CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
Post time 27-1-2015 11:42 AM | Show all posts
Leafumi replied at 27-1-2015 03:34 AM
sebab watak Hadif kawan lama tu tak keluar lagik.. Aina ex gf tu dah nak keluar dah next2 bab.. he ...

Akak ni reply je..hapdet mna.hoho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2015 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Leafumi at 27-1-2015 12:08 PM

@Esmiria Tunggu bab 19 tu siap baru update. Duk dlm word lagi tu. Bru 2 page. tiap2 bab bagi cukup 6 page bru post selagi tak ckup tak kan post.  akak bwu 20. Ko umo bpe ? Kalau aku muda g aku nak pgil ko akak. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:16 PM | Show all posts
Leafumi replied at 27-1-2015 04:07 AM
@Esmiria Tunggu bab 19 tu siap baru update. Duk dlm word lagi tu. Bru 2 page. tiap2 bab bagi cukup 6 ...

Wei!  umur kita beza setahun! aku 19. Lol. Aku suka pnggil akak kat seme org.hoho.

Hrp je 19, komen mcm benda! Aku mmng teruk!(taklah smpi zina ke pe)

Aku hrp..Adira dgn Junaidi..

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:40 PM | Show all posts
Tt  tak hapdet. again.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 07:57 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 28-1-2015 08:27 PM

Bab 19


“Kau nak cari Aina tu ?”, soal Sofia sambil mata tak lepas dari memandang ke hadapan. Tidak mahu tumpuan memandunya terganggu. Adira pula lebih banyak melihat ke luar tingkap. Pun begitu mindanya ligat memikirkan tentang apa yang dibincangkan dengan Faiz dalam pertemuan tadi.

“Ya..”

“Kau tau ke kat mana Aina tu ?”

“Tak..”

“Macamana kau nak cari dia ?”

Adira tidak menjawab.

Setibanya di rumah, Adira bergegas menuju ke bilik. Selepas menutup pintu dia menanggalkan tudung lalu mencampakkannya ke atas meja tulis. Kemudian Adira terus menghempaskan tubuh ke atas katil bersama keluhan. Apa yang perlu dimulakan dulu bagi mencari Aina ? Mungkin dia patut mencari akaun Facebook Aina. Tak mungkin dia tidak memiliki akaun Facebook. Adira segera bangkit dan turun dari katil. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.

Usai bersolat, Adira menyangkut telekung. Kemudian dia melipat sejadah lalu diletakkan dibirai katil. Adira mendekati meja tulis. Dia duduk dan menghidupkan komputer riba. Adira menjenguk laman social Facebook. Selepas diperiksa apa-apa yang patut, dia cuba mencari akaun Facebook Aina. Sejam berlalu. Banyak akaun Facebook bernama ‘Aina’ cuba diperiksa olehnya. Jika salah, dia cuba periksa akaun yang lain pula. Dia masih boleh ingat raut wajah Aina walaupun sekali saja dia bersemuka dengan perempuan itu. Tak mungkin dia lupa wajah orang yangdatang menyerangnya secara terang-terangan. Namun setelah beberapa tahunberlalu, wajah Aina semakin kabur dalam ingatan Adira.

Adira mengeluh. Penat. Masih belum jumpa akaun yang sebetulnya. Pun begitu, dia ada memilih beberapa akaun Facebook yang disyaki sebagai Aina. Namun dia sendiri tidak pasti yang mana satu. Ada yang bertudung. Ada yang tidak bertudung. Adakah yang paling cantik ? Yang mana satu ? Adira mengetap bibir. Resah. Dia ada juga memikirkan untuk bertanya terus kepada Pn.Anita. Tetapi Pn. Anita pula yang akan marah nanti kerana masih berurusan dengan Faiz tentang masa lalu. Baik dia tunggu Faiz bertanya dengan Irfan dulu. Tak perlu tergesa-gesa. Relaks.


Irfan sedang membelek-belek akaun Facebook. Sesekali dia senyum-senyum dan ketawa sendiri. Sambil telinganya mendengar rentak dan bait-bait lirik lagu Starlight nyanyian Muse di headphone yang melekap di kedua-dua belah telinganya. Kemudian lagu One Republic ‘Love Runs Out’ pula berkumandang. Mulutnya ikut serta menyanyi.

Tiba-tiba seraut wajah muncul di sebelah wajahnya. Irfan terkejut. Dia menoleh ke kanan. Faiz dengan wajah yang serius memandangnya. Pantas Irfan menanggalkan headphone di kepalanya.

“Apa abang ni ?”dia bertanya hairan.

“Tadi abang panggil Irfan tak dengar,” jawab Faiz selamba.

“Emm !,” balas Irfan sambil mengangguk kemudia dia menyambung, “ Abang nak apa ni ?”

“Abang nak mintak tolong Irfan.”

“Pasal Adira lagi ke ?” balas Irfan menduga.

“Kalau boleh pasal semua orang yang pernah rapat dengan abang. Ada benda abang nak settle. Now tell me about Aina.”

Irfan diam seketika. Beberapa saat berlalu, dia bangun dan pergi menutup pintu bilik. Kemudian dia kembali duduk di kerusi. Faiz pula mengambil tempat duduk di birai katil Irfan. Dia bersedia untuk mendengar apa lagi yang akan dibongkar oleh Irfan. Irfan menghadap komputer riba dan menekan-nekan keyboard. Selepas akaun Facebook seorang gadis terpapar di skrin dia berpusing ke arah Faiz.

“Abang dah jatuh cinta dengan dia ?” soal Irfan. Mata Faiz terpaku pada skrin komputer riba Irfan. Untuk beberapa saat. Wajah Adira di situ ditenung.

“Abang betul-betul ada perasaan kat Adira ?” soal Irfan lagi.

“Abang suka..” balas Faiz lambat-lambat.

“Macamana dengan yang ni ?” soal Irfan sambil menunjukkan pula akaun Facebook seorang lagi gadis selain Adira.

Faiz melihat pula wajah tuan empunya Facebook. Dia tidak tahu siapa gadis itu. Gadis itu berambut panjang dan lurus. Alis mata yang cantik. Bibir mungil yang menarik. Berkulit putih kemerah-merahan. Sekali pandang gadis itu memang mempesonakan.

“Siapa ni ?” soalFaiz ingin tahu. Mungkinkah itu …

“Ni Aina..” balas Irfan.

Faiz terdiam mendengar jawapan Irfan. Itulah Aina ? Faiz kini bagaikan terpaku melihat Aina. Aina yang dulu dikenalinya. Aina yang dulu adalah teman wanitanya. Aina yang pernah dicintainya. Aina sangat cantik. Benarkah dia pernah memiliki hati gadis ini pada ketika dahulu ?

Seriously ?” Faiz seakan tak percaya.

Gorgeous kan ?” kata Irfan pula. Dia tersenyum. “Cinta lama boleh berputik kembali tau bang ?” katanya pula.

Faiz hanya memandang Irfan yang berkata dengan maksud mendalam. Mungkin juga sindiran. Diafaham apa yang Irfan cuba sampaikan. Walaupun dia ditimpa amnesia namun dia tidak bodoh.

“Abang just nak settle masalah lama je,” ujar Faiz. “Irfan patut bagitau abang yang Irfan friend dengan Aina kat fb,” katanya lagi.

“Irfan just ikutcakap mama je, bang.”

“Dah, lepas ni tak payah nak ikut mama sangat pasal ni. Tolong abang. Korang dah tak boleh nak sorok banyak dari abang.”

I’ll try.”

“Boleh tak Irfan tolong cari kat mana gambar-gambar lama sekolah abang ? Irfan tau kan kat mana mama sorok ?” pinta Faiz.

“Nanti Irfan cari. Abang tunggu aje.”

Faiz senyum puas hati dengan Irfan yang sudah mula mahu menolongnya. Tak perlu lagi dia bersusah payah memujuk adiknya itu.

“Apa dia buat sekarang ?”

“Aina ? Dia tengah study. Macam Adira.”

“Irfan rapat tak dengan Aina tu dulu ?” soal Faiz ingin tahu apakah Irfan baik dengan Aina.

“Sikit je,” balas Irfan. Dia menyambung, “Tapi lepas accident tu, mama dah jarakkan kita dari Aina.” Usai berkata Irfan termenung seketika. Entah apa yang difikirkannya.

“Abang betul ke nak buat semua ni ? Abang pasti ?” tiba-tiba Irfan bertanya. Faiz pelik dengan cara Irfan bertanya. Seperti sesuatu.

“Abang memang nak buat. Lagipun abang dah janji dengan Adira. Dia pun ada hal nak settle dengan Aina. Kenapa Irfan ?” balas Faiz.

“Kalau macam tu..okay. Abang buat lah apa yang patut. Cuma jangan buat hal. Nanti mama marah lagi. Irfan dah tengok macamana mama frust. Abang please jangan buat mama sedih lagi,” ujar Irfan serius. Faiz terdiam. Irfan mencapai handphone dan menyentuh skrin. Beberapa saat kemudian dia menunjukkan kepada Faiz skrin handphone.

“Nah, ni nombor phone Aina,” ujar Irfan. Faiz mengeluarkan handphone miliknya lalu cepat-cepat memasukkan nombor Aina di dalam senarai contact.

“Sebenarnya banyak benda mungkin boleh jadi kalau abang cuba cari Aina,” Irfan berkata lagi.

“Maksud Irfan ?,”soal Faiz.

“Dia masih rindu abang.”

Are you sure ?

“Ye.. ada jugak dia contact Irfan untuk tanya khabar abang. Tapi biasalah, sebab mama dia tak berani nak kacau lagi.”

“Kenapa mama buat macam ni..” keluh Faiz sendirian. Irfan hanya memandang abangnya dengan pandangan hampa.

“Lepas abang dah jumpa Aina nanti, Irfan harap abang belajar dari kesilapan,” ujar Irfan pula.


Telefon bimbit Adira yang terletak di atas katil berbunyi menandakan ada panggilan. Adira yang masih berada di depan komputer riba bangun dan mendapatkan telefon bimbitnya. Dia melihat nama Faiz Rock Lee tertera di skrin. Adira menjawab panggilan lelaki itu.

“Dira ! Saya dah dapat number phone Aina !” kedengaran suara Faiz di talian kedengaran bersemangat.

“Ya ke ? Cepatnya! Bagus lah !”

Thanks to Irfan. Awak boleh lah tengok fb Aina. Nuraina Zafira.”

Okay !

“Kejap lagi saya sms awak number phone dia. Nanti kita bincang lain macamana nak jumpa dengan dia.”

Okay, Faiz.”

Adira segera mendapatkan komputer riba setelah panggilan ditamatkan. Dia mencari akaun Facebook Aina. Akhirnya dia jumpa. Adira mengintip akaun Facebook Aina dengan teliti. Gayanya sudah macam penyiasat persendirian. Adira terpegun melihat Aina yang berwajah dewasa dan menawan. Gadis itu memang menawan. Malah lebih cantik dari dulu. Adira tidak menafikan kecantikan Aina namun bila mengenangkan balik peristiwa lama di mana Aina datang menyerangnya membuatkan Adira sama sekali tidak mahu tertipu lagi dengan paras gadis itu. Muka saja cantik tapi kalau perangai buruk tak guna juga. Tapi siapa tahu kalau-kalau dia sudah berubah. Aina melihat gambar-gambar Aina di Facebook. Gadis ini juga segak bergaya. Ramaipeminat-peminat memuji dan memuja di ruangan komen.

Adira terfikir, dengan kecantikan seperti ini memanglah mudah dia mendapat perhatian dari Faiz Haikal. Malah berkali ganda lebih cantik dari Adira. Adira nampak peluang yang bagus untuk dia melepaskan diri dari Faiz. Jika Faiz dipertemukan semula dengan Aina, mungkin Faiz boleh berubah fikiran dan berubah hati. Mungkin Faiz boleh kembali bersama dengan Aina seperti dulu. Ini sekaligus meringankan beban masalah Adira. Adira mengangguk sendirian.

Tetapi bila teringat akan Pn.Anita Adira melepaskan keluhan. Dia belum lupa yang wanita itu tidak mahu hal lama diungkit. Jadi adakah Pn.Anita tidak mahu Aina juga kembali dalam hidup Faiz yang sekarang ? Faiz tidak pula memberitahu sebabnya. Mungkin kerana Faiz sendiri tidak diberitahu.

Ah ! Lantak lah kat diorang ! Tu masalah diorang. Aku ni siapa lah. Taraf hina orang ketiga.. Fikir Adira cuba menyedapkan hati sendiri walhal rasa bersalah terhadap Pn.Anita kian bersarang dalam hati sejak dia bersetuju untuk menolong Faiz mengutip kembali memori yang bertaburan. Faiz umpama kanak-kanak yang terkial-kial cuba mengutip kepingan-kepingan puzzle dan mencantumkan semua agar terbentuk memori lama. Sel-sel otak baru nak berhubung ! Hahaha ! Desis hati Adira. Sempat lagi dia gelakkan Faiz dalam hati.

Adira juga masih belum lupa yang dia berbohong kepada Faiz dengan mengatakan Junaidi adalah teman lelakinya buat masa ini. Adira tergelak sendiri lagi. Entah kenapa dia memilih Junaidi sebagai teman lelaki palsu. Nak buat macamana. Hanya Junaidi yang dapat membantunya. Itulah. Siapa suruh dia rajin menempel pada Adira. Jika keadaan memaksa dia akan memerlukan Junaidi untuk berlakon sebagai teman lelakinya di hadapan Faiz nanti. Adira sedang membayangkan situasi itu. Dia gelak lagi. Situasi yang dibayangkannya sama saja seperti drama cinta.

Wow, at last, Junaidi !” Sofia bersuara teruja selepas mendapat tahu yang Junaidi dipilih oleh Adira untuk menyamar sebagai teman lelakinya.

“Kau tak payah nak over sangat ! Tipu-tipu aje ni.”

“Tipu-tipu pun boleh lah dia merasa jadi pakwe kau, Ira. Aku pun dah lama nak tengok kawan baik aku ni bahagia di samping boyfriend tersayang,” Sofia masih teruja.

Over betul minah ni !,” ujar Adira.

Adira menggelengkan kepala apabila memikirkan reaksi yang ditunjukkan oleh Sofia itu. Entah apalah yang Sofia kalut sangat dengan status Adira yang selalu single. Bukannya dia tak boleh hidup tanpa lelaki. Dengan sendirinya lagu Yuna ‘Lelaki’ berkumandang di fikirannya. Lagu Yuna yang satu ini telah membuat banyak lelaki-lelaki diluar sana sentap. Dikatakan lagu itu menghina lelaki.

Pun begitu ada yang menyangkal pendapat itu. ada yang mengatakan sepatutnya mereka membaca dan memahami susun atur dan erti lirik lagu itu. Lirik lagu Yuna berbunyi ‘Oh lelaki, tak guna ku berikan semua..’ Namun dalam lagu berbunyi seperti ‘Oh lelaki tak guna..’ Adira tahu lagu itu kedengaran menghina lelaki dan tidak enak didengari lelaki. Sebenarnya lagu mempunyai makna dan kisah di sebaliknya.

Menurut sumber description di Youtube, lagu 'Lelaki ...' adalah cerita tentang seorang wanita yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki selama 10 tahun baru mengetahui suaminya itu telah mempunyai hubungan sulit dengan kawan baiknya. Ini adalah gambaran dariapa yang dia fikirkan setelah semua yang dia korbankan untuk suami, membesarkan anak-anak mereka, setia kepada suaminya tetapi kemudian suaminya curang dan meninggalkannya untuk bersama dengan orang yang mengkhianatinya iaitu kawan baik sendiri. Jadi memang wajarlah lagu itu berbunyi demikian. Masalahnya kenapa ramai lelaki yang mahu sentap ? Mereka perlu lihat lirik lagu, fahami dan tahu cerita sebenar dahulu. Bukannya marah secara buta-buta. Banyak perdebatan mengenai lagu ini yang telah Adira lihat di Facebook. Malah ada lelaki sendiri yang berkata mungkin yang sentap itu memang lelaki yang tak guna. Siapa makan cili dia terasa pedas. Bagi Adira lagu itu sendiri bersifat sindiran.

Namun bila memikirkan sikap Sofia yang berkawan dengan ramai lelaki, Adira tertanya-tanya bagaimana Sofia boleh tahan sebegitu ? Sofia pernah berkata, tiada lelaki yang benar-benar mencintainya. Jadi kenapa masih berkawan dengan ramai lelaki ? Mungkin dia bosan dan sunyi tanpa lelaki. Agaknya dulu Sofia pernah kecewadengan cinta pertama. Adira membuat kesimpulan sendiri.

Adira mematikan komputer riba. Dia menyarung semula tudung bawal yang dipakai tadi. Hampir lupa yang sekejap lagi ada pasar malam tidak jauh dari kawasan perumahannya. Semalam dia kempunan putu buluh.   Dia bertolak meninggalkan rumah dengan berjalan kaki. Sempat dia mengambil pesanan dari emak yang inginkan keropok lekor.

Di pasar malam, keadaan sudah pun dipenuhi orang ramai. Berbagai jenis makanan dan barangan ada dijual. Sasaran Adira ialah keropok lekor dan putu buluh. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkannya. Namun dia agak kurang selesa apabila melihat ramainya warga asing yang turut berebut sama untuk membeli.

Adira menunggu hingga lengang gerai yang selalu dikunjungi untuk membeli keropok lekor. Apabila sudah tidak ramai yang berkerumun di situ, dia pantas mendekati dan memesan keropok lekor. Sambil menunggu kakak yang membungkus keropok lekor itu, dia menjeling ke gerai sebelah. Ada Nasi Kerabu. Tidak lama selepas itu, beberapa orang mengerumuni lagi tempat di mana dia menunggu. Tiba-tiba dia dapat merasakan hujung tudungnya di belakang ditarik-tarik. Adira terkejut. Siapa yang cuba mengusiknya ? Kedengaran tawa kecil di belakangnya. Adira masih belum berpaling. Mamat mana ni ! Kacau aku macam ni ! Desis hatinya.

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:37 PM | Show all posts
Leafumi replied at 28-1-2015 11:57 AM
Bab 19

“Kau nak cari Aina tu ?”, soal Sofia sambil mata tak lepas dari memandang ke hadapan. Ti ...

Haiyya kakakku syg, asal perkataan rapat ni...

Ohlelaki, tak guna ku berikan semua..

Series, lelki skng tkleh cya. kna hati2.

Perghh..bahaya.bahaya.Gulp. Girl pun tkleh cya.


Say no to love!

Jgnlah Adira kena rogol.tak suka!

Love no more!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2015 08:40 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 08:37 PM
Haiyya kakakku syg, asal perkataan rapat ni...

Ohlelaki, tak guna ku berikan semua..

tu la aku pn tak paham bila aku copy dari word then paste utk reply, banyak perkataan tu rapat sendiri. so aku terpaksa edit lain utk jarakkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 08:42 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 08:37 PM
Haiyya kakakku syg, asal perkataan rapat ni...

Ohlelaki, tak guna ku berikan semua..

uishh tak kot ! hahaa kesian la kat adira tu tapi mana tau mai mood kejam aku hahaa.. nantikan siapa yang kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 08:54 PM | Show all posts
Leafumi replied at 28-1-2015 12:40 PM
tu la aku pn tak paham bila aku copy dari word then paste utk reply, banyak perkataan tu rapat sen ...

Akk pasti. yg akak post ni 6 page? mengikut perkiraan sy. klo satu post 1k lbih atau 2k.

Sy taip guna fon. so sy punya mukasurat dlm software mcm 40 muka surat-4 ribu lebih perkataan satu bab.

Eh sorry terguna sy.patutnya aku kn.Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:55 PM | Show all posts
Leafumi replied at 28-1-2015 12:42 PM
uishh tak kot ! hahaa kesian la kat adira tu  tapi mana tau mai mood kejam aku hahaa.. nantikan  ...

Biar aina kna..haha.tpi  suka watak Aina. cantik woooo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 08:59 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 28-1-2015 09:01 PM
Esmiria replied at 28-1-2015 08:54 PM
Akk pasti. yg akak post ni 6 page? mengikut perkiraan sy. klo satu post 1k lbih atau 2k.

Sy tai ...

suka aty awak la esmiria eh ko eh awak eh haha.. nk guna saya ke aku sbb kita lebih kurg sebaya je..

hehe.. ko taip kai fon, aku taip kat laptop so 6-7 pages je.pekataan dlm 2 k lebih
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:14 PM | Show all posts
Leafumi replied at 28-1-2015 12:59 PM
suka aty awak la esmiria eh ko eh awak eh haha.. nk guna saya ke aku sbb kita lebih kurg sebaya je ...

Oh yeah. cter ni based on.true  stori ke? Atau akak teringt nk almi amnesia? hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 09:45 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 09:14 PM
Oh yeah. cter ni based on.true  stori ke? Atau akak teringt nk almi amnesia? hoho

hahaa.. rekaan semata2.. kalau ada yang tersama dengan kisah hidup sesapa kebetulan jer.. haha buat apa nk kena amnesia. elok2 normal.. ni semua hasil ciptaan dari idea n imaginasi otak aku.. cita ni dari inspirasi pengalaman aku bagi lukisan utk crush aku je. tapi lukisan kartun anime je pun.. haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 10:29 PM | Show all posts
Esmiria replied at 28-1-2015 09:14 PM
Oh yeah. cter ni based on.true  stori ke? Atau akak teringt nk almi amnesia? hoho

nak tanya ni. kalau dah ada 1 thread untuk cerpen kan, pastu nak buat cerpen lain kena bukak threaad lain lak ke terus sambung kat thread cerpen yang dah ada tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:41 AM | Show all posts
tt, aku kira camni. Ko punya novel skang bab 19.

So, dari 25/5/14 hingga 2015.

Ko telah mengambil beberapa bulan untuk sampai ke bab 19. Aku macam tak caya. Hahaha. Saja ckp. aku bkn nk persendakn ko pe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 01:36 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-1-2015 09:41 AM
tt, aku kira camni. Ko punya novel skang bab 19.

So, dari 25/5/14 hingga 2015.

masa bulan 5 tu aku tengah cuti sem so boleh la aku nak spent time buat novel. bila msuk bln 6, aku dah habis cuti sem. aku tak banyak masa utk buat novel nih sebab aku banyak fokus esaimen n final project graphic aku lagipun final semester masa tu. so aku tak banyak masa utk buat novel. bulan 10 baru aku habis study. so lepas bln 10 tu aku boleh la spent banyak masa utk novel lama2. tapi in the same time, aku ada jadi pelukis komik part time buat masa ni. so masa aku buat komik tu, aku kena tinggalkan dulu novel aku. yela, otak aku tak boleh keluar idea utk both benda in the same time. bila dah settle komik baru aku fokus novel nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 01:44 PM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 05:36 AM
masa bulan 5 tu aku tengah cuti sem so boleh la aku nak spent time buat novel. bila msuk bln 6, ak ...

Ooohhhhh..fhm..pelukis girl.

Eh, aku tak pasan ko qoute reply aku tanya pasal cerpen...Ermm..Kalo ko ada byk lgi cerpen yg belum.publish, memang patut ko paste dlm benang yg ko bukak.
Kalo nk buat komplilasilaa

Jgn jdi mcm aku. Dulu byk thread bukak. Bila conan tu tegur, baru aku bukak satu thread untuk koleksi cerpen aku.

Haha. Teruk betul weii karya aku. Hrp tkde spe jadi killer or gay bila baca

Penulisan improve pun lepas niki kritik aku. Pedas woo, rasa nk cubit dia.kahkah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2015 03:45 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-1-2015 01:44 PM
Ooohhhhh..fhm..pelukis girl.

Eh, aku tak pasan ko qoute reply aku tanya pasal cerpen...Ermm..Ka ...

aku rasa ok je ko banyak wat citer psiko n gay apa semua tu. bukan semua orang ada idea nak buat. aku pun belum tentu leh wat. at least tak de la balik2 citer cinta je kan.. ko tak buat citer hantu ke ? hehee..

aku pun takut gak kena kritik hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 03:55 PM | Show all posts
Leafumi replied at 30-1-2015 07:45 AM
aku rasa ok je ko banyak wat citer psiko n gay apa semua tu. bukan semua orang ada idea nak buat.  ...

aku ada buat dua. Satu tajuknya Rakan Ym dan satu lagi aku lupa.

Yang hak aku lupa tu, aku guna pov  hantu. Ada twist di situ.


Penulisan kau elok. Cuma ada perkataan berulang macam memandang. Aku tak nak ckp lebih2 pasal perulangan tu sebab aku pun byk ulang words sama dlm cter tu. Haha . Tapi aku terasa..nk..Adira kena rogol la..kahkahkah. Teruk lol.



Hrp ko dpt byk idea yer.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2015 06:40 AM | Show all posts
Bab 20



Adira menoleh. Lelaki yang lebih tinggi darinya berada dekat dengannya. Adira mengangkat muka. Berkacamata. Lelaki itu tersengih-sengih. Adira mengerutkan dahi. Patut lah ! Desis hatinya.

“Junaidi !” ujar Adira.

“Nah, dik !” ujar kakak yang membungkus keropok lekor. Adira pantas menyambut plastik bungkusan yang telah diisi dengan keropok lekor. Selesai membayar, dia segera menjauh dari gerai itu. Junaidi mengekorinya.

“Apa tarik tudung?” Adira menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

“Mana ada.” Junaidi menyangkal kata-kata Adira.

“Habis, siapa yang buat ? Kan awak yang diri belakang saya, ?” Adira masih lagi tidak puas hati.

“Tengok tu,”Junaidi menyuruh Adira kembali melihat ke arah gerai tadi.

“Apa ?” soal Adira hairan.

“Nampak tak lelaki yang rambut warna karat tu ?” Junaidi menunjuk ke arah lelaki yang berambut perang. Namun Adira tidak dapat melihat wajahnya kerana lelaki itu berdiri membelakangi kedudukan mereka.

“Dia yang kacau awak.,” ujar Junaidi lagi. Adira terkedu.

“Saya yang halang dia. Nasib baik saya nampak dia kacau awak,” kata Junaidi.

Lelaki berambut perang yang ditunjuk oleh Junaidi itu menoleh berkali-kali. Wajahnya seperti tidak puas hati. Junaidi mengajak Adira beredar dari situ.

“Sorry. Saya dah tuduh awak,” Adira memohon maaf kerana salah sangka.

“Saya tak marah pun. Awak kena hati-hati,” balas Junaidi. Dia senyum saja. Kemudian dia menambah lagi, “ Tapi kalau saya yang buat, awak tak payah nak marah lah. Seronok dapat menyakat awak.” Junaidi sengih.

Adira membuat mimik muka. Amboi ! Kata hatinya.

“Awak datang seorang aje ke ni ?” soal Adira.

“Ya. Jom lah jalan dengan saya,” pelawa Junaidi.

Tanpa bantahan, Adira menurut saja pelawaan Junaidi. Mereka berjalan berdua dan singgah membeli di beberapa gerai. Apabila azan Maghrib berkumandang, Junaidi mahu pulang. Dia tidak mahu terlepas waktu Maghrib.

“Jom, Dira. Balik,”ajak Junaidi.

“Eh, nak hantar ke?” soal Adira.

“Yelah. Jom. Nak jalan kaki seorang aje ke ? Kan dah nak senja ni,” balas Junaidi. Adira menurut.

Adira mengekori Junaidi hingga ke kereta. Mereka masuk ke dalam kereta dan beredar.

“Dira habis cuti sem ni bila ?” soal Junaidi.

“Dalam bulan depan.” Jawab Adira.

“Oh, dah puas cuti?”

“Belum lah. Kalau boleh nak tambah lagi sebulan,” Adira ketawa di hujung kata.

“Pemalas !” kata Junaidi. Adira hanya menjelir lidah.

“Macam budak-budak aje perangai,” ujar Junaidi.

“Yelah, saya muda lagi. Tak tua macam awak,” Adira membalas dengan sindiran.

“Haihh..kadang-kadang risau saya tengok awak,” ujar Junaidi pula.

Adira tidak membalas. Dia hairan. Kenapa Junaidi nak risau tentang dirinya pula ? Namun dia tidak bertanya. Nanti tak pasal-pasal Junaidi fikir dia perasan.

“Pasal budak lelaki tu dah settle ?” soal Junaidi.

“Budak lelaki mana?” soal Adira. Maksud Junaidi…

“Yang menangis tulah.”

“Oh, yang menangis tu ! Err..,” teragak-agak Adira mahu menjawab.

“Tak settle lagilah tu kan ?” Junaidi menduga.

“Hmm..” jawab Adira.

Mereka tiba di hadapan rumah Adira. Sekejap saja. Perbualan mereka tamat di situ. Adira cepat-cepat keluar dari kereta dan memberi salam. Junaidi menjawab salam dan memandu keretanya pergi. Adira lega kerana tak perlu lama-lama untuk berkongsi hal Faiz kepada Junaidi.

Bukan kah dia tidak mahu melibatkan orang lain dalam halnya dengan Faiz ? Jadi, dia perlu bertegas dengan diri sendiri supaya jangan mudah berkongsi hal dengan Junaidi. Dia faham niat baik Junaidi yang ingin tahu namun dia seboleh-bolehnya tak mahu melibatkan Junaidi. Dengan emak dan ayah pun dia tidak bercerita, ini kan pula Junaidi. Adira rasa belum tiba masanya dia bercerita kepada emak dan ayahnya. Nanti masalah tak selesai pula. Risau juga bila memikirkan kalau-kalau ayahnya melarang terus dia berurusan dengan Faiz yang angau terhadap dirinya. Jadi, cukuplah Junaidi tahu yang dia ada urusan dengan Faiz, itu saja.



“Korang dah dapat contact Aina ?” soal Sofia dengan reaksi terkejut. Dia mengoncang lengan Adira berkali-kali kerana teruja. Adira yang sedang cuba menggantung blouse, terkejut dengan reaksi Sofia. Perlakuan Sofia itu turut mencuri perhatian Kak Nana dan Kak Siti. Mereka kehairanan.

“Relaks, nanti jatuh baju ni,” ujar Adira tidak senang.

“Macamana rupa dia?” soal Sofia lagi. Masih teruja ingin tahu.

“Macam model,”balas Adira.

“Ye ke ? Wow ! Aku nak tengok jugak, Ira.” Pinta Sofia.

“Nanti aku send kat whatsapp gambar dia.”

“Kau.. tak jealous ke ?” Sofia sengaja menduga.

Jealous apa nya ? Tak ada sebab aku nak jealous,” balas Adira.

“Yelah, nanti Faiz tu jatuh hati kat Aina lagi, dia takkan pedulikan kau.”

“Kau ni, itulah yang sepatutnya !,” balas Adira bersungguh-sungguh.

“Kau tak menyesal ke ?”

“Nak menyesal kenapa pulak ? Aku bukan nak pun kat Faiz tu.”

“Pergh, degil betul hati kau ni.. Hati kau tak terusik langsung ke dengan Faiz sekarang ? Bukan ke dulu kau suka betul kat dia ? Macam pelik aje kau boleh layan dia macam tak ada feel.” Sofia menduga lagi.

Adira diam. Memang lah dulu dia memuja Faiz. Tapi itu dulu. Cerita lama. Adira tak ingin perasaannya kepada Faiz hidup semula. Biarkan ia terkubur begitu saja.

“Benda yang lepas jangan dikenang,” ujar Adira penuh maksud.

“Tapi sekarang, kau tak bertepuk sebelah tangan.”

“Kau nak kena sekeh dengan aku ke Sofia ? Dah aku cakap tak, tak lah.” Adira mengomel.

“Yelah, sebab kau nak bertepuk tangan dengan Junaidi, kan ? Kan ?” Sofia bertanya galak.

“Aku tepuk amai-amai aje,” balas Adira lalu ketawa.

“Ceh !” balas Sofia. “Habis, korang nak buat apa ? Jumpa Aina ?” soal Sofia pula.

“Aku tak sure. Tapi kalau face to face lagi bagus. Tunggu dulu apa Faiz nak buat.”

Adira sendiri tidak pasti hendak tunggu Faiz atau tidak sebenarnya. Adakah dia patut bertindak atau biar Faiz saja yang bertindak ? Ini kan urusan Faiz dengan Aina? Siapalah Adira ? Hanya watak sampingan dalam kisah cinta mereka. Kalau dia turut campur tangan, tak menjadi masalah kah ? Dia sudah mengotakan janjinya untuk sama-sama mencari Aina. Kini Aina sudah Berjaya dijejaki. Patutkah dia turut sama bertemu dengan Aina ? Adira tidak pasti.

Namun dia ingin tahu dari Aina tentang siapa yang sebenarnya telah mengambil gambarnya dan memberikan alamat emelnya kepada Faiz Haikal. Patutkah dia mencari jawapan kepada persoalan itu bersama Faiz atau sendiri-sendiri ? Ini penting baginyatapi mungkin tidak bagi Faiz. Boleh kah kalau dia memberitau Faiz yang dia mahu menyelesaikan hal itu seorang diri saja ?



Faiz berfikir lagi. Mereka sudah berjaya menjejaki Aina. Sekarang apa yang perlu dibuat ? Adakah Faiz punya urusan lagi dengan Aina ? Bukankah hubungannya dengan Aina sudah tamat ? Hatinya pun sudah bukan untuk Aina lagi. Namun bila memikirkan Adira yang ingin mengetahui siapa dalang yang memberikan gambarnya kepada Faiz, dia juga jadi ingin tahu. Rasanya dia memang perlu tahu ! Siapa yang telah  menggunakan dirinya sebagai helah untuk mempermainkan Adira? Jika dapat, memang Faiz akan kerjakan orang itu. Faiz nekad.

“Hello..Assalamualaikum. Ni Aina ke ?” soal Faiz di talian.

“Waalaikumusalam.Ye, ni Aina. Siapa ni ?” balas suara gadis itu di talian.

Faiz diam. Entah kenapa dia kelu setelah mendengar suara Aina. Sudah lama dia tak mendengar suara gadis itu.

I’m Faiz.. Faiz Haikal.”

“Faiz.. Faiz Haikal ? Are you kidding me ? ” kedengaran suara gadis itu juga seperti terkejut.

No, I’m serious. Remember me ?” Faiz teruskan menyoal.

“Faiz Haikal.. You mean Haikal ke ? Anak Auntie Anita ?”

“Ya, lets meet. Weneed to talk.”

Okay..” balas Aina setelah gadis itu diam untuk beberapa saat.

Setelah memutuskan untuk bertemu, Faiz mematikan talian. Faiz berasa lega kerana Aina setuju untuk bertemu dengannya. Faiz mula resah. Peliknya kenapa dia rasa tak keruan seperti itu. Entah bagaimana pertemuannya dengan Aina nanti.


Faiz duduk menunggu di taman, tempat yang menjadi tempat pertama dia bertemu dengan Adira. Hari ini, taman ini sekali lagi menjadi saksi pertemuannya dengan seorang lagi gadis iaitu Aina. Faiz tidak dapat menipu diri lagi. Dia memang resah. Walaupun dia tak dapat merasai perasaan terhadap Aina, namun gadis itu pernah bermain cinta dengannya.

“Haikal..” panggil Aina. Dia mendekati. Faiz serta merta berdiri dan melihat Aina. Dia bagaikan terpukau. Cantik. Memang cantik. Aina senyum. Faiz berani bersumpah ramai lelaki yang telah gugur meilhat senyuman Aina.

Aina sama cantik seperti yang dilihat di Facebook. Rambut hitam yang lurus. Mata yang cantik. Sekali pandang, Aina mampu memikat hati sesiapa pun yang melihatnya. Aina duduk di sebelah Faiz. Faiz ikut duduk. Untuk seketika, mereka diam dan hanya berbalas pandang.

“Awak apa khabar?”soal Aina.

“Baik aje. Awak ?”

“Saya okay.”

Mereka diam lagi.

“Lama kita tak duduk sekali macam ni,” ujar Aina. Dia menyambung, “ Awkward kan ?”

“Sikit..”

“Haikal okay ke sekarang ? Awak dah baik ke ?”

“Saya okay. Just..I can’t remember few things.

“Auntie Anita tak marah ke Haikal datang jumpa saya ?”

“Dia tak tau pun.”

“Mesti Irfan yang tolong kan ? Dah agak dah.”

Aina merenung wajah Faiz. Lama.

“Haikal, awak nampak lain. But still awak Haikal. Saya tau..” ujar Aina. Dia bertanya pula, “So, ada apa awak nak jumpa saya ?”

“Boleh awak cerita balik macamana mama suruh awak putus dengan saya ?” soal Faiz. Aina diam untuk  beberapa saat. Mungkin cuba mengenang kembali bagaimana Pn.Anita memintanya agar menjauhi Faiz.

“Haikal, awak tau kan awak kemalangan ?” soal Aina. Faiz mengangguk.

Then, awak koma. Masaawak koma tu, Aina ada datang jenguk Haikal untuk beberapa kali. I’m worried about you. Really worried. Setiap hari Aina berharap Haikal cepat sedar & bangun.

Auntie Anita sedih sangat bila jadi macam tu. She cried almost everyday. Dia sayang sangat kat awak, Haikal. Hati emak siapa yang tak marah bila anak dia ditimpa musibah macam tu. Dia marah kat Aina. Sangat-sangat marah. Aina lah penyebab Haikal jadi macam ni,” Aina bercerita.

“Dia tau kita couple. Dulu dia baik dengan Aina. Tapi lepas macam-macam jadi, dia marah. Dia taknak saya dekat lagi dengan awak. Dia mintak saya tinggalkan awak untuk future awak. Dia cakap life awak could be better if tak ada saya. I can’t do anything. Anyway, dia mama awak. Dia lebih berhak ke atas awak. Haikal, awak tau kan kenapa kita bertengkar masa kemalangan tu ?” Aina bercerita dan bertanya. Tenang saja namun ada hiba di wajahnya.

“Sebab Adira..” balas Faiz.

That girl..,”ujar Aina. “ Aina memang tak suka dia. Dia pandai curi perhatian Haikal. Dia yang bagi lukisan tu. Aina tak lupa sampai sekarang. Aina sakit hati bila tengok Haikal tak habis-habis memuji-muji potret tu. Saya mengaku, saya cemburu,” Aina bercerita dan membuat pengakuan. Faiz mendengar dengan teliti.

“Walaupun Haikal beria-ria jadikan sebagai hadiah harijadi Aina. I hate it !,” ujar Aina lagi.

“Sebab.. saya percaya, kalau dia yang buat, mesti awak akan terfikirkan dia bila tengok potret tu. I can’t stand it. I’m the one who can win your heart, Haikal. Saya takut dia, budak perempuan yang tak seberapa tu boleh ambil awak dari saya,” Aina meluahkan ketidakpuas hatinya.

Maybe it sound childish tapi Aina tak peduli. Mana boleh macam tu,” Aina beremosi pula. Keningnya berkerut-kerut.

“Aina, awak tau tak siapa yang dapat gambar dengan alamat emel Adira ?” Faiz menyoal pula. Faiz menatap Aina. “ Awak ke ?” soal Faiz lagi.

“Kenapa Haikal nak tau pasal tu ?” soal Aina pula.

“Saya nak tau. Awak ke ? Please jujur.”

“Kenapa awak kisah ? Awak.. sekarang dengan dia ke ?” soal Aina lagi. Ada riak tidak puas hati diwajahnya.

Just tell me, Aina.. tell me,” Faiz cuba merayu.

“Iq.. Iqbal,”  jawab Aina. Faiz terkejut. “What ?,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.556011 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list