CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Leafumi

Amnesia (Epilog) -TAMAT- (01/04/2015)

[Copy link]
Post time 12-2-2015 03:54 PM | Show all posts
Leafumi replied at 12-2-2015 02:52 PM
memang ada real life camni.. cth kawan sy sendiri dulu.. gile ah dia tu ramai peminat berduyun2 na ...

realiti kehidupan... sukar dijangka... nice one TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2015 06:19 AM | Show all posts
sorry dah seminggu lebih menghilang otak ketepuan

btw, Happy Chinese New Year.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 06:19 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 23-2-2015 06:20 AM

Bab 24



“Hello ! Assalamualaikum !” suara dari nombor yang tidak dikenali itu memberi salam sebaik saja Adira menjawab panggilan telefon.

“Waalaikumusalam. Siapa ni ?” jawab Adira.

“Saya Inspektor Sahab hey. Awak ni Adira Aqilah kan ? Awak disyaki dalam satu tuduhan. Oleh itu, awak dikehendaki datang memberi keterangan,” ujar lelaki itu.

“Hah ?” Adira hairan. Orang gila mana pulak yang menelefonnya ? Takkan Faiz dah tak betul ?

“Kenapa ? Awak takut ? Nak takut apa ? Walaupun saya bermisai tebal, saya tetap handsome ! Apa ? Ingat Wak Doyok saja yang boleh simpan misai dan jambang ?”

Mendengarkan kata-kata merapu dan perasan tak ingat dari lelaki itu Adira bagai sudah dapat mengagak siapa gerangannya. Siapa lagi kalau bukan…

“Apa awak merepek ni.. Junaidi ?”

Selepas Adira berkata begitu, tawa dilepaskan oleh Junaidi.

“Cam rupanya. Ingatkan tak cam,” ujar Junaidi masih dengan sisa tawa.

“Mana awak dapat nombor saya ni ?” soal Adira.

“Mak awak kasi. Saya nak ajak awak datang rumah hujung minggu. Ada buat makan-makan.”

“Oh ? Untuk apa ?”

“Mak buat makan-makan sikit sempena hari lahir Azim. Datanglah.”

“Dah awak ajak ni, saya kena pergi lah. Tapi kalau saya baliklah. Kalau saya stay kat hostel ni, jawabnya mak saya aje lah yang pergi,Jun.”

“Awak mesti datang ! Ini arahan.”

“Amboi !”

“Datang lah. Dah lama tak menyakat awak ni.”

“Ceh !”

Adira terfikirkan emak dan Junaidi. Wah baik benar Junaidi dengan emaknya. Dia lepak dengan Junaidi pun emak tahu. Kali ni emak telah memberikan number phone Adira kepada Junaidi pula. Mungkinkah ? Kenapa Adira terasa pipinya panas ?


Adira bersiap sebaik mungkin. Selepas mengoles bibir dengan Lip Ice kegemarannya, dia mengenakan tudung bawal AJ, tudung kegemarannya. Sofia yang duduk di birai katil hanya memerhatikan gelagat rakannya itu. Dia kira sudah lebih 20 minit Adira bersiap-siap di hadapan cermin.

“Kau nak bagi cukup setengah jam ke ?”sindir Sofia. Dia tersengih.

“Nak siap dah ni,” balas Adira.

“Kalau lawa sangat nanti Junaidi tak kelip mata pulak tengok kau,” usik Sofia pula.

“Shhh..” balas Adira.

Pintu bilik dikuak dari luar. Wajah emak terjengul di pintu. Dia lihat Sofia sedang menunggu di katil. Adira masih membetulkan tudung di hadapan cermin. Adira dan Sofia berpaling dan tersengih serentak.

“Hai, tak siap lagi ke ? Jom. Nak pergi dah ni,” gesa emak.


Adira dan Sofia bergerak ke rumah Junaidi bersama kereta yang dipandu oleh emak. Setibanya di rumah Junaidi, keadaan di halaman rumah penuh dengan motosikal. Mungkin rakan-rakan sekolej Azim. Adira terasa segan apabila memikirkan ramai lelaki yang turut bertandang di situ.

Auntie Nina teruja menyambut kedatangan emak, Adira dan Sofia. Adira sudah agak. Apabila mereka masuk saja ke ruang tamu, penuh dengan kaum Adam yang sedang duduk makan. Dari luar sudah boleh dengar riuh rendah suara mereka. Di situ juga Adira lihat Azim dan rakan-rakan. Adira tunduk. Segan apabila lelaki-lelaki di situ mengangkat muka mencuri pandang gadis-gadis yang melintasi mereka. Sofia pula selamba saja.

“Jom, perempuan duduk dapur,” ajak Auntie Nina.

Setibanya di dapur, Adira lihat makanan sudah terhidang di meja makan. Di sini para gadis dan ibu-ibu sedang menjamu selera sambil berbual. Seorang lelaki yang sedang berbual dengan sekumpulan gadis mencuri perhatian Adira. Siapa lagi kalau bukan Junaidi yang peramah itu. Entah apa lah yang dia sedang bicara kepada gadis-gadis yang khusyuk mendengar itu.

“Jun, ni Auntie Syahirah dengan anak dia datang,” ujar Auntie Nina membuatkan Junaidi berhenti bercakap kepada gadis-gadis itu. Dia sudah tersengih-sengih. Junaidi menghampiri untuk menyapa emak dan Adira.

“Auntie ! Dira ! Eh, Sofia pun ada,” Junaidi menyapa dengan mesra.

Adira senyum saja. Sofia pula asyik merenung santapan yang terhidang di meja. Auntie Nina mengajak Sofia untuk makan. Sofia menurut dengan senang hati. Adira lihat emak sibuk melayan Junaidi berceloteh. Adira kemudian melangkah menghampiri Sofia yang sudah berada dekat dengan meja makan.

“Hah, makan lah Adira. Auntie masak special ni,” pelawaAuntie Nina. Adira senyum dan mengangguk.

Adira duduk makan bersama Sofia di satu sudut. Sambil makan dia mengerling ke arah Junaidi yang rancak berbual dengan emak dan Auntie Nina. Entah apa yang mereka bualkan. Adira tak pasti. Adira lebih fokus kepada makan.

“Sedap lah puding caramel ni,” Sofia memberi komen terhadap juadah yang dimakannya. Dia menambah lagi, “ Cukup manis, cukup enak, cukup rasa.”

“Kau ni dah macam tagline produk dalam iklan aje,” balas Adira.

“Kau tak jealous ke tengok Junaidi tu duk melayan awek-awek tadi ?” Sofia sengaja menduga Adira.

“Junaidi memang macam tu.”

“Kata boyfriend,” Sofia menyiku Adira.

Adira mencebik. Sudah malas mahu melawan Sofia yang menganggap Junaidi tu teman lelakinya. Walhal hanya teman lelaki palsu. Biarlah. Mata Adira mengerling lagi ke arah Junaidi. Entah kenapa dia rasa tertarik untuk memerhatikan gerak geri lelaki itu. Seperti ada sesuatu yang mengusik hatinya.

Sofia bangun pula. Dia menghampiri meja makan dan menambah lagi puding Caramel. Kemudian dia kembali duduk di sebelah Adira. Adira memberikan pandangan seperti melihat makhluk asing kepada Sofia.

“Selambanya kau tambah,” tegur Adira. “Banyak makan ?”

“Tak apa lah. Dah orang suruh datang makan. Biar lah aku nak makan banyak mana pun,” balas Sofia sengih-sengih.

“Kau jealous ? Kalau nak pergi lah tambah sendiri. Ke kau malu nak tambah depan Junaidi ? ,” Sofia mengusik dengan selamba.

“Tak adanya aku nak control ayu depan dia,” balas Adira.

“Wei, jom lepak luar tu ? Kita selfie !,” ajak Sofia selepaspuas menjamu selera.

Adira dan Sofia bergerak menuju ke halaman rumah Auntie Nina. Mereka mundar mandir untuk seketika. Mencari tempat yang sesuai. Setelah berpuas hati, Sofia dan Adira mengambil gambar selfie bersama-sama.

“Hai !” seorang lelaki dan rakannya menegur mereka. Adira dan Sofia menoleh.

“Hai,” balas Sofia. Adira hanya melihat wajah-wajah mereka tanpa bersuara.

“Saya Ikmal,” lelaki itu memperkenalkan diri. Seorang lagi memberitahu namanya Fikri. Sofia melayan mereka. Adira sekadar memerhati dan mendengar.
Adira mengatur langkah untuk beredar. Dia menuju ke pintu masuk. Malas untuk berdiri lama-lama lagi di situ. Bukannya dia tak tahu kenapa lelaki-lelaki itu meramahkan diri terhadap Sofia dan dirinya.

“Eh, pergi mana ?” tegur Ikmal.

Adira yang baru tiba di depan pintu, menoleh. Namun dia terkesima apabila Junaidi juga turut tercegat di pintu dari arah bertentangan.

“Buat apa ni ? Pergi mana ?” soal Junaidi.

“Buang masa kejap,” jawab Adira dengan loyar buruk. Spontan.

Junaidi hanya ketawa mendengar kata-kata Adira. Adira berundur memberi laluan kepada Junaidi untuk menapak keluar. Junaidi keluar dan memerhatikan Sofia yang masih berbual dengan dua orang jejaka tadi.

“Jom,” ujar Junaidi kepada Adira.

“Pergi mana ?” soal Adira tertanya-tanya.

“Teman Jun kejap.”

Junaidi masih tidak menjawab dengan betul. Dia keluar dari pagar dengan kunci kereta di tangan. Adira yang masih kehairanan hanya mengekori langkah Junaidi. Kerana sudah biasa dengan lelaki itu dia tidak kekok lagi untuk menurut. Sempat dia menoleh memandang ke arah Sofia dan jejaka-jejaka tadi. Mereka juga sedang melihat ke arahnya.

“Sofia, tolong bagitau mak aku, aku teman Junaidi kejap,” laung Adira. Sofia hanya mengangguk faham. Ada senyum di hujung bibirnya. Seronok agaknya melihat tingkah Adira dan Junaidi.

Junaidi dan Adira sudah berada di dalam kereta. Adira masih terkebil-kebil. Dia lihat Junaidi di sebelah fokus memandu.

“Kita nak pergi mana ni ?” soal Adira lagi. Masih soalan yang sama.

“Ambik cupcake.”

“Oh. Ada lagi rupanya..”

“Ni untuk malam pulak. Untuk family gathering.”

“Oh.. ok.”

“Dira nak join pun boleh.”

Adira memandang Junaidi dengan pandangan pelik.

“Dira kan suka makan ? Nanti kita singgah kedai beli keropok banyak-banyak,” ujar Junaidi. Mengusik.

“Boleh sangat !” balas Adira.

“Kelas macamana ? Okay ?,” Junaidi bertanya.

Okay aje.”

Assigment banyak ?”

“Ni awal lagi so tak banyak lagi,” Adira berkata sambil tersengih.

“Kalau nak keluar jalan-jalan tu call lah Jun.”

“Oh.. okay..” balas Adira walaupun dia hairan kenapa Junaidiingin turut serta jika dia mahu keluar ? Adira tak percaya kalau Junaidi tiada kawan. Dengan mulut seperti itu.

“Awak kan kerja ?”

“Kalau tak kerja, Jun free aje.”

“Okay jugak tu. Boleh lah belanja saya makan lagi ya,” balas Adira. Dia menunjukkan senyum jahat kepada Junaidi.

“Kelakarnya muka !” komen Junaidi. Dia tergelak-gelak. Adira tak berkata apa lagi. Dia malas melayan.

Mereka tiba di Qalisya Bakery. Adira menyertai Junaidi masuk ke dalam kedai. Selepas mengambil 2 kotak berisi cupcake, mereka kembali ke kereta.

Sure Adira tak ada apa-apa problem lah kat sana ?” Junaidi sambung bertanya.

“Tak..” jawab Adira perlahan.

“Pasal mamat yang menangis tu ?” Junaidi mengusul tentang Faiz. Adira tercengang. Junaidi masih memikirkan Faiz ? Tapi kenapa ?

“Kenapa.. Jun asyik nak tau pasal dia ?” Adira bertanya.

“Budak lelaki tu nampak macam.. something. I don’t know.Adira okay ke dengan dia ?” Junaidi meluahkan rasa tidak sedap di hatinya.

Adira sebenarnya masih pelik. Kenapa Junaidi begitu kisah dengan Faiz ?

Adira membuka cerita perihal Faiz Haikal. Dia menceritakan dari awal kisah hingga ke akhir. Malu juga apabila dia menceritakan semula bagaimana dia jatuh hati pada Faiz dan bertepuk sebelah tangan. Namun dia tidak mahu sorokkan lagi dari Junaidi. Jadi dia berterus-terang saja. Ini lebih mudah. Junaidi mendengar dengan tekun sambil memandu. Dia langsung tidak berlawak bodoh atau menyampuk. Sengaja dia biar Adira bercerita tanpa gangguan.

You shouldn’t involved yourself with him anymore,” Junaidi memberi pendapatnya.

“Tau..” balas Adira sambil menghela nafas.

“Biasalah tu.. cinta budak-budak,” ujar Junaidi lagi.

Adira diam saja. Dia pasti Junaidi juga pernah mengalami cinta monyet.

“Macam magic. He came back for you,” ujar Junaidi lagi.

“Siapa sangka,” balas Adira.

“Dira sure ke Dira dah tak ada feeling kat dia ?” soal Junaidi lagi.

“Tak. Tak ada dah.”

“Sekarang dah tak contact, it’s fine. Next time kalau dia kacau Dira lagi, bagitau Jun.”

Adira hanya mengangguk faham.

“Bagitau, ya ?” gesa Junaidi lagi.

Okay, faham !”

“Tak takut ke ? Boleh jadi dia dah tak betul.”

“Tak baik cakap macam tu. Dia sakit..”

“Ya.. tapi kita tak boleh ambik mudah. Kat berita dah tunjuk macam-macam jadi sekarang.”

Adira diam. Dia sendiri pun tahu. Dia sudah agak. Pasti Junaidi akan komen sebegitu. Komen ke berleter ? Adira belum lagi beritahu pada Junaidi yang dia memilih Junaidi sebagai teman lelaki palsu. Agaknya jika dia beritahu, apa reaksi Junaidi ? Entah-entah dibebel lagi ?

Setibanya di rumah Auntie Nina, Adira membantu Junaidi membawa masuk 3 kotak berisi cupcake yang di ambil dari kedai tadi.

"Amboi, sempat lagi pergi dating !," Sofia mengusik Adira.

"Dating ? Kami pergi ambik cupcake lah !," balas Adira dengan mimik muka.

"Adira, nah !" tiba-tiba Junaidi datang dengan sebuah kotak kecil. Adira tertanya-tanya.

"Apa ni ?" soalnya.

"Ni ada cupcake lebih sikit. Ambik lah," Junaidi menghulurkan kotak itu kepada Adira.

"Awak perli saya ke ni ?" soal Adira curiga.

"Laa.. orang bagi ni !"

"Tak apa, kalau dia tak nak, bagi saya makan," Sofia menyampuk tanpa segan silu.

"Nah," Junaidi menghulurkan kepada Sofia. Sofia pantas menyambutnya. Adira sudah menjeling Sofia. Sofia tersengih-sengih.

"Diet ke ?" Junaidi mengenakan Adira.

"Ish !"balas Adira tidak senang.

Junaidi beredar.
"Kau ni.. dah orang bagi ambik aje lah. Rezeki jangan ditolak !," kata Sofia.

"Eh, aku segan. Lagi pun tu untuk family dia."

"Alah, nanti kau pun jadi family dia jugak," jawab Sofia dengan senyum senget.

"Apa maksud kau ni ?" balas Adira berpura-pura tak faham.

"Kau ni jangan lah slow sangat ! Meh aku pergi tanya Auntie Nina," Sofia mengacah-acah.

"Hoi, janganlah ! Kau gila ke !" marah Adira. Sofia ketawa saja.


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts

Aku tak puas hati dgn gy tulis ko. Takleh ke guna dia ? lainla watak tu bersma watak lain,blh guna nma berulang kali.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 12:21 AM | Show all posts
Esmiria replied at 23-2-2015 03:30 PM
Aku tak puas hati dgn gy tulis ko. Takleh ke guna dia ? lainla watak tu bersma watak lain,blh guna ...

0o maksud ko kerap guna nama la ? cuba bg contoh ayat. nanti aku cuba kurangkan. tak perasan lak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 12:31 AM | Show all posts
Leafumi replied at 23-2-2015 04:21 PM
0o maksud ko kerap guna nama la ? cuba bg contoh ayat. nanti aku cuba kurangkan. tak perasan lak.
...

Adira tak berkata apa lagi. Dia
malas melayan.

Aku rasa cara ko tulis tak slh kot syg.
Tapi entah.. Maybe aku expect bab feeling tu takyah guna dia..

Adira tak berkata apa lagi. Malas melayan.--aku expect ayt cmni dlm bab ko akn dtg?




wei, ada masa.ko jenguklah thread cerpen aku tu..tak seme cerpen aku gay.hehe.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2015 08:03 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 25-2-2015 08:05 PM

Bab 25




Adira dikejutkan oleh notification ringtone dari aplikasi Whatsapp. Adira memeriksa Whatsapp. Kiriman Junaidi. Beberapa gambar Junaidi dan beberapa ahli keluarga dan sanak saudaranya di malam hari semalam dikongsi bersama Adira. Adira membelek setiap gambar. Pelbagai gaya dapat dilihat. Sesekali Adira ketawa menatap gaya yang ditunjuk oleh Junaidi.

Tiba-tiba skrin memaparkan panggilan masuk. Nama Hadiftertera di situ. Adira menjawab panggilan Hadif itu tanpa bertangguh.

“Adira, Hadif nak ajak Dira keluar ni,” tutur Hadif di talian.

“Erm.. bila ?”

“Petang ni. Jom kita lepak-lepak. Hadif datang ambik Dirapukul 2.”

“Hadif tak ada assignment ke ?”

“Dah settle.

“Ok.”

Pelawaan Hadif diterima. Kalau keluar dengan Hadif, tidak ada masalah baginya. Hadif bukannya siapa-siapa. Ceh, kalut assignment orang. Assignment aku sendiri pun belum siap ! Dia mengutuk diri sendiri pula apabila terkenangkan assignment yang diberi oleh En.Azmir yang masih belum disiapkan. Pun begitu, dia tak peduli. Dia tetap mahu keluar. Dia rindu mahu menghabiskan masa dengan Hadif.


Hadif membawa Adira menjamu selera di mall. Sambil menjamah makanan, mereka saling berbual. Mengungkit kisah di zaman sekolah. Mengungkit saat manis dan jerih. Hadif masih sama. Tak banyak yang berubah. Cara Hadif bertutur. Cara gerak geri Hadif. Tenang. Lelaki itu membuat Adira selesa berada di sampingnya.

“Dira, Hadif nak tanya lagi ni,” ujar Hadif sambil mulutnya mengunyah burger.

“Tanya apa ?”

“Betul ke.. Dira dah move on ?”

Adira dengar pertanyaan Hadif itu namun dia sengaja biar ia tidak berjawab. Dia mengunyah burger di mulut. Selepas ditelan dan meneguk air, barulah Adira membuka mulut. Sedangkan Hadif dari tadi merenungnya menanti jawapan.

“Saya dah move on. Betul. Kenapa ? Tak percaya ?” Adira berkata dengan yakin dan lancar.

“Tak. Sebab kan dia your first love ?”

But he was my past. My history.”

“Cuba check balik jauh-jauh dalam hati awak tu. Mana tau,still ada feeling tu yang awak biar ?”

Adira mengetap bibir. Kenapa terasa seperti Hadif cuba mempengaruhinya untuk memikirkan semula tentang Faiz ? Yang pasti perasaan tak selesa timbul.

“Kenapa nak kena check pulak ?” soal Adira mempamerkan riak tak puas hati.

Just to make sure. Yelah. Maybe dulu dia tak layan awak.Tapi sekarang dia dah suka awak, mana tau feeling awak kat dia hidup balik ?”Hadif masih menduga.

“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Daripada saya tepuk tangan dia, baik saya penampar dia,” ujar Adira dengan ayat yang mendalam. Hadif pada mulanya diam. Akhirnya gelak tawa terluah darinya. Adira pula mengerutkan kening. Apa yang lawak sangat ? Dia serius dan memang maksudkan kata-katanya.

Selepas menjamu selera, mereka berjalan-jalan sambil meninjau-ninjau kedai-kedai yang ada dalam mall. Adira rasa tak ada apa yang ingin dibelinya. Biarpun hatinya ada berkenan namun dia rasa tak penting. Nanti-nanti lah. Hadif menurut saja ke mana langkahnya dibawa.

“Jom tengok movie,” Hadif menunjuk ke arah kaunter panggung wayang. Adira dan Hadif membeli tiket wayang. Kira-kira selepas 20 minit, mereka masuk ke dalam untuk menikmati tayangan movie.

Selepas 2 jam, mereka keluar. Adira mengajak Hadif meninggalkan mall. Dia mahu ke taman rekreasi tempat di mana dia sudah bertemu dengan Faiz untuk beberapa kali. Bukan kerana ingin mengimbau detik-detik dengan Faiz. Itu memang jauh sekali. Kali ini biarlah dia isi detik-detik dengan Hadif pula.


Berjalan-jalan di sekitar taman itu dengan Hadif membuat Adira rasa seronok. Dah macam pasangan bercinta pula. Namun hakikat hubungan mereka hanya sekadar teman rapat. Tentu orang lain di sekitar menyangka mereka adalah pasangan kekasih. Tiba-tiba wajah Junaidi terpacul keluar di minda. Sejak dia sudah berhenti menghubungi Faiz yang mengganggu hidupnya, dia sering terfikirkan Junaidi. Adira rasa hatinya bagai sudah mula terpaut pada Junaidi. Kalau tidak, kenapa Junaidi kerap mencuri tumpuannya kini ? Tapi macam sukar nak percaya. Aku jatuh cinta dengan Junaidi ? Tanyanya kepada diri sendiri.

Woof ! Woof ! Salakan anjing mengejutkan Adira dari lamunan. Entah dari mana datangnya anjing yang berada tidak jauh dari mereka. Anjing itu mendekati. Adira panik. Hadif di sebelah sudah bersedia untuk mengangkat kaki. Anjing itu semakin laju menghampiri.

“Dira ! Jom cepat !” suara Hadif kedengaran.

Kaki Adira bergerak sendiri. Di kala itu dia sedang menoleh ke arah anjing tadi. Pergelangan tangannya terasa kejap dipegang. Adira menghalakan pandangan ke hadapan. Hadif berlari-lari sambil memegang erat pergelangan tangannya. Cemas. Kepalanya tidak dapat berfikir apa melainkan bayangan dia digigit anjing. Perasaan cemas kian menguasai. Anjing masih mengekori. Anjing sialan siapa yang terlepas ni ? Kelihatan seperti anjing tidak bertuan. Sekali lagi wajah Junaidi terpacul keluar. Kalau dulu yang menyelamatkannya dari anjing ialah Junaidi.

Pokk ! Kaki Adira terasa sakit kerana melanggar sesuatu yang keras. Tersadung. Pegangan Hadif terlepas. Tubuhnya terasa melayang dan mendarat ke rumput. Hentakan lutut dan siku di tanah membuat Adira rasa sakit. Untuk seketika dia membuka mata, samar-samar kelihatan anjing tadi semakin rapat. Terus terbayang babak dirinya digigit anjing. Tak nak.. aku tak nak kena gigit.. tolong.. jeritnya dalam hati. Anjing yang terjelir lidahnya itu sudah hampir hanya satu meter dengannya. Adira memejamkan mata. Junaidi.. kata hatinya. Pelik. Sedangkan Hadif yang berada dengannya namun nama Junaidi yang ditutur oleh hatinya.


Adira membuka mata. Dia kelam kabut bingkas. Terkejut. Kenapa dirinya berada di atas sofa ? Mata meliar ke sekeliling. Ruang tamu. Rumah siapa pula ni ? Bukan kah tadi dia hampir digigit anjing ? Apa yang sedang berlaku ni ? Adira terus berdiri.

“Dira !” Hadif menyapa. Dia datang dari pintu masuk yang menuju ke dapur.

“Awak dah bangun ? Terkejut saya tengok awak pengsan,” kata Hadif lagi. Dia menghampiri.

“Anjing ! Anjing tadi ! Alamak, dah kena gigit ke ! Kena samak !,” kelam kabut Adira memeriksa tubuh badannya.

Hadif tergelak kecil melihat telatah Adira.

“Mana ada. Saya sempat baling batu kat dia tadi. Dah lari. Jangan risau. Tak gigit Dira pun,” Hadif menjelaskan apa yang telah berlaku.

“Habis, ni rumah siapa ?”Adira bertanya masih kelam kabut nadanya.

“Ni rumah sewa Hadif lah.”

“Rumah Hadif ? Oh, kena keluar ni.” Adira bergegas mahu keluar. Tak elok duduk dalam rumah lelaki bujang. Apatah lagi berdua. Dia tak mahu menanggung risiko kena tangkap basah nanti tak pasal-pasal.

“Luka kat lutut tak letak ubat lagi.”

Adira baru sedar, sikunya sudah dibalut. Pasti Hadif yang membalutnya tadi.

“Luka teruk ke?” soal Adira tak puas hati.

“Kat lutut tak letak ubat lagi,” ujar Hadif.

Dia duduk di sofa lalu membuka kotak first aid yang berada di atas meja berhampiran. Adira baru teringat yang lututnya juga terluka. Patutlah dari tadi terasa seperti sakit-sakit dan pedih-pedih di lutut. Adira duduk semula.

“Tak apa. Meh saya buat sendiri.”

Adira mencapai kotak first aid itu kemudian dia berjalan menuju ke dapur. Mencari tandas. Biarlah dia mencuci luka itu di dalam tandas. Dia tak nak biar Hadif yang menyelak seluarnya hingga dapat menatap betisnya. Aurat tu.

Cepat-cepat Adira menyelesaikan luka-lukanya. Kemudian dia mahu segera keluar dari rumah itu. Adira menapak hingga ke ruang tamu. Hadif masih duduk di situ.

“Awak tinggal seorang aje ke ?” soal Adira kerana ingin tahu.

“Ya.”

Ni kat mana ?”

“Kat Taman Nilam.”

“Saya nak balik.”

Adira menapak menuju ke pintu pula. Hadif juga bangun. Juga menuju ke arah yang sama.

“Siapa Junaidi tu ?”

Soalan yang ditanya oleh Hadif ketika Adira baru melangkah keluar mengejutkan Adira. Macamana Hadif tahu pasal Junaidi ? Minda Adira terus memaparkan gambaran handphone miliknya.

“Eh, mana handphone saya ?” soal Adira. Dia juga sedar handphone tiada di dalam poket seluar. Lantas dia menjenguk semula ke dalam. Hadif memberi laluan supaya Adira dapat melihat ke dalam. Handphone Adira terletak di hujung sofa.

“Awak buat apa dengan benda tu ?” soal Adira sambil melangkah mendekati sofa untuk mengambil handphone kesayangannya.

“Saya saja aje check,”Hadif mengaku tanpa berselindung.

“Mana boleh suka-suka hati aje,” Adira mengomel. Dia kembali menuju ke pintu. Hadif berdiri di situ. Menanti.

“Dia boyfriend awak ke ?” soal Hadif lagi. Menggesa.

Adira rasa soalan Hadif itu mengganggu. Sekarang tak sesuai untuk mereka bicara hal itu. Yang penting dia mesti meninggalkan rumah itu dahulu. Barulah dia sudi bicara tentang Junaidi.

“Panjang ceritanya. Nanti saya ceritakan,” Adira berkata.

Namun dia hairan apabila Hadif masih terpaku di pintu rumah. Hadif tunduk merenung lantai. Mengelamun ke ? Adira pula sedang menyarung sandal.

“Hadif, jom. Saya nak balik ni,” gesa Adira. tinggal sebelah lagi sandalnya perlu disarung di ke kaki.

Adira mendongak setelah selesai memakai sandal. Dia tersentak apabila kedua-dua tangan Hadif menariknya rapat. Dia dapat rasa tubuh mereka bertembung. Dia ingin menolak namun sekelip mata dia dipeluk Hadif. Adira tercengang. Sudah kenapa pula mamat ni ?

“Hadif.. lepas..” ujar Adira. Dia cuba menggerak-gerakkan badan supaya lelaki itu meleraikan dakapan. “Hadif !” Adira meninggikan suara dalam bisikan.

“Shhh.. listen. Listen carefully.. Hadif cintakan Dira..”bisik Hadif dapat didengari dengan jelas di telinga Adira. Adira tidak faham. Bukannya dia tak faham pengakuan Hadif cuma dia tak faham kenapa sampai perlu berkelakuan sebegitu ?

Cemas menyerang lagi. Ingatannya memaparkan babak Dzul dan Izwan mengusik dan mempermainkannya di dalam pejabat kecil perpustakaan sekolah beberapa tahun yang lalu. Apakah Hadif juga cuba berbuat begitu ? Jantung Adira berdegup kencang.

“Lepas.. lepas lah.. lepas..” kedengaran rayuan Adira. Hadif masih begitu.

I’ve been thinking about telling you the truth about myfeeling towards you,” bisik Hadif lagi. Adira bungkam. Biar betul Hadif ? Apa nak buat ni ? Perlukah Adira menendang Hadif ?

“Takut ?” soal Hadif. Kali ini barulah Hadif meleraikan pelukan. Adira terkocoh-kocoh menjauh. Dalam pada itu dia sempat mempamerkan riak bagai tak percaya kepada Hadif. Wajah Hadif tenang dengan renungannya.

“Apa ni ?” Adira membentak. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana nak mengekpresikan perasaannya. Terkejut. Takut. Malu. Marah.Patutkah dia menampar Hadif ? Walaupun Hadif sekadar mendakapnya.

I’m in love with you. Dari dulu. Tau tak susah nak tipu perasaan ni ? ,” tutur Hadif. Yakin dan tenang. Seolah-olah tiada rasa bersalah langsung setelah apa yang dilakukan tadi.

“Jadi selama ni..”

“Semuanya sebab Faiz,” ujar Hadif. Adira tak faham. Sebab Faiz ?

I gotta go !” ujar Adira sambil berlalu. Dengan pantas. Hadif tak pula mengejar mahupun menghalangnya.

Dia sudah tak peduli. Tak mahu lagi menghadap Hadif tika itu. Dia menatap handphone. Menyentuh skrin beberapa kali. Kemudian dilekapkan ke telinga.

“Hello, Jun ! Tolong ambik saya ! Cepat !”



“Apa yang dah jadi ni ?” soal Junaidi di sebelah.


Adira sejak tadi diam membatu. Menongkat kepala yang disengetkan ke tingkap kereta Junaidi. Junaidi memandang depan dan Adira silih berganti. Dia dapat lihat riak tertekan di wajah Adira.

“Dira..” panggil Junaidi. Adira mendengus.

Tu kenapa sampai berbalut siku ?” tegur Junaidi.

“Ni jatuh sebab kena kejar anjing.”

Serious ?

“Tadi..waktu keluar dengan Hadif. Then, dia bawak pergi letak ubat kat rumah dia.”

“Siapa Hadif?”

“Kawan lama.”

“Adira ikut dia ?”

“Dira pengsan masa jatuh tu. Takut sangat kat anjing tu.”

“Kenapa Dira ? He did something to you ?” kali ini Junaidi bersuara bimbang.

He hugged me and confessed..

Then ?

“Tu aje..”

“Tu aje ?”

Adira mengangguk perlahan.

Sure yang tu aje ?” gesa Junaidi. Adira dapat lihat dengan jelas kerisauan terpampang di wajah Junaidi. “ Bagitau aje kalau dia..” Junaidi bersuara lagi.

“Tak, Jun. Yang tu aje. Dia tak melebih..” Adira memotong cakap Junaidi. Tak nak Junaidi terus membuat spekulasi yang bukan-bukan lagi.

“Dira, tau tak bahaya ?” Junaidi mula mengomel.

“Tau..”

“Jom. Balik nanti bagitau mak ayah.”

“Jangan.”

“Kenapa pulak ? Dia try nak ambik kesempatan.”

No. Nanti. Ada something tak clear dengan apa dia cakap tadi.”

“Apa ?”

“Pasal Faiz..”

“Faiz ? Kenapa dengan Faiz pulak ?”

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:57 AM | Show all posts
jahat betul si hadif ni... menyampah pun ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2015 11:14 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 26-2-2015 08:57 AM
jahat betul si hadif ni... menyampah pun ada...

konon2 cam baik cam sweet la kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:43 AM | Show all posts

Aku ingtkn, hadif nak rogol adira.fuhh..selamat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2015 11:55 AM | Show all posts
Esmiria replied at 26-2-2015 11:43 AM
Aku ingtkn, hadif nak rogol adira.fuhh..selamat...

aku pun saspen gak walaupun aku yang tulis cerita ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:37 PM | Show all posts
Leafumi replied at 26-2-2015 11:14 AM
konon2 cam baik cam sweet la kan

tau takpe TT... musuh dalam selimut... gunting dalam lipatan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2015 04:59 PM | Show all posts
lama x singgah sini..igtkan Dira yg amnesia..
ropanya Haikal..

dh agak Hadif suka Dira..

tapi biarlah Dira dgn Jun..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 03:52 PM | Show all posts
Edited by Leafumi at 2-3-2015 04:01 PM

Bab 26


Adira duduk termenung. Sesekali dia menghirup air Laici Ais di hadapannya. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di tepi meja tidak bagitu diendahkan. Ketibaan Sofia masih ditunggu. Hanya beberapa kali saja Adira tergamam sendiri apabila ternampak kelibat lelaki-lelaki yang mirip Hadif.

Hatinya lega. Mereka bukan Hadif. Sejujurnya dia tak bersedia untuk bertemu Hadif lagi. Tidak betah mahu berhadapan dengan Hadif setelah apa yang lelaki itu lakukan. Jadi selama ini Hadif menaruh hati terhadapnya ? Itukah motif Hadif baik dengannya ? Dulu Faiz memeningkan kepalanya. Kini Hadif pula cari masalah. Apa sudah jadi dengan mereka ini ? Adira bingung. Paling dia hairan, apa kaitan dengan Faiz seperti yang dikatakan oleh Hadif ?

“Oi !”sapaan Sofia mengejutkan Adira dari lamunan. Dia duduk di tempat duduk bertentangan dengan Adira.

“Kelas macamana ?“ soal Adira.

“1 kelas rindukan kau.” Sofia cuba bercanda walaupun ia menghambarkan.

Serious lah. Kelas macamana ?”

“Kelas okay aje. Tadi Sir Azmir tanya jugak kenapa kau tak datang. Aku cakap lah kau tak sihat.”

“Aku ingat dia tak perasan aku. Ingat jugak dia kat aku rupanya.”

“Ada jumpa Hadif ke ?” Sofia membuka topik Hadif. Semalam Adira telah menceritakan apa yangtelah berlaku kepadanya. Cuma mereka tidak sempat membincangkannya.

“Tak. Aku tak nak jumpa dia lagi buat masa ni,” Adira menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak sangka aku. Hadif tu nampak macam baik aje,” Sofia memberi komen.

“Dia memang baik.Tapi.. entah lah. Mungkin peluk-peluk tu biasa bagi dia.” Adira kesal.

“Betul ke dia tak buat apa-apa kat kau ? Motif dia bawak kau balik rumah dia ?” Sofia curiga.

“Aku tak tau, Sofia. Dia ubatkan aku aje masa pengsan tu. Tak tau lah kalau dia ada niat jahat kat aku. Tapi sebenarnya aku takut jugak. Tiba-tiba dia peluk aku. Lepas tu dia mengaku suka kat aku.”

“Kau kena jaga-jaga dengan dia.”

“Kenapa Hadif buat macam ni..” Adira mempamerkan kehibaan.

“Kau tak rasa pelik ke ? Kenapa Hadif mention Faiz pulak ?”

“Pelik lah. Tapi aku tak tau apa sebabnya..”

“Setahu aku, Faiz tak kenal Hadif kan ? Kalau kenal pun, dia tak kawan pun dengan Hadif  kan ?”

“Aku tak tau..”jawab Adira sambil melepaskan keluhan.

“Kau kena tanya Hadif pasal ni. Kalau kau nak tanya Faiz, aku tak sure okay ke tak..” Sofia berkira-kira sendiri.

“Kalau boleh aku tak nak kacau Faiz dah. Aku tak nak. Faiz pun bukan tau.”

“Kalau macam tu,Hadif aje lah kau boleh tanya. He knows everything.”

Adira buntu. Pasti Hadif menyorokkan sesuatu sebelum ini. Namun Adira tak tahu apa bendanya. Dia juga tidak perasan selama dia berkawan dengan Hadif.

“Kau relax dulu. Jangan terburu-buru. Take time,” pujuk Sofia.

Adira menghirup lagi Laici Ais. Seketika bisu di antara mereka. Handphone yang berdering menarik perhatian Adira. Sofia juga begitu. Adira menjawab panggilan setelahmelihat nama Junaidi.

“Dira, buat apa tu? Okay ke ?” soal Junaidi kalut.

“Saya okay aje. Tengah duduk minum. Dengan Sofia.”

“Oh, kalau macam tu tak apalah. Jun risau kat Dira ni.”

“Saya okay aje.”

“Kalau ada apa-apa, bagitau lah ya !”

Perbualan berhenti setelah masing-masing berbalas ucapan salam. Sofia sudah menghadiahkan Adira dengan senyuman mengusik. Adira buat-buat bodoh.

See ? Dia care kat kau, Ira,” Sofia meyakinkan Adira.

“Tau..”

“Maksudnya.. he’s into you !

Tiada apa yang mahu diucap oleh Adira. Dia hanya tersenyum mendengar kata-kata Sofia. Seronok? Mungkin. Sudah lama dia tak punya perasaan seronok begini. Inikah cinta ?



Sudah lebih 5 kali panggilan dari Hadif dibiarkan tidak berjawab oleh Adira. Sengaja dibiarkan. Bercampur baur rasa di hatinya. Takut dan suspen. Akhirnya dia menjawab juga panggilan lelaki itu.

Beberapa hari yang lepas sejak kejadian di rumah Hadif, Adira langsung tidak menghubungi Hadif. Dia juga cuba mengelak dari bertembung dengan Hadif. Hadif juga tidak cuba menghubunginya. Mungkin lelaki itu sedar tindakan salahnya.

“Adira, we need totalk,”ujar Hadif.

Talk about what?

“Hadif nak bagitau benda penting.”

“Benda apa ? Kalau nak cakap soal hati, maaf saya tak boleh.”

Everything, Dira. Everything yang awak mungkin patut tau. Especially pasal Faiz, awak patut taukan.”

“Cakap aje sekarang.”

Better kita jumpa.”

“Jumpa ? Saya taknak nanti..”

“Tak, Hadif takkan buat apa-apa kat Dira. Trust me. Hadif mintak maaf. Hadif tak boleh control diri time tu. I just wanted to tell you how much my feeling towards you.

So.. bila nak jumpa ?”

“Hujung minggu ni. Kat taman. Please ?

Okay.

Adira tertanya-tanya. Entah apalah yang akan diberitahu oleh Hadif kepadanya. Suspen mula terasa. Lebih-lebih lagi tentang Faiz. Apa kaitan Hadif dengan Faiz ? Hujung minggu ni ! Noted ! Desis hatinya.



Tiba pada hariyang dijanjikan, Adira pergi ke taman yang biasa dikunjungi itu untuk bertemu Hadif. Dia mahu meleraikan persoalan yang menganggu mindanya. Menganggu jiwanya. Di situlah juga terjadinya peristiwa dia hampir diserang anjing. Hadif yang menyelamatkannya. Hadif turut bantu mengubati lukanya. Kenapa lelaki itu yang tampak baik tiba-tiba menampakkan sisi yang mencurigakan buat Adira ? Kenapa perlu Hadif mencacatkan persahabatan mereka ?

Adira dan Hadif duduk di meja dengan saling bertentangan. Sama sepertimana Adira bertemu dengan Faiz dulu. Jarak diperlukan untuk mengelak dari perkara yang tak dijangka. Adira tak mahu lagi dipeluk, dirapati dan sebagainya yang menakutkannya. Bukan amalannya berpegang-pegang dan berpeluk-peluk tanpa batas dengan lelaki ajnabi. Tak mahu terleka lagi.

Duduk berhadapan dengan Hadif membuatkan Adira ditenung lama oleh lelaki itu. Sejak tadi lagi Hadif tetap bersahaja. Adira pelik. Kenapa lelaki itu tetap bersahaja ? Geram pula Adira melihatnya. Namun tak dinafikan Hadif memang begitu. Sebab itulah Adira selesa selama berkawan dengannya.

“Saya datang bukan untuk ditenung,” tegur Adira. Memecah keheningan di antara mereka.

“Saya tau..” balasHadif.

“Apa yang Hadif nak bagitau ?”

“Hadif tau lepas ni Dira dah takkan kawan dengan Hadif lagi,” Hadif memulakan bicara.

Adira tidakmenyampuk.

“Tapi, Hadif nak bagitau jugak. I just.. I don’t know.. I can’t hold it anymore. Sebenarnya, Hadif dekat dengan Dira sebab.. Faiz,” Hadif mengatur ayat.

“Kenapa dengan Faiz ?”

“Faiz Haikal tu..cousin Hadif.”

Mata Adira membulat sambil menatap Hadif. Terkejut. Biar betul ? Selama ini dia tak pernah tahu menahu yang Hadif dan Faiz adalah sepupu. Hadif tak pernah mengaku. Kawan-kawan sekeliling pun tak pernah datang memberitahunya.

“Memang saya taknak beritahu awak. Kawan-kawan lain pun tak ramai yang tau. Beberapa orang aje yang tau. After all, they don’t need to know about it. Because I hate Faiz.

Faiz Haikal, dia tu memang dari dulu berlagak. Sejak kecik, Hadif tak suka dia. Bukan takat tu aje, he looked dwn on me. Dalam keluarga saya, dia yang selalu dipandang. But, I never respect him. So I distanced myself from him. Yes, I admit that he’shandsome, pandai and famous. Semua orang suka dia. Semua orang hanya nampak dia. Termasuk Aina.

I’ve known Aina since I was little. We went to same school. Hadif yang mula-mula kenal Aina. Guess what ? Dulu Hadif gemuk. Memang jauh beza dengan Faiz Haikal. I can’t compete with him. Aina baik dengan Hadif. But she admired him. Tapi Aina pun macam Hadif jugak. Berbadan besar. Tak menarik. Dia tau Hadif cousin Haikal. Tapi Hadif tak cerita pasal Haikal kat dia. Biarkan dia tak tau. Dia tak perlu pun tau pasal Haikal.

Hadif dah nasihatkan dia untuk lupakan aje Haikal tu. Fokus study. Masa depan lebih penting. Tapi Aina dalam diam, dia berusaha untuk kurus. Dia pun banyak belajar untuk jadi cantik dan bergaya. Hasilnya, dia berjaya. Bila dah masuk sekolah menengah, she tried to get Faiz’s attention. Tak tau macamana dia buat. Mungkin melalui bantuan kawan-kawan.

The saddest thingis, she forget about me. Dia jauhkan diri dari Hadif. She totally changed. Lepas dah mula rapat dengan Haikal, dia teruskan jadi Aina yang baru. Dia dah tak kenal Hadif, dah tak nampak Hadif. Damn it ! But it’s okay. I let her go.

Then, Hadif pun cuba berubah. Hadif berjaya jadi kurus macam ni. No, I didn’t do it for her. I did it for myself. So, Hadif pun banyak libatkan diri dengan aktiviti lain. But in the same time, Hadif perhatikan aje Aina dengan Haikal dari jauh.  Biar diorang dengan dunia diorang. Sampailah diorang dah jadi couple. Faiz Haikal tu memang tak hairan langsung kat Hadif. Even cousins, but we act like strangers to each other. Same goes to Aina, she left me.

Iqbal, dia tu member Haikal. Dia pun pernah kawan dengan Hadif jugak dulu. So sejak dengar-dengar Faiz dan Aina couple, Hadif banyak bertanya dekat Iqbal. Hati Hadif makin sakit. Because I know that I never move on. Hadif still suka Aina.Tapi biar lah. Dia tak penting. She's just a girl who is obsessed with Haikal.

Bila dapat tau pasal kes potret yang Adira buat, Hadif tertarik nak ambik tau pasal tu. Interesting. Faiz Haikal pun suka dengan potret tu. So I’ve got an idea. I wanted to ruin their relationship. Biar Aina dengan Haikal tu bergaduh. Rasa puas hati tengok diorang macam tu.

You know what ? Hadif lah yang report kat Aina pasal Adira. Pasal potret tu. Seronok tengok dia mengamuk. That’s why dia pergi serang Dira kat sekolah. Dia tertipu dengan cerita Hadif. Hadif cakap Faiz bukan setakat suka potret tu, tapi suka dekat Dira sekali. Hadif cakap Aina dah tak boleh tawan Haikal tu. Dia panas. Stupid girl. Even more stupid when she slept with him.

Pasal gambar dengan emel tu. Memang Aina yang mintak Iqbal dapatkan gambar Dira. Tapi Iqbal bukan orang yang tangkap gambar Dira, tapi Mimi. Dia ada simpan gambar awak,Dira,” Hadif menceritakan hal yang sebenar.

Adira tergamam apabila mendapat tahu bahawa Mimi yang memberikan gambarnya kepada Iqbal. Tapi kenapa begitu mudah Mimi memberikannya kepada Iqbal ? Bukankah Mimi juga risaukan Adira ?

“Mimi suka Iqbal,”ujar Hadif seraya melenyapkan persoalan pada Adira.

Patutlah.. fikir Adira.

“Iqbal berjaya pujuk Mimi. Lepas Mimi bagi kat Iqbal. Iqbal tunjukkan kat Aina. Aina suruh Iqbal buang aje gambar tu tapi Hadif sempat mintak kat Iqbal. Ingat lagi tak novel-novel yang pernah Dira kasi Hadif pinjam dulu ?,” ujar Hadif.

Adira terus teringatkan pesanan Mimi meminta supaya Adira berhati-hati. rupa-rupanya berhati-hati dengan Hadif. Dahi Adira berkerut-kerut cuba mengingat kembali tentang novel yang diperkatakan oleh Hadif itu. Novel yang mana ? Yang diberi pinjam kepada Hadif ketika dia hampir dengan SPM kah ?

“Dalam novel tuada contact info Adira. Dira tulis nama penuh dengan emel. So Hadif copy then letak kat belakang gambar tu. Masa Haikal koma kat hospital, Hadif pernah pergi rumah dia. Hadif masuk bilik dia. Lepas tu Hadif letakkan gambar tu sekali dengan potret tu. Sebab tu dia boleh jejak Dira. My feelings masa tau Haikal tu accident dengan koma, rasa macam awesome sangat. He deserve it.” Hadif masih membongkar muslihatnya. Sesekali dia mempamerkan reaksi bangga dengan perbuatan sendiri.

“Kenapa Hadif buat macam tu ?,” soal Adira. mula tak puas hati.

“Tak ada apa pun. Just nak rosakkan hubungan Aina dengan Faiz Haikal kesayangan korang,” jawab Hadif berserta sindiran.

In the same time, Hadif cuba dekat dengan Dira. Just to get Haikal’s attention. Memandangkan dia dah mula kenal awak lepas dapat potret tu, Hadif cuba rapat dengan Adira. Just to make him jealous. Sebab apa yang Iqbal pernah bagitau, Haikal kadang-kadang ada jugak bercakap pasal awak,Dira,” jawab Hadif. Tanpa berselindung apa-apa lagi.

“Hadif.. tak sangka awak macam ni,” tutur Adira dengan rasa tak percaya.

“Masa Haikal koma tu pun, Aina ada datang jumpa Hadif. Biasalah. Perempuan bodoh tu mengamuk. Dia salahkan Hadif dengan Adira. Dia ingat saya dengan awak bersubahat. Lepas tu nak kacau dia dengan Faiz Haikal. Dia pun ada pergi report kat mama Haikal.

So, parent Haikal tu datang discuss dengan my parents. Masa tu pulak, parents Hadif baru bercerai. So Hadif ikut ayah pergi ke UK. Sesuai dengan kehendak mama dia, nak semua orang yang bawa masalah jauh dari dia. Do I care ? Hell no. Lagi puas hati adalah.

And one morething, pasal Dzul dengan Izwan tu, Hadif yang bayarkan diorang untuk kenakan awak. Semua tu lakonan aje. That’s why Hadif tak laporkan kat cikgu pun,”sambung Hadif lagi.

Adira banyak kali beristigfar dalam hati. Cuba mengawal rasa marah dan sedih yang mula mencanak-canak dalam diri. Dia merasa keji mendengar pengakuan Hadif. Siapa sangka lelaki itu yang nampak baik itu rupa-rupanya dalang kepada banyak perkara. Satu persatu kesemua yang ditempuhnya bermain di minda. Kalau dia tidak waras, silap-silap dia membelasah Hadif semahu-mahunya.

How dare you,Hadif.. How could you..” ujar Adira.

“Hadif dah bagitau semua benda lama tu. After all, semua dah lepas pun. Faiz Haikal pun dah takingat apa. Dia pun dah berubah jadi someone else. Polos. Naif. That’s betterkan ?” ujar Hadif.

“Apa makna awak berkawan dengan saya ? Awak hanya mempergunakan saya. Hadif, awak.. tak ikhlas baik dengan saya. Awak memang teruk.. mungkin awak lebih teruk dari Faiz Haikal. Awak tau tak awak boleh membahayakan saya ?” ujar Adira sambil menahan emosinya.

Hadif tunduk dan menghela nafas. Dia mencapai tangan Adira yang diletakkan di atas meja. Adira terkesima. Berani pula lelaki itu menyentuh tangannya.

“Dira, sebenarnya selama saya berkawan dengan awak, I’ve developed my feeling for you. Mula-mula.. saya sendiri pun tak sedar. Tapi, lama-lama saya tertarik dengan awak, Dira. I don’t know what or why.. maybe sebab selalu lepak dengan awak dan mengenali diri awak. Saya selesa dengan awak. Sampai nak dekat SPM tu, Hadif sedar feeling ni dah ada untuk Dira.. tapi Hadif ada benda lain yang lebih penting nak buat. So Hadif biarkan aje feeling ni,” Hadif meluahkan isi hatinya.

Adira memandang Hadif tanpa berkedip mata. Namun pandangannya penuh rasa benci dan mual. Hadif benar-benar mengubah persepsinya terhadap Hadif sebelum ini. Hadif bukan seperti yang disangkakan !

“Dira..tak boleh..terima semua ni..” ujar Adira dengan kesal. Dia mengegeleng-gelengkan kepala. Dia menarik kembali tangannya dari dipegang Hadif.

“Hadif tau.. Hadif pun tak mintak Dira terima Hadif. Kalau Dira dah tau Hadif sayangkan Dira, tu dah cukup. Hadif takkan paksa Dira terima Hadif. I know I was wrong.

I’m sorry..” ucap Hadif.

Enough..” ujar Adira. tak sanggup lagi mahu duduk di situ dengan Hadif.

Dia bangun dan beredar. Setelah semakin jauh, dia melepaskan air mata yang telah ditahan sejak tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat sungguh rupanya si hadif ni... Belasah je dia dira... He is too much...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:21 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-3-2015 09:53 PM
Jahat sungguh rupanya si hadif ni... Belasah je dia dira... He is too much...

amboih zam..jangan emo sangat..ini hanya sebuah cerita..

hadif tu tak ikhlas la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 08:21 AM | Show all posts
Leafumi replied at 2-3-2015 07:52 AM
Bab 26

Adira duduk termenung. Sesekali dia menghirup air Laici Ais di hadapannya. Pelajar-pelajar ...

Camnila ada plot twist.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 10:39 AM | Show all posts
Esmiria replied at 3-3-2015 08:21 AM
Camnila ada plot twist.

lagi 5 bab.. lega aku dah nak habis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 11:51 AM | Show all posts
Leafumi replied at 3-3-2015 02:39 AM
lagi 5 bab.. lega aku dah nak habis..

Haha.cam seksa nak habiskn jer ko ni.hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 02:18 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-3-2015 11:51 AM
Haha.cam seksa nak habiskn jer ko ni.hehe

hehe.. tak de la seksa.. tak sabar nak habiskan sebab ada idea lain nak diolah ni. kalau aku tak habiskan yang ni dulu nanti jadi lagi lambat pulak nak habis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.067899 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list