CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
 Author| Post time 1-1-2015 05:13 PM | Show all posts
Bab 17


Adira menyusun buku-buku nota yang telah dipilih untuk diberikan kepada Hadif. Tidak lupa juga dengan dua buah novel. Buku-buku itu disusun dan dibiarkan elok-elok di atas meja belajarnya. Esok dia akan membawa bersama buku-buku itu. Harap-haraplah tiada spot check mengejut yang akan berlaku. Adira pasti tiada. Kerana kebiasaannya Mimi akan datang memberitahu Adira kalau-kalau akan ada spot check. Adira tersengih sendiri. Inilah untungnya mempunyai kawan yang berjawatan pengawas.

Adira teringat ketika di sekolah rendah dahulu, murid-murid pernah dilarang membawa pensel mekanikal ke sekolahnya. Tetapi masih banyak murid-murid yang membawanya. Guru-guru pun tidak ambil kisah jika terdapat murid-murid yang menggunakannya. Namun mereka selalu berpesan jika ada spot check, maka mereka tidak akan bertanggungjawab jika pensel mekanikal dirampas. Larangan penggunaan pensel mekanikal ini adalah kerana pernah terjadi satu kes di mana antara dua orang murid bergaduh dan salah seorang dari mereka telah menyakiti seorang lagi dengan membenamkan mata pensel mekanikal ke dalam kulit murid itu. Jadi bagi memastikan kejadian tidak berulang, guru besar mengambil keputusan untuk melarang penggunaan pensel mekanikal lagi. Siapa sangka pensel mekanikal yang kedengaran biasa itu mampu memberi impak yang besar.

Adira mencapai sekeping kertas memo yang bersaiz sebesar tapak tangan yang masih putih bersih. Dia mengeluarkan pensel dari bekas pensel dan mula melakar sesuatu di permukaan kertas. Sambil melakar, dia tersenyum. Beberapa minit kemudian, lakaran seorang pelajar lelaki sedang menelaah di meja belajar siap. Comel ! Desis hatinya. Adira menambah sedikit kata-kata semangat. Dia tersenyum puas setelah siap menulis. Memo ini akan diberikan kepada Hadif sebagai tanda ucapan selamatnya untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Pagi itu, Adira ke sekolah seperti biasa dengan menaiki van. Setibanya di tepi tembok sekolah, van berhenti. Pelajar-pelajar turun dari van. Adira turun dan melangkah mendekati pagar sekolah. Terdapat beberapa orang pengawas sekolah yang menjaga di situ. Adira nampak salah seorang dari mereka adalah Mimi. Adira menguntum senyum kepada Mimi. Mimi membalas senyuman Adira. Di sebelah kanan pintu pagar, seorang pengawas lelaki sedang menahan seorang pelajar lelaki. Adira hanya memerhatikan perlakuan mereka.

“Sekolah tak benarkan awak pakai kasut macam ni,” kedengaran suara pengawas lelaki itu tegas. Adira baru perasan yang pengawas itu adalah Iqbal.

Ya, Iqbal memang pengawas sekolah. Selain itu Iqbal juga rakan kepada Haikal. Dia juga yang tolong menyampaikan pesanan kepada Adira untuk bertemu dengan Haikal kerana portret wajah Haikal itu. Iqbal perasan Adira memandangnya. Adira mengalihkan pandangan. Dia mempercepatkan langkah. Tidak selesa. Bukan apa. Iqbal kan rakan Haikal. Entah apalah yang Iqbal fikir tentang dirinya. Entah-entah Iqbal fikir dia gadis yang perasan, syok sendiri dan tidak tahu malu. Entahkan betul entahkan tidak, Adira tidak tahu. Entah-entah Adira yang terlampau banyak bersangka buruk. Tetapi pandangan orang siapa yang tahu. Adira tertanya-tanya juga kalau-kalau Mimi dan Iqbal baik atau tidak. Mungkin hubungan mereka hanya sebagai rakan sesama pengawas.

“Adira !”

Adira terpana. Dia dengar suara yang memanggilnya itu. Mungkin Mimi yang memanggilnya. Tetapi kenapa suara itu seperti suara lelaki ? Siapa pula yang memanggil namanya ? Adira menoleh. Matanya terkebil-kebil memandang Iqbal yang berjalan menghampirinya. Adira hairan. Dia pasti dia tidak buat apa-apa yang melanggar peraturan sekolah. Dia pasti seragam sekolahnya mengikut peraturan. Tak mungkin Iqbal tahu dia membawa novel hari ini.

“Saya nak cakap dengan awak sikit. Pasal Haikal..,” ujar Iqbal. Adira tercengang lagi.

“Tapi bukan sekarang lah. Nanti saya datang sendiri kat awak. Awak tunggu aje.”

Seraya berkata, Iqbal berpusing dan kembali menuju ke pagar sekolah. Adira masih dalam keadaan hairan. Dia lihat Mimi tidak berpaling ke arahnya. Mimi masih berdiri membelakangi arahnya. Memerhatikan pelajar-pelajar yang berpusu-pusu memasuki pagar sekolah. Mungkin Mimi tidak perasan. Adira kembali meneruskan langkahnya. Mujurlah Iqbal tidak berniat untuk menahannya atas sebarang kesalahan.

Adira mula tertanya-tanya. Apakah perkara yang akan dikatakan oleh Iqbal berkaitan Haikal itu ? Kenapa Iqbal ? Kalau pasal Haikal, kenapa tidak Haikal sendiri yang datang bicara dengannya ? Mungkin Haikal malu jika dilihat berdua dengannya. Entah-entah Haikal membenci dirinya. Adira mendengus. Dia sedar dirinya terlalu banyak berfikir. Overthinking. Namun hal ini tidak dapat dielakkan. Dia jadi takut. Takut dengan pandangan orang. Pandangan Haikal. Sudah berkali-kali dia memujuk hati. Sudah berkali-kali dia pujuk hatinya supaya jangan endahkan Haikal lagi. Namun perasaan terganggu itu hadir jua. Diakui kadang-kadang seperti timbul rasa menyesal. Seandainya waktu boleh diputar kembali ke masa lalu.

Ketika waktu rehat menjengah, Adira dipanggil Iqbal ke bilik pengawas. Adira rasa tidak perlulah sampai ke bilik pengawas. Kalau pelajar lain tengok nanti mereka fikir dia pelajar yang membuat salah dan perlu dibicarakan. Namun dia ikut juga tanpa bantahan. Nasib Adira baik kerana tidak ada pelajar lain yang perasan dia pergi ke bilik pengawas. Ditambah lagi bilik pengawas yang berada di blok yang agak jauh dari kantin dan tempat tumpuan ramai. Ketika Adira menapak ke dalam bilik pengawas, kelihatan Iqbal sudah sedia menanti. Dia sedang duduk di salah satu bangku meja yang panjang untuk mesyuarat itu. Apa yang penting dan rahsia sangat ? Seolah-olah seperti mahu membincangkan rahsia negara pula. Adira duduk di kerusi yang bertentangan dengan Iqbal. Pintu bilik pengawas itu sengaja dibiarkan terbuka. Ini untuk mengelakkan kejadian yang tidak sepatutnya dan juga fitnah. Kejadian di library masih segar di ingatan Adira. Membuatkan Adira sentiasa beringat.

“Haikal suruh awak cakap apa kat saya ?,” laju saja Adira bertanya.

“Haikal tak tahupun saya jumpa awak ni.”

“Oh.. habis pasal apa awak nak bagitau saya ni ? “

“Awak masih suka Haikal ? “

Pertanyaan Iqbal itu membuatkan Adira rasa tidak selesa. Tentulah perkara itu agak sensitif baginya. Adira diam dan menunduk. Mencari-cari jawapan apa yang patut diberikan. Iqbal hanya merenungnya menanti jawapan. Kenapa Iqbal ni ? Takkan lah dia ni pun nak buat perangai macam Dzul kot ! Fikir Adira. Mulalah dia nak bersangka yang bukan-bukan.

“Kenapa ? Awak tak nak mengaku ke ?”

Sekali lagi Adira terpempan. Terasa seperti berada dalam tahanan polis untuk disoal siasat. Iqbal menggesanya.

“Tipulah kalau saya cakap tak. Saya memang minat Haikal. Tapi saya sedar diri. Saya sedar saya bertepuk sebelah tangan. So saya nak move on. Itu aje,” Adira berterus-terang. Iqbal mendengar sambil tersenyum tawar.

“Kalau macam tu tak apa lah. Senang sikit. Buat pengetahuan awak, Haikal dengan Aina memang couple. Diorang mula kawan dari form 3. Lama-lama diorang couple. Kali ni Haikal sayang betul. Aina bukan macam kawan-kawan perempuan yang selalu kena gosip dengan dia. Saya harap awak boleh terima kenyataan ni.”

Iqbal bercerita panjang. Adira mendengar dengan tekun. Perlahan-lahan dia tersenyum tawar. Dia tahu Iqbal menasihatinya namun dalam masa yang sama dia terasa. Jiwanya terpukul dengan nasihat itu. Boleh dikatakan dia rasa terhina. Seperti perempuan tidak sedar diri. Bisikan negatif itu semakin kuat merasuk pemikirannya.

“Saya faham. Jangan risau. Saya pun bukannya jenis perempuan yang tergedik-gedik kat boyfriend orang. Tak perlu susah-susah nak bagi saya faham,” ujar Adira. Cuba membela maruah dirinya walau hanya di hadapan Iqbal seorang. Sekurang-kurangnya Iqbal adalah rakan rapat Haikal. Mungkin apa yang Adira cakap ini akan diceritakan kepada Haikal. Jadi lebih baik Adira cakap saja apa yang dia mahu cakap pasal Haikal.

“Lagipun, benda ni buang masa saya aje. Tengoklah ramai budak-budak yang tak suka saya. Diorang pun fikir saya tak layak untuk Haikal. Maaf. Sebab dah kacau Haikal and Aina tu.” Adira mengucapkan juga kata maaf biarpun dia rasa dia tidaklah melakukan salah besar. Aina yang sepatutnya meminta maaf kepadanya.

Adira bingkas setelah selesai berkata-kata. Tidak sanggup lagi dia mahu duduk di situ lama-lama. Terasa maruah dirinya dipijak-pijak di hadapan Iqbal. Meskipun Iqbal tidak berkata apa-apa yang menghinanya namun perasaan malunya tinggi di kala itu. Dia meluru ke pintu.

“Mungkin awak yang prihatin ni pun patut pergi nasihatkan budak-budak lain yang lebih terhegeh-hegeh kat Haikal tu. Diorang tu lebih memerlukan nasihat pakar sakit jiwa,” ujar Adira sebelum beredar. Adira rasa puas dapat berkata begitu.

Namun dia sedar rasa sebak menguasai diirnya sejak tadi. Tanpa dapat menahan lagi, air matanya meleleh keluar. Memaksa Adira berlari ke tandas yang berdekatan. Mujur tidak ada sesiapa di situ. Adira menghamburkan air matanya. Puas dia mengelap airmata dan hidungnya yang berair. Selesai mengeringkan air mata dan air hidung, dia menatap jam di pergelangan tangan. Waktu rehat masih berbaki lagi 15 minit.

Adira membawa diri ke pinggir padang sekolah. Tempat biasa dia melepak seorang diri. Dia tidak mahu makan. Tiada selera. Lagipun dia tidak mahu wajahnya yang baru lepas menangis itu ditatap pelajar-pelajar lain. Nanti apa pula kata mereka. Adira ketawa sendiri mengenangkan nasihat dari Iqbal tadi.

Alah ! Cinta anak remaja ! Cinta monyet ! Lama mana boleh bertahan ? Apa yang hebat sangat ? Habis sekolah nanti masing-masing bawak diri jugak ! Desis hati Adira.

“Dira ?” satu teguran itu membuatkan Adira menoleh. Hadif sedang menghampiri. Adira memandang semula ke arah padang dan membetulkan mimik mukanya. Takkan dia mahu tunjuk kepada Hadif pula wajahnya yang baru lepas kesedihan itu. Hadif sudah menapak di sebelahnya.

“Saya tak nampak awak di kantin tadi. Tak makan ke ?” soal Hadif ingin tahu.

“Eh, saya makan lah tadi. Awak aje tak perasan,” Adira cuba berdalih.

“Ye ke ?”

“Betul. Saya beli roti lepas tu terus datang sini. Saya makan kat sini.”

“Ye ke ?” Kali kedua Hadif mengulangi soalan yang sama. Kali ini dia tunduk sambil tangan digenggam di bawah dagu tanda sedang berfikir mencari kepastian. Dia berusaha mengingat kembali saat-saat dia mencari-cari kelibat Adira di kantin. Memang Adira tidak kelihatan di matanya. Mungkin dia tidak dapat mengecam Adira di sebalik pelajar-pelajar yang ramai.. Sedangkan Adira pula mengetap bibir. Berharap Hadif percaya dan jangan bertanya lagi.

“Hah, awak bawak ke buku-buku yang saya nak pinjam tu ?,” soal Hadif.

“Bawak.”

“Waktu balik nanti saya collect.

Okay. Saya tunggu awak.”

“Awak okay ke ni?”

Okay lah.”

“Kalau awak ada problem jangan segan nak bagitau saya.”

“Saya okay jelah.”

Adira diam. Hadif juga diam. Dia menatap wajah Adira. Adira tunduk. Untuk beberapa saat mereka kekal begitu. Adira mencari-cari topik apa yang perlu dibangkitkan untuk mengalih perhatian Hadif dari terus bercakap soal masalah.

“Awak..” baru saja Adira ingin bersuara namun Hadif memotong, “ Kenapa mata awak macam lain aje ?” Seraya berkata Hadif merapati Adira untuk memastikan yang mata Adira memang bengkak. Adira tercengang. Dia kemudian berundur sedikit. Takut kalau-kalau orang lain sedang memerhatikan mereka dan membuat tohmahan.

“Awak menangis ke?”

“Eh, mana ada. Mana ada..”

“Ye ke ?” kali ini nampak kerutan di dahi Hadif.

“Kut sebab saya tidur lewat semalam,” ujar Adira sambil tersengih-sengih.

“Hmmm.. okay lah. Balik nanti tunggu saya.”

Okay.”

Ketika sedang berbicara itu, Adira ternampak kelibat lelaki yang diminatinya. Haikal sedang berdiri bersama dengan kawan-kawannya di tepi blok yang tidak jauh dari padang. Yang mengejutkan Adira adalah pandangan Haikal yang terarah pada mereka berdua. Adira menunduk. Biar betul ! Dia tengok sini kan ? Hatinya bersuara. Adira mengangkat sedikit mukanya dan mengerling ke arah haikal. Sah. Memang Haikal sedang lihat ke arah Adira dan Hadif. Adira mengetap bibir. Dia tidak sangka pula bercakap dengan lelaki lain boleh menarik perhatian Haikal. Bukankah selama ini Haikal buat dia seperti tidak wujud ?

Seperti yang dijanjikan, Adira menunggu Hadif untuk menyerahkan beberapa buku nota dan novel yang dibawa. Tidak perlu menunggu lama. Hadif datang dengan tidak sabar-sabar lagi tingkahnya.

“Mana bukunya ?,”gesa Hadif.

“Sekejap saya nak ambik ni,” Adira membuka zip beg dan mengeluarkan buku satu persatu. Di setiap kali itu juga Hadif menyambut buku-buku itu dari tangan Adira. Usai memberikan semua buku-buku itu, Adira menutup semula zip beg sandangnya.

“Bagusnya ! Bolehlah study lepas tu baca novel,” ujar Hadif teruja.

“Ni ada memo,” Adira menyeluk saku dan mengeluarkan sekeping memo putih. Dia menghulurkan kepada Hadif. Hadif menyambutnya dengan tertanya-tanya. Dia merenung memo putih yang telah dilukiskan kartun comel berserta kata-kata semangat. Di situ tertulis kata-kata ‘Good luck foryour SPM ! Wish the best for you ! Jawab betul-betul !’

“Eh, comelnya !,”puji Hadif. Adira sudah senyum.

“Awak buat eh ? Thanks !,” ucap Hadif.

“Yelah, untuk kawan baik saya ni,” balas Adira.

“Bertuahnya kalau boyfriend awak yang dapat ni,” ujar Hadif.

“Eh, mana datang pulak boyfriend nya ? Awak kan ‘boy-friend’ saya ?” ujar Adira. Adira berkata sekadar niat bergurau saja. Hadif masih senyum-senyum.

Di kala itu juga, Adira ternampak Haikal yang berada di jejantas yang berhadapan dengan sekolah mereka asyik merenung dirinya dan Hadif. Namun segera Adira pura-pura tidak perasan. Dia kembali menumpukan anak matanya kepada Hadif. Mungkin benar telahannya yang dia berjaya menarik perhatian Haikal apabila berbicara dengan lelaki lain. Tapi kenapa perlu Haikal peduli ? Di sebelah Haikal pula ada pengawas lelaki. Iqbal. Adira tiba-tiba terasa seperti telah menang dalam pertaruhan. Biar. Biar mereka lihat kemesraan dia dan Hadif. Sorry Hadif.. saya pinjam awak sekejap untuk tunjuk kat diorang ni yang saya okay tanpa Haikal..Desis hatinya. Seraya hatinya berkata, Adira sengaja menguntumkan senyum lagi dan lagi. Ibarat terkena demam senyum.

Thanks, my‘girl-friend’ !,” ucap Hadif sekali lagi. “ Saya balik dulu,” tambahnya lagi. “Bye !,” ucap Adira kemudian menghantar Hadif dengan pandangan mata.

Beberapa minit setelah Hadif berlalu, Mimi pula yang datang menyapa Adira. Wajah Mimi masih sama seperti kelmarin. Apa masalahnya dengan Mimi ini pun Adira tidak faham. Ada apa-apakah yang buat Mimi tersinggung dengan Adira yang mungkin Adira tidak perasan ?

“Mimi, kau tak balik lagi ke ?”

“Hari ni aku balik dengan abang aku. Aku tengah tunggu dia lah ni. Tak sampai-sampai lagi.”

“Kau okay ke Mimi? Muka kau monyok aje ?,” soal Adira kerana sudah lama menyimpan rasa tidak puas hati dengan riak wajah Mimi.

“Aku okay Dira. Kau tu pulak ?”

“Aku okay jugaklah. Jangan risau. Kau sibuk tapi Hadif ada dengan aku.”

Mimi membulatkan sedikit matanya selepas mendengar kata-kata Adira untuk beberapa saat. Mungkin terkejut. Adira pun baru perasan. Kenyataannya tadi mungkin telah merentap hati Mimi. Seolah-olah menyindir Mimi pula.

Sorry, aku tak maksudkan kau.. tapi maksud aku.. Hadif ada dengan aku bila kau tak ada,” Adira cuba membetulkan semula maksud kata-katanya.

“Tak apa, Dira. Aku faham. Aku tak boleh jugak nafikan memang aku dah jauh sikit dari kau kan ?”

“Mimi, sorry..

“Tak apa, Dira.Kalau kau selesa dengan Hadif teruskan.”

Lega sedikit hati Adira mendengar kata-kata Mimi itu. rupa-rupanya Mimi juga serba salah. Adira ingat Mimi tak pernah sedar akannya.

“Aku mintak maaf, Dira..”

“Tak apa, Mimi.Aku faham sebab tu aku tak pernah marah kau.”

“Aku cuma nak kau hati-hati je.”

“Maksud kau ?”

“Hati-hati dengan siapa pun kau kawan.”

“Kenapa Mimi ?”

“Aku nak ingatkan kau je. Aku pun risaukan kau jugak. Aku pun duk perhati kau jugak.”

“Aku tahu, Mimi.”

“Hah, tu abang aku dah datang. Aku pergi dulu lah.”

Bye, Mimi !”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 12:29 AM | Show all posts
sambung lagi.. best citer niun baru.. selamat tah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TT cepat2 update yer..makin best cerita ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 04:22 PM | Show all posts
suery89 replied at 9-1-2015 01:25 PM
TT cepat2 update yer..makin best cerita ni..

sabar ye.. ada keja lain yg sy kena bagi perhatian which is sy terpaksa biarkan dulu citer nie sebab tak bleh fokus kat dua2 dalam 1 masa. jangan risau. nanti dah settle keje tu, sy sambung balik. lagipun tengah memikirkan jalan cerita lagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Leafumi replied at 10-1-2015 04:22 PM
sabar ye.. ada keja lain yg sy kena bagi perhatian which is sy terpaksa biarkan dulu citer nie seb ...

Hehehe..ok TT..im waiting...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:32 PM | Show all posts
tak hapdet lgi.nyampah taw.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2015 02:11 AM | Show all posts
Bab 18


Adira bagai tak percaya yang dia kini berhadapan dengan Faiz. Sekali lagi. Bukan dia tidak biasa. Namun dia terasa seperti situasi ini masih khayalannya. Dia tak pernah menyangka yang dia akan berkompromi dengan Faiz. Dulu dia menentang habis-habisan. Tetapi kini sekali lagi dia duduk semeja dengan Faiz ataupun nama sebenarnya Faiz Haikal Ahmad, lelaki yang pernah diminatinya dulu. Siapa sangka mereka bertemu kembali.

Faiz yang sejak tadi duduk menghadap Adira hanya memandang gadis itu. Lama. Dia suka. Tertanya-tanya juga kenapa dia tidak nampak Adira pada masa lalu ? Kenapa dia mempersia-siakan Adira ? Mungkin kerana kehadiran Aina pada ketika itu menutup matanya. Siapa Aina ? Teringin dia melihat sekali lagi gadis itu. Sungguh dia sudah tidak ingat bagaimana rupa Aina. Entah macamana tingkah Aina. Apa yang sudah terjadi selepas kemalangan itu ? Kenapa Aina lesap dari hidupnya ? Soal ini juga mama sorokkan darinya. Faiz terkilan apabila terfikirkan lagi sikap mama. Tidakkah mama fikir tindakannya itu hanya untuk kepentingan diri mama tapi tidak baginya ?

Adira sejak tadi melemparkan pandangannya ke sekitar restoran itu. Tidak terlalu ramai pengunjung. Sesekali dia melihat ke luar tingkap restoran pula. Sesekali dia memandang ke hadapan pula sekaligus membalas pandangan Faiz yang seperti terpaku ke wajahnya.

“Kenapa ?” tegur Adira. Tipulah kalau dia tidak segan apabila lelaki itu memandangnya agak lama. Jadi dia mengalihkan perhatian Faiz. Lagipun kalau jumpa setakat nak tenung mukanya baik tak payah.

“Saya nak mintak maaf..” ujar Faiz. Nampak serba salah pada reaksinya.

“Kenapa ?” Adira tidak faham. Tak habis-habis lagi nak minta maaf.

“Sebab saya tak nampak awak sebelum ni..”

“Itu kan benda lama. Saya dah maafkan pun..”

“Saya menyesal sekarang..”

“Awak tak perlu nak fikir lagi hal tu.. benda dah jadi. Tak ada apa yang awak boleh ubah lagi.” Sebaris ayat Adira itu mengharapkan Faiz agar menerima hakikat dan tidak mengharapkan apa-apa lagi yang mustahil.

Tak boleh ke saya buatkan awak terima saya ? Pertanyaan itu hanya terluah dalam hati Faiz. Kalau diikutkan mahu saja dia bertanya terus kepada Adira namun ini bukannya masanya. Nanti tidak pasal-pasal Adira menamatkan pertemuan mereka ini.

“Sekarang apa yang awak nak saya bagitau awak ?”

Lebih baik Adira memulakan topik yang sepatutnya menjadi tujuan utama dia bersemuka dengan Faiz. Ditunggu juga kalau-kalau Faiz yang cuba memulakan dulu namun lelaki itu bercakap mengenai hal yang tidak digemarinya. Sebelum keadaan menjadi tidak sepatutnya lebih baik dia yang memulakan dulu. Nanti lelaki ini melalut susah pula.

“Apa yang awak tau, Adira ?” soal Faiz pula.

“Saya dah bagitau awak kan ? Awak Faiz Haikal Ahmad. Saya yang bagi awak potret tu. Awak nak jadikan sebagai hadiah untuk Aina, girlfriend awak tu. Then dia datang serang saya. Lepas tu macam-macam jadi kat saya. Ada orang kacau saya, ada orang buat fitnah, ramai yang benci saya..,” Adira bersuara sambil tunduk merenung meja. Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku dan simpulkan kepada Faiz.

“Tapi awak buat tak tau kat saya. Saya tak tau lah kenapa awak ignore saya macam tu.. tu hanya awak je yang tau.. saya anggap saya tak penting untuk awak ataupun awak malu nak dekat dengan saya lepas kecoh saya bagi potret tu kat awak,” cerita Adira lagi. “ Siapa lah saya bagi awak kan..” tambah Adira lagi.

Mendengarkan kata-kata Adira itu menambahkan lagi serba salah ke dalam diri Faiz. Namun itulah hakikatnya. Tiada apa yang boleh diubahnya lagi. Mungkin dulu dia seorang yang berlagak. Ego.

“Tu je yang saya buat ?” soal Faiz.

“Tu je.. lepas tu ada pengawas pusat sumber tu, Dzul.. dia kacau saya. Diorang buat surat nak cakap pasal awak kat library. So saya pun pergi lah. Tapi saya dah kena tipu..diorang nak kenakan saya aje..” ujar Adira. Kesal Adira apabila mengimbau kembali bagaimana Dzul dan Izwan mempermainkannya.

“Diorang buat apa kat awak ?” Faiz ingin tahu.

“Diorang acah-acah je..” Adira tunduk sambil berkata. Dia malu untuk menceritakan selanjutnya walaupun Dzul sekadar menakut-nakutkan dirinya. “Dzul cakap, ada orang suruh dia kenakan saya.. tapi sampai sekarang tak tau siapa orang tu..” tambah Adira lagi. Kali ini dia sudah mengangkat muka menatap Faiz. “Dia tak pernah bagitau..” ujar Adira lagi.

“Tak mungkin..Dira, kalau semua ni salah saya, saya mintak maaf !,” ujar Faiz bersungguh-sungguh. Faiz tahu ia adalah perkara yang melampau. Dan jika ia disebabkan oleh Faiz sendiri, dia lah patut dipersalahkan. Dalam hati dia berharap bukan dia yang menyuruh mereka mengenakan Adira sedemikian. Dia lah punca Adira diganggu namun sekurang-kurangnya dia harap bukan dia yang mahukan Adira diganggu.

“Saya tak kata awak yang suruh.. walaupun saya sendiri tak pasti siapa yang suruh,” ujar Adira pula. “Saya tak apa-apa. Diorang sekadar acah aje,” tambah Adira lagi.

“Lepas tu apa jadi ?” Faiz semakin dihimpit rasa ingin tahu. Malah dia geram. Serba salah dan kasihan kepada Adira semakin kuat menguasai diri.

“Ada orang tolong saya..” balas Adira. Wajahnya yang tadi tegang beransur tenang.

“Siapa ?” soal Faiz.

“Hadif..” jawab Adira.

“Siapa Hadif ?” soal Faiz. Rasanya dia tidak kenal lelaki itu.

“Senior. Sama tingkatan dengan awak. Rasanya awak memang tak kenal kot. Lagipun awak bukan ingat apa pun. Dia baik dengan saya lepas tu,” ujar Adira. dia tersenyum mengingatkan Hadif. Satu-satunya lelaki yang rapat dengannya ketika itu.

“Dia kawan awak ?”

“Ya..”

“Saya.. mintak maaf lagi sekali..”sekali lagi Faiz memohon maaf.

“Kenapa pulak ?” Adira hairan.

“Sebab saya.. awak kena pulau,” ucap Faiz.

Adira kelu seketika melihat reaksi Faiz yang terus-terusan serba salah dan menyalahkan diri. Hati Adira bagai ingin menjerit Ya! Ni semua Faiz punya pasal ! Kau bawak malang dalam hidup aku !  Namun itu hanya bergema di fikirannya. Tak tergamak pula dia mahu menjerit begitu kepada Faiz. Dalam hal ini dia tak boleh menyalahkan Faiz saja. Dia juga yang mendekati Faiz pada mulanya.

“Sudah lah.. sesuatu dah lepas.. saya dah tak ingat pun. Sekarang saya bukan lagi kat sekolah tu.” Adira cuba memujuk Faiz agar berfikiran positif biarpun mungkin dia boleh memaki hamun Faiz sebagai hukuman. Namun dia masih waras dan sedar diri.

“Teruknya saya..tak mampu nak buat apa-apa pasal awak waktu tu..” ujar Faiz lagi.

“Awak ingat Aina?” soal Adira cuba mengalih topik yang membuatnya tidak selesa itu.

“Tak..”

“Muka dia pun awak tak pernah nampak kat mana-mana ke ?”

“Tak..”

“Sepatutnya ada gambar-gambar lama awak dengan Aina. Memandangkan awak dengan Aina tu couple.

“Saya tak pernah jumpa pun. Saya ada cuba cari tapi tak ada. Entah-entah mama yang sorokkan. Sebab saya tengok album saya macam ada gambar yang tak cukup..” Faiz bersuara sambil matanya melilau sambil memikirkan saat-saat dia membelek album lamanya dulu.

“Sampai macam tu sekali ke mama awak buat ?” ujar Adira yang semacam tak percaya.  Baginya dah macam drama Indon. Watak ibu yang melampau-lampau. Namun itu hanya bayangan mindanya saja. Dia pasti Pn.Anita bukan seperti itu.

“Saya pernah cuba cari kat bilik mama. Tapi dia marah saya,” ujar Faiz lagi seraya terkenangkan ketika Pn.Anita menghalaunya keluar dari bilik kerana dia cuba menyelongkar laci almari Pn.Anita. Mungkinkah di situ terdapat gambar-gambar lama dia dan Aina ?

“Siapa lagi yang boleh tolong awak kat rumah tu ?”

“Selalunya Irfan lah yang boleh tolong saya. Tu pun jenuh nak dipujuk. Mama pun dah tak bagi Irfan cerita apa-apa. Tapi Irfan still bagitau jugak. Maybe dia kesian kat saya,” Faiz bercerita hal Irfan.

“Siapa Irfan tu ?”

“Adik saya.”

“Oh, awak ada adik rupa-rupanya.”

“Ada. Tapi dia dulu sekolah lain.”

“Kenapa awak tak mintak je dia tolong carikan ?”

“Ada jugak fikir macam tu. Nanti dulu. Tak nak lah desak dia sangat. Kesian jugak tengok dia serba salah antara saya dengan mama.”

Mereka diam seketika. Masing-masing menghirup air di gelas masing-masing. Adira melihat ke arah jam tangannya. Baru pukul 3 petang. Dia mahu menelefon Sofia untuk menjemputnya pulang kira-kira pukul 4 nanti. Dia tidak mahu berlama-lama bersemuka dengan Faiz. Cukuplah membincangkan apa yang patut.

“Apa lagi yang Irfan tau ?”

“Apa yang Irfan bagitau saya lebih kurang sama macam yang awak bagitau. Tak apa. Nanti saya cuba mintak tolong dia pasal Aina.”

“Awak tak cuba cari Facebook Aina ? Bukan ke awak ni stalker ?” soal Adira. ada sedikit perlian di situ. Faiz hanya tersenyum.

“Saya cuba cari tapi saya tak pasti. Awak still ingat Aina ? Apa yang awak tau pasal dia ?”

“Saya ingat sikit aje. Saya tak tau apa melainkan dia tu girlfriend awak.”

“Saya mintak maaf sebab dia serang awak dulu. Saya mintak maaf sekali lagi.”

Adira terdiam saja melihat Faiz sekali lagi memohon maaf. Kali ini berkenaan tindakan Aina yang menyerangnya dahulu. Dulu memang dia marah. Memang mereka sepatutnya memohon maaf kerana menyusahkan dirinya. Sikap Aina itu sangat tidak matang. Kini Faiz memohon maaf untuk Aina. Perlukah Adira memaafkannya semudah itu ?

“Awak tak perlu mintak maaf. Bukan salah awak kan ? Bukan awak yang suruh dia serang saya pun.”

“Saya serba salah. No wonder lah awak marah gila kat saya.”

Adira mendengus. Dia sendiri pun tidak tahu mahu ikutkan perasaannya atau tidak. Memang dia marah dengan apa yang menimpanya. Faiz Haikal puncanya. Mungkin jugak betul yang Faiz sendiri tidak minta semua itu berlaku. Mungkin tindakannya menyalahkan Faiz semata-mata tidak akan memberi kesan apa pun. Hanya menjadi dendam yang sampai bila-bila pun mengganggu jiwanya. Tapi belum dapat dipastikan sama ada benar atau tidak bahawa memang bukan Faiz sebagai dalang kepada beberapa perkara yang menimpanya. Berkenaan hal Dzul itu, mana tahu kalau-kalau memang Faiz yang menyuruh dia mengganggu Adira. Adira tidak menuduh Faiz namun itu masih tidak mustahil. Faiz pula masih tidak ingat banyak perkara.

“Kalau kita cari Aina, mungkin boleh tau siapa yang buat,” Adira memberikan cadangan.

“Boleh ke ?” Faiz bertanya seolah tidak yakin.

“Saya boleh tolong awak. Kita cari sama-sama. Mana lah tau saya boleh tau siapa yang bagi emel dan gambar saya kat awak tu.”

“Saya setuju aje, Dira,” balas Faiz mengangguk. Lagipun dapatlah dia meluangkan lebih masa bersama Adira. Itu yang dia mahukan.

“Awak tak cuba tanya Irfan pasal gambar tu ?” soal Adira lagi.

“Tak pun.”

“Nanti awak cubalah tanya. Maybe dia tau.”

Okay.”

Adira berharap benar akan ada petunjuk yang boleh membongkar gerangan siapakah yang telah memberikan gambar dan emel nya kepada Faiz ini. Dia tetap mahu tahu siapa orang itu. kalau tak, masakan Faiz boleh menjejakinya. Adira memujuk hatinya. Walau macamana pun dia tidak dapat menerima, hal itu telah pun terjadi. Dia terpaksa menurut takdir.

“Seingat saya, awak ada kawan nama Iqbal,” Adira memberitahu Faiz. Rasanya Faiz belum pernah menyebut nama Iqbal lagi semenjak mereka bertemu kembali.

“Ye ke ? Iqbal ? Kawan saya ?” Faiz ternyata kehairanan.

“Yelah, dia nampak rapat dengan awak. Dia ada jumpa saya.”

“Jumpa awak ? Buat apa ?”

“ Dia cakap awak dengan Aina serius. Dia tak nak saya kacau awak dengan Aina.”

Serious ?”

“Ye. Tapi dia cakap bukan awak yang suruh. Dia sendiri yang nak cakap macam tu. Dia memang kawan baik awak lah kut.”

Faiz terdiam sejenak. Dia cuba memikirkan perihal rakannya itu. Iqbal. Kalau sejauh itu dia mengambil berat akan hubungannya dengan Aina pasti Iqbal tahu banyak pasal Aina.

Maybe kita boleh cari Iqbal,” Faiz pula memberikan cadangan.

“Boleh jugak tapi kita tak tau kat mana dia sekarang. Awak pun tak tau. Kan awak dah lost contact dengan semua kawan-kawan awak.”

“Tak apa. Kita boleh cari diorang berdua. Lagi ramai lagi bagus.”

Adira perhatikan Faiz nampak bersemangat dan bersungguh-sungguh dari riak wajah yang dipamerkan olehnya. Baguslah kalau begitu. Ini menunjukkan Faiz tidaklah bertemu dengan Adira semata-mata untuk dirinya.

“Saya pun teringin nak jumpa Hadif. Entah kat mana dia sekarang,” Adira meluahkan apa yang di fikirannya.

“Awak lost contact dengan dia ?”

“Ye.. lepas dia habis SPM. Dia hilang macam tu je.”

Faiz tidak berkata apa. Nampak di air muka Adira seperti menunjukkan Hadif pernah menjadi orang penting dalam hidupnya. Siapa Hadif itu ? Kenapa Adira begitu mengaguminya ? Istimewa sangat kah lelaki itu di mata Adira ? Tak dapat dinafikan timbul perasaan cemburu dihati Faiz. Cemburunya terhadap lelaki yang pernah dilihat bersama dengan Adira sebelum ini pun belum hilang.

“Awak suka Hadif tu ?”

“Saya dengan dia kawan baik. Mesti lah saya rindu dia.”

Adira menentang tanggapan Faiz itu. Hadif bukan teman lelaki bagi Adira. Hadif salah seorang sahabat baginya ketika dulu. Tapi bagus jugak kalau Faiz fikir dia sukakan Hadif. Biar lelaki itu mengalah untuk mengambil hatinya.

“Lelaki yang selalu dengan awak tu siapa ? Boyfriend awak ?” Faiz bertanya perihal Junaidi pula.

“Itu Junaidi,” balas Adira. “ Dia kawan saya dari kecik,” sambung Adira lagi. “Dia.. boyfriend saya,” kali ini Adira menipu. Adira sengaja menipu.

Biarlah Hadif tertipu dan menyangka Junaidi itu teman lelakinya. Pasti mudah untuk dia melepaskan diri dari Faiz. Ternyata Faiz terkedu mendengar pembohongan Adira itu. Adira tidak memandang ke arah Faiz lagi. Tidak mahu lihat reaksi sedih lelaki itu. Tidak mahu jatuh kasihan.

Sorry.. saya kacau makwe orang..” ucap Faiz. Ada sedikit ada sedih di situ.

“Tapi tak apa. Saya harap awak faham.”

“Tak apa. Nanti kita sama-sama cari Aina dengan Iqbal.”

Adira mengangguk. Faiz mengetap bibir. Lelaki itu Junaidi. Junaidi itu teman lelaki Adira. Mestilah sukar untuknya merebut hati Adira. Junaidi sebagai penghalangnya. Bukan Hadif. Bagaimana sekarang ? Usahanya menjejaki Adira, gadis yang diminatinya selepas terpesona dengan potret yang dibuat olehnya. Kini sudah menjadi teman wanita kepada orang lain. Sungguh dia merasa kesal. Apatah lagi memikirkan keangkuhannya pada waktu dulu seperti yang diceritakan oleh Adira dan Irfan. Dia pasti dia lelaki ego dan angkuh. Patutkah dia mengalah ?

Aina. Kenapa dia begitu serius bersama Aina ? Siapakah gerangan perempuan bernama Aina ini ? Bagaimana rupanya ? Bagaimana perilakunya ? Apa yang begitu istimewa pada Aina hingga dia serius dengan Aina ? Dia tidak tahu. Dia tidak ingat. Adakah dia begitu menyerlah berbanding Adira ? Memandangkan Adira dan Irfan mengatakan yang dia dulu jejaka popular, mungkin Aina itu gadis yang cantik yang sesuai dengan dirinya ketika itu.

“Pandang saya, Adira,” pinta Faiz tiba-tiba. Adira terkesima. Kenapa pula lelaki ini ?

“Kenapa ?” Adira hairan.

“Saya ni handsome sangat ke ?” Faiz bertanya dengan serius.

Aina tidak menjawab. Dia masih memandang Faiz. Pelik juga dia rasa. Lelaki ini takkan tak pernah tengok cermin ? Tentulah handsome. Namun kini nampak lebih dewasa. Adira meneliti sepasang mata milik Faiz. Matanya yang tajam dan memukau. Pantas Adira mengalihkan pandangannya ke arah. Bahaya. Aura tarikan lelaki ini masih belum berubah. Adira tak mahu terpedaya dengan mainan perasaannya. Tidak. Bukan untuk kedua kalinya. Mungkin dulu dia kalah dengan tarikan ketika remaja. Kini dia takkan semudah itu membiarkan dirinya tewas.

“Awak rasa awak tak handsome ke ?” soal Adira pula.

“Saya tak pernah terfikir pun pasal rupa saya.” Jawab Faiz.

Dia sendiri pun baru perasan yang memang dia tak pernah fikirkan sangat tentang kelebihan rupa parasnya selepas keluar dari wad hospital. Mungkin kerana dia malas mahu mengambil peduli memandangkan dia tidak tahu banyak perkara dan kehilangan memori lama. Dulu mama cepat-cepat menyuruhnya mencukur jambang dan misai yang dibiarkannya tumbuh dengan banyak setelah dia pulang dari hospital. Ketika di wad memang dia tertekan dan mengalami depresi hingga mengabaikan penjagaan wajah. Itu sudah tidak penting baginya.  Sedangkan setiap hari dia terganggu memikirkan bagaimana kisah silamnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 02:48 AM | Show all posts
dah hapded @suery89 @Esmiria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Horeyyyy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:51 PM | Show all posts
Leafumi replied at 24-1-2015 06:48 PM
dah hapded @suery89 @Esmiria

t baca nk buat kerja..kna edit bab 2 pulak nanti..hoho
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:02 PM | Show all posts
Leafumi replied at 24-1-2015 06:11 PM
Bab 18

Adira bagai tak percaya yang dia kini berhadapan dengan Faiz. Sekali lagi. Bukan dia tidak ...

ok. da baca. lawak hak ni -ujar Adira yang semacam tak percaya.
Baginya dah macam drama Indon. <<haha.

Aku suka Adira buat mcm tu. Faiz deserve it! Aku benci lelaki ego. Eleeh,kena sihir, baru tahu! Lelaki kn..klo sakit, ego dia hilang woooooo.



Pergh..byk soalan.hoho
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:41 PM | Show all posts
update lgi yer..hoho.satu ayt satu hari ke..kehkeh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 04:57 AM | Show all posts
Esmiria replied at 26-1-2015 06:02 PM
ok. da baca. lawak hak ni -ujar Adira yang semacam tak percaya.
Baginya dah macam drama Indon.

amboii emo ! hehee.. kalau buat pasal sihir2 ni nanti dah jadi macam MPS..   jujur cakap still tak tau nak bagi Adira kat sapa ending nanti.. kuikuikui..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:20 AM | Show all posts
Leafumi replied at 26-1-2015 08:57 PM
amboii emo !  hehee.. kalau buat pasal sihir2 ni nanti dah jadi macam MPS..   jujur caka ...

Act, ni bab berapa?I mean, novel ni ada berapa bab?

Klo blhb..bgi kat lelaki yg mmng baik untuk Adira...sries, payah nk ckp dgn llki ego ni..sebb my brother is egooooo, sy benci perangai dia jaa..kannn..sy mmng emo.klo bca cter kat sini..tgkla thread len..komen sy emo..err kat bod ni je la.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:18 AM | Show all posts
Leafumi replied at 27-1-2015 04:57 AM
amboii emo !  hehee.. kalau buat pasal sihir2 ni nanti dah jadi macam MPS..   jujur caka ...

bagi jeh dekat sesiapa KECUALI faiz
faiz kan skru longgar, kang nnt ingat balik ditinggalnya si adira kat tepi longkang sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:27 AM | Show all posts
lina21 replied at 27-1-2015 02:18 AM
bagi jeh dekat sesiapa KECUALI faiz
faiz kan skru longgar, kang nnt ingat balik ditinggalnya si a ...

betul betul tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2015 11:11 AM | Show all posts
Esmiria replied at 27-1-2015 08:20 AM
Act, ni bab berapa?I mean, novel ni ada berapa bab?

Klo blhb..bgi kat lelaki yg mmng baik untuk ...

plan nak buat dalam 30 bab.. tak tau le boleh sampai ke tak.. hihi.. ni 1st novel yang bagi orang baca..

kalau watak lelaki baik buat masa ni dah boleh agak.. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 11:13 AM | Show all posts
lina21 replied at 27-1-2015 10:18 AM
bagi jeh dekat sesiapa KECUALI faiz
faiz kan skru longgar, kang nnt ingat balik ditinggalnya si a ...

hehe tapi kan da gak terpikir nak buat ending yang tak adil & sedih gak..kuikuikui kalau ikut cliche cita cinta selalu hepi ending je
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:13 AM | Show all posts
Leafumi replied at 27-1-2015 03:11 AM
plan nak buat dalam 30 bab.. tak tau le boleh sampai ke tak.. hihi.. ni 1st novel yang bagi orang  ...


Hmm...

3o?wah blhla tu..sebuln lbih.hoho..klo bz, buat lima ayat sehari..hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 11:34 AM | Show all posts
Esmiria replied at 27-1-2015 11:13 AM
Hmm...

3o?wah blhla tu..sebuln lbih.hoho..klo bz, buat lima ayat sehari..hoho

sebab watak Hadif kawan lama tu tak keluar lagik.. Aina ex gf tu dah nak keluar dah next2 bab.. hehee.. Faiz pun baru nak sedo diri.. kesian gak tengok adira ni kena struggle awal2 cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.514313 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list