CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Cerpen 2: Balqis

[Copy link]
Post time 25-3-2015 12:06 AM | Show all posts
Woiiiiii! nak cerpeeeeeeeeeeeennnnnnnnnn!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2015 07:29 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 11-6-2015 09:30 PM

Visit website here: http://liyanamohdnoor.wix.com/leanastorytelling
Like facebook page: https://www.facebook.com/penulisanleakuma

Cerpen 2 : Balqis

sinopsis:

Zach jejaka yang suka berfoya-foya dengan wanita. Tertarik dengan gadis berniqab, Balqis yang mempunyai mata yang cantik. Dia cuba menjerat gadis itu untuk masuk ke perangkapnya supaya dia menang pertaruhan dengan Ejoe, kawannya. Namun Balqis yang banyak berahsia itu mnyukarkannya. Disebabkan kerap berhubung, timbul perasaan di hatinya terhadap Balqis. Namun ego dan nafsu membara membuatkan dia tidak peduli dengan perasaannya terhadap Balqis. Dapatkah dia mengumpan Balqis?


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 07:33 AM | Show all posts
Leafumi replied at 11-4-2015 07:29 AM
Cerpen 2 : Balqis

sinopsis:

wah sinop pun dah best..
sila tepek citer ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2015 07:37 AM | Show all posts
Ipo replied at 11-4-2015 07:33 AM
wah sinop pun dah best..
sila tepek citer ya

ok akak ipo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2015 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Akan ditepek petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Sis... Ur story always makes me anxious to know all until the END...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2015 09:20 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 11-4-2015 09:29 PM

sorry amek masa sikit nak post.. ini dia..



Zach ketawa. Terkekek-kekek seorang diri. Sejak tadi dia ralit melayan Twitter. Sibuk berbalas tweet dengan rakan-rakan Twitter. Maklumlah, dia sendiri pun antara yang famous di Twitter. Mempunyai beribu followers. Banyak awek-awek cun pulak tu. Rakan-rakan sebaya Zach juga banyak yang melahirkan rasa cemburu kerana popularitinya di laman sosial Twitter. Zach pasti tersenyum bangga.

Sambil berbalas-balas tweet, sesekali dia bercakap seorang diri. Beberapa kali juga dia memaki hamun. Ketawa dan maki hamun silih berganti keluar dari bibirnya. Dia membaca tweet dari salah seorang followers yang telah tag namanya di tweet perempuan si pemegang akaun Twitter bernama @Tina_Fox itu.

Hey Zach! Guess what? I miss u, handsome.. can’t forget our great night together! Muahh @ZachCullen.

Zach sudah tersenyum-senyum galak. Mana taknya. Tina memang antara awek hot yang menjadi followers setia. Dia juga pernah keluar date beberapa kali dengan Tina. Tina seringkali berpenampilan seksi dan menggoda.  Mana lah dapat ditahannya gelora jiwa dan nafsu apabila berduaaan dengan perempuan itu. Tina pun tak luak untuk menyerah diri kepadanya. Terasa diri beruntung kerana memiliki seraut wajah yang kacak dan bertubuh tegap. Tak hairanlah kerana dia berdarah campuran Belanda. Malah sudah beberapa kali dia terlibat dalam photoshoot sebagai model lelaki sambilan sebagai kerja part time.

@Tina_Fox I miss you too dear. Don’t worry. Next time I gi ambik u. its gonna be our night.

Zach tersenyum selepas membalas tweet dari Tina. Dia dan Tina tidak ada hubungan apa-apa pun. Hanya berkawan tetapi juga in open relationship. Itu benda biasa baginya yang hidup dalam gaya urban dan bebas bercampur gaul dengan semua orang. Tidak ada masalah pun baginya.

Seketika kemudian, dia menerima kiriman Whatsapp dari kawannya, Ejoe.

Weh bro. Kau buat apa tu ? Jom. Lama dah tak gym.

Ko baru nak ingat aku ke bro? Sial la.

Lol aku bz with sugarmummy aku. Masyukk weh. Jom aku belanja ko.

Haa.. kalau cam tu cun.

Baru-baru ini memang Ejoe agak sibuk berdamping dengan sugarmummy yang kaya dan meletup. Zach juga sudah agak lama tidak berteman dengan sugarmummy. Nak juga dia masyuk lagi seperti Ejoe. Tak susah pun kerja nak melayan sugarmummy ni. Bagi dia kasih sayang, perhatian dan belaian mesra pun sudah cukup. Kalau dapat lebih itu rezeki. Zach ketawa sendiri.

Kawan mummy aku ni ada jugak yang tengah mencari bro. kalau kau nak, aku bleh recommend.

Hahh..cun gak tu. Nanti ko bagi aku contact number dia.

Ko duk tweet dengan Tina tu? Ko dah serious dengan dia ke bro? Hahaa..

Lol aku dengan dia lepak2 je beb. Dah dia nak dengan aku. aku layankan la. Nasib dia cute.

Dah2. Bagi aku try Tina tu lak.

Ambik la.

Zach ketawa. Seronok. Seronok menikmati perbualan yang open minded baginya. Beginilah baru open minded. Baru lah layan. Kalau tu tak boleh, ni tak boleh boring lah. Baik pergi duduk hutan sana, bertapa. Sibuk jatuh hukum. Itu haram. Ini haram. Eh, jaga tepi kain sendiri sudah lah. Begitu lah pemikiran Zach dan manusia seangkatan dengannya.

Zach kembali membelek Twitter. Twitcon seorang perempuan yang bertudung litup menarik perhatiannya. Perempuan itu menutup wajahnya dan hanya menampakkan mata. Seperti memakai purdah. Yang menarik perhatiannya adalah mata gadis itu yang cantik. Mungkin kerana telah dihiasi dengan mascara dan eyeliner. Biarpun dia kadangkala annoyed dengan orang yang berlagak alim namun kecantikkan sebegini boleh saja menarik hatinya. Takpe.. cun kena bagi chance..fikirnya gatal. Dia melihat nama Twitter gadis itu. @NurBalqis. Kemudian membaca beberapa tweet di timeline gadis itu.

Kalau perkara tu memalukan seseorang tu bukan lawak tapi dah buka aib dia . Bewaree

Setiap kaum hawa pasti suka selfie muncung mulut.tapi selfie untuk tatapan sediri je la sayang. jangan bagi ajnabi tatap gamba awakk tu.

Malay girls these days should really stop treating boyfriend like husband, A man has never done anything for you until he makes you his wife.

La taqrabu zina.

Jika lelaki itu benar-benar mencintai kamu, hawa.Dia akan mendapatkan kamu dengan cara yang halal.

Selepas merasa bosan membaca tweet Islamik yang banyak dari @NurBalqis, Zach membelek pula gambar-gambar gadis itu. Banyak gambar-gambar yang memaparkan ayat-ayat Islamik dan gambar selfie. Namun selfie gadis itu sederhana saja. dan kesemuanya menutup sebahagian dari muka. Hanya menampakkan mata yang indah. Walaupun sekadar mata, ia sangat menggoda Zach. Kalau tidak, sudah tentulah dia tidak akan tertarik untuk stalk akaun Twitter @NurBalqis.

Zach menghantar mesej melalui Direct Message kepada @NurBalqis.

Assalamualaikum comel.

Zach sengih. Boleh pulak aku tegur elok-elok kat awek purdah ni.. Fikirnya.

Waalaikumusalam..

Yes! Dia reply! Ni mesti sebab aku hot. Kalau tak, awek purdah ni tak cair ladengan salam aku..Fikirnya bangga.

Nama apa ni?

Saya Balqis. Awak?

Zakaria. Call me Zach aje.

Ok Zach.

Sihat ke?

Sihat.

Buat apa tu?

Tak buat apa pun.

Oo..dah makan?

Dah. Awak dah makan ke?

I dah makan. Tapi malam2 ni, lapar la.

Pergi la beli makan.

I lapar benda lain. Hehe..

Nakal ea..

Ye.. I agak naughty.

Sorry. I tak macam u.

Lol its ok. U cute. I nak kawan2 ngan u je. or.. u nak I ajar u? hehee..

Kawan2 je ok.

Ada wechat?

Tak ada.

Whatsapp?

Tak ada.

Zach mengerutkan dahi sambil ketawa hambar. Pelik. Ada jugak orang tak pakai Wechat dan Whatsapp pada zaman yang serba moden dan penuh dengan teknologi baru ini. Malah Balqis itu menepis cubaannya untuk menggatal. Lame.. fikir Zach. But its okay.. she’s cute.. fikirnya lagi.

Whenever u need me u can find me on Twitter..

Ok Qis..

At least boleh cari di Twitter..fikir Zach. Dia senyum. Terserlah ketampanan wajahnya.

Dia kurang mendekati perempuan-perempuan berniqab seperti ini. Namun Balqis ini sangat-sangat menarik perhatiannya. Balqis pun nampaknya membenarkan dia mendekati Balqis. Baginya ini menarik.



***
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 09:43 PM | Show all posts
Leafumi replied at 11-4-2015 09:20 PM
sorry amek masa sikit nak post.. ini dia..

wah..memang open la si Zach ni

akak pernah baca citer perempuan berpurdah diganggu kat lorong..
sekali laki tu nampak ada benda hitam besar menerkamnya masa dia nak rogol pompuan tu
pompuan tu selamat...

ok..next entri

apa pula plan Zach kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2015 12:30 AM | Show all posts
Ipo replied at 11-4-2015 09:43 PM
wah..memang open la si Zach ni

akak pernah baca citer perempuan berpurdah diganggu kat lor ...

kisah seram ke tu akak Ipo? ke yang dia recite ayat Qursi tu?

Zach ni open sangat-sangat tapi dalam penulisan ni sy guna ayat lapik2.. nanti jadi kelusyahan pulak.. kikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2015 12:32 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 12-4-2015 12:35 AM

Fresh Orange dihirup Zach. Sambil matanya meliar ke sekitar. Pandangannya terhenti pada seorang wanita yang duduk di meja yang lebih ke dalam kafe. Empunya badan sangat anggun bergaya. Boleh dikatakan elegan dan seksi. Mungkin dari pejabat. Perempuan yang menggoda jiwanya itu duduk bersilang kaki menampakkan betis yang gebu. Lama Zach merenungnya. Hingga wanita itu pun menyedarinya. Dia menguntum senyum kepada Zach. Zach membalas senyuman wanita itu dengan lebar. Dia mengenyitkan mata. Gatal. Namun itulah caranya menegur. Wanita itu masih tersenyum-senyum kepadanya

“Hoi!”

Zach mengalihkan pandangan ke arah Ejoe yang duduk berhadapan dengannya.

“Kau ni sibuk usha awek hot sampai aku cakap tak dengar eh?” tegur Ejoe.

“Bergelora jiwa aku ni tau,” balas Zach dengan gelak.

“Memang hot,” Ejoe memuji pula wanita tadi. Wanita itu sesekali melihat mereka dengan senyuman.

“Dari tadi dia senyum-senyum kat aku, bro. Aku kan handsome, sure cair punyalah,” ujar Zach bangga.

Ejoe membuat muka tidak hairan.

“Kalau kau rasa kau hot sangat, pergilah try dia,” Ejoe mencabar.

Belum sempat Zach membalas, perhatian mereka berdua dicuri apabila seorang lelaki berpakaian segak dan kemas dengan baju kemeja lengan panjang menghampiri wanita itu. Dia mengajaknya pergi. Wanita itu menurut. Sambil berlalu dia memaut lengan lelaki itu. Tidak peduli lagi kepada Zach.

You’re late,man!” ujar Ejoe.

Trust me. Scandal aje tu!” ujar Zach pula. Mereka berdua ketawa.

“Aku ada jumpa someone,” ujar Zach mahu berkongsi tentang Balqis.

“Siapa?”

I don’t know. Follower kat Twitter. Wearing niqab. She got gorgeous eyes.”

Sejak bila taste kau perempuan alim-alim ni? Ala, sekarang pun memang ramai girl pakai niqab. Then, make up mata bagi cantik-cantik,” ujar Ejoe sambil meniru gaya posing gadis-gadis remaja yang melentuk liuk berserta mulut yang dijuihkan.

Zach tidak berkata apa. Sebaliknya dia sedang memikirkan Balqis. Walaupun Balqis juga mengenakan make up di mata namun entah mengapa hatinya sangat-sangat tertarik dengan perempuan itu.

“Tapi yang ni memang lain. Aku pun tak tau kenapa aku tertarik dengan this girl,”ujar Zach setelah diam untuk beberapa saat.

“Jangan cakap pintu hati kau diketuk pulak. Dapat hidayah. Hahaa. Kau ingat cerita Syurga Cinta ke? Bad guy fall in love with Cikgu Syuhada? Hahaa..” Ejoe mengejek.

So what kalau gadis alim macam dia boleh pikat aku? Untung apa? Tak payah susah-susah cari bini. Dah ada spare part,” balas Zach juga ketawa.

So,kau nak try dia ke bro? That niqab girl?”

“Dia nampak macam jual mahal. Good girl kan.”

“Ye ke?? Don’t judge from appearance. Zaman sekarang penampilan seseorang tu tak mengambarkan dalaman. Hari ni dressing berniqab. Esok lusa dedah paha gebu. Tayang dada. It’s all about fashion.”

Wow, falsafah.”

“Hahaa.. its  true, okay. I’ve known this girl once. Tudung labuh, bro. But same just like other wild girl. You know what I mean, right?”

“If that so, tak mustahil this niqab girl pun sama macam tu. Who care? I only interested with her gorgeous eyes.”

“Jom bet. Kalau kau boleh dapat perempuan niqab tu then buktikan dia innocent, I’ll give you 5k.

"Kau ingat movie Syurga Cinta ke?" ujar Zach ketawa.

"Tapi aku serious Zach. Eh, jangan kata kau tak boleh pulak?"

Hey,please! Ini Zach, okay. All girls bow to me,” ujar Zach dengan bangga tanda tidak mahu kalah.

We will see,” balas Ejoe. Dengan senyuman sinis.

Balqis pasti jatuh ke dalam tangan aku..Fikir Zach yakin dengan dirinya. Zach tidaklah terdesak buat masa ini. Kewangannya masih di zon selesa. Namun ego lelakinya mana tahan jika dicabar sebegitu. Habuan pun boleh tahan lumayan. Apa salahnya mencuba. Duit dapat. Gadis alim pun dapat. Cantik pula tu. Tambah-tambah lagi kalau masih suci. Dia pasti dia lah bad guy yang bertuah jika mampu membolot kesemua itu.



***

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2015 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Zach... Buaya darat yg bakal dijinakkan dgn cara terhormat...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 04:08 PM | Show all posts
Leafumi replied at 12-4-2015 12:32 AM
Fresh Orange dihirup Zach. Sambil matanya meliar ke sekitar. Pandangannya terhenti pada seorang wani ...

Tt..napa sy rsa nk kerat onk zack bila bca ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 11:21 PM | Show all posts
Zach membuka aplikasi Twitter di Iphone6 miliknya. Mencari-cari akaun Twitter Balqis. Dia perlu alert dengan Balqis. Pertaruhannya dengan Ejoe perlu dimenangi olehnya. Tak mungkin dia akan biarkan Ejoe menang pertaruhan itu dengan mudah. Zach kan lelaki kacak dan tough. Sedangkan wanita berusia serta datin-datin pun cair dengannya, inikan pula Balqis. Itu belum kira lelaki-lelaki gay yang cuba mendekatinya.

Seperti biasa penuh dengan kata-kata hikmah dan hadis yang tertera di timeline Twitter Balqis. Zach malas mahu membaca setiap satu persatu tweet Islamik itu. Dia membelek lagi photos milik Balqis di situ. Tiada gambar baru. Namun begitu, dia masih asyik merenung gambar-gambar yang sama. Cantik. Matanya. Walaupun ia bukan posing selfie yang menonjol dan memualkan seperti mana gadis-gadis lain selalu buat. Dengan posing biasa seperti itu sudah cukup memikat hati Zach. Apa? Aku dah sangkut dengan Balqis ke? Fikir Zach. Dia ketawakan dirinya sendiri. Okay jugak.. boleh lah buat stok bakal bini.. cute..innocent lagi ni.. Fikir Zach sambil berangan.

Hai cute.

Zach menghantar direct message untuk Balqis. Cepat juga Balqis membalasnya.

Hai Zach.

Buat apa tu..

Nothing.

I miss to talk to u, cute.

Oh yeke.. awak tak ada keje lain ke Zach..

Tak. Right now I’m free. Qis duk area mana? Jom keluar?

Sorry. Tak boleh..

Ala.. bz ke Qis? U kerja?

Yup.

Kerja apa Qis?

Rahsia.. hehe..

Kedekut. Itu pun nak rahsia ye..

Zach kerja apa?

Rahsia jugak..

Oh, tiru Qis, ya?

Baru fair! Hehee..

Fine Zach.

Please, gitau I Qis duduk mana?

No way. It’s a secret. Hehee..

Ok finee.

Marah ke..

Nope.

Zach berasa sedikit geram. Balqis mahu berahsia lagi. Jika dia tidak dapat maklumat mengenai Balqis, bagaimana dia mahu mengurat perempuan berniqab itu? Bagaimana dia mahu menang dalam pertaruhannya? Hampir semua maklumat mengenai Balqis dia tidak ada. Nombor telefon, Whatsapp, Wechat dan banyak lagi.

Kenapa nak berahsia sangat Qis?

Sebab.. its my personal matter.. tunggulah. Nanti dah lama Qis bagitau, ye Zach.

How long?

Tunggu aje..

Zach terpaksa menurut saja apa yang Balqis katakan. Hendak mendesak nanti Balqis tidak selesa pula. Misteri sungguh Balqis ini. Zach membaringkan tubuh ke katil. Dia menatap gambar-gambar Balqis lagi.


Qis kenapa awak tak letak gambar muka penuh?

Saja..

Kenapa Qis? Awak malu ke..

Malu jugak.

Malu kenapa? Awak mesti cantik kan..

Kecantikkan wanita itu bukan untuk dipaparkan pada umum..

Zach terkedu dengan kenyataan Balqis. Ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Dia sendiri pernah mendengar ceramah dari ustaz dan ustazah mengenai perhiasan wanita yang tak boleh dipertontonkan kepada lelaki ajnabi. Namun dia kagum dengan Balqis yang menyatakan terus pendiriannya.

Dan apa hak kita untuk menilai buruk atau cantiknya seseorang itu Zach..

I like your philosophy way. But nowdays people love beauty more than anything.
Would you mind me to know your Ig?

Yeke.. hehee.. its nothing. Insta? Tak boleh..

Zach mengetap bibir. Instagram pun tak nak bagi.

I admire u..

Saya bukan siapa2 pun Zach.

I think awak ni special.

Saya hanya seorang perempuan yang orang lain tak nampak. Orang biasa Zach.

But awak ada keistimewaannya yang tersendiri. Kan? Tak yah nak humble sangat.

Ye ke? So I’m that special to u?

I know u special.. maybe orang lain tak sedar, tapi Zach boleh nampak..

Apa yang orang macam awak boleh nampak kat saya Zach?

Your beauty that u hiding from others..

Oh.. so itu aje yang awak nampak?

Maksud Qis?

Zach just nampak my beauty aje. Bukan myself. That’s it. Kalau Qis tak cantik then Zach pun takkan kawan dengan Qis. Macam tu kan?

Zach menelan air liur membacanya. Apa yang Balqis katakan itu benar. Dia mendekati Balqis semata-mata kerana luaran Balqis menarik perhatiannya.

Bukan tu aje, Qis. Zach mengaku Zach dekat ngan u sebab I think u ada gorgeous eyes. Tapi tak salah kan I nak terus kenal u dengan lebih mendalam?

u dont know anything about me Zach.. but its Ok. Qis benarkan.

Boleh tak at least give me phone number?

Tak boleh.

Okay lah, Qis.

Zach mengalah lagi.

Qis..This my number 016 44****. Call lah I.

Tak pe. I simpan aje.

I tau nanti Qis mesti call punya.

Hehee..


***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2015 11:22 PM | Show all posts
Esmiria replied at 13-4-2015 04:08 PM
Tt..napa sy rsa nk kerat onk zack bila bca ni?

kerat ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2015 02:38 AM | Show all posts
So macamana dengan awek niqab kau tu, Zach?” Ejoe membangkitkan soal Balqis. Mereka duduk berbual di kafe yang sama.

Relax..awal lagi ni,” balas Zach. Baru beberapa kali saja dia berhubung dengan Balqis. Balqis pula masih merahsiakan banyak perkara.

“Ke.. ilmu mengurat kau tak jadi?”Ejoe sudah gelak mengejek.

“Kau sabar aje. Nanti dapatlah aku Balqis tu.”

“Dia memang cantik ke?”

Actually..aku tak tengok lagi muka dia yang sebenar.”

“Entah-entah fake.”

“Kalau dia fake, bet kita akan terbatal,” balas Zach.

Fakers everywhere. Siapa cakap bet kita terbatal? For sure kau kalah.” Ujar Ejoe pula.

"Damn you, Ejoe."

“Kau mintak lah Balqis tu tunjuk muka dia. Kau jumpa la dengan dia. Kalau lawa boleh lah kasi aku lepas kau dah menang bet..”

“Mana boleh. She’s mine.

“Eh, jatuh cinta dah ke?” perli Ejoe.

“Aku romeo. Perempuan yang jatuh cinta dengan aku.”

“Ya, kalau Balqis jatuh cinta dengan kau, then aku percaya kau romeo. 5k akan jadi milik kau,” ujar Ejoe.

Zach senyum.


***

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Zach....Zach... mungkin dh tiba masa utk dia berubah ke arah yg lebih baik... Help him Balqis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 10:25 AM | Show all posts

Zach*
typo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:28 AM | Show all posts
Leafumi replied at 14-4-2015 02:38 AM
“So macamana dengan awek niqab kau tu, Zach?” Ejoe membangkitkan soal Balqis. Mereka duduk berbual ...

Aku tak setuju zach dgn balqis.


Plis,qis suci. bukan busuk basi bancing kotor mcm Zach.


npa aku rsa ada plot twist ea?


but unless qis tu dh bolos then berpurdah. Baru aku sokong.


ntah2,qis ialah ex gf zach yg pernah ditidurnya then bertaubat..atau qis ialah roh or pondan or saiko killer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 02:49 PM | Show all posts
Leafumi replied at 11-4-2015 09:20 PM
sorry amek masa sikit nak post.. ini dia..

sgt misteri... jgn mamat nih terduduk udah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2015 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jeng..jeng .jengggg *sound efek sikit

Hahaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.093775 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list