. Comel aje dia !” Atilia teruja benar bersuara.

“Dia baik ke dengan aku ?” soal Ayrin.

“Dia sweet sangat. Belikan aku teddy bear.”

“Ye ? Tak mustahil banyak lagi teddy bear dia bagi kat girl lain.”

“Ish, kau ni Ai ! Apa cakap macam tu ? Aku happy ni. Kau nak buat aku risau pulak!”

Ayrin tidak membalas apa. Biarlah Atilia dengan dunianya.


***

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2015 02:07 AM | Show all posts
Ayrin membuka pintu rumah. Dia terkejut apabila mendapati seorang wanita berada di ruang tamu. Wanita itu sedang duduk membaca majalah. Ayrin tidak kenal wanita itu. Dia masuk dengan kehairanan.

“Eh, Ayrin kan ?” wanita itu menegur.

Wanita itu nampak seperti berumur dalam linkungan 30-an. Dia mengenakan dress paras lutut. Betisnya terdedah. Ayrin tidak suka melihatnya. Wanita itu nampak gedik semacam. Membuat Ayrin menyampah.

“Ayrin !,” tegur ayah pula yang baru datang dari dapur. Ayrin sudah memandang ayahnya satu macam.

“Ni kawan  ayah, panggil Auntie Maria.” Ayah memperkenalkan wanita itu. Dia mengambil tempat duduk di sisi Maria. Ayrin masih memandang dengan pandangan benci. Dia tidak mahu lagi tunggu lama di situ. Segera Ayrin memanjat tangga.

“Ayrin !”panggil ayah. Ayrin buat tak dengar. Benci. Dia masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

Kenapa mesti ayah memilih wanita-wanita seperti itu ? Jijik Ayrin memikirkannya. Perangai ayah tak pernah berubah. Ayrin memandang gambar emak yang terletak di meja belajar. Tak pernah Ayrin bertemu dengan arwah emak. Kata Mak Long, emak meninggal setelah melahirkan Ayrin. Selepas itu, Ayrin diserahkan kepada Mak Long untuk dijaga buat sementara waktu. ayah kemudian ke luar negara. Ketika Ayrin sudah berusia 12 tahun, barulah ayah menjaganya semula. Mujurlah ayah juga tidak berpindah dan mahu terus tinggal disitu. Kalau tidak dia tidak mungkin dapat berkawan dengan Isac sampai sekarang. Semakin lama membesar di bawah jagaan ayah, dia tidak pernah rasa cukup perhatian. Ayah sering sibuk dengan kerja dan terkini, ayah sering keluar dengan wanita yang tidak dikenali Ayrin. Sekarang bawa masuk rumah pula. Sakit hati Ayrin memikirkannya. Kalaupun ayah mahu mencari pengganti emak, bukan wanita-wanita seperti itu yang Ayrin inginkan sebagai emaknya.


***


Ayrin menuju ke padang tempat lepaknya. Setibanya di situ, dia mermarkirkan motosikal. Kemudian dia berjalan masuk ke padang dan mundar mandir tanpa tujuan. Tiba-tiba dia lihat seekor kucing yang juga sedang berjalan tanpa arah tuju sepertinya. Kemudian kucing itu berlari-lari menuju ke arah permainan terowong simen yang tidak jauh dari situ. Ayrin mengejarnya. Setibanya Ayrin di terowong simen itu ,dia mencangkung dan menmbelai kucing itu. Kucing itu menjadi manja. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang sedang berlari. Ayrin memasang telinga.

“Diam ! Kau tak paham aku ! Diam jelah ! Kau tau apa !” kedengaran suara lelaki menjerkah-jerkah. Ayrin tercengang. Dia mengintai di sebalik terowong simen itu. Seorang lelaki sedang bercakap di telefon bimbit. Nada yang marah-marah.

“Diam lah ! Korang semua tak guna ! Aku benci korang sampai bila-bila !” jerit Isac lagi kemudian mematikan talian. Dia memasukkan telefon bimbit ke dalam kocek seluar. Perlahan-lahan dia menghampiri terowong simen. Ayrin menginjak sedikit untuk memastikan Isac tidak nampak dia di situ.

Isac duduk diatas terowong. Dia mengeluh seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar bunyi kucing. Isac tertarik denga bunyi kucing itu kemudia turun dari terowong. Dia mencari-cari di mana kucing berada. Namun dia terperanjat apabila yang ditemuinya bukan kucing saja tetapi perempuan juga. Yang sedang memeluk kucing.

“Kau buat apa ni Ai ?” tanya Isac hairan.

Ayrin mengetap bibir. Nak dimarahinya kucing itu tak boleh pula. Dia hanya makhluk Allah yang tdak tahu apa-apa. Kucing itu berbunyi kerana Ayrin cuba menariknya dari pergi tadi. Ayrin melepaskan kucing lalu berdiri.

“Apa ? Aku main kucing lah.” Jawabl Ayrin nada acuh tak acuh. “Eh, kau buat apa kat sini?” soalnya pula.

“Aku.. err..”Isac tidak tahu mahu menjawab apa.

“Balik lah !”ujar Ayrin.

“Hah ?” Isac tidak faham.

“Balik lah !Aku nak lepak ni jangan kacau !”

“Eh, aku yang nak duduk sini !”

“Eh, aku dah lama sampai sini tau !”

“Aku pun nak jugak duduk sini ! Sini tempat aku tenangkan fikiran aku.”

“Hei, kau baliklah ! Aku pulak yang nak relax kat sini. Kau ingat kau sorang aje ada masalah ?”

Ayrin berkeras untuk tidak mahu beredar. Begitu juga dengan Isac. Isac tidak lagi meneruskan sesi bertekak mereka. Dia duduk di terowong simen yang paling hujung. Membiarkan Ayrin duduk di terowong simen tadi.

“Kenapa kau datang sini ?” soal Isac tiba-tiba.

“Kenapa tanya?” balas Ayrin.

“Sebab aku nak tau lah.”

“Aku nak ambik angin.”

“Hah ? Kau tipu lah.”

“Tipu apanya?”

“Selalu kau dah jarang datang sini tanpa sebab. Mesti ada apa-apa ni.” Isac menduga.

“Eh, kau pandai-pandai apa ?”

“Tadi kan kau cakap ada masalah.”

Ayrin mengeluh. Dia tidak dapat lagi berpura-pura. Dia tidak pandai berpura-pura dengan Isac. Tidak dapat menahan lagi, dia meluahkan masalah dengan ayahnya kepada Isac. Tentang bagaimana dia benci ayahnya membawa masuk wanita sebegitu ke dalam rumahnya. Isac mendengar.

“Kau tak cuba cakap dengan ayah kau ?”

“Cakap apa ?”

“Kenapa dia buat macam tu ?”

“Malas ah. Aku benci dia. Aku tak pernah rasa rapat dengan dia. Asyik pergi cari betina aje. Lelaki tak guna.”

“Wei, aku ni lelaki jugak.”

Ayrin tergelak mendengar kata-kata Isac yang menegur cakapnya tadi. Isac hairan. Entah apa yang kelakar sangat. Isac tak dapat menyatakan sama ada itu tawasindir atau pun tawa biasa saja.

“Kau kena bersedia untuk dapat emak baru.” Ujar Isac. Ayrin mendengus marah. Tidak senang mendengar ayat ‘bersedia mendapat emak baru’ itu.

“Isac, tadi aku terjumpa Adi.”

“Adi ?”

“Ya.. Adi and  the gang.”

“Diorang kacau kau ke ?”

“Isac, baik kau bagitau aku sebenarnya apa yang dah jadi ?” kali ini Ayrin berpaling ke arah Isac. Isac juga duduk sambil menghadap ke arahnya. Angin tiba-tiba bertiup lembut.

“Kau potonglah rambut kau tu. Panjang sangat. Dah macam puntianak tau tak ?” tiba-tiba Isac memberi komen tentang rambutnya yang memang sudah panjang hampir mencecah pinggang.

“Eh, suka hati aku lah !” ujar Ayrin lalu membaling topi yang dipakainya sejak tadi ke arah Isac. Isac pantas menyambut topi itu. Dia menggosok-gosok lalu memakainya di kepala. Suka hati dia saja memakai tanpa izin. Namun Ayrin tidak marah. Dia membiarkan saja.

“Cerita kat aku, Isac..” pujuk Ayrin. Isac hanya memandang Ayrin tanpa bersuara.

“Eh, ni ada nama kau lah kat topi ni. Siapa jahit ni ?” soal Isac pula sambil membelek sulaman ‘Ayrin’ di topi itu. “ Nice !,” pujinya pula.

“Aku lah siapa lagi..” balas Ayrin. Isac membuat muka tidak percaya. Kemudian dia ketawa kecil.

“Gelak apa pulak ?” tanya Ayrin tidak puas hati.

“Pandai jugak kau jahit ye ? Aku ingat kau tak reti nak buat kerja-kerja orang pompuan ni,”ujar Isac sambil tersengih-sengih.

“Kau ni ! Kurang asam betul !” marah Ayrin.  “Baik kau cerita kat aku cepat ! Sebelum aku pergi sepak kau !” ugut Ayrin pula.

“Kau nak sepak aku ? Apa lah sangat sepakan kau, Ai ?” balas Isac memperlekehkan Ayrin.

“Cepat cerita!” Ayrin mengeraskan suaranya.

“Sebenarnya memang aku yang cari pasal dengan Adi,” Isac membuat pengakuan.

“Hah ?”

“Aku yang mula dulu,” tambah Isac lagi.

“Kau cakap diorang yang mula dulu ? Kau tipu aku ?”

“Ya.. kau jangan kalut boleh tak ? Aku nak lepas geram aje. Padan lah dengan Adi. Aku memang dah lama meluat kat dia.”

“Kau ! Kau ni gila la !”

“Memang aku gila pun. Mana tak gila ? Kau kenal Izad ?”

“Izad ? Izad yang dah berhenti tu ?”

“Kau tau tak dia berhenti ada sebab ?”

“Apa ?”

“Dia patah kaki sebab geng Adi pukul dia.”

“Ye ke ??”

“Ya.”

“Kau tau tak Hanif ?”

“Hanif yang dah tukar sekolah tu ?”

“Dia tu kan hampir-hampir nak terputus telinga.”

“Adi buat ?”

“Budak-budak Adi yang buat. Diorang buli.”

“Sampai macam tu sekali ?”

“Ye, tapi parents dia mintak dirahsiakan supaya tak heboh satu sekolah.”

“Diorang tu kawan kau ke dulu yang dah berhenti semua tu ?”

“Yelah. Kau mana tau.”

“Kau tak kasi tau pun. Kat rumah kau macamana Isac ?”

“Kau tau bila aku mula kena gantung ?”

“Bila ?”

“Kalau tak minggu ni maybe minggu depan.”

“Cikgu tak bagi kau surat lagi ke ?”

“Kau ni tanya banyak lah, Ai.”

Isac mengeluarkan pemetik api dan sebuah kotak rokok. Dia mengeluarkan sebatang rokok pula lalu dinyalakan. Selepas dia menyimpan kembali kotak rokok dan pemetik api tadi, dia merokok tanpa rasa bersalah di hadapan Ayrin. Ayrin terlopong memandang tingkah Isac.

“Isac, kau merokok ?” soal Ayrin tidak percaya walaupun betul-betul di hadapan matanya.

“Kau tak tau ke ?”

“Kau buang benda tu !” Ayrin bertegas.

“Eh, apasal pulak ?”

“Busuk lah !”

Isac membuat muka. Kedutan di dahi kelihatan. Dia buat tidak endah dengan Ayrin dan teruskan merokok. Ayrin sudah mula tidak senang. Entah sejak bila lelaki ini belajar merokok. Ayrin tidak sukakannya. Sudah lah busuk. Ayrin turun dari terowong simen lalu berjalan mendekati Isac dengan laju.

“Isac !” Bentak Ayrin. Dia mencapai puntung rokok di bibir Isac kemudian membuang dan memijaknya. Isac terpempan dengan tindakan Ayrin yang tidak dijangka dan pantas itu.

“Hoi, ro..rokok aku !” Isac bersuara setelah terkejut.

“Dah ! Kau nak mati ke ?? Bagi aku kotak benda ni ! Bagi !” Ayrin memaksa Isac menyerahkan kotak rokok tadi.

“Kau gila ke?” Isac juga mula tidak senang.

“Cepat lah ! Mana dia !” Ayrin masih memaksa. Dia mula mendekati Isac.

“Woi, jauh sikit ! Kau nak buat apa ni !” Isac cuak apabila Ayrin sudah rapat.

“Kotak rokok tadi mana ??” Ayrin masih berdegil demi mendapatkan kotak rokok. Dia cuba mencari-cari kotak rokok tadi di kocek seluar Isac.

Isac tanpa berlengah segera menolak Ayrin agar menjauh. Tubuh Ayrin terdorong ke  belakang.

“Kau ni dah kenapa, Ai ??” Isac mula bertanya seperti hendak marah.

“Kenapa kau merokok ? Nak mati ke ??” balas Ayrin dengan amarahnya.

“Biarlah.. Kau sibuk sangat kenapa ??” bidas Isac.

“Fine ! Kau merokok lah puas-puas ! Biar sampai kau mampus ! Masa tu jangan harap aku nak kesian kat kau lagi dah !” seraya berkata-kata, Ayrin  berpusing dan melangkah dengan laju tanda protes.

“Siapa mintak simpati kau ?” bidas Isac lagi.

“Okay ! Lepas ni aku takkan hirau kat kau lagi ! Tambah lagi kalau kau maish merokok ! ” jerit Ayrin.

Ayrin tiba di motosikalnya. Dia duduk di seat dan menghidupkan enjin. Ayrin meninggalkan Isac di situ. Isac memandang Ayrin pergi dengan tanda tanya. Dia tidak faham. Apa kena dengan Ayrin ? Datang bulan ke apa ?

“Isac lembap! Dah lah aku tanya tak jawab ! Merokok pulak ! “ Ayrin membebel seorang diri. Dia bengang dengan Isac yang banyak mengelak pertanyaannya tadi.


***


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 08:00 AM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 05:39 PM
Ayrin meletakkan kepala di meja. Dia merenung permukaan meja yang penuh dengan contengan. Ayrin meme ...

u Adi duruh mereka makan taik,
mereka akan ikut makan.

Suruh ke or duruh tu perkataan baru?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2015 08:09 AM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 06:07 PM
Ayrin membuka pintu rumah. Dia terkejut apabila mendapati seorang wanita berada di ruang tamu. Wanit ...

payah sket kwn dgn org lki ni.  Haishh.aku ngeri dgn org lki ni. kwn gitu2 blhla. klo rpt, huishhh..potensi jadi perogol titew tu tinggi.

Gulp. Lelaki tak blh dijangka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 11:54 PM | Show all posts
Atilia merenung Ayrin yang meletakkan kepala di atas meja dengan tanda tanya. Beberapa hari ini, kawannya itu selalu meletakkan kepala ke atas meja dan termenung. Entah apa yang dia menungkan. Wajahya monyok saja.

“Ai, kau ni kenapa ? Monyok aje ?” tegur Atilia.

“Hmmmm..”

“Apa hmm ? “

“Hmmmmmmm…” balas Ayrin lagi. Atilia tidak faham. Kenapa ?

Ayrin malas mahu beritahu. Dia sering tak ada mood kerana memikirkan Isac yang semakin menjauh darinya. Beberapa hari lepas, dia marah-marah Isac kerana merokok. Sejak itu, dia sudah tidak mendekati Isac lagi. Dia geram dengan sikap Isac yang acuh tak acuh itu. oleh itu, dia juga malas untuk mengambil tahu lagi pasal lelaki itu. Biarkan.

Ketika waktu rehat, Ayrin mahu pergi ke tandas. Dia menyuruh Atilia menunggunya di kantin saja kerana Atilia malas mahu menemaninya. Selesai urusannya di tandas, Ayrin keluar. Dia terserempak dengan Adi lagi. Kali ini dengan Adi seorang saja. Adi teruja bertembung dengan Ayrin.

“Haa, Ayrin ! Awek Isac !” ujar Adi dengan gembira. Ayrin menarik muka. Benci dengan perangai gedik Adi.

“Aku ada nak tunjuk hadiah kat kau. Isac bagitau tak ?” soal Adi.

“Bagitau apa? Hadiah apa ni ? ” Ayrin hairan.

“Tak tau ke ? Kalau nak tau, waktu balik nanti datang kat belakang lorong kedai Jalan Tengah.Pukul 6.”

“Ada apa ?” Ayrin curiga.

“Kalau nak tau, datang lah.” Ujar Adi dan berlalu dengan senyuman misteri. Meninggalkan Ayrin yang tertanya-tanya.

Ayrin bergerak untuk ke kantin semula bagi mendapatkan Atilia yang sedang menunggu. Namun dia berhenti apabila Izul yang mengekorinya dari belakang menahannya. Ayrin terkejut.

“Ayrin, aku nak cakap sikit. Pasal Adi.”

“Adi ? Baru tadi aku jumpa dia. Kenapa ?”

“Ya, aku dah nampak tadi.”

“Kau stalk ke? Kenapa ?”

“Dia suruh kau pergi belakang kedai kan ?”

“Yelah. Eh macamana kau tau, Izul ?”

“Aku tau lah. Eh, nanti jom pergi dengan aku sekali. Aku pun tengah siasat pasal Isac dengan Adi ni. Kau kena tolong aku lah.”

“Sejak bila kau jadi detektif ni ?”

“Tu bukan persoalannya. Nanti kau nak pergi call aku.”

“Kau tau banyak pasal Isac ?”

“Yelah. Kau tu yang tak tau apa. Kata kawan, tapi apa pun tak tau !”

Ayrin menarik muka. Izul yang menyakitkan hati itu memerlinya.


***


Ayrin menunggu ketibaan Izul. Dia ingin pergi ke Jalan Tengah sepertimana yang disuruh oleh Adi. Dia curiga tetapi memandangkan izula da bersama makan dia tetap mahu pergi. Dia terfikir untuk bertanya kepada Isac namun dia tidak membuatnya. Biarlah. Isac sendri tak beritahu padanya. Biar dia sendiri yang pergi ambil tahu. Sudah 10 minit berlalu namun lelaki itu masih tidak muncul-muncul. Ke mana agaknya Izul ? Takkan tengah make up pula ? Ayrin mengeluh bosan. Dia sudah tidak senang duduk. Sekejap-sekejap dia mundar mandir di sekitar halaman rumahnya. Sekejap-sekejap dia duduk saja.

Akhirnya penantiannya berakhir apabila Izul tiba dengan motosikal di hadapan pagar rumahnya. Ayrin segera membawa motosikalnya keluar dari pagar rumah. Selepas menutup pagar, dia menaiki motosikal. Dia lihat Izul berkacamata pula. Ayrin hairan.

“Eh, kau rabun ke ? Sejak bila ?” tanya Ayrin.

“Aku saja je pakai. Nak merasa macam Detective Conan. Kan nak pergi menyiasat ni,” balas Izul penuh perasan. Ayrin membuat mimik muka menyampah.

“Aku doakan kau rabun betul lepas ni.’ kata Ayrin menyindir. Izul tidak membalas.

Mereka berdua hilang dari situ bersama motosikal maisng-masing.

Izul dan Ayrin mermarkirkan motosikal. Kemudian mereka sama-sama berjalan menuju ke lorong belakang kedai Jalan Tengah. Kawasan di situ agak sunyi. Dengan berhati-hati mereka berdua mengintai-intai di sebalik dinding. Ayrin teragak-agak kerana dia belum pernah berbuat begini. Takut juga dia.
Tidak ada apa-apa yang memeranjatkan. Keadaan di situ sunyi. Tidak ada sesiapa pun. Ayrin tertanya-tanya. Mana ? Apa yang Adi nak tunjukkan ? Tak ada sesiapa pun di situ? Beberapa minit berlalu.

“Tak ada apa pun ?” Ayrin bertanya tidak puas hati. Izul memerhati kawasan sekitar dengan teliti.

“Shhh..” Izul membuat isyarat untuk diam. Kemudian dia mara ke hadapan. Keluar dari balik dinding. Ayrin menurut perbuatan Izul. Mereka berjalan hingga tiba di kotak-kotak yang bertimbun-timbun. Kelihatan seperti sudah terusik. Dada Ayrin berdebar-debar. Debaran makin kuat apabila mereka nampak sekujur tubuh lelaki sedang terbaring di celah timbunan kotak itu.

“Ya Allah ! Isac !” ucap Ayrin.

Kelam kabut dia menghampiri Isac yang terbaring tidak sedarkan diri. Wajah Isac lebam-lebam. Begitu juga lengan dan kaki. Ada luka-luka dan darah. Ayrin panik. Izul juga menghampiri untuk melihat keadaan Isac. Ayrin menangis. Sedih melihat keadaan Isac yang teruk dan lemah itu. Kalau dia tahu ini yang ingin dpersembahkan oleh Adi, sudah lama dia bertindak. Izul memeriksa keadaan Isac.

“Dia pengsan.” Ujar Izul.

“Aku call ambulans,” ujar Ayrin. Dia segera menelefon. Dalam hati dia memaki hamun Adi semahu-mahunya. Kurang ajar !


***


“Kau tak nak makan ke  ?” tegur Atilia. Dia menjamu selera dengan senang hati. Sedangkan Ayrin termenung. Susah hati. Tak ada selera mahu makan. Air dalam gelas pun baru separuh diminum.

“Kalau kau nak,aku nak tolong belikan,” Atilia cuba menghulurkan bantuan.

“Tak apa. Aku tak lapar.”

“Kau tak lapar tapi perut kau mesti lapar.”

Ayrin tidak membalas.

“Aku tau kau susah hati fikir pasal Isac. Tapi jangan sampai kau tak makan pulak. Nanti kau pulak masuk hospital tu.” Ujar Atilia memberi nasihat. Ayrin mengeluh.

“Dia still dekat wad ke ?” soal Atilia pula.

“Ya...”

“Kaki dia macamana ?” soal Atilia.

“Macam tulah.”

“Muda-muda dah patah kaki.” Atilia berkata sambil menggelengkan kepala.

“Siapa suruh dia cari penyakit.” Balas Ayrin. Atilia dapat melihat riak marah pada wajah Ayrin. Namun bukan marah padanya. Sebaliknya marah pada Isac.


***

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069117 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list