CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
Post time 15-8-2014 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin sonok bace story ni. X sbr nk taw ape jd kat dira n faiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2014 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
TT... Next please... sambung sampai habis ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 05:14 AM | Show all posts
Bab 5


Seperti yang dijanjikan, Adira bekerja di butik milik emak saudara Sofia. Bersama Sofia. Adira cuba menjadi pekerja yang bagus. Sementara Sofia lebih banyak duduk santai dan membelek smartphone miliknya. Adira sudah beberapa kali menegurnyanamun Sofia hanya tersengih-sengih. Dua orang lagi pekerja wanita, Kak Siti dan Kak Nana tidak mampu berkata apa-apa kerana Sofia itu sendiri anak saudara kepada tuan punya butik.

“Sofia !,” Adira mengejutkan Sofia yang enak dibuai mimpi di hujung meja kaunter. Entah sejak bila dia terlena begitu. Adira tidak perasan.

“Kenapa.. “ balas Sofia yang separuh mamai.

“Sedap tidur nampak. Bangun kerja,”Adira mengomel.

“Biarlah..,” balas Sofia kembali meletakkan kepala di atas meja kaunter.

“Kau ni, nanti apa pula kata Kak Nana dengan Kak Siti,” ujar Adira lagi memujuk Sofia.

“Nak kata apa ? Berani kenak kata ?,”balas Sofia.

“Aku nampak Kak Nana dah jelling-jeling kat kau tadi.”

“Alah, dia memang macam tu. Kalau aku datang sini, dia tengok aku semacam. Jealous agaknya. Aku kan comel!,” balas Sofia selamba. Ketika itu, Adira terasa seperti mahu mengetuk kepala Sofia namun dia bersabar saja. Boleh pulak dia selamba berkata begitu.

“Weh, tolong belikan aku chocolate blended. Tadi aku mimpi chocolate blended,”pinta Sofia.

“Ada-ada je kau ni, Sofia.”

Adira menuruti permintaan Sofia. Dia beredar meninggalkan butik dan pergi ke kiosk ice blended.

“Kak, chocolate blended satu,” Adira membut pesanan setibanya di kaunter kiosk.

“Nak tambah topping ?,” tanya kakak kaunter.

“Tak nak. Kosong je.”

“Tunggu sekejap ya dik,” balas kakak kaunter sambil tersenyum manis. Memang manis. Mungkin kerana kakak itu bersolek. Kanta lekap yang dipakainya membuatkan matanya nampak besar. Adira pula tidak mungkin akan bersolek sebegitu. Dia tidak pandai. Silap-silap nanti jadi badut wajahnya jika dia bersolek tebal. Kadangkala teringin juga dia ingin bersolek sebegitu namun dia tidak berkeyakinan. Mungkin nanti dia boleh cuba belajar pada masa lapang dengan melihat tutorial make up di internet.

Mata Adira meliar pula melihat sekeliling. Seperti biasa, pada hari minggu sebegini ramai orang datang membeli belah. Banyak ragam yang boleh diperhatikan. Di kiosk ais krim, hanya beberapa meter saja dari kiosk ice blended terdapat seorang budak kecil yang melompat-lompat sambil menyanyi kegembiraan sambil menanti ayahnya membelikan ais krim untuknya. Adira tersenyum sendiri melihat telatah budak perempuan yang comel itu.

Tiba-tiba Adira ternampak susuk tubuh seseorang yang seperti pernah dilihat olehnya.Berketinggian sederhana. Ya, gaya rambut lelaki itu memang pernah dilihatnya. Berkulit putih kuning langsat. Akhirnya Adira nampak dengan jelas dia memiliki kening yang lebat. Kening Rock Lee. Faiz ! desis hatinya. Dia mulai risau.

“Siap dah chocolate ni dik,” ujar kakak pembuat ice blended tadi. Dia hairan melihat Adira yang tiba-tiba berubah riak wajahnya.

“Oh,” Adira yang tersedar selepas ditegur oleh kakak blended itu terus mengeluarkan not hijau dari pursemiliknya. Selesai membayar, dia beredar sambil membawa bersama chocolate blended yang dipesan Sofia. Dia tergesa-gesa hingga hampir terlupa untuk mengambil semula pulangan baki bayaran tadi. Kakak ice blended hanya tersenyum sambil menggeleng-geleng melihat sikapnya. Dia tidak tahu Adira ingin lari dari seseorang.

Adira berjalan dengan tergesa-gesa. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Mujurlah Faiz tidak nampak dirinya. Adira tidak menyangka dia akan terserempak dengan Faiz. Tetapi apabila difikirkan balik, memang tak mustahil. Dia bekerja di shopping mall. Tempat tumpuan orang ramai. Sesiapa pun boleh datang. Sesiapa saja boleh menemui dan ditemui.

Adira memasuki butik. Dilihatnya Sofia sedang tersengih-sengih sendirian sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Kak Nana dan Kak Siti juga sudah berada dibutik. Sebentar tadi mereka pergi makan tengahari bersama-sama. Adira menghampiri Sofia. Sofia ketawa seorang diri pula.

Chocolate ni,” kata Adira sambilmenghulurkan air chocolate blended tadi kepada Sofia. Sofia menyambutnya.Tawanya msih bersisa. Bunyi isyarat dari Wechat silih berganti berkumandang. “Thanks, baby !” kata Sofia.

“Kau ni gelak sorang-sorang dah kenapa ? Pakwe mana pulak yang wechat kau ?,” tegur Adira.

“Ni Si Fendi ni hah. Buat lawak pulak dalam wechat,”balas Sofia.

“Hari tu bukan kau kawan dengan Kamal ke ?,”tanya Adira pula.

“Aku kawan dengan semua lah,” balas Sofia.

“Habis siapa pakwe kau ?,” soal Adira.

“Zarif.”

“Zarif ? Hari tu bukan Feroz ke ?”

“Feroz ? Dah lama lah aku break dengan dia.”

Adira tidak bertanya apa lagi. Memang begitulah Sofia. Dulu Feroz sekarang Zarif. Esok mungkin Izam. Lusa pula Izad. Lepas tu siapa lagi ? Pernah Adira bertanya kepada Sofia. Sofia hanya menjawab tidak ada seorang pun dari mereka yang benar-benar menyayanginya.

“Eh, apa cerita kau dengan Faiz tu ?,” soal Sofia pula.

“Tak ada apa-apa lah. Aku tak layan pun dia. Dia pun dah tak kerap contact aku dah,” balas Adira.

“Siapa dia ?,” soal Sofia ingin tahu.

“Aku tak tahu. Aku tak nak ambil tahu pun,”balas Adira. “Alamak! Tadi aku nampak dia lah !,”sambung Adira. Adira hamper terlupa Faiz ada di mall itu.

“Kau ni dah kenapa ? Tiba-tiba aje. Kalau rindu tu mengaku aje lah,” omel Sofia pula. Hairan dia melihat Adira yang tiba-tiba terkejut seorang diri.

“Isy, bukan ! Aku memang nampak dia ! Masa aku beli ice blended,” Adira menerangkan perihal tadi dengan bersungguh-sungguh.

“Yeke ? So kau jumpa dia lah?,” Sofia menduga.

“Tak. Aku lari.”

“Aduh, kau ni kan. Kesian pulak aku kat dia.”

“Tak payah nak kesian kat dia tu lah. Habis aku ni, macamana ? Kau nak biar je ke ? Apa punya kawan !,” Adira mengomel pula.

“Aku tengok dia tu not bad. Kenapa yang kau benci sangat ni ? Ke dia ada takut-takutkan kau ke ? Kut lah dia ugut kau kat whatsapp ke.. wechat ke..,” Sofia masih tidak puas hati.

“Mana ada. Tak ada apa lah.”

Then, you shouldn’t be like this.”

“Aku just tak nak je jumpa dia. Aku tak nak ada urusan pun dengan dia.”

“Payah sangat, biar aku lah kawan dengan dia !,” ujar Sofia. Dia membuka langkah untuk pergi. Adira terus menghalangnya. “Jangan !,” marahnya.

“Hah ? Ni jealous ke apa ?,” perli Sofia. Sengaja mahu melihat reaksi Adira.

“Kau gila ke ? Jangan nak pandai-pandai buat apa-apa,”marah Adira lagi. Kak Nana dan Kak Siti sudah kehairanan melihat tingkah mereka berdua.

“Lagi satu, aku tak jealouslah ! Aku tak nak ada kaitan dengan dia je,” ujar Adira lagi.

So, aku tak boleh pulak ?,” balas Sofia dengan dahi berkerut.

“Disebabkan kau kawan aku,secara automatic kau pun tak boleh ada kaitan dengan dia.”

“Ke kau dah ada boyfriend ?Sebab tu kau tak layan dia langsung ?,” Sofia menduga lagi.

“Tak ada lah. Kalau ada, aku dah bagitau kau pun.”

“ Siapa boyfriend kau tu ?Mesti childhood boyfriend ?,”Sofia masih lagi meneka-neka.

“ Apa kau merepek ni..sudah-sudah lah tanya yang bukan-bukan,”Adira menepuk dahi. Penat dengan tuduhan-tuduhan daripada Sofia.

“Itu dia kan?,” Sofia bertanya sambil menuding jari ke luar butik. Adira berpaling laju. Kelihatan Faiz sedang melihat-lihat di lot-lot kedai yang tidak jauh dari butik mereka. Adira sudahberkerut-kerut dahinya.

“Aku blah dulu.”

“Pergi mana ?”

“Mana-mana aje.”

Sofia tidak sempat lagi untuk bersuara apabila Adira pantas melangkah keluar dari butik. Dibiarkan saja. Adira melangkah dengan tergesa-gesa. Terasa diri seperti heroin yang melarikan diri daripada pembunuh bersiri. Adira menggeleng-geleng sendirian pula. Tidak. Pembunuh bersiri tu macam menakutkan sangat. Stalker ! Adira membetulkan tanggapannya kepada Faiz. Mungkin kedengaran agak keterlaluan. Tetapi tak mustahil juga jika Faiz benar-benar datang untuk mengintipnya. Sempat lagi dia berfikir yang bukan-bukan.

PRAKK! Bunyi kuat datang dari kasut yang dipakainya. Adira terkejut. Dia berhenti dan melihat ke arah kasut krinya. Jelas tapak kasutnya sudah bercerai separuh dari kasut. Separuh tapak kasut yang terkeluar itu terlekat di celah kepingan lantai mall yang sudah terkeluar dari tempat asalnya. Ya Allah ! Kasut aku ! Jerit hatinya. Malang tidak berbau. Dia tidak nampak akan kepingan lantai yangsudah terkeluar itu. Mujurlah dia tidak terjatuh. Mungkin kerana diatergesa-gesa melangkah. Malu mula menerjah dirinya. Namun digagahi jua untuk menarik keluar tapak kasutnya. Susah pula tapak itu mahu keluar. Adira terpaksa memaksa kakinya untuk lebih kuat menarik kasutnya itu. Akhirnya kakinya berjaya mengeluarkan kasut dari tersangkut di situ. Disebabkan daya tenaga menarik kasut tadi digunakan dengan kuat, tubuhnya menjadi terhuyung-hayang dan dia hampir berlaga dengan patung kedai di sebelahnya. Tetapi sebenarnya itu bukan patung. Adira menoleh. Dia terkejut bukan main.

“Apa awak buat ni ?,” soal Junaidi. Hairan. Namun ada tawa kecil dalam katanya.

“Saya..” Adira sendiri tidak tahu ingin berkata apa. Keadaan menjadi kelam kabut dan tak terduga.

“Kasut terlekat ! Hahaha !,” Junaidi gelak sakan.

Adira membutangkan matanya kepada Junaidi. Sanggup mamat itu mentertawakannya. Sudah lah hadir tak diundang, mentertawakan dirnya pula.


Last edited by Leafumi on 5-9-2014 09:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2014 05:29 AM | Show all posts
“Diam lah ! Yang awak jadi patung kedai kasut ni buat apa ?,” Adira membidas dengan sindiran.

“Saya kan handsome. Memang layak jadi patung model kat sini. Tengoklah, awak pun nak tidur di dada saya yang tegap tadi,” Junaidi mengangkat kening kiri sambil tangan kanan diletakkan di dada. Tawanya masih bersisa. Adira membuat mimik muka menyampah.

“Tolong lah, Jun ! Badan saya tak seimbang lah. Lagi satu, itu nak terlanggar, bukannya nak tidur. Saya lagi rela tidur di dada Aaron Aziz,” Adira mengomel. Dia kemudian memandang hampa ke arah kasutnya dan tapak kasutnya yang sudah lekang.

“Kesian betul awek malang kasut lekang ni. Jom tukar kasut,” Junaidi mempelawa Adira masuk ke kedai kasut yang memang bersebelahan dengan tempat kejadian kasut lekang Adira sekarang.

“Awak perli saya ke apa !,” marah Adira.

“Awak nak berdrama dengan saya pasal kasut lekang kat depan ni sampai bila ? Jom !,” Junaidi sungguh-sungguh mengajaknya. Adira mendengus. Namun apabila diam menyedari mata-mata dan tawa halus di sekitarnya kedengaran, dia akur juga. Pekerja wanita di kedai kasut yang sejak tadi menonton drama kasut lekang mereka sudah tersenyum-senyum apabila melihat Junaidi dan Adira masuk.

Memilih kasut di samping Junaidi membuatkan Adira sedikit kekok. Manakan tidak. Semua ini tidak dirancang. Tiba-tiba dia ditimpa malang apabila tapak kasutnya ingin bersama dengan kepingan lantai yang lekang dari tempat asalnya. Mungkin masing-masing jatuh cinta dengan persamaan masing-masing yang lekang dari tempat asal. Tak pasal-pasal membujang pula kasut kanannya. Kemudian, tanpa disangka-sangka dia bertemu Junaidi di tempat kejadian. Kebetulan apa semua ini pun dia tidak tahu.

“Ni cantik jugak ni.. Ha ! Yang ni gorgeous !,” ujar Junaidi yang dari tadi asyik memuji-muji kasut-kasut wanita di kedai itu dan mencadangkan Adira mencuba. Adira pula yang bingung dengan situasi mereka sekarang. Terasa seperti mencuba kasut di samping suami. Macam bersama dengan mak mertua pun ada. Dengan emak sendiri pun dia tidak begini. “Fuh ! Merah ni memang cun !,” puji Junaidi lagi. Dia pula yang kecoh sedangkan Adira banyak berdiam diri.

“Jun, awak tak perlu lah nak suggest kat saya macam-macam. Saya boleh pilih sendiri,” ujar Adira. Dia sudah tidak tahan. Seperti memilih kasut dnegan mak nenek.

“Oh, okay ! So, awak suka yang mana ?” soal Junaidi. Mula memberi perhatian kepada Adira.

“Yang ni dah okay,” Adira mengangkat kasut berwarna hitam.

“Tapi yang tu harga dia murah aje,”ujar Junaidi tidak bersetuju.

So, apa masalahnya ?,” Adira hairan.

Maybe pilih yang mahal so tahan sikit kasut awak nanti,” jawab Junaidi.

“Saya student aje. So ikut bajet,” Adira berkeras. Memang benar. Dia hanya seorang pelajar. Bukan seorang yang bekerjaya seperti Junaidi. Jadi dia tidak mahu membazirkan duitnya.

“La, saya belanja,” balas Junaidi selamba.

Are you serious ?,” Adira terkejut.

Pekerja wanita tadi tersenyum lagi melihat mereka.

“Saya bukannya tak boleh bayar, okay !,” Adira menolak. Geram. Terasa seperti diperkecilkan.

“Eh, saya ikhlas nak belanja ni. Anggaplah hadiah pemberian dari saya,” balas Junaidi.

“Tapi..” belum sempat Adira membalas, dia terdiam apabila ternampak kelibat Faiz. Faiz sedang berlegar-legar di lot-lot kedai yang tak jauh dari kedai kasut di mana mereka berada sekarang.

“Mamat ni.. kat mana aku ada dia datang,” Adira mengomel seorang diri.

Maybe ni lah takdir pertemuan kita. Jodoh awak dengan saya kuat macam dalam cerita Hindustan,” Junaidi tiba-tiba menyampuk. Adira mendengus. Entah apalah orang gila seorang lagi ni merepek.

“Yelah. Awak bayar ! Jom pergi ke kaunter,” Adira pantas mengajak Junaidi ke kaunter. Bukan apa. Dia mahu mereka beralih ke arah lain supaya Faiz tidak nampak akan dirinya.

Selesai urusan pembayaran, Adira cepat-cepat menukar kasut. Dia memakai kasut yang baru. Kemudian dia sudah tidak sabar-sabar mahu beredar. Junaidi ditinggalkan saja di belakang. Adira berjalan dengan kelam-kabut seperti tadi. Dia sudah semakin jauh dari kedai kasut tadi dan Faiz.

“Adira, ni kasut lekang awak ni,” Junaidi mengiringi langkah Adira apabila langkah gadis itu sudah perlahan. Dia menunjukkan beg plastik berisi kotak kasut baru yang sudah berisi kasut lekang milik Adira tadi.

“Awak simpan lah. Buat bantal peluk,” balas Adira.

“Saya letak atas rak di ruang tamu nanti,” balas Junaidi.

“Dah lah, Jun. Berhenti merepek. Thanks a lot. Nanti saya ganti balik ya.”

“Saya ikhlas lah belanja awak.”

“Saya tak biasa lah orang belanja kasut-kasut ni. Saya nak balas balik.”

“Kalau macam tu, awak belanja saya minum di kedai tu,” Junaidi menuding ke arah kedai makan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berbicara.

“Jom !”

“Awak buat apa kat sini?,” soal Junaidi sambil menghirup Teh ais dari gelasnya. Adira pula minum Teh O ais.

“Saya.. kerja kat sini.”

“Oh, patutlah. Kat mana tu ?”

“Kat butik Red Roses tu.”

“Oh, butik tu rupanya. Lama dah ke ?”

“Baru aje 3 hari.”

“Saya saja aje jalan-jalan sorang-sorang kat sini.”

“Tak tanya pun.”

“Lepas tu, tiba-tiba pulak terjumpa awek kasut lekang. Lawak gila. Mujurlah saya kawan dia datang tolong dia, kalau tak lagi lama dia sangkut kat situ sorang-sorang.” Junaidi ketawa dapat mengenakan Adira.

“Sudah lah !,” Adira menjegilkan matanya.

Junaidi minum sambil gelak mengekek sendiri. Adira mendengus. Apa boleh buat ? Bersabar saja lah dia dengan lelaki itu. Kedengaran nada dering telefon bimbit Junaidi menyanyi. Junaidi menjawabnya.

Hello ? Yea.. yea.. okay.. okay.. okay.. see you there..,”bicara Junaidi di talian. Serius. mungkin urusan kerja.

Adira hanya memerhatikan saja gelagat Junaidi menjawab panggilan telefon.

“Saya kena pergi.”

Okay, bye !

Bye ! Take care ! Friend request saya nanti tolonglah approve, ya?Jumpa lagi masa kasut lekang yang lain,” sempat lagi Junaidi mengenakannya. Adira membuat mimik muka. Junaidi beredar dengan tawa.

Gila ! Tapi.. nasib baik jugak orang gila ni baik hati hari ni. Dapat juga aku kasut baru. Cis, malu gila masa kasut lekang tadi ! Adira mengomel dalam hati ketika dia dalam perjalanan kembali ke butik.

“Kau ke mana Ira ?” soal Sofia sebaik saja Adira masuk ke dalam butik. Adira menceritakan kejadian tadi yang menemukan dia dengan Junaidi.

“Kau jumpa Junaidi ?,” Sofia terkejut.

“Yup, kebetulan. Dia belanja aku kasut baru ni.”

Wow, lucky !

Wow apa bendanya ? Malu kau tau tak kasut aku terlekat dekat lantai. Pulak tu aku tarik, lekang terus. Depan-depan dia pulak,” Adira mengadu.

“Dah macam cerita cinta komedi.” Sofia ketawa. Adira mencebir bibir saja.

Adira mengalihkan pandangannya ke sekitar butik. Kelihatan seorang wanita berusia dalam linkungan lewat 40-an sedang melihat-lihat baju-baju di buitk mereka. Disebabkan tawa Sofia kuat, dia memandang ke arah mereka.Adira menyedari wanita itu memandang agak lama. Seperti sedang kehairanan dan memikirkan sesuatu. Tidak lama selepas itu, dia keluar dari butik. Kak Nana yang melayannya kehairanan. Adira juga begitu. Kenapa pula dengan wanita itu ? Mungkin dia fikir Sofia tidak waras. Adira meluku kepala Sofia yang masih ketawa. Entah apa yang dirasakan lucu sangat.

Sorry ! Aku tengah imagine masa kasut kau sangkut tu,” ujarnya lalu sambung ketawa. Adira menepuk dahi. Boleh pula Sofia melayan imaginasinya itu. Last edited by Leafumi on 5-9-2014 09:38 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 06:04 AM | Show all posts
Bab 6




“Adira,” tegur emak tatkala Adira dan emak sedang bersarapan di dapur bersama. Pagi itu pagi Sabtu. Adira mendapat cuti. Dia akan kembali bekerja pada hari Ahad.

“Ya, mak ?,” sahut Adira. Dia menyuapnasi lemak ke dalam mulut.

“Junaidi belikan kamu kasut ye,” ujar emak dengan senyuman. Mengusik. Hampir tercekik mendengarnya.

“Mak ? Mana mak dengar cerita ni ?” soal Adira. Hairan benar dia. Tidak pula dia menceritakan kepada sesiapa perihal itu melainkan Sofia. Tidak mungkin Sofia menceritakannya kepada emak.

“Mak tahulah. Junaidi yangcerita,”balas emak. Adira senyum geram.

“Kepoh betul mamat ni,” Adira bersungut. “Nanti Ira bayarkan balik. Mak jangan risau.”

“Eh, bukan tu hadiah dari dia ke ? Kenapa kamu nak bayar balik ?,” emak pula yang hairan.

“Habis yang dia ungkit kat mak tu kenapa ?” soal Adira semula.

“La, dia bukan ungkit. Dia cerita je kasut Ira lekang depan dia.”

“Mak jangan gelak. Malu Ira tau,” Adira bersuara nada merajuk apabila emaknya tertawa kecil.

“Nasib baik dia ada.”

“Kalau dia tak ada pun bukan Ira tak boleh settle sendiri.”

“Kamu ni janganlah garang sangat dengan dia.”

“Tak ada lah mak. Kadang-kadang dia tu macam orang tak betul.”Adira ketawa juga apabila teringatkan peel Junaidi yang entah apa-apa.

“Junaidi memang macam tu,” balas emak hanya ketawa.

“Mak ni suka sangat kedengan Junaidi tu ?”Adira bersungut.

“Ira tak suka ke ?” soal emak pula.

“Bluekk !,” Adira membuat gaya muntah. Dia kemudian bangun untuk mencuci pinggan di sinki.

Adira membuka akaun Facebook. Dia memeriksa sebarang notification dan inbox. Dia lihat friend request dari Junaidi masih ada dan masih belum diluluskan olehnya. Dia teringat Junaidi sudah dua kali berpesan agar menerimanya sebagai teman di Facebook. Adira menekan butang approve. Biarlah. Itu Junaidi. Jadi tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Lain lah kalau Faiz. Mujurlah Faiz tidak tahu akaun Facebook Adira.

Tiba-tiba telefon bimbitnya menyanyi. Adira melihat ke skrin. Nama Faiz Rock Lee terteradi skrin. Adira mengerutkan dahi. Macam tahu-tahu pula dia sedang memikirkan dirinya. Selalunya Faiz akan menghantar sms, whatsapp dan wechat. Kali ini diaterus menghubunginya melalui panggilan telefon. Adira membiarkan saja hingga nada dering itu mati.

Sepi. Tak lama selepas itu nada dering itu berkumandang lagi. Sekali lagi Adira membiarkan saja.  Sepi lagi. Kemudian ia berbunyi lagi. Adira tetap berdegil tidak mahu menjawabnya. Hah ! Lantak la..biar patah jari kau duk call aku sangat.. Desis hatinya. Masa berlalu. Tiada lagi bunyi nada dering. Kira-kira 5 minit kemudian, bunyi isyarat sms pula masuk.Kali ini Adira membaca sms tersebut. Dia mula berbalas sms dengan Faiz.

Adira..awak tak patut buat tak tahu macam ni kat saya..
Takkan awak dah lupakan saya ?

Apa maksud awak ni ? Saya tak paham.. apa yang awak nak ?

Jom jumpa dengan saya. Saya akan explain.

Saya tak nak. Stop kacau saya boleh ? Saya tak kenal awak. Saya taknak ambil tahu pasal awak.

Tak. Saya akan terus kacau awak. Saya dah sampai sejauh ni untuk cari awak. Sayanglah kalau saya mengalah.

Apa maksud awak ?

Adira menggigit bibirnya. Apa yang dimaksudkan dengan Faiz mencari dirinya? Seraya itu dia mula kebimbangan. Takkanlah.. tak mungkin Faiz kenal aku. Tak mungkin.. Desis hati Adira.

Saya kenal awak. Saya tahu kat mana awak tinggal.

Membaca mesej itu membuat Adira takut. Faiz tahu di mana dia tinggal. Bermakna Faiz boleh datang ke rumahnya bila-bila masa saja.

Jangan nak tipu. Awak just nak takutkan saya aje kan.

Tak. Saya dah lama cari awak. Awak je yang tak tahu. Awak tak ingat.

Adira jadi keliru. Bila masanya dia memberi tahu butir dirinya kepada Faiz ? Faiz nampaknya sudah berlebihan. Memang stalker. Kali ini mood Adira benar-benar berubah dan tidak tenang. Kalau benar pun Faiz tahu, siapa yang memberikan maklumat dirinya kepada Faiz ? Mungkinkah Iman ?

Saya tahu awak kerja di butik tu. Hari tu awak dengan someone. Bf ke ?

Kali ini Adira tersentak membaca mesej Faiz. Faiz tahu dia bekerja di situ. Faiz nampak dia bersama Junaidi. Faiz tahu Cuma dia hanya memerhatikan dari jauh. Adira mengetap bibir. Tak sangka. Dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk hilang dari pandangan Faiz. Tetapi kantoi jugak rupa-rupanya. Cuma Faiz tidak mendekatinya.  

Macamana awak tahu semua ni? Dari Iman ke ?

Tak.

Awak jangan main-main macam ni faiz. Ni tak kelakar.

Saya tak main-main. Saya memang serious. Awak aje yang fikir saya main-main dari awal.

Hello, Sofia,” Adira menelefon Sofia.

“Kenapa ni ?”

“Faiz.”

“Faiz ? Kenapa ?”

“Dia tahu rumah aku. Diatahu aku kerja di butik. Dia nampak aku dengan Junaidi kat sana.”

Seriously ?

“Ya, dia memang stalker. Aku dah rasa semacam dah ni.”

So dia mengakulah yang diastalker kau ?”

“Yelah. Dia ugut aku lah tu.”

“Habis kau nak terus buat tak tau ? Do something.”

“Apa boleh aku buat ? Ilmu bertarung aku pun tak khatam.”

“Woi, agak-agak lah. Bukan aku suruh kau bertarung dengan dia.”

“Aku tak berani jumpa dia.”

“Kalau macam tu kau on the phone je dengan dia.”

“Hmm.. okay jugak tu.”

Goodluck. Kalau ada apa-apa roger okay !”

Okay, bye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Adira mendengus selepas mematikan talian.  Dia mula berasa terbeban. Kenapa Faiz muncul ? Kalau sebelum ini hidupnya tenang, aman dan damai. Tiada gangguan. Bukan tak ada lelaki yang cuba mendekatinya. Mereka tidak akan mengganggunya sampai begitu sekali. Dia tidak sangka Faiz tegar menunggunya. Permainan apa yang Faiz sedang aturkan ? Dia tak mahu dipermainkan atau diapa-apakan.

Callme. Adira menghantar mesej kepada Faiz.

Tak perlu menunggu lama. Cepat saja Faiz menelefonnya. Adira menenangkan diri sebelum menjawab panggilannya. Butang answer ditekan di skrin.

Hello.”

“Assalamualaikum, Adira.”

“Waalaikumusalam..”

“Dah lama saya nak cakap dengan awak.. saya dah lama nak dengar suara awak..”

“Tak perlu nak bermadah..awak cakap aje apa awak nak. Im very serious right now.”

“Ya, apa yang saya cakap ni dari hati. Saya tak nak simpan lagi. Ni lah yang saya nak cakapkan.”

Adira diam saja.

I like you. I miss you..

Berderau darah Adira mendengarnya.

Stop. Saya tak ada masa nak layan ayat-ayat cinta awak. Okay, so sekarang awak dah luahkan pun apa awak pendam. Dah saya tak nak cakap lagi.”

“Adira, Im serious. Saya bukannya cakap main-main. Saya dah lama sukakan awak.”

“Mana ada orang suka sekelip mata lepas awak baru jumpa orang tu.”

“Baru jumpa ? kita dah lama jumpa lah.”

“Kita jumpa tak sampai sebulan. Sudah-sudahlah bertepuk sebelah tangan.”

“Tak. Awak kena sedar. Awak tak boleh lari dari kenyataan.”

“Apa awak cakap ? Sekarang siapa yang lari dari kenyataan ? Awaklah !”

“Adira, relaks. Saya dah tahu semuanya. Awak pun berhentilah berlakon. Even dah lama, awak tak boleh terus menipu diri awak. Lagipun apa yang awak takutkan ? Saya suka awak. Awak pun su..”belum sempat Faiz menghabiskan kata-katanya, Adira pantas mematikan talian. Berang dia mendengar kata-kata Faiz.

Kenapa Faiz memaksa ? Faiz ini memang degil. Dia langsung tak mahu mengalah. Lagi satu, dia ingat dia siapa cuba untuk menyatukan perasaan mereka. Perkara itutak mungkin terjadi. Adira tak akan membiarkannya sama sekali. Dia tidak akan tunduk kepada lelaki itu.


Last edited by Leafumi on 6-9-2014 10:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 06:21 AM | Show all posts
yeah, bab 5 keluar semalam.. bab 6 pun sudah keluar pagi ni..  semangat menulis berkobar2.. esuk dah mula kelas susah la pulak nanti nak curi masa untuk menulis.. tq kpd yg setia menunggu.. sorry ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2014 12:21 PM | Show all posts
continue plzz TT...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 09:19 PM | Show all posts
Leafumi posted on 6-9-2014 05:29 AM
“Diam lah ! Yang awak jadi patung kedai kasut ni buat apa ?,” Adira membidas dengan sindiran.

“ ...

serius..scene tumit kasut terlekat dan tercabut sebiji kisah ipo..real punya..

time tuh muka dah kelat yang amat..bila sorang mamat ni offer nak tolong dukung..erk!

lepas tu..ipo sengih jek..terhincut2 ipo jalan sampai KLCC...dalam basah hujan renyai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2014 05:44 AM | Show all posts
Bab 7


“Kau nak berhenti ?” soal Sofia apabila mendengarkan kenyataan Adira yang dia mahu berhenti dari terus bekerja di butik itu lagi.

“Entah,” balas Adira tidak pasti.

“Kenapa pulak ? Apa kurangnya butik ni ?” soal Sofia tidak puas hati.

“Bukan masalah butik ni,” balas Adira. Dia membetulkan blouse yang telah dipakaikan pada sebuah patung wanita.

“Habis ? Kau bosan ke hari-hari tengok muka aku ?”

“Bukan..”

Admit jelah. Kau dah bosan tengok muka aku. Kau dah tak suka kawan dengan aku lagi..”

“Hisy, apa kau merepek Sofia? Aku nak tengok muka siapa lagi kalau bukan kau. Nanti masuk semester baru muka kau jugak aku kena menghadap lagi.”

“Habis kenapa kau nak berhenti ? Kau nak kerja apa pulak ? Majistret ?? Lawyer ?? Ahli muzik ??,” ujar Sofia sambil meniru gaya percakapan watak Nyonya Mansoor dalam filem Ibu Mertuaku lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

“Aku kerja tidur. Hahaha.. “ Adira ketawa sendiri.

“Ceh !”

“Aku nak lari dari Faiz.”

“Dia nak datang sini ke ?”

“Aku rasa dia akan datang sini.”

“Kau yakin ?”

“Lepas tu dia akan tanya kau pasal aku. Alah, macam plot cerita novel lah.”

“Kau stay lah, Ira. Kalau dia datang kacau kau, meh aku settle.”

“Kau nak buat drama gangster ke kat butik mak cik kau ni ?”


“Alah, aku sound dia sikit. Confirm dia blah tak datang-datang dah. Apa aje dia boleh buat.”

“Kau ni Sofia. Orang zamannsekarang ni kita tak boleh buat main-main. Silap haribulan masuk beritabsalesgirl butik Red Roses mati ditembak secara tiba-tiba. Nangis aku baca kaubal marhum.”

“Sadisnya imaginasi kau !bAda ke patut berangan aku mati kena tembak.”

“BANGG !”

Adirabdan Sofia terkejut. Kedua-dua mereka melatah. Junaidi yang berada di pintu butik ketawa melihat reaksi mereka. Muka Adira terus mencebik. Bila mamat ni datang ? Dah lama ke dia kat situ ? Adira tertanya-tanya dalam hati.

“Amboi, khusyuk bergosip ke?,” tegur Junaidi. Tersengih-sengih. Dia masuk ke dalam butik dan menghampiri mereka.

“Macam ni ke perangai awak kalau datang kedai orang ?,”perli Adira.

“Kalau ada awak, boleh lah buat macam tu,”Junaidi tersengih.

“Ni ke..” Sofia bersuara.

“Saya Junaidi. Penyelamat awek kasut lekang,”Junaidi memperkenalkan diri sambil mengenakan Adira kepada Sofia.

“Oh, sweet awak ye,” ujar Sofia sambil tersenyum senget.

“Awak buat apa kat sini ?” soal Adira.

“Saja. Jalan-jalan.”

“Banyak lagi tempat lain yang lebih seronok dari butik ni.”

“Sini lagi seronok kut. Boleh lah kacau sorang budak ni.”

“Siapa budak ? Saya bukan budak-budak.”

“Budak lagi.”

“Adira dah boleh jadi mak orang,”Sofia menyampuk dengan mengusik Sofia. Dia ketawa.

“Ye ke ? Masak air pun makyang buatkan apa,”Junaidi pula mengusik Adira.

“Eh Sofia. Kau pun join dia kenakan aku ?,”Adira menjegilkan matanya kepada Sofia. Sofia menjelir lidah sambil tersenyum. Berkerut-kerut wajahnya.

“Korang merepeklah dua orang,” ujarAdira. Dia malas mahu melayan Junaidi dan Sofia. Dia pergi ke depan butik pula. Bosan juga apabila seharian berada di butik.

Adira terasa seperti mahu minum ice blended pula. Dia bergerak ke kiosk ice blended. Adira memesan ice blended perisa mocha. Selesai membayar dia beredar. Kali ini bukan kakak yang bersolek tebal lagi yang bekerja di kiosk itu. Tetapi abang mata sepet. Hihi.. Adira ketawa dalam hati mengingatkan matanya yang sepet. Apabila senyum matanya kelihatan seperti satu baris saja.

Adirarasa seperti ada orang yang mengekorinya. Bunyi tapak kaki di belakangnya kian menghampiri. Adira senyum sinis. Pasti Junaidi mahu mengejutkannya. Dia menanti Junaidi dekat lagi dengannya. Apabila Junaidi sudah mengiringinya Adira menoleh ke sisi. Alangkah terkejutnya dia.

“Adira..” Faiz menegurnya.

Adira terkejut hingga kehilangan kata-kata. Mati-mati dia menyangka Junaidi yang mengekorinya.


Adira menyambung langkanya tadi. Cuba untuk tidak mengendahkan Faiz. Faiz mengejarnya. “Adira!” laungnya. Faiz menghalangnya dari mara.

“Tepi,” ujar Adira dengan dahi yang berkerut.

“Adira, saya nak cakap dengan awak.”

“Cakap apa lagi ? Bukan ke awak dah cakap dengan saya ? Saya dah tak nak dengar dah,” Adira cuba mengawal perasaannya. Mereka kini di shopping mall. Dikelilingi orang ramai. Nanti kalau jadi kecoh buat malu pula.

“Kenapa awak buat tak kenal saya ni ? Jangan sombong sangat. Its not fair for me,” Faiz memujuk Adira. Adira menepis tangan Faiz yang cuba memegang tangannya.

Don’t touch me,” Adira bersuara tegas.

Please, bagi masa untuk saya cakap dengan awak. Jom kita duduk bincang.”

“Tiada apa lagi yang nak dibincangkan. Antara kita tak ada apa-apa.”

“Adira, stop buat-buat tak tahu. Awak kenal saya. Awak masih cam saya. Tapi awak buat saya macam orang asing sekarang. Saya tak nak awak layan saya macam tu, Dira. Its me. Faiz. Faiz that you used to know.”

“Blah lah,” Adira mahu beredar. Tidak mahu lagi berdiri di situ mendengar pujukan Faiz. Dia menolak Faiz.

“Adira Aqilah,” Faiz menyebut namanya sambil menyentap lengan kirinya yang memegang gelas plastik ice blended tadi.Gelas itu jatuh dan ice blended tadi tumpah begitu saja.

Sorry.. sorry..” Faiz sendiri terkejut dengan gelas yang jatuh itu.

“Awak ganti balik. Then kita bincang.”

Faiz menurut kata Adira. Namun ketika Faiz berjalan menuju ke kiosk, Adira mencuri peluang itu untuk beredar dengan senyap-senyap. Faiz nampak apabila dia berpaling ke belakang. Dia mengejar Adira. Adira cuba untuk tidak berlari.Nanti apa pula kata orang. Ini bukan seperti filem lakonan Jackie Chan yang sering menayangkan adegan kejar-mengejar di dalam shopping mall. Dia hanya berjalan dengan tergesa-gesa. Juga tidak mahu kasut baru yang dipakainya lekang pula. Nanti dia diketawakan orang ramai. Apatah lagi Si Junaidi.

Adira berpaling ke belakang. Mujur orang ramai banyak menghalang laluan Faiz dari cepat mengejarnya. Adira terasa seperti dalam movie pula. Dia tahu dia ini tidak lawak tetapi dia tetap rasa sedikit lawak. Sekali lagi dia berpaling kebelakang. Mujurlah Faiz sudah jauh ke belakang. Adira membelok ke kiri masuk kelaluan ke tandas. Dia bertembung dengan Junaidi.

“Hey,” tegur Junaidi.

Adira hanya memandangnya tanpa berkata. Dia mahu cepat. Dirinya memang kelam-kabut.Junaidi hairan apabila Adira hanya memandangnya tanpa kata. Kelam-kabut pulajalannya. Sakit perut agaknya.. Desisi hati Junaidi. Junaidi pun beredar. Tidakt ergamak dia mahu menganggu Adira yang disangka sedang sakit perut dankelam-kabut mahu ke tandas.

Junaidi berjalan dengan tenang. Dia memandang terus ke hadapan. Junaidi perasan seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan sedang merenungnya sejak dari jauh lagi. Agak lama. Junaidi tertanya-tanya juga kenapa lelaki itu merenungnya. Dari gaya pandangan mata lelaki itu tiada tanda-tanda pelik seperti seorang gay. Maklumlah, zaman sekarang sudah banyak golongan-golongan sebegitu muncul tanpa segan silu. Tetapi gaya renungannya lebih kepada renungan tajam. Mungkinkah dia kenal lelaki itu ? Junaidi pasti dia tidak kenal lelaki itu. Sampai saat mereka berselisih, lelaki itu memandang depan namun Junaidi perasan ekor mata lelaki itu masih menjelingnya. Junaidi beralih ke belakang. Lelaki itu tidak berpaling. Junaidi memandang semula ke hadapan.

Faiz menoleh ke belakang. Lelaki yang direnungnya tadi tidak memandang ke belakang. Dia tahu lelaki itu yang dilihat bersama Adira tempoh hari. Dia tahu lelaki itu membalas renungannya. Memang dia mahu lelaki itu tahu kewujudannya. Tetapi sekarang belum masanya dia bersua muka dengan lelaki itu. Biar saja dia menjadi misteri kepada lelaki itu. Faiz kembali menumpukan perhatiannya mencari-cari Adira. Entah ke mana gadis itu pergi melarikan diri. Dia tidak sangka Adiraakan melayannya sampai begitu sekali. Adakah dia bersalah kepada Adira ? Adakah Adira berdendam dengannya ? Tetapi kenapa ? Apa sebabnya ? Matanya melilau kesekeliling. Adira tidak kelihatan.

Adira memandang cermin. Dia membetulkan tudung yang dipakai. Terasa tudung yang dipakainya berserabut. Mungkin kerana kelam-kabut tadi. Adira mendengus. Dia tak tahu apa yang boleh digambarkan dengan perasaannya. Yang pasti dia letih.Letih melarikan diri dari Faiz yang tidak mengalah mahu mendapatkanperhatiannya. Sangkaannya dulu jika dia tidak mempedulikan Faiz, lelaki itu akan berhenti menghubunginya dan terus menhilangkan diri. Namun jangkaannya meleset. Faiz agresif. Apa yang Faiz buat memeranjatkannya. Tidak cukup dengan stalk, Faiz mengekorinya dan berani muncul di hadapannya.

Secara tiba-tiba pintu tandas yang paling hujung terbuka. Adira terkejut. Keluar seorang gadis dari tandas itu. Dia memandang hairan ke arah Adira. Adira melepaskan keluhan lega apabila dia lihat itu adalah Sofia. Kalau hantu entah apa lah yang akan jadi kepadanya.

“Kau ni, buat aku suspenlah,’ ujar Adira sambil mengurut dada.

“Weh, Ira. Kau ke mana tadi?  Lama betul. Alih-alih aku jumpa kau kat sini,” ujar Sofia. Dia menghampiri sinki untuk melihat cermin dan membetulkan rambutnya.

“Aku beli ice blended tadi..” Adira menjawab lambat-lambat

“Kau kenapa ? Semacam je aku tengok ?” Sofia hairan dengan Adira.

“Aku.. Faiz.. dia datang kacau aku tadi..” ujarAdira.

“Dia datang lagi ?” soal Sofia terkejut.

“Aku pun tak faham apa lagi yang dia nak..”

“Dia buat apa kat kau ?”

“Dia pujuk aku cakap dengandia.. aku tak nak.. aku lari.”

“Ish, yang kau ni pun. Duduk jelah cakap dengan dia.”

“Tak nak.”

“Ya Allah, Ira. Lagi kau lari, lagi lah masalah ni takkan selesai.”

“Benda ni dah lama selesai.”

“Tak. Belum lagi.”

“Aku takut.”

“Jom aku temankan kau jumpa dia.”

“Boleh ke ?”

“Bolehlah. Aku kan kawan kau.”

“Maksud aku boleh ke selesai hal ni ?”

“Kita cuba. Kalau kau nak,kita ajak Junaidi sekali. Bolehlah dia protect kau kalau-kalau Faiz jadi gilake kan ?”

“Eh, aku tak nak libatkan Junaidi dalam hal ni. Aku tak nak libatkan sesiapa kalau boleh.”

“Tapi ni untuk safety kau.”

“Tak. Ni hal peribadi aku.Orang lain tak boleh campur.”

“Okay, biar aku aje temankan kau jumpa dia. Bila kau nak jumpa dia ?”

“Nanti aku inform kau.”

“Okay, kau jangan risau. Aku teman kau, okay.”

“Okay.”

“Sampai bila kita nak duduk dalam tandas ni ?”

“Jom.”

Adira dan Sofia keluar dari tandas. Adira melangkah dengan berhati-hati. Dia memerhatikan sekeliling sebelum melangkah. Adira yang melihat tingkahnya sudah menjungkitkan kening.

“Relaks, Ira. Aku rasa dia dah pergi,” ujar Sofia cuba menenangkan Adira.

“Mana kau tahu ?,” balas Adira tidak yakin.

“Jom aje lah.”

Sofia melangkah mendahului Adira. Dia menarik tangan Adira. Membawa Adira pergi dengan laju. Malas mahu melayan perangai Adira yang berwaspada itu. Kadang-kadang dia tidak faham kenapa Adira begitu takut kepada Faiz. Memang lah Faiz ada menakut-nakutkan dia. Tetapi bagi Sofia itu belum lagi tahap bahaya. Dia pasti Adira masih boleh mengendalikannya. Jangan-jangan Adira ada sorokkan sesuatu dari Sofia tentang Faiz ?

Mereka tiba di butik tanpa masalah. Tanpa kemunculan Faiz. Junaidi sudah mengangkat kening melihat Sofia datang dengan Adira sambil berpimpin tangan. Seperti membawa budak kecil lagaknya. Junaidi sempat lagi tersenyum seorang diri.

“ Kenapa ni ? Mana korang pergi ?”tegur Junaidi.

“ Ni, jumpa kanak-kanak sesat,” Sofia berseloroh. Adira sudah senyum geram dengan Sofia.

“ Perut dah okay ?”soal Junaidi kepada Adira.

“ Siapa sakit perut ?”

“Eh, bukan ke tadi awak sakit perut ?”

“ Bukanlah.”

Junaidi mengerutkan dahi. Tanda tidak puas hati dengan jawapan Adira. Adira mendengus. Dia malas mahu melayan pertanyaan Junaidi. Suka hati dia lah nak berlari ke tandas ke apa. Yang dia sibuk sangat apahal ? Tiba-tiba kepala Adira terasa berdenyut. Ah sudah ! Pening lah pulak.. Desis hatinya.

“ Sofia, aku rasa pening lah,” Adira bersuara kepada Sofia.

“ Kenapa pulak ni ?,” soal Sofia.

“ Entah. Tiba-tiba kepala aku pening.”

“ Kau nak rest kat sini kenak balik aje ?”

“ Kalau aku balik nanti apa pula kata Kak Nana dengan Kak Siti ? Kalau mak cik kau tahu mesti dia marah.”

“Eh, tak apa. Aku kan ada. Biar aku uruskan.”

“ Yeke, Sofia ?”

“ Betul, Ira. Dah lah. Kau baliklah tenangkan fikiran kau tu.”

“ Nak balik ke ?” Junaidi menyampuk.

“ Eh, awak ni tak reti nak balik ke ? datang sini buat apa aje ?” Adira membebel kepada Junaidi.

“Eh, saya datang nak shopping buah tangan untuk mummy sikit,” ujar Junaidi sambil menunjukkan dua beg plastik di tangannya. Bila masa dia pergi membeli belah pun Adira tidak perasan.

“Jom lah saya hantar awak balik. Saya pun nak balik jugak ni,”pelawa Junaidi.

Adira memandang Junaidi lama. Sofia tidak berkata apa-apa.

“Cepatlah. Berapa lama lagi nak terpukau dengan ketampanan saya ni,” Junaidi bersuara sambil menolak cermin matanya ke atas.

“ Yelah, jom. Lagi lama lagi banyak ayat perasan awak keluar,” balas Adira. Junaidi ketawa.

“Korang take care okay. Adira nanti makan ubat,” pesan Sofia sebelum mereka keluar dari butik.

Okay !,” balas Adira.

Last edited by Leafumi on 3-10-2014 09:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:55 AM | Show all posts
siapa faiz ni sebenarnya pd adira... musykil betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 02:07 AM | Show all posts
Bab 8


Faizmembuka pintu. Dia menapak masuk. Dia lihat ruang tamu kelam. Televisyen tidak terpasang. Fikirnya mungkin pembantu rumah,Mak cik Izyan sudah habis mengemas,pasti dia sedang berada di kamar. Faiz memanjat tangga. Kereta mama dilihat berada diluar. Pasti mama juga berada di rumah. Beginilah keadaan rumahnya. Hanya ada mereka berempat saja. termasuk Mak Cik Izyan.

Faiz menapak di ruang membaca. Dilihatnya mama sedang membaca majalah. Dia melangkah tanpa menegur mama. Biarlah. Dia malas mahu menganggu. Lagipun dia sedikit frust mengenangkan apa yang berlaku di shopping mall tadi. Adira masih melarikan diri darinya.

“Kamu pergi mana Iz ?,” tegur Pn. Anita.

“Jalan-jalan kejap.”

“Kamu cari budak tu ke ?”

“Tak adalah,mama. Iz tak jumpa siapa pun.”

“Iz, kamu pergi cari budak tu kan ?”

Faiz tidak bersuara setelah ibunya menanyakan soalan yang sama.

“Iz, mama tahu apa yang Iz tengah buat sekarang.”

“Iz tak buat apa-apa lah,mama.”

“Iz tak boleh nak tipu mama.”

“Iz tahu apa yang Iz buat,ma.”

“Mama rasa Iz tak perlu buat semua tu.”

“Iz masuk bilik dulu,” Faiz cuba menghentikan perbualan mereka. Dia mengelak.

“Iz, mama nak Iz stop buat semua tu,” ujar Pn.Anita sebelum Faiz masuk ke bilik dan menutup pintu biliknya. Pn. Anita mengeluh.

Faiz membuka jam di pergelangan tangan lalu meletakkannya di meja. Dia kemudian membaringkan tubuh di katil. Tanpa bertangguh lagi dia memikirkan kejadian di shopping mall tadi. Dia mengeluh. Adira masih degil. Masih enggan berbicara dengannya. Bagaimana dia mahu mendekati Adira kalau dia terus-terusan mengelak. Sia-sia saja usahanya mencari Adira selama ini. Targetnya kini hanya satu. Dia mahu rapat dengan Adira. Dia mahu mengenali Adira dengan lebih mendalam. Dia mahu Adira. Faiz sangat pasti Adira gadis yang tepat untuknya.

“Apa sebenarnya yang jadikat awak, Dira ?,” soalJunaidi yang sedang memandu. Adira di sebelahnya hanya diam. Mungkin keranapening. Junaidi malas mahu menganggu Adira. Tetapi hatinya meronta ingin tahu. Adira diam. Tidak menjawab pertanyaan Junaidi.

“Adira.”

“Eh,apa ? Awak tanya apa ?”

“Berangan ke ?”

“Eh, mana ada.”

“Kenapa tak tidur je dulu ?”

“Eh, nak tidur buat apa. Bukan jauh pun.”

“Awak ada masalah ke ? Takkan sebab minum ice blended tu?”

“Agaknya.”

Adira menjawab acuh tak acuh saja. Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba kepalanya pening. Namun pening itu tidaklah terlalu teruk. Mungkin juga kerana ice blended yang manis itu. Ataupun sebenarnya sebab Faiz. Faiz benar-benar memberi tekanan kepadanya.

“Awak salah makan ke semalam ?”

“Taklah.”

“Habis tadi kan sakit perut?”

“Saya tak sakit perutlah.”

“Kenapa kelam kabut sangat masuk toilet tadi ?”

“Tak ada apa pun. Saja suka-suka.”

Junaidi ketawa mendengar loyar buruk yang dibuat oleh Adira tanpa riak wajah. Langsung tak berperasaan wajah Adira. Hanya terlihat kedutan di dahi menahan pening. Adira belum mahu memberitahu Junaidi perihal Faiz. Biarlah. Itu urusan peribadinya. Mengapa perlu libatkan Junaidi ? Melainkan kalau-kalau terdesak.

“Fikir apa lagi ?”

“Mana ada.”

“Tipulah. Tengok muka pun tau. Jangan tipulah yang awak fikirkan ketampanan saya. Tak payah lah malu nak mengaku,” ujar Junaidi penuh yakin sambil tersenyum-senyum.

Junaidi berseloroh menyebabkan Adira rasa seperti mahu mencekik Junaidi. Namun Adira sempat tersenyum. Junaidi ini tak habis-habis dengan lawak perasan kacaknya.

“Saya dah approve fiend request awak.”

“Yeke ?”

“Yelah.”

“Boleh lah buat fake relay. Jom ?,”Junaidi bersuara sambil tersengih-sengih.

Are you kidding me ?” soal Adira macam tak percaya.

Joking je,” balas Junaidi dalam tawa. Adira menggeleng-geleng. Junaidi main-main. Terkejut juga dia jika lelaki itu benar-benar mahukan fake relay. Baginya fake relay itu sangat kebudak-budakan. Mujurlah Junaidi hanya bergurau, jika tidak sudah lama dia muntah hijau.

Kedengaran bunyi sms diterima oleh handphone Adira. Dia memeriksa. Mesej dari Faiz. Adira mengerutkan dahi. Dia membuka mesej tersebut.

Adira mana awak lari ? tak letih ke awak asyik nak lari dari saya ? kalau awak tak nak mengalah, sama lah dengan saya. Saya akan cari awak.

Adira mendengus.Faiz benar-benar tak mahu mengalah. Penat juga dia mahu melarikan diri dari Faiz. Tetapi dia tak mahu mengalah. Bukan dia tak mahu berbincang dengan Faiz. Dia jadi takut. Dia takut dengan apa yang bakal mendatang setelah mereka berbincang. Pelbagai kemungkinan bermain di fikirannya. Selama ini dia menjalani hidupnya dengan aman. Kini dia bertemu Faiz. Dan ia bukanlah sesuatu yang mengembirakan untuk Adira. Dia serik. Seandainya mereka mencapai kata sepakat, urusannya menjadi senang. Tetapi jika Faiz berkeras mahu terus mengganggu hidupnya lagi pasti parah baginya.

“Jun, awak percaya cinta pandang pertama ?”

“Eh, kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni ?”

“Saya nak tahu pendapat awak.”

“Susah nak cakap. But it doesn’t matter for me. Kalau ada jodoh, adalah.”

So tak penting lah ?”

Nope. Buat apa ? banyak lagi benda lain yang lagi serious dari tu.”

“Saya tak percaya pun. I don’t think it works.

“Awak fall in love ke ?”

“Eh, mana ada.”

Or crushed on someone ?”

“Tak ada pun.”

“Jangan malu-malu Adira. Cerita aje kat saya. Mana tahu orang yang awak suka tu saya. Boleh bagi tips untuk awak ngurat saya.”

Adira melemparkan pandangan ke tingkap. Berbaur perasaan yang dirasainya. Yang pasti geram seperti mahu mencekik Junaidi yang paling banyak. Namun dibiarkan saja Junaidi dengan gurauannya yang tahap muntah hijau itu. Adira bersabar saja. Junaidi disebelahnya sudah tersengih-sengih seorang diri.


Faiz merenung lagi handphone di tangannya. Tiada balasan dari Adira. Dia mengeluh pasrah. Dia sudah biasa begitu. Adira tidak pernah mahu membalas kiriman sms darinya. Melainkan jika diugut. Kiriman melalui whatsapp dan wechat apatah lagi. Langsung tidak pernah dibuka. Belum approve pun lagi. Tegar gadis itu membiarkan dia.

Perlu kah dia mengambil tindakan keras ? Usaha yang sudah dibuatnya kini pun sudah bagus. Namun belum cukup untuk buat Adira mahu berkompromi. Apa lagi yang boleh dibuat olehnya ? Dia sudah cuba cara lembut. Dia sudah memujuk. Dia sudah memaksa. Kini dia semakin berani mengugut. Perlukah dia bertindak kasar ? Dia tahu tidak patut dia menganggu Adira. Dia tahu Adira takut dengannya. Tapi dia mahu mengambil peluang ini untuk mendapatkan Adira. Dia menyedari Adira terlalu berharga. Hina sangatkah dia di mata Adira ?

Geram juga dia apaabila memikirkan sikap Adira terhadapnya. Adira buat tidak endah terhadapnya. Adira buat tidak kenal. Adira enggan melayannya. Mendengar cakapnya pun sudah tidak mahu inikan pula jika mahu duduk berbincang. Adakah Adira sudah menolak terus dirinya dari hidup gadis itu ? Pasti Adira masih marahkannya. Pasti Adira cuba melupakan dirinya. Kadangkala dia rasa seperti tidak percaya dengan sikap Adira. Tergamak Adira berpura-pura tidak mengenali dirinya. Malah Adira menolak terus perasaan yang disimpan untuknya. Tidak mungkin sekelumit pun Adira tidak cuba merasai perasaan itu. Faiz yakin jauh di sudut hati pasti ada perasaan itu pada Adira. Cuma gadis itu sengaja mengabaikannya. Perasaan itu masih ada biarpun sudah lama. Faiz mahu mendapatkannya semula.

Pintu bilik diketuk. Faiz memandang ke arah pintu. Pintu dibuka dari luar. Seorang remaja lelaki menapak masuk. Wajahnya saling tak tumpah seperti Faiz. Irfan melangkah menghampiri abangnya yang masih terbaring di katil. Irfan adik Faiz. Baru saja berusia 18 tahun. Dia duduk di birai katil.

“Abang, abang okay ke ?”

“Abang tengah relax ni. Kenapa Irfan ?”

“Abang dari mana ni ?”

“Abang keluar kejap tadi. Pergi mall.”

“Mama risaukan abang tu.”

“Tak pe, Irfan.Tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Abang okay.”

“Irfan just nak tau abang okay ke tak. Abang banyak buat hal sendiri sekarang.”

“Irfan jangan risau. Irfan tu study kat kolej okay ke ?”

Okay aje bang.”

“Bagus. Focus study tu. Jangan ingat awek aje.”

“Abang, kalau ada masalah kongsi aje dengan Irfan. Irfan tak kisah pun. Lagipun kita sama-sama lelaki.”

Okay. Abang nak pergi mandi.”

Faiz bingkas dari katil. Dia mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Irfan masih duduk di birai katil. Dia tidak bersuara lagi. Menghantar abangnya ke bilik air dengan pandangan mata. Dia tahu Faiz sengaja menamatkan perbualan mereka. Dia tahu Faiz selalu menukar topik jika dia cuba bertanya tentang Faiz. Abangnya itu kini sangat perahsia. Sudah jarang memberitahu atau berkongsi cerita dengannya. Dia mengambil berat akan abangnya. Apatah lagi mama selalu berpesan kepadanya untuk tengok-tengokkan Faiz. Mama mengesyaki abang seperti sedang berbuat sesuatu di luar pengetahuan mereka.

Faiz keluar dari bilik air. Dilihatnya Irfan sudah tiada. Faiz bersiap. Kemudian dia menghampiri almari. Dia membuka laci yang paling bawah. Dia mengangkat buku-buku yang paling atas supaya dapat diambilnya sebuah album lama yang terletak paling bawah. Faiz membawa album itu ke atas katil. Dia duduk dan membuka album. Kelihatan gambar-gambar lama ketika dirinya kecil bersama keluarga. Terdapat juga gambar-gambar ketika di sekolah menengah. Kelihatan dirinya bersama rakan-rakan. Banyak gambar-gambar dirinya menunjukkan senyuman. Nampaknya zaman persekolahannya indah. Dia merenung wajah-wajah rakan-rakannya.

Faiz menyelak album itu hingga ke mukasurat paling akhir. Nampaknya album itu hanya berisi separuh saja. Banyak lebihan mukasurat yang kosong. Faiz meneliti mukasurat yang kosong. Terdapat kesan-kesan seperti gam atau mungkin kesan gambar yang pernah dilekatkan di situ. Mungkin ada gambar lain lagi yang pernah terlekat disitu. Tapi di mana semua gambar-gambar itu pergi ? Mungkinkah tercicir ? Mungkin mama atau Irfan telah mengemas album itu dan membuang gambar lama. Tapi kenapa perlu dibuang ? Kalau tidak silap mama yang mengambil album itu kemudian mama memulangkan semula dengan menyimpannya di dalam laci almari. Faiz turun dari katil. Dia menghampiri semula laci tadi. Kali ini Faiz cuba menyelongkar laci itu.

“Abang cari apa ?”soal Irfan. Faiz terkejut. Entah sejak bila Irfan muncul di pintu biliknya.

“Abang tak cari apa pun.. saja je kemas-kemas..”

“Yeke ? Abang tengok album lama ke ?”

“Abang terjumpa album ni.. saja je nak tengok gambar time kecil-kecil dulu..”

Need any help ?”

“Tak apa Irfan. Abang bukan nak kemas satu bilik pun. Just laci ni aje.”

Irfan menghampiri katil dan duduk. Dia mencapai album lama tadi. Dia pula melihat-lihat gambar-gambar tadi. Sesekali dia tersenyum seorang diri. Faiz kembali menyimpan dan menyusun semula barang-barang yang diselongkar tadi ke dalam laci dengan betul.

Usai mengemas,Faiz duduk di katil. Dia turut sama melihat gambar bersama Irfan. Irfan diam saja. Cuma riak muka yang bertukar-tukar. Sekejap senyum, sekejap serius.

“Tengok ni. Kita berdua. Muka seiras,” ujar Irfan sambil menuding ke arah gambar dirinya dan Faiz sewaktu kecil.. Dia ketawa kecil. “Dulu ramai yang ingat kita kembar,”tambah Irfan lagi.

“Ni tapak permainan yang selalu kita pergi. Gelongsor ni sekarang dah berganti baru,”ujar Irfan sambil meneliti gambar-gambar waktu kecil mereka.

“Abang ada pergi sana baru-baru ni. Memang dah berganti baru. Tempat tu pun dah lagi cantik,”ujar Faiz pula.

“Abang pergi sana?,” soal Irfan. Dia memandang Faiz dengan tanda tanya. Faiz terkedu dengan pandangan pelik Irfan.

“Yelah.. kenapa ?”

“Buat apa abang pergi sana ?”

“Saja aje abang ronda kat situ. Alang-alang dah lalu abang singgah kejap.”

Irfan tidak bertanya lagi. Dia kembali membelek gambar-gambar. Faiz pun membisu.

Last edited by Leafumi on 22-10-2014 06:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 07:29 AM | Show all posts
Leafumi posted on 22-10-2014 06:07 PM
Bab 8

Faizmembuka pintu. Dia menapak masuk. Dia lihat ruang tamu kelam. Televisyen tidak terpasan ...

sedap bahasa.hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 10:41 PM | Show all posts
oooo....camtu

so boleh baca novel la kat sini ekk....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 08:43 PM | Show all posts
Bab 9


Adira mengemas buku-buku di atas meja. Dia memasukkan buku-buku ke dalam beg sekolah. Kemudian dia tunduk dan memeriksa laci. Takut kalau-kalau dia tertinggal barang penting. Adira hairan apabila terpandangkan kertas yang berlipat di dalam laci. Pelik. Siapa pula yang diam-diam meletakkan surat itu di dalam laci mejanya. Adira pasti surat itu tiada di situ sebelum ini. Selepas rehat Adira pasti tiada sebarang surat di dalam laci meja. Mungkin selepas waktu subjek sains, waktu kedua terakhir jadual kelas hari ini. Ketika itu mereka pergi ke makmal. Surat itu yang agak tersorok jauh ke hujung, membuatkan Adira tidak perasan sejak tadi.

“Adira, jangan lupa tutup suis kipas, ya !” pesan salah seorang rakan sekelasnya sebelum beredar. Semua rakan kelas telah pulang. Meninggalkan Adira seorang yang masih di tempat duduknya.

Adira membuka lipatan surat yang kecil itu. Kelihatan isi surat itu tidaklah panjang. Pendek dan ringkas saja. Adira tidak pasti tulisan siapa. Dia memang tidak dapat mengecam tulisan tangan itu.

Adira. Datang ke library selepas habis kelas. Urgent ! Berkaitan Haikal.

Haikal ? Adira melipat kembali surat itu lalu memasukkannya ke dalam beg sekolah. Gerangan siapakah yang menulis surat itu ? Apa yang dia mahu ? Kenapa dia mahu bertemu Adira ? Perasaan Adira berbelah bahagi. Antara mahu ke library atau pulang saja. Buat tidak tahu dengan si penulis.

Adira membuat keputusan untuk pergi ke library. Walaupun waktu persekolahan sudah tamat. Namun library masih dibuka bagi memudahkan pelajar-pelajar dan guru-guru untuk berurusan di situ. Library akan ditutup satu jam lewat dari tamat waktu persekolahan.

Adira memasuki library. Dilihatnya library sunyi. Tiada orang. Adira pelik. Malah pengawas perpustakaan pun tidak ada di kaunter. Di mana manusia yang mahu bertemu dengannya ? Aircond masih terpasang. Tingkap masih dibuka. Adira meronda di sekitar library. Hingga ke sayap library yang sebelah lagi. Tiada sesiapa di situ. Adira mendengus. Apa ini ? Adakah orang itu ingin mempermainkannya ?

Adira berpatah balik untuk ke pintu masuk library. Namun ketika Adira melintasi pintu bilik pejabat library yang telah terbuka itu, dia ditarik dengan kuat. Kuat sehinggakan dia tercampak ke lantai. Adira mengaduh sakit. Sikunya terasa sengal kerana berlaga dengan lantai. Mujurlah tidak luka. Adira menoleh. Melihat lelaki yang menariknya tadi. Adira tidak kenal pelajar lelaki itu. Dia merenung ke tanda nama lelaki itu. Izwan. Siapa Izwan ini ? kenapa dia berkelakuan begini ?

“Sakitlah ! Kau buat apa ni ?” soal Adira dengan marah sambil berdiri.

“Aku nak kacau kau ni. Takut tak ?,” balas Izwan sambil ketawa.

“Aku tak ada masa nak layan kau merepek. Tepi sikit !,” balas Adira berang.

“Kau ni memang tak takut ke perempuan ? Aku ni senior. Budak wanted kat sini. Kau memang tak pernah dengar cerita pasal aku ke ?,” Izwan mengomel tidak puas hati kerana reaksi Adira.

“Kisah pulak aku dengan kau. Tepi lah ! aku nak keluar,” Adira membentak. Nampaknya dia tertipu.

“Wan, budak perempuan tu dah datang ke ?,”soal seorang lagi lelaki yang baru muncul di belakang Izwan. Adira rasa dia kenal suara itu.

Lelaki yang beruniform pengawas perpustakaan masuk. Dia berdiri di depan Izwan. Melihat pada pengawas perpustakaan itu, Adira pasti itu adalah ketua pengawas perpustakaan mereka yang dikenali ramai. Itulah Dzul. Nampaknya Dzul juga terlibat dalam permainan jahat ini. Adira tidak pernah menyangka Dzul yang nampak berkarisma ini boleh bertindak begini.

“Tak sangka kau pun..” ujar Adira. Dzul memotong,” Dengar sini perempuan, aku tak hairan kau nak kata apa pun kat aku. Aku dibayar untuk buat semua ni. Kau duduk diam-diam aje.”

“Kau ingat aku patung ke ?,” ujar Adira geram. Dalam takut-takut pun dia cuba kumpul kekuatan melalui amarah.

Dzul melangkah mendekati Adira. Adira menjauh apabila didekati. Dia tidak akan sama sekali membiarkan lelaki cuba mengapa-apakannya. Melihatkan tingkah Adira, Izwan dan Dzul ketawa seperti ia sesuatu yang kelakar. Sedangkan Adira sudahberkerut-kerut dahinya. Melawan takut dan cuba bersedia kalau-kalau dua lelaki itu bertindak di luar jangkaan.

“Seronok jugak acah-acah macam ni,” ujar Dzul. Dia tersengih-sengih.

“Kau ni acah-acah aje apa barang ? Kalau aku bantai lama dah perempuan ni,” ujar Izwan memperlekehkan tindakan Dzul yang hanya menakut-nakutkan Adira.

“Kau diam, Wan. Ni kerja aku. Kau menyibuk aje. So, kau duduk diam-diam kat situ,” balas Dzul.

Dzul berfikir seketika. Adira yang masih terpaku di tengah-tengah bilik pejabat yang sempit itu juga masih memikirkan bagaimana caranya dia mahu keluar dari situ. Dia ada Dzul yang cuba mengusiknya. Izwan pula berdiri menghalang pintu.

Dzul berjalan mendekati Adira. Kali ini lebih laju. Walaupun Adira menjauh dan menjauh, sejauh manalah dapat dia pergi. Dzul sudah rapat dengannya. Rasa takut Adira kian memuncak. Pun begitu, dia masih cuba mengumpul kekuatan untuk melawan.

“Kau ni comel jugak bila tengok dekat-dekat. Tapi sayang, Haikal tak nak pulak kat kau. Dia sayang sangat kot kat Aina tu. Bagitau aku, kenapa kau suka sangat kat Haika ltu ?,” Dzul bersuara sambil menatap Adira. Wajah Adira sejak tadi benar-benar tertekan. Namun Dzul tak peduli.

“Tu hal aku. Tak perlu aku bagitau kau,” balas Adira.

“Kau pandai melukis kan ? Aku macam nak aje kau lukis muka aku sekali,” ujar Dzul. Adira mendengus. Dia berang mendengar kata-kata Dzul. Terasa seperti lelaki itu mengejeknya.

“Aku tak ada masa nak buat semua tu. Aku bukan perempuan yang boleh dibuat mainan,” ujar Adira. Serius.

Boring nya !,” ujar Izwan mengejek.

“Macam nilah. Apa kata kau lupakan aje Haikal tu. Then, kau dengan aku aje. Senang cerita kau jadi awek aku. Ikut cakap aku aje. So aku takkan buat apa-apa kat kau sekarang,”ujar Dzul. Adira tergamam.

Apa Dzul merepek ni ? Tak mungkin Adira akan bersetuju. Dia siapa mahu mengugut Adira sebegitu  ? Siapa yang ingin menjadi awek lelaki yang berperangai sebegini ? Adira bukannya bodoh untuk tunduk kepada Dzul.

Tiba-tiba kedengaran pintu library dibuka. Serentak Dzul dan Izwan terkejut. “Wan, pergi tengok !,” Dzul memberi arahan. Izwan pergi memeriksa. Adira juga tertanya-tanya. Siapa pula yang datang ? Mungkinkah ramai lagi rakan mereka yang bersubahat yang datang ? Bagaimana dia mahu melepaskan diri ?

Jeritan berkumandang. Bukan dari Adira. Bukan dari Dzul. Yang pasti itu suara Izwan. Dzul bergegas keluar dari bilik untuk mendapatkan Izwan. Meninggalkan Adira yang terpinga-pinga. Adira keliru. Tak tahu sama ada mahu keluar juga atau terus terpaku di situ. Dia kemudian berjalan dengan teragak-agak menuju ke pintu pejabat. Setibanya di situ dia mengintai.

Kelihatan Izwan sudah duduk tersandar di dinding. Dia memegang perut sambil menahan sakit. Dzul pula sedang bergelut dengan seorang pelajar lelaki. Adira tidak kenal lelaki itu. Dia tergamam dengan situasi yang sedang dihadapinya. Dzul dan lelaki itu bertumbuk buat seketika. Adira tetap terpaku di pintu itu. Hanya mampu melihat. Dia sedar dirinya bukanlah Charlie’sAngel. Terasa seperti plot movie pula apabila Dzul juga tewas dengan lelaki itu. Dia terbaring di lantai. Kesakitan. Lemah. Izwan yang suka cakap besar itupun tidak mampu bangun melawan lagi.

“Aku dah lama perhatikan korang,” ujar lelaki itu.

“Tak guna. Macamana kau boleh tahu, hah ?” soal Dzul tidak puas hati.

“Itu kau tak perlu tahu,” balas lelaki itu pula. Pelajar lelaki itu mendekati Adira pula. Adira kekok.

“Adira,” lelaki itu memanggilnya.

“Saya.. semua ni… saya tak jangka pun,” Adira bersuara lambat-lambat. Dia sendiri pun tak tahu apa yang patut dikatakan olehnya.

“Tak apa. Awak masih terkejut. Jom,” lelaki itu mengajak Adira beredar dari library. Meninggalkan Dzul dan Izwan yang masih lemah selepas dibelasah tadi.

“Jangan ingat aku nak biar aje korang blah,” sempat lagi Dzul bersuara memberi amaran. Namun lelaki itu sama sekali tidak peduli. Adira juga buat tidak peduli walhal dia mula khuatir.

“Awak sepatutnya balik,” ujar lelaki itu ketika mereka sudah berada di pinggir padang.

“Tahu.. tapi..diorang bagi surat..,”Adira cuba menceritakan kenapa dia pergi ke library tadi.

“Saya dah tahu semua tu.”

“Apa maksud awak ? Macamana awak tahu ?”

“Saya terdengar plan diorang tu. Lama dah diorang plan benda ni. Saya tunggu masa aje. Nak tengok benda ni betul-betul jadi ke tak. Tapi awak jangan risau. Sekarang awak tak apa-apa.”

“Saya tak sangka saya.. akan kena macam ni. Menakutkan.”

“Awak jangan risau. Mujurlah saya dapat tahu plan diorang nak kenakan awak tu. Kalau tak, saya tak tahulah apa jadi kat awak. Awak jangan tertipu lagi dengan Dzul. Dia tu nampak aje macam baik tapi belakang orang tuhan aje yang tahu. Lagi satu, hati-hati dengan Izwan. Mamat tu memang budak yang suka cari pasal. Dia ada geng sendiri. Diorang ‘buas’. Diorang tu semua senior form 5 awak.”

“Siapa awak ? Saya tak kenal.”

“Saya pun senior awak. Saya Hadif.”

“Oh, Hadif..terima kasih sebab tolong saya.”

“Tak apa. Saya okay aje.”

Adira baru kenal lelaki itu Hadif. Dia memang tidak kenal senior-senior yang lain. Dia sebenarnya tidak bersekolah di situ sebelum ini. Dia berpindah ke sekolah itu ketika di tingkatan 2. Tambahan pula dia bukanlah jenis perempuan yang terlalu terbuka dan boleh bergaul dengan sesiapa saja. Dia seorang yang low profile juga pemalu pada awalnya. Tidak ramai yang mengenalinya sehinggalah khabar angina tentang dia dan Haikal tersebar. Tiba-tiba saja satus ekolah memberi tumpuan kepadanya. Adira tak menyangka dia akan diganggu pelajar lain sampai begini.

“Diorang tu mungkin baik dengan Haikal. Saya tak pasti kalau Haikal yang suruh diorang buat macam ni kat awak. Tapi yang pasti Izwan dengan Dzul tu memang tak boleh dipercayai. Awak hati-hati, ya.”

Okay.. okay..”

“Kalau nak minta tolong, cari saya. Saya kelas 5 Baiduri.”

“Ira.. Ira..”panggilan emak membuat Adira tersentak dari lamunan. Air dari paip sinki yang dibukanya tadi sudah lama mencurah. Adira menepuk kepala. Nampaknya dia hanyut teringatkan cerita lama. Niatnya tadi ingin mencuci pinggan. Namun dia terhenti apabila memikirkan cerita lama.

“Kamu berangan apa ni ? Buka air paip biar macam tu aje,” emak mengomel.

Sorry, mak. Ira tak sengaja pulak bazirkan air ni.”

“Kamu kan demam. Biar aje pinggan mangkuk tu. Nanti mak cuci.”

“Tak apa mak. Ira dah nak baik ni. Ira boleh cucikan.”

“Yelah. Degil betul kamu ni.”

Adira cepat-cepat mencuci pinggan mangkuk yang berada dalam sinki. Dia mengeluh sendiri. Kadang-kadang dia terbawa-bawa kenangan lama.
Hadif. Lelaki itu juga seorang yang pernah hadir untuknya ketika zaman persekolahannya. Hadif adalah senior tingkatan 5 Adira. Ketika itu Adira berada di tingkatan 4. Hadif melayan Adira dengan baik. Hadif tingkatan 5 Baiduri. Dia pelajar yang sederhana. Dia disenangi ramai. Hadif gemar menegurnya. Kadangkala Hadif lepak bersamanya ketika waktu rehat dan ketika waktu habis persekolahan.

Ramai juga yang perasan akan hubungan mereka yang mula rapat itu. Pastinya ada yang memandang serong terhadap mereka. Haikal pula langsung tidak endah dengan khabar angin itu. Dia berlagak seperti tidak ada apa yang berlaku antara dia dengan Adira. Dia tetap digilai ramai. Buat apa dia mahu kisah tentang Adira. Dia sudah ada Aina. Malah dia boleh bersama sesiapa saja yang dia mahu. Mungkin lebih cantik dan lebihbagus dari Adira mahupun Aina. Peminat-peminatnya saja yang selalu menyibuk urusan Adira. Kalau mereka bertembung, Haikal memang sudah biasa buat tak tahu dengan Adira. Paling tidak pun dia hanya memandang tanpa berkata apa. Adira pula cuba untuk tidak melayan perasaannya pada Haikal. Tiada gunanya dia menyanjung Haikal lagi. Biarpun mungkin sukar baginya untuk melenyapkan perasaan itu namun tidak mengapa. Dia akan cuba. Dia pasti lama kelamaan perasaan itu pudar jua.

Tambahan pula, selepas peristiwa dia diganggu Dzul dan Izwan itu membuatkan dia marah. Mungkin marah kepada Haikal. Dia tidak tahu benar atau tidak Haikal yang menyuruh mereka mengacaunya. Tapi itu tak mustahil. Siapa tahu di sebalik kelakuan Haikal yang buat tidak endah terhadapnya itu Haikal sanggup mengupah orang untuk menganiaya dirinya. Mungkin juga Aina yang merancang semua itu. Adira tidak mahu fikirkannya lagi.

Dzul dan Izwan pula tidak lagi cuba berbuat yang bukan-bukan kepadanya. Izwan seperti biasa tidak pernah minat untuk belajar. Malah dia main-main dan suka mencari pasal dengan pelajar lain mahupun guru-guru. Dzul pula seperti biasa bertugas sebagai ketua pengawas perpustakaan. Nampak berkarisma. Tetapi tidak lagi bagi Adira. Jika mereka bertembung Dzul tidak menganggunya. Hanya menjeling kepada Adira. Adira pada awalnya risau juga tetapi Hadif yang memberi jaminan supaya jangan takut dan buat tidak peduli saja. Hadif yakin mereka sudah tidak berani mengacaunya. Adira hanya menurut kata Hadif. Mungkin kerana Hadif salah seorang wakil taekwondo sekolah. Jadi Adira tidak risau lagi. Mungkin mereka gerun dengan kelebihan Hadif. Adira pernah bertanyakan kepada Hadif kenapa tidak ada guru yang campur tangan dalam kes itu. Hadif mengatakan tidak perlu libatkan guru. Semuanya sudah baik. Tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi. Adira merasa tidak puas hati namun dia biarkan saja. Dia percayakan Hadif.

“Adira, kau dah baik demam ke ?” soal Sofia di hujung talian telefon.

“Nak baik dah.”

“Bila kau boleh datang kerja ni ? rindu lah nak merepek dengan kau. Aku bosan lah tengok muka Kak Nana dengan Kak Siti ni.”

“Esok kut.”

“Tak sangka kau sampai demam-demam pulak lepas Faiz tu kacau kau. Jangan-jangan dia ada bubuh apa-apa kat kau tak.”

“Eh, kau ni. Kau nak takutkan aku ke ? Kau jugak kata kat aku jagan takut jangan panik. Alih-alih kau pulak fikir yang bukan-bukan.”

“Tak de lah. Aku cuma terkejut je penangan Faiz tu kat kau.”

“Aku sendiri pun tak sangka nak demam-demam ni.”

So, kau dah decide bila nak jumpa Faiz ?”

“Belum."

“Haishh.. kalau kau nak aku teman kau jumpa dia nanti bagitaulah aku, okay.

Okay, Sofia.”

Okay, bye. Take care.”

Bye.”

Last edited by Leafumi on 27-10-2014 12:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak rahsia lama yg belum terbongkar... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 06:34 AM | Show all posts
Bab 10


Lagu Welcome To The Family nyanyian Avenged Sevenfold berkumandang. Faiz segera mencapai handphone miliknya yang berdering itu di atas katil. Faiz melihat ke skrin. Nama Adira tertera di situ. Wajah faiz berubah riang. Dia menjawab panggilan Adira.

Hello, Adira. Macam tak percaya aje awak call saya. Saya memang tunggu awak call.”

“Faiz, dengar sini. Saya nak jumpa awak.”

“Betul ke ? Bila ? Kat mana ?”

Adira dengar nada suara Faiz begitu teruja. Please lah !Jangan perasan okay ! Aku nak tamatkan semua drama ni ! Jerit hati Adira.

“Esok. Di tepi tasik. Awak tahu kan tasik tu ?”

“Tahu. Pukul berapa Adira ?”

“Lepas pukul 2.”

Okay Adira. Saya mesti datang punya.”

“Baguslah, Faiz.”

“Pastikan awak datang. Kalau tak saya ke rumah awak terus.”

“Saya datang. Awak relaks aje okay. Bye.”

Bye, Adira.”

Adira mematikan talian. Dia mengeluh. Ada saja yang Faiz cuba menakutkannya. Konon mahu ke rumahnya. Adakah Faiz benar-benar tahu di mana tempat tinggalnya ? Dari mana Faiz mendapat sumber tentang dirinya ? Faiz begitu teruja bercakap tadi. Pasti lelaki itu berharap benar kepadanya. Tidak. Adira tidak akan bersetuju untuk sebarang permintaan Faiz. Jauh sekali menyerahkan hatinya kepada Faiz. Itu tidak mungkin. Jika dia berbuat begitu pasti dia sudah gila. Apa-apa pun dia akan cuba memujuk Faiz nanti. Dia perlu bersedia. Sudah lama dia tidak bercakap dengan Faiz. Inikan pula soal hati. Kadangkala dia rasa seperti tak percaya dengan apa yang dia hadapi sekarang. Terasa bagai mimpi. Mungkin apa yang dia akan lakukan ini akan memberi impak besar buat kali kedua dalam hidupnya.

“Adira, kau dah call Faiz ?,” soal Sofia.

“Dah.”

“Macamana ?”

“Dia setuju.”

“Mesti dia happy kan ?”

“Tak ada guna bagi aku. Aku nak tamatkan semua ni.”

“Kau yakin boleh ?”

“Aku akan cuba.”

“Aku ikut kau okay. Aku standby dengan kereta aku. Kalau jadi apa-apa, kau panggil aku.”

“Bagus juga tu.”

Adira mengangguk sambil masih berfikir. Sofia tahu Adira sedang memikirkan strategi. Wajah Adira yang serius itu direnungnya. Inilah wajah Adira yang paling serius pernah dia lihat. Sofia pasti Adira risau. Dia nampak kesungguhan Adira yang mahu mengusir Faiz pergi dari hidupnya. Tapi Sofia tertanya-tanya juga. Kenapa ? kenapa sukar bagi Adira untuk berbak saja dengan Faiz? Faiz itu tidaklah teruk sangat bagi Sofia. Tapi tindakan Faiz yang menjadi stalker Adira dan mengugut kawan baiknya itu baginya agak tidak relevan juga. Seperti Faiz itu sangat obsess dengan Adira. Pelik juga. Kenapa Faiz sampai begitu sekali tidak mahu berundur ? Sofia meninggalkan Adira yang masih berfikir ketika dua orang customer masuk ke butik.

Adira mundar-mandir di dalam butik. Menunggu kalau-kalau customer lain datang. Sofia masih melayan dua orang customer tadi. Tidak lama selepas itu, seorang wanita dalam linkungan 40an masuk ke butik. dia membelek-belek beberapa helai blouse. Adira pergi mendapatkannya.

Anehnya ketika Adira dekat dengan wanita itu, dia merenung Adira semacam. Adira perasan perlakuan wanita itu. Dia hairan. Ada apa-apa yang pelikkah pada dirinya ? Takut juga dia kalau-kalau baju atau seluarnya ada koyakan yang dia sendiri tidak perasan. Adira memeriksa pakaiannya namun dia pasti tiada sebarang koyakan atau apa-apa yang pelik. Dia kembali memberikan perhatian kepada wanita itu.

“Dik, auntie nak tanya ni.” Ujar wanita itu sambil mata dan tangan masih membelek blouse tadi.

“Oh, apa dia auntie?,” balas Adira hairan.

“Siapa nama kamu ?”

“Saya Adira,”jawab Adira. Pelik. Kenapa wanita itu mahu tahu namanya ? Tidak mungkin dia berkenan mahu Adira menjadi menantunya.

“Umur berapa ?”

“20.”

Study ke ?”

“Ya, sekarang tengah cuti semester.”

“Oh.”

Adira masih hairan. Namun dia tidak bertanya pula kenapa. Takut jika dia kelihatan mendesak dan wanita itu terganggu dengannya. Perasaan pelanggan harus dijaga. Wanita itu membelek-belek baju sambil matanya sesekali melihat Adira. Adira buat-buat relaks saja. Padahal dalam hatinya meronta ingin tahu.

“Ada boyfriend ?”

“Ermm.. tak.. tak ada.”

“Ada lelaki kacau kamu ke ?”

Adira terkedu dengan soalan itu. Kali ini memang pelik. Kenapa wanita itu bertanyakan soalan begitu kepadanya ? Ya, dia diganggu. Oleh Faiz. Tetapi bagaimana wanita itu tahu dia diganggu ?

“Err.. tak..”

“Betul ke ?”

“Betul.”

“Kenal Faiz ?”

“Faiz ?” Adira sekali lagi terkesima. Wanita itu menyebut nama Faiz. Ini bermakna dia kenal Faiz. Dan dia tahu aktiviti Faiz yang selalu menganggunya. Kalau tidak, masakan dia menyoal Adira seperti soal siasat polis. Siapa wanita ini ? Apa kaitannya dengan Faiz ?

“Tengok muka kamu pun auntie dah tahu. Faiz datang jumpa kamu kan ?” kata-kata wanita itu kali ini membuatkan Adira tergamam. Wanita itu tak habis-habis memberi kejutan kepadanya. Baru dia teringat wanita ini pernah ke butik mereka dan memandangnya dengan pelik. Memang wanita ini wanita yang sama.

Sorry. Boleh saya tahu auntie ni siapa ?”

Auntie Anita. Saya mama Faiz. Dan saya tahu apa dia buat.”

Auntie.. saya .. saya minta maaf. Saya tak ada niat nak kacau anak auntie. Saya tahu auntie tak suka. Tapi dia yang..” bersungguh-sungguh Adira cuba menerangkan keadaan sebenar kepada Pn. Anita. Takut jika Pn. Anita memarahinya.

“Tak apa. Auntie faham. Dia yang kacau kamu.”

“Macamana auntie tahu ?”

“Adira, jom kita cakap di café.”

“Oh, okay.”

Selepas Adira memaklumkan kepada Sofia yang dia ada hal mahu dibincangkan dengan Pn. Anita,mereka peegi ke café yang berdekatan. Pn. Anita memesan dua cawan kopi. Pn.Anita menjemput Adira minum bersama.

“Eh, tak payah kut.”

Auntie belanja. Kamu tak boleh tolak.”

“Kalau macam tu, okay.”

“Adira, kamu tak kenal auntie. Tapi auntie dah lama tahu pasal kamu.”

Adira menelan air liur. Bermakna Pn. Anita tahu segala-galanya.

“Kamu tahu kan apa yang dah jadi kat Faiz sebelum ni ?”

“Tahu.”

Auntie sedih dengan apa yang jadi.”

Auntie, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak sangka keadaan jadi sampai macam tu sekali. Jujur cakap saya sendiri pun tak nak semua ni jadi. Saya minta maaf, auntie..saya minta maaf,” ujar Adira bersungguh-sungguh. Dia rasa seperti mahu menangis.

“Tak apa, Adira. Auntie langsung tak marahkan kamu. Cuma auntie fobia dengan apa yang jadi.” Pn.Anita juga tampak sedih. Adira sedar Pn. Anita tabah menghadapi dugaan yang menimpanya.

Sorry.. sorry..,” ujar Adira yang sudah menitiskan air mata. Dia rasa bersalah kerana menyebabkan seorang ibu bersedih dengan apa yang menimpa anaknya.

Auntie tahu semua ni salah siapa. Bukan salah kamu. Kamu cuma mangsa keadaan.”

“Tapi.. saya yang menjadi sebabnya.. kalaulah saya tak mulakan semua tu..”

“Semua dah terjadi. Tak ada apa yang boleh diubah, Adira. Auntie kesal dengan diorang yang buat hal.”

“Tapi..,” Pn.Anita bersuara lagi. “Kamu kena ingat, apa pun yang Faiz suruh kamu buat, kamu jangan buat. Jangan ikut cakap dia. Auntie tak nak dia ingat balik semua tu. Auntie nak dia lupakan je benda lama. Termasuk kamu.”

“Faiz degil auntie.. dia degil sangat.. saya tak tahu nak buat apa dengan dia. Dia ugut-ugut saya.”

“Kalau macam tu,kamu ambil nombor auntie. In case kalau dia buat apa-apa yang tak patut kat kamu. Contact auntie.”

Adira mengangguk setuju. Ini sudah cukup baginya. Sudah cukup untuk meringankan masalahnya. Mujurlah dia bertemu dengan mama Faiz. Mujurlah wanita itu faham dan tidak memarahinya. Mereka bertukar nombor.

Adira kembali ke butik. Pn.Anita juga sudah pergi. Sofia tergesa-gesa menyambut kepulangan Adira ke butik. pasti Sofia tertanya-tanya apa yang dibincangkan oleh mereka berdua tadi. Apabila mendengar penjelasan Adira, Sofia terkejut.



Irfan yang sedang membaca majalah di ruang membaca menghentikan bacaannya dan mengangkat kepala melihat abangnya yang tergesa-gesa keluar dari bilik. Dilihatnya Faiz memakai jaket kulit dan berseluar jeans. Faiz mahu keluar.

“Abang nak pergi mana ?” soal Irfan ketika Faiz sedang menuruni anak tangga.

“Keluar kejap.”


"Naik motor tu hati-hati," laung Irfan pula.

Irfan tidak puas hati. Faiz tidak menjawab soalannya. Irfan menyimpan majalah tadi di rak buku. Dia pergi ke bilik Faiz. Tiada apa yang pelik di situ. Namun keadaan meja Faiz yang tidak tersusun menarik perhatiannya. Laci meja terbuka kedua-duanya. Tidak ditutup. Ada juga barang-barang kecil berterabur di lantai. Pasti Faiz tergesa-gesa bersiap tadi.

Irfan lihat komputer riba Faiz masih hidup. Dia duduk di kerusi dan memeriksa komputer riba abangnya. Sebenarnya facebook Faiz yang tidak log out yang menarik perhatiannya. Apatah lagi terpapar bahawa Faiz sedang stalking akaun facebook milik seorang gadis. Irfan meneliti gerangan siapakah gadis itu.

Macam kenal.. eh.. ini kan.. Desis hatinya.Kemudian dia terkejut. Dia tahu siapa gadis itu. Irfan juga baru menyedari yang akaun facebook yang digunakan Faiz itu bukan akaun yang betul. Kerana namanya bukan nama akaun facebook milik Faiz yang betul. Profile picture juga menggunakan gambar lain. Dia tahu apa yang abangnya sedang buat. Dan dia perlu menghentikan semua ini.

Patutlah abangnya kelihatan mencurigakan sekarang. Patutlah hatinya tidak sedap. Tapi kenapa abangnya berbuat demikian ? Nampaknya apa yang mama takutkan berlaku. Jika mama tidak mahu ia berlaku maka Irfan juga tidak akan membiarkan Faiz meneruskan lagi agendanya. Irfan tertanya-tanya kenapa Faiz mencari Adira ? Bukankah dulu dia tidak peduli dengan Adira ? Apakah baru sekarang Faiz nampak kehadiran gadis itu ?

Last edited by Leafumi on 28-10-2014 12:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 07:36 AM | Show all posts
Telah seminggu Adira menikmati cuti semester. Adira melilit selendang di kepala. Beberapa minit kemudian, selendang di kepalanya telah sempurna. Dia merenung imbasan dirinya di cermin. Sopan dan manis menutup rambut. Inilah pemakaiannya yang baru. Kalau sebelum ini dia tidak bertudung, kini dia mula berjinak-jinak dengan tudung. Kalau dulu dia ke kelas tanpa tudung, kini dia mahu memakai tudung ke kelas. Dia pasti akan lakukannya apabila kelas bermula nanti. Bukan saja ke kelas malah ke mana-mana pun. Dia ingin mengubah gaya dan memberikan hidupnya dengan nafas baru. Dia mahu memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.

Adira menyapu sedikit bedak pada wajahnya. Bibirnya dicalit dengan lip balm. Adira mengenakan celak pula di sekitar matanya. Ringkas saja solekannya. Adira bukanlah jenis yang suka bersolek tebal-tebal. Dia tidak biasa. Lagipun dia selesa dengan penampilan yang ringkas dan selesa. Asalkan dia berpuas hati dengan gayanya itu sudah memadai. Telefon bimbitnya berdering. Adira memandang skrin telefon bimbitnya dan tertera nama Sofia. Pasti Sofia sudah sampai di hadapan rumahnya.Adira mendekati tingkap dan menjenguk. Benarlah andaiannya. Kereta Viva Putih diparkir betul-betul di hadapan pagar rumahnya. "Ira ! Sofia dah sampai !," kedengaran laungan emak.


chop! bukan ke orang pakai bedak n mekap dulu then barulah lilit tudung kan? kalau tak nanti comot la bedak kena tudung. lipstik la baru pakai last.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:44 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 27-10-2014 11:36 PM
chop! bukan ke orang pakai bedak n mekap dulu then barulah lilit tudung kan? kalau tak nanti com ...

emm.. tak pe kut.. tt pun selalu je buat hihi lagipun tt imagine adira letak bedak sikit sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 07:51 AM | Show all posts
Leafumi posted on 28-10-2014 06:34 AM
Bab 10

Lagu Welcome To The Family nyanyian Avenged Sevenfold berkumandang. Faiz segera mencapai h ...

TT... mcm ada rahsia yg belum terungkai lg... apa yg jadi sebelum faiz jumpa adira yg sekarang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:55 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 27-10-2014 11:51 PM
TT... mcm ada rahsia yg belum terungkai lg... apa yg jadi sebelum faiz jumpa adira yg sekarang...  ...

ya..memang belum terungkai lagi.. sabar ye.. sikit je lagi nanti tt bongkarkan..  sorry la jalan cerita agak twist.. tt tulis idea on the spot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.208987 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list